Latest Postings
Loading...

Development Economy

In Search of Excellence

Urban Development

Recent Post

Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts
Thursday, July 11, 2013
4/7/13 KEGAGALAN KELOMPOK ISLAMIS......PAS dan Ikhwan Muslimin akan menjadi badi kita.

4/7/13 KEGAGALAN KELOMPOK ISLAMIS......PAS dan Ikhwan Muslimin akan menjadi badi kita.

Bila seseorang Islamis berhujah tentang Pemerintahan Islam maka rujukan utama beliau adalah Pemerintahan Muhammad SAW dan Khalifah Besar selepasnya. Cuma sayangnya, di rantau sebelah sini, tidak banyak dokumen yang boleh sesiapa teliti tentang itu melainkan mereka yang punya latar belakang meluas dalam pengajian Arab. Pun begitu golongan berpendikan Arab, tidak secara hebat menebar Islam bawaan Muhammad SAW dan kembangan para Khalifah Besar. Mereka masih terikut-ikut cara pondok dan madrasah. Dan sejarah kewujudan Ikhwan Muslimim Islamic Brotherhood biar apapun namanya sekalipun di mana-mana 57 buah Negara Islam, ianya sangat terkait dengan usaha menentang penjajahan Barat. Contoh paling dekat adalah Gerakan Pondok dan Madrasah Melayu sebelum kemerdekaan Negara. Biarpun asalnya mahu membebaskan Negara atas nama perpaduan dan kesucian Islam dari Kafir British namun kerena tidak tahan asakan Penjajah maka Gerakan Pondok dan Madrasah akhirnya menjadilah sebagaimana ianya beroperasi sehingga kini. Inilah yang terjadi di Malaysia, Indonesia, Pattani, Kemboja, dan bahkan di Selatan Filipina. Institusi Pondok dan Madrasah ditekan dan dibatas hanya menjurus kepada soal-soal mati dan adat yang British sebutkan sebagai agama dan adat istiadat. Itulah mulanya maka Institusi Melayu akhirnya hanya terbatas mengembang kepada soal-soal Adat Istiadat Melayu dan "Islam". Saya gunakan "Islam" kerana, "Islam" yang diperjuangkan oleh institusi Melayu pada hakikatnya bukanlah Islam seluas sedalam bawaan Muhammad SAW dan para Khalifah Besar selepasnya. "Islam" yang dibawa tersempit kepada soal-soal sesudah mati. Sebetulnya tekanan ke atas Institusi "Islam" tidak hanya berlaku di era penjajah malah berkelanjutan sehingga di era kemerdekaan. Apakah bedanya Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dll tentang fungsi dan skop fungsinya? Sisipan kejadian di Turki seperti saya sertakan di nota kaki tulisan ini adalah contoh paling ketara.

(2) Sesungguhnya sebegitulah kelahiran Ihwan Muslimin di Mesir. Sama juga dengan gerakan Tabligh di India di zaman Indira Ghandi yang menular ke Pakistan lalu meresap kuat ke Nusantara di sekitar 1980-1990an dan masih bersaki baki sehingga kini. Begitu juga gerakan ini menjadi Mujahiddin di Afghanistan, yang sememangnya kemudian menjadi kambing yang mudah diadu domba biar oleh Russia juga Amerika. Di Iran pula ianya muncul dalam bentuk Gerakan Syiah Fanatik di bawah kepimpinan Khomeni lalu terus menular menjadi Hizbollah di Lubenan, Jordan, Palestin dan Syria. Di Iraq dan Turki muncul pula ketumbukan Khurdistan dan kini Turki sudah dikuasai oleh parti p[olitik "Islam" yang boleh bersekongkol dengan Barat. Semua ini adalah grand design agar "Islam" menjadi lemah dan Umat Islam jadi lembik cetek.

(3) Sedih, bila kelompok Ikhwan Muslimin telah diberi peluang untuk mentadbir Negara Mesir, kini menjurus kepada kemunginan Perang Saudara. Islam berbunuh sesama Islam, apa lagi di bulan Ramadhan. Pesanan Allah agar Umat Islam jangan sesekali berbunuhan telah tidak dihiraukan. Bagi mereka Neraka sememangnya tidak mengerunkan. Soal siapa jadi batu api, itu soal lain. Soalnya kenapa Ikhwan Muslimin tidak bersedia? Adakah kerana mereka sememangnya ntidak mampu? Di Iraq, Libya, dan Syria, genjala berbunuh sesama Islam telah mengila, dan Amerika serta Zionis sememangnya hendakkan itu. Kini Mesir, salah satu Negara Islam terbesar serta punya sejarah ketemaddunan yang hebat juga sedang menuju ke arah itu. Pakistan dan Afghanistan sedang diadu domba lewat puak-puak Taliban. Begitu juga puak Kurdistan akan menjadi mangsa bangsa Iraq dan Turki. Di Negara ini apa kurangnya. PAS telah rakyat berikan mandat untuk mentadbir Kelantan, Trengganu dan Kedah. Namun, tidak ada kebijaksanaan "Islam" yang mereka tunjukkan untuk mensejahterakan rakyat. Rakyat terus miskin bahkan terlebih parah. Juga di Indonesia, lewat Gus Dur, kelompok "Islamis" juga pernah diberikan kuasa, namun apa yang berlaku malah Negara jadi kucar kacir. Sesungguhnya jika semua ini kita teliti, pasti pemikiran cetek dan dayus kita akan berkata: Islam is not a political excellent that could even bring peace what more prosperity and harmony. Kita sedang dicemuh hebat. MasyaAllah, Adeen Allah sedang dicemuh hebat. Kenapa?

(4) Hanya satu sebab mendorong kepada kelemahan Islam kita. Islam yang sedang kita amalkan sekarang ini samada hanyalah Islam untuk mati, Islam yang dipersempitkan dan atau Islam yang bercampur baur dengan Syirik, Munafik dan atau Fasik. Kita masih mengamalkan Islam berkelanjutan dari tekanan di zaman penjajah. Amalan Islam kita belum benar-benar merdeka. Fikiran Islam kita masih fikiran Islam terjajah. Kita sedang terjajah dalam bentuk lain, iaitu ketakutan, sujud belum mutlak kepada Allah. Kita sedang takut dan sujud selain dari Allah. Itulah puncanya. Kerana itu pencarian Islam kita hanyalah persediaan untuk mati dan atau Islam tempelan, iaitu Islam pada kulitnya, tidak lebih dari itu. Kita hanya mencari Islam saat usia yang sudah lanjut, tidak di awalnya, tidak dipertengahannya dan atau kita mengamalkan Islam sekadar adat ikutan, on convinient sake. Kita hanya cuba mengenal Islam saat kematian sudah terlalu dekat dan atau sesudah terpukul hebat. Sepertinya Allah menjadikan kita hanya untuk mati. Apakah itu tujuan kejadian kita? MasyaAllah.

(5) Hakikatnya, pengajaran paling besar buat Melayu lewat kelemahan kelompok Islamis dalam mensejahterakan Ummah harus kita jerap cepat dan ungguli dengan hebat. Melayu perlu melahirkan Profesional Islam. Biar siapapun kita, anak-anakan, keremajaan, pendewasaan, dan kelanjutan usai kita harus terus-terusan disuburi dengan pendidikan Islam yang tidak terhenti. Hakikatnya, pada masa ini, sistem pendidikan kita tidak memertabatkan Melayu apa lagi menegak tebar dalam luasnya Islam. Kita terlalu memberi sehingga kita sendiri terkorban. Paling dahsat terkorban akidah. Pendidikan Islam kita menjadi terlalu sempit dan singkat tersendat-sendat. Cuba tanya Muhyiddin Yasin, apakah Universiti kita mewajibkan Pendidikan Islam Lanjutan kepada para mahasiswa kita semasa mereka di Universiti jika mereka tidak menjurus dalam bidang "Islam". Adakah mereka dalam jurusan Sains Sosial, Bahasa dan Budaya, Kreatif, Professional dsb terus dididik denmgan Ilamu Islam Lanjutan? Saya pasti tidak. Pendidikan Islam anak-anak kita terhenti kebanyakannnya di Tingkatan Lima. Tidak sekali-kali biarpun di Asasi dan Matrikulasi. Kenapa? Inilah bukti penyempitan dan kependekan Islam yang sedang kita terapkan kepada anak bangsa kita. Mungkin Muhyiddin Yasin serta Idris Jusoh telah lupa pesan Allah serta Muhammad SAW, betapa Ilmu yang kita miliki hanyalahy setitik air di kali yang luas, serta menghambat Ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad. Juga saya berkira, kerana kita tersangat terikat dan terikut-ikut Model Pendidikan Barat serta terlalu bacul untu keluar dari Kayukuran Barat, maka kita semakin hari semakin kian tunduk kepada Barat, kian lari dari takut dan sujud hanya kepada Allah.

(6) Saya juga berkira, sesungguhyya  "Cendikiawan Islam" Melayu kini belum sampai ke tahap Cendikiawan Islam sebenarnya. Kita hanya punya mereka yang hanya boleh mengajar perkara-perkara agar nanti matinya kita tidak terlalu sulit. Namun apakah kita akan ke Firdaus, Syurga Tertinggi, belum pasti? Kita sepertinya sesudah mati akan mencapai ke sekadar Syurga Bawahan. UMNO dan PAS perlu mengumarakkan Melayu untuk menempati Firdaus, Syurga Tertinggi, bukan sekadar Syurga Bawahan. Hanya lewat agenda sebegitu akan wujud titik temu perjuangan sebenar mereka. Pada masa ini, PAS sekadar menyediakan Umat Melayu untuk enak mati sedang UMNO sekadar untuk enak sebelum mati. Mereka hanya sekadar menebar Islam secara melepas batuk di kaki tangga, tidak sampaipun ke tangga. Mereka tidak mengumarakan Melayu agar matinya mudah, serta paling bersenang lenang selepas mati. Roh kekuatan Islam sebenar seprtinya belum tumbuh dalam diri setiap Melayu.

(6) Kegalanan kelompok "Islamis" untuk mentadbir Negara dan Negeri adalah kerana mereka tidak punya Profesional Islam. Kelompok ini, kebanyakan lahir dari kelompok retorik yang tidak melihat Muhammad SAW sebagai manusia dan Khalifah Islam yang seba boleh. Sifat serba boleh Muhammad SAW tidak mereka teliti, dan jerapi, sehingga bila mereka diberi peluang untuk berkuasa, mereka jadi kera dapat bunga. Juga, Negara "Islam" pudar akan "Islam" mereka kerana mereka sedang ditadbir oleh profesional yang tipis "Islam" nya, mereka sekadar memiliki "Islam tempelan". Biar yang dinamakan Institusi Kewangan Islam sekalipun, saya tidak nampak Islamnya melainkan hanya kerana tidak terlibat dalam perkara-perkara haram soal menyuburkan Ummah, belum tentu. Hakikatnya, kita tidak berani berdiri pada landasan sendiri. Muhammad SAW dan para Khalifah Besar berjaya menegak dan memperluaskan Islam, kerana mereka tidak bersandar kepada acuan lain biar pada masa itu sudah ada bangsa besar dan jauh lebih maju sepertinya Roman dan Farsi. Muhammad SAW dan para Khalifah Besar berdiri atas Kayukuran Sendiri, berbeda dan asing iaitu Al Quran dan Sunnah. Sedeang, pembinaan masyarakat Islam kita kini, kita terlalu terikat terikut akan Barat, tidak sujud mutlak kepada kehendak Allah, maka atas sebab itu, apa tidak mmungkin kita sedang fasik jika tidak munafik atau syirik. Mudah-mudahan Ramadhan ini, Allah melimpahkan Taufik dan Hidayah kepada Umat Melayu untuk sanggup berdiri atas jiwa dan tenaga sendiri berteraskan Islam seluas sedalamnya. Kita Boleh, jika kita mahu. Mudah-mudahan, InsyaAllah.

(7) Cina, Jepun, Korea, Singapura, bahkan Israel dan Jerman, apakah mereka berjaya atas telunjuk yang lain atau mereka bertegas atas prinsip sendiri? Sikap kita bagaimana?

Kuching, Sarawak
11 July, 2013.
nota:
Asakan di Turki untuk menekan gerakan "Islamis" sangat ketara bila Turki telah merdeka. Berikut saya sisipan petiak dari Wikipedia: The AKP is a political party with clear Islamic roots. It pragmatically moved to the center-right over a decade, mainly to escape the fate of its defunct predecessors. The party’s success, however, has had little to do with ideological factors. Turkish voters have been primarily concerned with bread-and-butter issues. In June 2011, they once again voted for political stability and rewarded Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan for the country’s growing prosperity and better social services, particularly in health care and housing. The victory for the AKP was historic. It was only the second time since the beginning of Turkey’s multiparty democracy in 1946 that a political party had won three consecutive elections. And it was the first time that a party actually increased its percentage of the vote at each succeeding election. The AKP received 34.28 percent of the vote in 2002. It won 46.58 percent in 2007. And it scored 49.90 percent in 2011.

It was a striking reversal. All previous Islamist parties in Turkey had been shut down by either military intervention or rulings by the constitutional court: The National Order Party, founded in 1970, was banned by the Constitutional Court in 1971. The National Salvation Party, founded in 1972, was outlawed after the 1980 military coup. The Welfare Party, founded in 1983, was banned by the Constitutional Court in 1998. The Virtue Party, founded in 1997, was banned in 2001. Turkey is notable because its Islamist parties have reemerged, more moderate and pragmatic, after each closure. “Autocratic regimes in the Muslim world often ban religious parties, which then go underground and turn violent. Turkey’s Islamists have taken a different path. Despite being repeatedly outlawed and ejected from power, pious politicians have shunned violence, embraced democracy, and moved into the mainstream,” The Economist noted in 2008. “No Islamic party has been as moderate and pro-Western as the AKP, which catapulted into government in 2002 promising to lead Turkey into the European Union.”

Erdoğan, who founded the party, actually rejects defining the AKP in religious terms. “We are not an Islamic party, and we also refuse labels such as Muslim-democrat,” he said in 2005. The AKP leader instead calls the party’s agenda “conservative democracy.” The AKP’s journey from political Islam to conservative democracy is not just the result of political expediency or respect for the red lines of Turkish secularism. The evolution of Turkey’s capitalism under the leadership of Turgut Özal in the 1980s created an entrepreneurial Muslim bourgeoisie in the conservative heartland of Anatolia. The new Muslim bourgeoisie had a greater stake in politics—and became more engaged.
Thursday, June 20, 2013
7/6/13 KENAPA CHINA TAKUTKAN MONGGOLIA....tidakkah kita semakin lemah?

7/6/13 KENAPA CHINA TAKUTKAN MONGGOLIA....tidakkah kita semakin lemah?

Semasa Lee Chong Wei berdepan dengan pemain China Lin Dan dalam perlawanan badminton All England, 2012, saya agak hairan bila seorang teman menceritakan betapa dia agak kaget mendengar ulasan anak temannya, yang kira-kira baru berumur 16 tahunan: "Pemain China tidak akan kalah. Lee Chong Wei akan ditentang habis-habisan, biarpun sebetulnya Lee Chong Wei ada kemungkinan besar untuk menang. Sebabnya, 'orang Malaysia bunuh orang Mongolia', dan China mesti 'bunuh' Malaysia sebagai bukti China tidak 'menyokong' Malaysia 'membunuh rakyat Monggolia'.. Soal benar atau tidak tanggapan anak itu, saya tidak pasti dan saya tidak berminat untuk campur tangan. Tanggap anak itu, mencerna buah ilham kepada saya untuk menulis sesuatu tentang genjala self destruction yang sedang melanda bangsa kita. Sebelum itu cuba kita imbau kembali betapa China, sehingga kinipun hakikatnya masih "takutkan" atau khuatir dengan bangsa Monggolia. Pembinaan Great Wall of China adalah bukti jelasnya. Juga jika kita ingat sejarah silam, bukankah Kublai Khan pernah meranapkan Kerajaan China? Hakikatnya, China tidak pernah mengalami sejarah pahit lebih besar dari taklukan serta ancaman Monggolia, biar berbanding di zaman penjajahan Jepun atau serangan Barat sekalipun.

(2) Kenapa bangsa China sangat takutkan Monggolia? Apa ada pada bangsa Monggolia? Apakah kehebatan mereka? Sesungguhnya dari segi genetik, sememangnya gene monggoloid amat kental. Jika tidak, mana mungkin mereka dapat bertahan dalam alam pergunungan yang sebegitu perit dan payah. Kepayahan alam kehidupan merekalah yang terus mengevolusi gene mereka menjadi semakin ulet lasak, sama halnya dengan kuda Mongolia. Juga keadaan terpenjaranya bangsa Monggolia, maka gene asli mereka telah bertahan kekal tulin. Saya menjangka, mungkin bangsa Mongolia, adalah keturunan Qabil dan kembarnya, yang sememanngnya tega dan pastinya lasak, jika tidak mana mungkin dia sanggup menderhaka atas perintah Allah, apa lagi ayahndanya. Qabil adalah manusia pertama di dunia ini yang menumpahkan darah sesama manusia, apa lagi adindannya sendiri, Habil.

(3) Semasa saya masih anak-anak, saya sering membantu orang tua saya untuk bertanam padi, jagung, tembikai, labu, kelapa dsb. Saya juga diasuh untuk menternak ayam-itik. Kedua-dua bapa dan datuk saya sering mengajar saya cara betul untuk memilih benih bibit untuk tahun berikutnya.  Biasanya, benih padi, jagung, tembikai dan labu yang terbaik adalah apa yang disebut orang Melayu Sarawak sebagai buah bungas iaitu buah atau sekumpulan buah yang pertama, buah sulong. Jika kelapa, durian, rambutan, cempedak dsb buah-buahan pohonan, ianya hendaklah dari pohon yang sudah agak tua. Lagi tua lagi bagus. Dalam soal ternakan ayam-itik, mereka mengajar saya cara memilih yang mana elok jadi babon induk dan jantannya. Dulu saya tidak nampak akan kebijaksanaan mereka namun hakikatnya mereka adalah pakar genetik yang tidak bernama. Sebab musababnya adalah mudah. Bagi bijirin, buah sulong adalah hasil pendebungaan hampir tulin less cross pollination, pure breed, jadi ketulinan bakanya adalah agak terjamin. Bagi buah-buahan pepohon, jika pohon itu dapat bertahan sampai tua, sudah pasti buahnya elok serta dari baka yang rentan penyakit. Jika tidak, pasti sudah lama dibakar atau ditebang buat kayu api. Bagi ayam dan itik, saya diajar untuk memerhati bermula di peringkat anak-anak lagi. Yang lambat keluar bulu, berkaki panjang pasti akan menjadi benih yang baik. Sebabnya mudah, inilah ternakan yang akan lebih besar saiz tubuhnya.

(4) Di zaman kini, akibat pemisahan politik oleh Kapitalis Barat, maka banyak kacukan tulin tidak dapat dijalankan. Pelbagai alasan diberikan. Salah satu paling berkesan adalah pembawaan penyakit. Contohnya, kalau kita lihat kerbau di Limbang Sarawak, semakin tahun semakin kecil tubuh mereka. Sedang kerbau Bali bahkan di Papua New Guinea dan Australia, kerbau jantannya adalah jauh lebih besar. Namun, hadang politik, perdagangan, serta pemindahan genetik sangat menghalang untuk kita dapat membawa masuk baka jantan Baliu, PNG dan Australia. Begitu juga dalam prihal lembu, kambing, ayam dsb. Namun, bagi Barat, namakan apa saja yang berada di tangan orang lain tidakkah telah dicuri oleh mereka. Pergilah ke Kew atau Botanical Garden dan Margastua bahkan Herbararium di Britain, Belanda, Spanyol, Jerman, Amerika Syarikat dsb, segalanya telah tersimpan dan diekploitasi hebat di sana. Alam sudah tidak untuk manusia sejagat. Alam sudah dibatas oleh kuasa-kuasa politik ciptaan Kapitalis. Alam ingin dimiliki mutlak Barat. Pergerakkan manusia sudah dibatas atas perbedaan keturunan, apa lagi agama. Asalnya mudah. Tunjangnya adalah Yahudi. Yahudi pertamanya menjadikan Yaakub AS, Musa AS, Daud AS, Sulaiman AS sebagai nabi mereka. Sedang hakikatnya, semua para nabi dan rasul adalah untuk manusia sejagat. Mereka menjadikan Zabur dan Talmut sebagai milik mutlak mereka. Mereka memandang rendah akan manusia-manusia lain. Mereka ingkar akan perintah Allah betapa Ilmu yang Allah berikan kepada mereka adalah untuk semuanya manusia. Maka dengan sebab itulah, saya yakin Allah mengutuk mereka sebagai manusia-manusia pendusta yang memurkakanNya sampai kapanpun. Yahudi, sesungguhnya telah berjaya memesongkan Umat Nasrani, dan mereka kekal sebegitu ke akhirnya. Allah juga telah mengigatkan kita, kapanpun Yahudi akan terus mahu menjadikan segalanya milik mereka, bukan milik sejagat.

(5) Yahudi bercita-cita untuk menghancurkan semua manusia lain. Nasrani sudah dalam gengaman mereka. Mereka menimang mendekap erat Nasrani. Saya berkira Barack Obama dapat menjadi Presiden Amerika, hanyalah sebagai gula-gula agar bangsa berkulit hitam juga terus dalam gengaman mereka, samada di Amerika juga di Afrika. Umat Islam, kini mereka jadikan musuh terang-terangan. India dan China, pasti mudah runtuh jika Islam dapat mereka hancurkan. Senjata paling ampuh yang digunakan oleh puak Yahudi khususnya kaum Zionis, adalah dengan memperkudakan Barat. Di Barat, Yahudi telah dengan sempurna menanam sifat Demokrasi-Liberal-Kapitalis dalam jiwa mereka. Mereka kini menjadi manusia bebas sebebasnya. Bebas dan rakus. Maka, kini, Yahudi sedang memperkudakan Barat agar mengasak Demokrasi-Liberal-Kapitalis di kalangan Umat Islam. Mulanya, Iraq tumbang, kemudian Aghanistan semput, lalu Mesir, Libya, Syria dan Yaman sedang dalam perangkap hebat, Wilayah-wilayah Islam di Eropah Timur sudah lemah, Turki sedang diperkotak-katik. Begitu juga bangsa Islam di Asia Tengah, akan terkorban sendiri saat Aghanistan, Pakistan dan Turki lumpuh. Sudan, Nigeria, Mali, Somalia sudah kian bergolak dan pasti Moroko juga akan terpalit, Lebanon, Jordan, perlahan-lahan menerima bahang, sedang Saudi, Kuwait, Bahrain, UAE, dsb sedang dalam dakapan enak ular sawa di hujan lebat. Di sebelah Timur, Pakistan sedang diadu domba, Bangladesh hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, Indonesia dan Malaysia pernah kena liwat termengah-mengah dan belum dapat berjalan betul, sedang Brunei, is peanut. Palestin, sememangnya telah menjadi korban Barat untuk terus dijadikan umpan memecah-belahkan Umat Islam.

(6) Sesungguhnya, dunia Islam kini, sangat menghampiri zaman Arab Jahilliah sekitar 1,400 tahun dahulu. Kita sedang bersuku-suku. Berpuak-puak. Saling tidak percaya. Saling dengki dan khianat. Kita sedang alpa tentang peringatan Allah, betapa setelah diterangi, kembali menuju kegelapan. Barat kini adalah sama dengan Roman dan Farsi 1,400 tahun dahulu. Mereka sedang menindas Assyam yang kini merupakan Syria, Iraq, Jordan, Lebanon, Palestine, Iran, dan juga negara-negara Selatan Arabia dan Utara Afrika. Sejarah 1,400 tahun dahulu sedang berulang kembali dalam bentuk yang lain. Jika dulu, yang jelas terancam adalah nyawa, kini ekonomi Umat Islam sedang diserang hebat. Setelah kehancuran Baghdad dan Damshek di tangan Hulagu, serta tumbangnya Andalusia di tangan Isabella and Ferdinand, Umat Islam sepertinya belum dapat kembali bangkit seperti sejak mulanya. Kenapa?

(7) Muhammad SAW manusia pilihan Allah. Namun MahaBijaksananya Allah, yang tidak kita dapat lihat sebaiknya, Dia memilih Muhammad SAW yang miskin, buta huruf, yatim piatu untuk menjadi UtusanNya. UtusanNya untuk mengembalikan manusia jahilliah, khususnya Arab Jahilliah yang kuno bertemaddun barbaric kembali ke jalan kejayaan, ke jalan cemerlang, sehingga dapat mengalahkan dua kuasa besar dunia iaitu Roman dan Farsi. Kenapa? Adakah Allah hendak menunjukkan agar kita kini, juga harus memilih pemimpin dari kalangan khususnya yang tidak berIlmu? Dalam kata mudahnya, bodoh? Lihatlah betapa Allah sangat dalam muslihatNya, Muhammad SAW yang tidak pandai itu Allah gandingkan dengan mulanya Abu Bakar Ass-Siddique, kemudian Usman Affan, Umar Al Khataab, serta para sahabah yang terbilang kekayaan dan keIlmuan mereka. Sifat Muhammad SAW, dia terus mendidik semua mereka ini dengan segala Ilmu yang langsung datang dari Allah. Baginda tidak lokek Ilmu. Baginda tidak takut membina para sahabah yang berIlmu. Ratusan para Ilmuan baginda didik biar dalam keadaan masih payah sekalipun. Pendeknya, Muhammad SAW biar Ilmunya datang terus dari Allah, beliau tidak bersikap indispensable. Biar beliau telah terjamin kedudukannya, dia berusaha keras mengheret semua untuk bersamanya mulia di Jannah. Beliau berusaha keras untuk berkongsi nikmat di akhirat kelak. Beliau tidak kedekut. Beliau tidak takut betapa siapapun akan menjadi lebih baik darinya.

(8) Namun cuba lihat sejarah Melayu. Hang Nadim, budak kecil, biar nasihatnya paling baik dalam menyelamatkan Umat Temasik dari pupus dilanggar todak, namun dia akhirnya dihumban ke laut mati buntuk kembong. Melayu Temasik sepertinya tidak menghargai Ilmu. Kenapa? Dengki. Curiga. Begitu juga di Melaka, terlalu besarkah kekhilafan Hang Tuah, sehingga Raja dengan mudah menerima bisikan hasutan tanpa usul periksa mendalam. Akhirnya, Jebat bertarung nyawa membela kebenaran, tetapi tetap kebenaran juga tidak berharga. Akhirnya, kelima-lima Hang pupus dari bumi Melaka, sehingga Kesultanan Melaka juga pupus akhirnya. Para Sastrawan silam Melayu, tidak hanya menghasilkan periwayatan yang begitu menyayat hati, namun ada juga yang lebih bijak dengan bersenda loka menghasilkan cerita rakyat seperti Pak Kadok (Apai Saloi), Pak Pandir, Lebai Malang, Sang Kelembai, Kancil dan Buaya, dsb. Sesungguhnya, periwayat Sejarah atau Sastrawan Melayu silam, terlalu sopan halus bahasa mereka, sehingga mungkin generasi kini tidak mengerti maksud di sebalik segala cerita ini. Maka dengan sebab itu, sikap saya mudah tembak to the point.

(9) Apa yang saya lihat kini, kegagalan Umat Islam, khususnya bangsa Melayu terus berkedudukan lemah adalah kerana kita sudah tidak menghargai mereka yang berIlmu. Biarlah saya mengambil Dr. Mahathir Mohammed, bekas Perdana Menteri kita sebagai contoh. Saya perlu membuat caveat tidak semua yang beliau lakukan adalah tidak betul, sesungguhnya banyak yang betul. Mahathir adalah manusia, dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Kekhilafan dan kesalahan beliau, bukan untuk kutukan tetapi pengajaran. Dalam prihal tertentu saya kira beliau telah membuat kesilapan besar yang kesannya telah menjadi unsur-unsur self destruction kepada Umat Melayu. Semasa Abdul Razak Husein menjadi PM, dia memilih Husein Onn jadi Timbalan. Terdahulu beliau mengambil Dr Ismail Abdul Rahman. Dalam Kabinet Abdul Razak, terdiri dari mereka yang hebat-hebat, pejuang Melayu, yang menjawat jawatan hanya untuk berbakti kepada Bangsa, Agama dan Negara. Abdul Razak Husein juga terkenal sebagai seorang yang suka mendidik golongan muda yang bijak pandai sebagai barisan pelapis kepimpinan Melayu. Antaranya adalah Mahathir Mohammed, Musa Hitam, Rezaleigh Hamzah, bahkan Shahrir Samat (?). Begitu juga di dalam pentadbiran Kerajaan, banyak cendiakiawan Melayu dia angkat untuk menerajui pelbagai agensi Kerajaan. Maka dengan sebab itu, apa yang dia mahu, segala nya terbuat dengan sebaiknya. Cuma agak danggal, bila Mahathir menjadi PM, dia mulanya memilih Musa Hitam. Musa Hitam sememangnya punya jati diri tersendiri. Dia mungkin lebih condong kepada sosialis berbanding dengan Mahathir yang lebih terdorong kepada Koprat ibnu Kapitalis. Biar apapun, kedua-dua Mahathir dan Musa sangat mementingkan Umat Melayu, maka sebab itu keduanya sering dicap sebagai Ultra Malay, cuma strateginya berbeza. Satu sosialis, satu lagi koprat ibnu kapitalis. Kerana Mahathir lebih condong kepada koprat, maka pembinaan kepimpinan di dalam sektor koprat sememangnya sangat hebat di zaman Mahathir, sehingga berlaku exodus di dalam sektor awam, yang akhirnya mengujudkan lompang kepimpinan yang sangat luas di sektor tersebut. Di zaman Mahathir, sektor awam sepertinya dianak tirikan. Kerana dia punya pendokong sektor koprat yang tinggi, maka Mahathir telah sedikit lalai dalam mendidik generasi pelapis dalam bidang politiknya. Spertyi kata Musa Hitam, Mahathir is a multi-talented leader, he need no one, he do all yang akhirnya menyebabkan Musa Hitam merjauk lalu mengundur diri. Faktor Rezaleigh Hamzah adalah juga sebab musabab kenapa Musa Hitam mengundur diri. Saya menduga, Musa Hitam cemburu dengan kehebatan koprat Rezaleigh sehingga jika dia terlalu rapat dengan Mahathir, pasti Musa Hitam satu hari nanti akan terpinggir juga. Sebelum itu terjadi, lebih baik dia meminggirkan diri terlebih dahulu. Namun, Mahathir dan Rezaleigh kemudian juga terus bergeseran, sehingga membawa kepada exodus pemimpin politik Melayu yang hebat-hebat membentuk Kumpulan B menentang Mahathir dalam Kumpulan A. Sesungguhnya, Mahathir di dalam Kumpulan A adalah kesendirian, dan tersisa dengan mereka yang agak lemah. Di situlah akhirnya, Mahathir terpaksa bersepakat dengan Ghafar Baba on no choice basis, namun kelompok Ghafar Baba kemudian dibunuh oleh Anwar Ibrahim. Ghafar merajuk. Anwar Ibrahim pula mengila sehingga banyak kemudiannya meninggalkan Mahathir. Kesannya sehingga kini, kitapun tahu, kita sedang mewarisi kepimpinan yang terus-terusan kurang mantap.

(10) Secara ringkas, sepertinya di zaman Mahathir, Melayu lebih gemar menyisih mereka yang berwibawa. Sikap mereka yang berwibawa, sememangnya jelas sepertinya yang diperingati di dalam Al Quran, dalam menuju akhir zaman, yang berIlmu akan meminggir dan terpinggir. Saikologi manusia, mereka lebih enak bersama mereka yang sebulu dengan mereka. Mahathir di zaman kepimpinannya lebih enak dengan kaki kerja, maka ahli kopratlah teman akrabnya, sedang ahli politik dan penjawat awam kian beliau lupakan lalu mereka hanyut 'kurang berIlmu'. Kesannya, kini kita sedang dapati sebahagian 'pemimpin Melayu' lebih gemar bersama mereka yang 'kurang berilmu' dan jika corak ini berterusan, maka akan berlaku fenomena deteriorating leadership development cycle akan berlanjutan di dalam masyarakat Melayu. Akhirnya, Melayu akan dipimpin oleh golongan bodoh lagi sombong atau goblok dalam bahasa Jawanya. Inilahg fenomena, self destruction yang sangat saya takuti akan berlaku dalam masyarakat Melayu, Islam di Negara ini.

(11) Saya berkira, kita Umat Melayu, telah lupa, kemungkinan kita juga dulu adalah dari monggoloid gene tetapi telah mencair kerana sudah terlalu lama duduk di tebing-tebing sungai dan laut sehingga kita sudah tidak lagi boleh menunggang memacu deras kuda mainan apa lagi kuda perang. Begitu juga kita sudah tidak lagi ingat akan cara nenek moyang kita dalam memilih bibit tanaman dan ternakan apa lagi warisan bangsa masa depan. Cara kita sudah jauh berbeza dan menyimpang dari caranya mereka apa lagi Islam. Kita sudah menjadi bangsa yang kurang bijak, kurang tegar, kurang pemberani, kurang bertanggungjawab kepada masyarakat dan agama. Mudah-mudah Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin dapat memecahkan syndrome bad leadership development and inheritance yang sedang berlaku ganas dalam masyarakat Melayu sekarang ini. InsyaAllah.

nota:
Semua gambar dan lakaran sisipan adalah dari capaian di internet melalui tajuk-tajuk: Monggolian Horse, Monggolian Man, the Globe by Religion, Capitalism Caricature, Islamic Teaching in Old Baghdad, Ahmad Boestamam. Terima kasih kepada yang memaparkan gambaran dan lakaran tersebut.

Kuching, Sarawak
20 June, 2013
Monday, May 27, 2013
14/3/13 NAJIB SEDANG LEKA.......hanyut di arus pemesongan!

14/3/13 NAJIB SEDANG LEKA.......hanyut di arus pemesongan!

Jika kita kembali merenung ke belakang, bermula dari detik kejadian Adam AS, ternyata kejadian kita ini tidak direstui oleh Malaikat dan Syaitan. Malaikat pertamanya menyoal, harus kenapa Allah mahu mencipta mahluk yang akan membawa kerosakan di dunia ini. Sepertinya, Malaikat sudah tahu, manusia iaitu Adam AS tidak akan kekal di Syurga dan pasti keturunannya akan membawa kerosakan kepada dunia ini. Dan saat jasad Adam telah sempurna terbentuk, Allah membiarkan jasad itu tanpa nyawa selama enam (?) hari. Pada saat itulah Syaitan telah memasuki jasad manusia yang sedang lompang, bolong, kosong itu lalu berjanji, seandainya manusia akan sujud dan atau setarafnya, maka dia akan tidak memperdulikan manusia, namun jika manusia diangkat darjatnya lebih tinggi darinya, maka dia akan sentiasa mengoda manusia ke jalan sesat. Ternyata, bila Allah meniupkan roh kepada Adam AS, Dia lalu memerintah seluruh isi Syurga sujud kepada Adam AS. Sesuai dengan janjinya, maka Syaitan tidak mahu tunduk kepada manusia. Sedang mahluk lainnya terus tunduk akur menerima Adam AS sebagai khalifah mereka.

(2) Selepas terhukum tercampak ke bumi kerana keingkaran melangar larangan untuk tidak memakan buah kuldi satu-satunya larangan buat Adam AS dan Hawa, pasangan ini kemudian tunduk penuh patuh kepada Allah. Sujud kepada hanya Allah telah diperintahkan kepada Adam AS dan segala keturunannya. Cuma, bentuk sujud itu tidak sama dengan arahan Sholat yang Allah perintahkan kepada Muhammad SAW setelah Israq Miragnya baginda. Sesungguhnya arahan sujud, berIman dan berTaqwa semata-mata kepada Allah dan tidak lain selain Allah, punya pengertian yang tersangat luas. Untuk Umat Muhammad SAW, penegasan Iman dan Taqwa adalah lewat Sholat lima waktu seperti yang Dia perintahkan.

(3) Namun, biar dalam Sholat sekalipun, saat sesiapa paling dekat kepada Allah tetap Syaitan mengoda dan memesongkan sesiapa. Nabi Ibrahim AS yang terkenal sabar, Iman dan Taqwanyapun tidak terlepas dari godaan Syaitan saat baginda sedang berkorban. Itu kini terjelma sebagai sebab melontar menjadi kewajiban di dalam Hajj. Namun, kita harus tahu, sepertinya AkuJanji Syaitan, sampai kiamatpun dalam keadaan apapun, Syiatan akan terus-terusan mengoda memesongkan manusia. Kita tidak usah takbur tentang itu. Ada waktunya kita berjaya menantangnya, ada waktunya pasti kita terkecundang. Namun, suatu pengajaran yang harus semua Umat Islam tahu, betapa khusyuk adalah tuntutan tertib paling baik untuk kita menghindar godaan Syaitan saat kita berSholat. Khusyuk pula harus datang dari jiwa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita harus Sholat dengan rasa bertanggungjawab, menunaikan tanggungjawab sepenuhnya buat Allah.

(4) Jika kita cerdik untuk mengambil iktibar dari Ilmu Allah ini, pasti kita, khususnya Najib, Perdana Menteri Malaysia harus mengerti, selepas PRU13 dia dan kita semua rakyat yang mahukan kesejahteraan hidup harus sudah dapat menangkap pertama, atas sebab Allah memerintahkan semua untuk sujud kepada Adam AS saat roh sudah terisi di dadanya; dan keduanya  terhumban ke bumi saat baginda dan Hawa termakan pujukan Syaitan lantaran ingkar akan larangan Allah dan dari situ Adam dan Hawa bertaubat lalu tunduk penuh berIman dan Taqwa kepada Allah. Kemenangan dalam PRU13 adalah roh yang Najib tuntutkan. Kita tahu, Najib bercanang ke seluruh pelusuk Negara meraih simpati rakyat untuk menjadi khalifah. Najib menuntut kemenangan dalam PRU13 untuk mentadbir Negara ke jalan kesejahteraan semua. Allah lewat rakyat Malaysia yang simpati dan memerlukan, memberikannya roh itu. Maksudnya, kini Najib sudah tidak lompong, bolong, kosong sepertinya permulaan enam harinya penciptaan Adam AS. Dia sudah ada roh. Roh itu, bagi Adam AS adalah agar dia berIman berTaqwa kepada Allah. Allah mahukan Adam AS jadi khalifah buat semua. Khalifah bagaimana, khalifah yang memanafaatkan semua mahlukNya. Adam AS menjadi khalifah demi Allah. Najib tidak terkecuali. Kemenangan dalam PRU13 adalah roh yang Allah berikan kepada Najib agar dia terus menjadi khalifah umat manusia di Malaysia ini demiNya. Sepertinya Adam AS, dia harus tidak gentar tidak takut tidak berfikir dua tiga. Atas Iman dan Taqwa kepada Allah dia mesti menjadi khalifah setulus seikhlasnya ,dalam memikul tugas dan tanggungjawabnya. Sepertinya Adam AS, dia perlu beramal sujud setulus seikhlasnya demi Allah.

(5)Makanya, kini sudah bukan masanya untuk Najib terus berpolitik, rhetoric. Dia mesti bekerja. Pasukannya mesti keras bekerja. Allah dengan sengaja memberikan Najib mandat kecil lewat PRU13 agar dia terus sedar betapa dia duduk di atas sana bukan untuk bersenang linang. Segala cabaran dari pihak lain hanyalah pemesongan dan godaan. Sesungguhnya, adalah tidak betul saat tergoda oleh Syaitan, maka seseorang harus meniggalkan Sholatnya lalu lebih leka menghambat Syaitan yang mengodannya. Sememangnya Syaitan, kerjanya agar kita tidak Sholat, maka menghambat Syaitan dan meninggalkan Sholat adalah kejayaan bagi Syaitan. Begitulah Najib, jika dia asyik melayani para pemesong di luar sana, sepertinya Najib tidak faham akan konsep Sholat dan godaan Syaitan. Najib harus focus bekerja dari melayani pemesonagn bodoh Biarlah segala itu ditanggani secara pentabdiran biasa. Najib dan jentera pentadbiran awam harus tidak lagi terlalu berpolitik khususnya SPRM yang saya lihat Pengerusinya terlalu banyak omongan. Semua pihak seharusnya hanya bekerja mengikut tatacara ikhlas dan jujur. Najib kena mengerti sedalamnya konsep Sholat dan godaan Syaitan. Dia mesti khusyuk ikhlas kuat bekerja. Apa mungkin kesan 100 hari selepas PRU13? Apa juga mungkin kesan selepas 1,000 hari PRU13?

(6) Beberapa agensi awam kini sedang menjadi sasaran hentaman sesetengah pihak. Ini, paling utama adalah SPRM. Begitu juga di pihak Polis, Kehakiman, Suruhanjaya Rasuah (MACC), dsb. Mereka ini harus terus tetap sebagai agensi awam yang teguh profesional. Tidak perlu banyak omongan, publisiti. Mereka bukan orang politik dan atau artis. Mereka bekerja di gaji rakyat, mereka tidak perlu terkenal. Buat saja kerja. Ingat pesan Allah, semasa berbuat baik biar tangan kiri sekalipun tidak tahu. Begitu juga media di bawah penguasaan Kerajaan, focus harus kepada kerja. Kenapa hari-hari rakyat harus disumbati dengan saling mengutuk menghina. Apakah manusia-manusia di RTM dan TV3 sudah kebangkraban pemikiran hikmah. Banyak soal lain yang boleh disorot dari hanya setiap jam membongkar yang tidak membawa kebaikan apa-apa. Mereka ini semuanya, kebanyakannya adalah orang Islam, apakah nasihat Al Quran tentang aib manusia? Malaysia sepertinya sudah menjadi Universiti Terbuka Pakar Mengutuk dari menjadi Negara penuh innovatif untuk produktif. Najib harus merobah semua ini. Dia mesti kelihatan dan sebetulnya Perdana Menteri yang bekerja. Contohilah Abdul Razak Husein, apa lagi Mahathir Mohammed. Mereka lebih seronok bekerja dari berpolitik rhetoric. Apakah kerana kita sudah lupa bahawa diri kita adalah manusia, maka banyak dari kita sudah turut sama jadi Syaitan? Kita juga tidak perlu jadi Malikat. Saya yakin dan percaya, adalah bodoh bagi Najib jika dia terus menari ikut rentak mereka yang kecewa. Sepertinya, Anwar kutuk, Najib (juga kuncu-kuncu pegampu di sekelilingnya) kutuk. Anwar hina, Najib hina. Akhirnya, siapa beruk, siapa singa?. Jika itulah sikap Najib, dia sebetulnya adalah sama saja dengan mereka itu. Najib adalah Perdana Menteri Malaysia, maka duduklah pada taraf itu. Najib harus belajar saat Ghani Ali dan Ali Rustam lupa akan caranya Muhammad SAW dan para Khalifah yang sering dinasihat tidak perlu beradu atau pergi berperang, biar saja hulu balang mereka saja bermandi keringat maka itulah kecundanglah kudrat yang mendatang. Kita tidak memilih Najib untuk leka, kita mahu dia bekerja. Najib mesti lead Malaysian to work to deliver not to talk. Najib harus bijak membuktikan kepada rakyat siapa bekerja, siapa sekadar tong kosong. Sudah hampir 30 hari PRU13, sepurnama berlalu, masa mungkin harus kita tunggu sehingga 40 atau 100 hari baru kita hendak hebat bekerja!

(6) Mungkin Najib terlalu percaya cara Barat dalam menghadapi tentangannya. Dia mungkin sudah terlalu lupa untuk makan sambal belacan dengan cili padi segenggam sepertinya keturunannya di Sulawesi. Sesungguhnya, tidak Sulawesi bebas dari Belanda jika mereka tunduk kepada Barat. Najib terlalu terikut-ikutkan Barat dan mereka yang di seklilingnya yang taksub cara saikologi atau image Groaming Barat sehingga banyak perkara sekarang sedang menanti menjeratnya sendiri. Kehadiran Idris Jala di dalam Kabinet Najib lebih membawa penjenamaan semula dari real effect to the common lives. Najib harus lebih bijak dalam menilai semua ini dari tergantung kepada konsep KPI Barat. Najib, kembalilah ke aslnya kita: Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Negara ini adalah Negara Malaysia, bukan Barat. Malaysia biarlah caranya Malaysia, sejahtera caranya Malaysia, adunan kita.

nota:
Foto sisipan adalah capaian internet atas tajuk The Devil.

Kuching, Sarawak
27 May, 2013.
Monday, January 21, 2013
12/1/13 BANGSA MORO dan Kelantan....

12/1/13 BANGSA MORO dan Kelantan....

Mulanya, puak Arab menguasai Afrika Utara khususnya lewat Mesir. Kemudian perlahan-lahan merebak ke negeri-negeri di Pantai Barat Afrika. Di sana, puak Arab bertembung dengan suku-suku kaum yang kuat bermusuhan di sebut sebagai puak Moors. Islam menyatukan puak-puak Moor ini sehingga mereka menjadi pemberani menyeberang selat Gibralta kemudian di bawah kepimpinan kuat mereka mengasaskan Kerajaan Islam Andalusia. Di Andalusia mereka berperang dengan puak-puak Spanyol dengan ganas sekali. Saat Andalusia kembali dapat ditawan Spanyol, lalu kemudian mereka memperluas jajahan ke luar Eropah, maka bila mereka cuba mendarat di Kepulauan Sulu di selatan Filipina, mereka kembali bertembung dengan puak-puak Islam yang sama degil dan liat sebagaimana puak-puak Moor yang pernah menjadi seteru hebat mereka. Maka puak-puak Sulu ini mereka gelar the Moro people, samalah dengan Belanda mengambil istilah Bugis akibat sikap kasar dan liat mereka mencipta istilah Bugey Man yang bermaksud orang jahat.

(2) Saya berkira nama Morocco itu pasti dari istilah Moors Communities di singkat jadi Morocco mungkin oleh pengembara Jepun. Moroko adalah negeri tumpah darah Bangsa Moor. Senibina Moor adalah asas kepada senibina Spanyol. Sesungguhnya senibina Andalusia adalah latar kepada senibina Spanyol di seluruh Spanyol dan tanah jajahannya seperti di Mexico, New Mexico, Filipina dsb. Bahkan Gereja St Sophia, kini Masjid Sofia Istambul adalah dari senibina indah Moor. Di Malaysia senibina ini terpapar di Stesyen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

(3) Bangsa Moro dan Moor sikap mereka hampir serupa. Moor suka berburu di Padang Pasir. Sifat itu menjadikan mereka bangsa yang liat dan keras. Spanyol melihat itu sebagai kasar dan ganas. Puak-puak Moro pula suka beburu bukan di Padang Pasir tetapi di Laut China Selatan, di Laut Sulu khususnya. Mereka adalah pelaut. Pelaut biasanya adalah manusia-manusia sangup membelah ombak. Mereka tegar, tangkas, ulet sehingga bila Spanyol cuba menganggu padang buruan mereka, pasti dengan jong-jong mereka menyerang puak-puak pendatang ini. Juga kerana di Laut Sulu, pulau-pulau kecil seperti membentuk rantaian, maka sifat pengembara puak-puak ini akhirnya menjadikan mereka puak penakluk. Maka dengan sebab itulah Sabahpun mereka masukkan sebagai salah satu Wilayah Kesultanan Sulu. Sesungguhnya Bangsa Moro adalah puak-puak Sulu yang pelbagai yang suatu ketika dulu adalah Kerajaan Islam di Timur Jauh.

(4) Namun nasib tidak bersama Bangsa Moro, siapapun yang datang, biar Jepun atau Amerika, dan kini Filipina, Bangsa Moro terus mereka adu domba agar terus berpecah belah agar mereka terus lemah. Apa lagi penindasan dan kekacauan terus diasak kepada Bangsa ini, sehingga di kemuncaknya, mereka menjadi Bangsa Hanyut di kepualauan-kepulauan di luar Sabah. Sesungguhnya niat mereka untuk meraih simpati saudara SeIslam di Malaysia sukar tercapai. Kerana itu mereka menjadi bangsa yang sukar menerima apapun yang didatangkan kepada mereka.

(5) Saya menduga, kehebatan Malaysia jika kita dapat melihat dan membantu Pattani, Champa, Rohingya dan Moro-Sulu sedemikain rupa, agar kehadiran mereka di Negara ini, bukan hanya membantu merobah cara hidup mereka tetapi juga dapat memakmurkan Negara ini disamping menjadikan mereka itu sebagai Jambatan buat Malaysia membentuk ikatan Ekonomi Serantau yang kuat bersama-sama negera-negara asal mereka.

(6) Melayu Islam Malaysia harus dapat melihat ini dari sudut mulanya Islam berkembang meluas di Arabia-Farsi-Afrika. Mulanya, Madinah adalah Pusat Pentabiran. Namun peranan itu akhirnya berubah menjadi hanya Pusat Ilmu. Lewat tebaran Ilmu itu akhirnya terbentuk Pusat-pusat Pentadbiran Sendiri yang terus berkembang menjadi negara-negara Islam merdeka sendiri. Sesungguhnya kewafatan awal Muhammad SAW serta kegagalan para khalifah sahabah untuk membentuk Sebuah Empayar Besar Islam adalah atas MahaMengetahuinya Allah akan keperluan masa depan kenegaraan Islam. Sesungguhnya ini tidakj sukar untuk dimengertikan denagn hanya melihat pada nama Hutan. Hutan tetap hutan, namun hutan ada pelbagai jenis dan daerah taburannya. Ada Hutan Tropika di rantau Khatulistiwa. Ada Hutan Sub-Tropika di garis luar Khatulistiwa. Kemudian ada Hutan Savana. Ada Hutan Mediteranean. Ada Hutan Temperat, dsb. Namun semua tetap Hutan. Maka saya berkira, Allah tidak sekali-kali mahukan Satu Negara Islam, Dia mahukan kepelbagaian sebagimana sering Dia firmankan, jika Dia mahu, semuanya akan jadi satu. Namun itu bukan kehendaknya, Dia ingin melihat bagaimana manusia menggunakan akal dan nafsu mereka secara bebas. Sesungguhnya Allah ingin melihat sejauh mana sifat syukur itu dimengertikan oleh sesiapapun.

(7) Dalam hubungan negara kita Malaysia, tidakkah sikap kita khususnya Kerajaan Barisan Nasional selama ini sama dengan Jakarta ke atas Acheh, Bangkok ke atas Pattani, Manila ke atas Sulu, dalam cara kita melihat Kelantan? Tidakkah mungkin ini akhirnya akan menular ke Kedah dan Selangor akhirnya? Sesungguhnya jika kita ingin memahami kehancuran dan sengsara Pattani, Champa, Rohingya dan Sulu-Moro kita bolehlah bercermin dengan cara kita menangani Kelantan dalam PAS.

(8) Sesungguhnya, kita umat Islam Melayu tidak cerdik membaca maksud Allah kenapa Dia tidak menjadikan semua manusia sebagai Muslim seMuslimnya. Begitu juga kita selalu hanyut dengan dakwaan betapa Muhammad SAW telah dapat membina sebuah Kerajaan Islam Unggul, sedang di dalam Al Quran Allah jelaskan betapa Muhammad SAW hanyalah persuruh. Kita gagal melihat kepelbagaian yang Allah jadikan sebagai asas kepada kehidupan di dunia ini agar kita menjadi lebih bijak serta jelas dalam hambatan Syurgawi kita.

(9) Buat saya, Najib akan melakar Sejarahnya Sendiri His Own Legend jika dia dapat mensejahtera dan memakmurkan rakyat seluruhnya dalam kepelbagaian yang ada. Sesungguhnya Muhammd SAW gagal untuk menakluki hati Thalib Abi Mutalib bersatu iktikad dengannya. Juga Noh AS, gagal menjadikan anak dan isterinya untuk bersamanya. Begitu juga, Yunus AS sampai kecewa dan mendapat murka Allah, kerana gagal mendakwah umatnya biar memakan 950 tahun. Semuanya, kerana Allah telah jelas dengan kehendaknya agar terus wujud kepelbagaian. Janganlah kerana semua mahu di jadikan 1Malaysia, kita seperti memaksa segala ke arah kehendak kita dan melupakan kehendak Allah. Saya berkira jika Najib dapat lebih menerima dan terbuka dalam mensejahtera dan memakmurkan Kelantan, pasti Allah akan terus membantu dia dengan ilham-ilham yang bernas tentang bagaimana dia akhirnya akan menjadi Tunggak kepada Kemajuan Pattani, Champa, Rohingya, Sulu-Moro, dan Acheh tanpa kesangsian Bangkok, Phnom Penh-Hanoi, Rangoon, Manila dan Jakarta.

(10) Sesungguhnya Allah sedang membuka ruang seluasnya buat Najib-Melayu (dan Malaysia) untuk menjadi Tunggak kepada Kemakmuran dan Kesejahteraan Serantau. Kelantan, Pattani, Champa, Rohingya, Sulu-Moro dan Acheh adalah cabaran kebijaksanaan serta asas bagi Malaysia untuk menerjah jauh ke depan. Kelantan khususnya saya kira harus Najib tidak tangani sama dengan cara Husein Onn, Mahathir Mohammed dan Abdullah Ahmad Badawi. Cara bermusuh, menyingkir atas nasihat beberapa penyangak politik yang juga dari Kelantan sendiri khususnya. Sesungguhnya adalah suatu kerugian yang sangat besar kepada Melayu jika sikap berlawan dan atau bermusuh terus diasak terhadap Kelantan. Sesungguhnya rentak pembangunan di Negara ini jadi lambat dan bercelaru hanya kerana Badi Kelantan. Najib harus sedar dan insaf akan kekhilafan berpanjangan kita ini. Buat saya Abdul Razak Husein telah membuktikan bila Kelantan diberikan layanan wajar, segala kerjanya menjadi mudah dan berkesan.

Kuching, Sarawak
22 Januari, 2013
Thursday, November 29, 2012
no image

6/11/12 JIKA MALAYSIA TIDAK PERNAH TERBENTUK....

Saya amat tertarik dengan pernyataan Dr. Ridhuan Tee, seorang Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Malaysia dalam Bicara Perdana PRU13 di Kota Bharu sedikit masa lalu (dalam YouTube), betapa Umat Islam khususnya umat Melayu di Malaysia sebetulnya dalam bahaya. Sebagai ahli akademik, padangan beliau itu adalah berlandaskan kepada statistik. Itu fitrah ahli akademik. Mereka berbicara atas kesahihan statistik. Landasan beliau, sebetulnya bukanlah suatu perkara baru, sesungguhnya Tunku Abdul Rahman sejak sebelum kemerdekaan Negara juga telah menyedari akan prihal tersebut. Hakikatnya, Melayu telah berada dalam bahaya sejak Malaya belum merdeka. Kerana kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduklah maka gagasan Malaysia telah diushakan. Di saat menyatukan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah, seluruh kaum pribumi wilayah-wilayah ini dilihat sebagai Melayu. Cuma, demi Islam, demi untuk mempertahankan dan memperkasakan Islam, Melayu kemudiannya telah ditakrifkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negara. Sesungguhnya takrifan Melayu sebegitulah, menjadikan statistik Melayu jadi susut.

(2) Sekilas pandang, satistik Melayu tidak akan pernah sebesar yang sering kita sangkakan tanpa adanya Malaysia. Tanpa Kelantan, Kedah, Perlis dan Pahang, agaknya bagaimana keadaan Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Perak dan Negeri Sembilan, khususnya masyarakat Melayu di negeri-negeri tersebut? Kuala Lumpur pastinya kini sudah bergelar Yap Ah Low City! Begitupun, Sarawak dan Sabah pasti juga akan turut berbeda. Jika Malaya hanya merdeka sebagai Malaya tanpa penyertaan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia, pasti semuanya akan sangat berbeda. Saya berkira Malaya, Sarawak dan Sabah tanpa terbentuknya Malaysia pasti sudah menjadi Negara-negara ala-Singapore

(3) Manusia berhijrah adalah fitrah azalinya. Adam AS hijrah dari India ke Jeddah untuk menunaikan tanggungjawap untuk membiakkan umat manusia. Maka, orang China dan India, hijrah ke Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah sebelum terbentuknya Malaysia adalah fitrah kejadian umat manusia seperti juga moyang mereka Adam AS. Apa lagi di zaman dahulu atas tamak Kapitalis Barat atas pengaruh industrialist Yahudi, telah memaksa kaum India dan China untuk menjadi boroh kasar di wilayah-wilayah jajahan mereka. Kebanyakan kaum India dan China datang ke rantau Nusantara adalah akibat boroh paksaan serta bujukan manis para penjajah Barat samada Inggeris, Sepanyol, Portugis, Belanda, dan bahkan Jerman, Peranchis, Amerika dan Australia. Akibatnya, maka berleluasalah perusahan besar-besar milik pengusaha-pengusaha Barat di rantau ini. Di Malaya khususnya syarikat-syariklat seperti Sime Darby, Harrison Crossfield, Gutrie, Unilever, Boh Tea, bahkan United Plantation terus berkembang dan menguasai tanah-tanah subur asalnya milik pribumi. Perluasan ladang-ladang dan perusahaan-perusahaan ini terus menerus membanjirkan masyarakat kuli dari China dan India. Maka, demi mempertahankan milikan mereka, saat kita hendak merdeka, maka kita disyaratkan untuk menerima para kuli ini terus menetap dan menjadi rakyat Malaya dan atau Malaysia Merdeka. Sesungguhnya, begitulah kelicikan Barat dalam mempermainkan kita. Kita merdeka, tetapi hakikatnya tidak berdaulat. Kita punya kuasa mentadbir, tetapi kuasa ekonomi, kuasa untuk hidup makmur, tetap dalam genggaman penjajah. Perhitungan Tunku Abdul Rahman, umat Melayu Malaya Merdeka sangat merbahaya. Bila saja, kuasa politik boleh terlepas ke tangan bukan Melayu yang pada masa itu sudah menjadi rakyat Malaya Merdeka. Maka dengan sebab itulah Sarawak dan Sabah perlu digembeling untuk membentuk Malaysia Merdeka. Cuma syukur kerana Sarawak dan Sabah pada masa itu kurang menarik minat penjajah, maka kemasukkan kuli-kuli asing ke wilayah itu amat sedikit. Maka dengan sebab itu sehingga kini, masyarakat pribumi di kedua-dua negeri ini tetap menjangaku angka 70 peratus. Jika Malaysia tidak terbentuk, sedang Malaya merdeka sebagai Malaya, pasti kuli-kuli dari China dan India akan dilambakkkan ke Sarawak dan Sabah. Pembentukan Malaysia menyelamatkan segala, dan itu kita semua harus sedar dan insaf.

(4) Sebaik Merdeka, Melayu sebetulnya berada di bibir jurang yang amat dalam. Sama sahaja dengan apa yang berlaku kepada Kerajaan Islam di bawah pentadbiran Usman Affan selepas penaklukan besar-besaran oleh Umar Al Khataab. Pelbagai kecelaruan muncul akibat kemasukan segala unsur-unsur asing Farsi, Rom, Sham, Afrika, dsb ke dalam sistem budaya Arab. Keadaan ini menimbulkan banyak masalah kepada Khalifah Usman Affan. Ledakan pemgembangan Islam yang begitu pantas akhirnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Kini dengan ledakan globalisasi masyarakat Melayu dihenyak dengan perkara-perkara yang agak asing bagi sebilangan besar dari mereka. Lantarannya, dari mengaut faedah dari ledakan liberalisasi, kita seperti terjepit dalam kancah sosial yang kita sendiri tidak jelas apa sebetulnya. Jika Hassan Ali dan Ridhuan Tee umpamya sanggup mendedahkan hasil kajian ilmiah mereka, pasti kita jadi kecut betapa anak-anak muda Melayu di kota-kota sedang menuju kepunahan. Anak-anak muda Melayu kita di kota-kota seperti kian bolong. Sesungguhnya budaya Rock n Roll, kehidupan brengsek sedang kembali menular di kalangan para belia kita. Khairi seperti tergamam bila banyak anak-anak muda kita menghadapi kejadian muflis. Kenapa? Semuannya, kerana Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan kita masih hanyut dalam kendong kuat Barat. Khairi cuba menyelesaikan masalah ini melewati wang ringgit, sedang Hassan Ali dan Ridhuan Tee melihat Islam sebagai jalan penyelesaian menyeluruhnya. Saya akur dengan padangan sebegitu kerana sesungguhnya kita kini terus terbelenggu oleh sistem bikinan Yahudi yang Allah kutuk. Kerana kita patuh terhadap sistem kutukan, maka tidak hairan jika kita terus dalam ancaman besar. Allah sebegitulah muslihat MahaBijaksanaNya. Semuanya agar kita cepat-cepat sadar dan berubah.

(5) Kini Malaysia sudah terbentuk dan merdeka, biar Melayu tidak berdaulat, kita mesti berubah. Najib, Muhyiddin, dan Mustapha harus berkerja kuat dalam membentuk Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan kita untuk menjurus kepada Ad Deen Ilahi. Para bijakpandai Melayu harus berani tampil ke depan mengusul dan menyusun sistem-sistem tersebut secara jujur dan kuat, dan meninggalkan perbalahan yang merugikan semua. Najib akan terbukakah telingga dan dadanya atau dua tahun lagi tetap memohon maaf atas kekhilafan yang terus berulang-ulang. Sebetulnya, bila Najib mengaku melakukan kekhilafan apakah kekhilafan-kekhilafan itu yang beliau sadari?

Kuching, Sarawak
30 Nov., 2012
no image

5/11/12 Ledakan YouTube “Bicara Islamis” Akan Merubah Segalanya….

Belajanwan 2013 Negara telahpun di bentangkan. Yang jelas, Belanjawan tersebut lebih menjurus kepada Belanjawan Piliharaya. Lewat peruntukan dalam sektor-sektor tertetntu, Najib mensasar untuk merasih sokongan besar dari golongan tertentu khusus masyarakat di luar bandar, kaum wanita, serta para belia. Siapapun dalam keadaan berkuasa, serta agak terjepit pasti akan bertindak seperti Najib. Soal Pertumbuhan Sebenar Ekonomi Negara, itu soal kedua. yang utama adalah terlebih dahulu memenangi pilihanraya. Belanjawan Pendua Pembangkang juga begitulah sifatnya. Cuma sasarannya lebih menjurus untuk menangkap golongan sedikit berpelajaran serta punya kedudukan sosial yang lebih baik. Cuma, dari segi perhitungan perangkaan, hanya sekitar 30 perastus dari penduduk rakyat Negera ini adalah golongan berpendapatan menengah, sedang sekitar 60-70 peratus masih di kelompokan sebagai golongan menegah rendah dan rendah. Pastinya golongan berpendapat rendah jauh lebih tinggi nisbahnya. Maka, Belanjawan Najib pasti boleh meraih simpati golongan ini atas taburan ihsannya.

(2) Kini, Persidangan Agung UMNO sedang berjalan. Pastinya, ianya adalah kayu ukuran terakhir Najib untuk menilai sejauh mana kekuatan UMNO untuk terus menunjangi BN dalam mentadbir Negara kira-kira lima tahun lagi, selepas Mei 2013 ini. Pastinya dalam tempoh sebulan dua ini, pasti berlaku lobi melobi yang hebat untuk menentukan ayam tambatan mana yang akan masuk ke gelangang. Jika prosesnya berjalan lancar, dengan kurangnya kocakan, pasti itu akan menjadi petanda penting tentang kemantapan dan kekuatan UMNO. Jika ribut-ribut, cantas mencantas hebat berlaku, apa lagi pelbagai senarai dari pelbagai pihak berlambak di atas meja Najib, pasti UMNO akan menuju jalan ke jurang dalam. Sebagai penghujung ucapan dasarnya, Najib melaungkan kata-kata khilaf dan pohon kemaafan serta ayuh kembali berjuang bersama rakyat, dua unsur penting yang mungkin tidak banyak, khususnya kalangan dalaman UMNO, memberikan perhatian apa sebenarnya maksud Najib dengan merangkai kata-kata itu. Sesungguhnya, jika dikupas serta diperlakukan dengan penuh berani dan jujur, dua rangkaian kata-kata itulah sebetulnya adalah asas kepada Pengembalian Kekuatan UMNO, namun saya yakin, dua unsur ini akan hanyut sebegitu saja. Najib sendiri mungkin sedar-sedar lupa akan ungkapannya itu. Jika itu terjadi, saya tidak yakin Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan kembali mudah ke dalam pelukan UMNO. Atas sentimen kenegerian, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak mungkin kekal dalam kendong BN. Namun jika PAS pandai bermain pencak silat, pasti Trengganu dan Perlis akan menjadi medan tempur yang seronok untuk dilihat. Di Sabah dan Sarawak, faktor dan kuasa dalaman akan lebih memainkan peranan dari pengaruh luaran seperti PKR, DAP, dan PAS.
.
(3) Beberapa tahun terdahulu, rangkaian media sosial sangat dikuasai oleh mereka yang cenderung kepada politik. Pelbagai rencana berbentuk politik, samaada benar atau tidak, itu soal lain, menghujani Negara. Pastinya juga rangkaian itu turut dilimpahi kebanjiran cerita-cerita sensasi yang punya kepentingan-kepentingan tertentu. Namun sejak akhir-akhir ini, media sosial, khususnya yang berbentuk YouTube, sudah mengantikan kebajiran bloq-bloq. YouTube kini kian tersebar lewat pelbagai rangkaian media sosial lainnya, khusus seperti FaceBook, Twitter, dsb.

(4) Beberapa minggu sudah, sedang saya cuba mencari tulisan-tulisan mengenai para pemikir dan ilmuan agung Islam terdahulu, saya sering terdampar mengikuti YouTube Bicara Islam dari pelbagai pihak, khususnya yang tergolong dari tiga kelompok besar iaitu Pendokong BN, Pendokong PAS/PKR dan Kelompok Bebas. Bila dilihat dari capaian YouTube masing-masing, saya kagum melihat capaian yang sebegitu tinggi bagi sesuatu Siri Bicara yang sehingga mencecah melebihi hitungan 250,000++. Soal apa bicara mereka itu saksama atau tidak, itu soal lain. Sangat hebat, YouTube berbetuk ini kini sering ditempel dengan cerita-cerita artis sudah kembali ke pangkal jalan. Juga saya melihat, pasti dengan berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO kali ini, lambakan YouTube samada mendokong atau sebaliknya nada dan cara perjuangan UMNO pasti akan melimpah membanjiri laman media sosial di Negara ini. Saya menjangka YouTube “Islamis” akan menjadi medan tempur yang kian menghangat. Apa lagi dengan pemberian Komputer 1Malaysia serta kemudahan Kampung Tanpa Wayar yang kian menular di negara ini.

(5) Kehadiran YouTube “Islamis” ini ada kebaikannya. Bagi yang mampu menimbangtara, pasti banyak ilmu yang diperolehi. Bagi yang taksub, biar di sebelah manapun, akan bertambahlah ketaksubannya. Cuma ketaksuban akhirnya boleh menyimbah mulanya keringat, kemudian darah lalu air mata. Nauzubillah. Saya yakin, InsyaAllah, ada juga yang boleh berpatah arah, namun itu sukar dan mungkin hanya sedikit.

(6) Berbeda dengan Negara tetangga kita Indonesia, di mana gerakan “Islamis” kini sedang hebat terpesorok di Pesantren-pesantren dan hanya menanti tiupan peluit sahaja untuk kebangkitannya. Ketiadaan kemudahan internet yang meluas di Indonesia sangat membatas tebaran “Bicara Islamis” mereka. Namun, kini, pemikiran dan bicara-bicara sebegitu sedang hebat ditebar dalam bentuk “Penulisan Sastra dan Perfileman”. Di Malaysia, saya menjangka ledakan YouTube “Bicara Islamis” akan berlaku sekitar setahun dua lagi khusus jika pergolakkan dan keresahan sosial di Negara ini tidak segera di atasi. Jika, UMNO atau BN menang sekalipun, jika mereka terus ulang berulang khilaf serta tidak sejujurnya bersama rakyat pasti keributan hebat akan berlaku. Mudah-mudahan Najib, bukan sekadar inginkan kemenangan besar, namun harus bersegera mengaris agenda perlaksanaan Ad Deen Islam dengan secepatnya. Sudah 55 tahun Negara ini Merdeka, sudah tiba masanya kita Berdaulat dalam usaha mendapat restu Ilahi secara terang-terangan. Sesungguhnya, gelombang biru yang Najib ingin tiru, kini telah bertukar menjadi samudera hijau adalah tapak pelayaran yang harus dia harungi. Selama manakah lagi harus kita patuh kepada Demokrsai Kapitalis. UMNO sudah berusia 66 tahu, Negara sudah berumnur 55 tahun. Rakyat kita khususnya golongan muda yang sudah terdidik luas, inginkan suatu yang baru yang tersendiri, dan yang dinanti-nanti serta dituntut adalah Ad Deen Ilahi. Sesungguhnya, buat saya jika UMNO dan Melayu ingin gemilang dan bersatu padu, kita mesti membangunkan Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan Islam yang kukuh dengan sekerasnya. Dunia Islam tengah bergolak, maka kita harus tampil memimpin Ummah. Jika itu agenda besar kita, pasti akan tampil banyak cendikiawan Melayu dan Islam dunia tampil membantu kita. Akhirnya kita akan jadi lebih sibuk berfikir, bermsyuarah, merencana, dan bekerja dari bercakaran bercelaru. InyaAllah.

Kuching, Sarawak
29 Nov., 2012
Sunday, November 4, 2012
3/11/12 LIBERALIZATION, Najib way to growth, but my thought....? (Draft)

3/11/12 LIBERALIZATION, Najib way to growth, but my thought....? (Draft)

Saya ngak inget kapan saya nengak nengorokin Coca Cola. Juga begitu, saya ngak pasti kapan saya ngeblok McDonald. Namun saya inget bener kapan saya mulai naikin bis, bus Ford. Sebabnya, perjalan itu ditandai sebagai hari mula kebebasan saya buat mengenal dunia dan melewati segala kepayahan lantaran di dalam perjalanan dari Gedong-Serian dan Serian-Kuching, jalannya tersedat-sedat lantaran rakyat sedang menghadapi banjir besar pada lewat Disembar, 1972. Hati rakyat resah. Hati saya juga resah, kerana meninggalkan kaum keluarga saya yang kapan mau ketemu lagi, saya ngak pasti. Masa itu saya mahu berangkat buat menghambat Pendidikan Barat di UK. Dari SMR Kuala Krai, Ulu Kelantan (UK), kemudiannya saya saban hari menaiki bus Ford ke sekolah yang jauhnya sekitar 5 KM dari Asrama di SM SYP. Saat seusia 13 tahunan saya sudah disogok akan hebatnya amparat sisa penjajahan.

I can't recalled when did I first drank Coke, flashing down my throat. Accordingly I can't remember when did I took McDonald. But I could freshly recall when did I first boarded the Ford bus; that was from Gedong to Serian then Serian to Kuching and later to Pending Youth Center which in my hand currently being developed into Kuching I-Center. Earlier, I can't take the Motor Launch from Simunjan to Kuching because the sea was so fierce. Flooding was badly affecting lots of lives along my path. The day was crying all through. My heart was wet in silent.  It was a journey for me to be engulfed in this fierce and challenging world. It was in late December 1972 on my way of conquest for Western Education, on my bound to UK to attend my Lower Secondary Education at SMR Kuala Krai, Ulu Kelantan (UK), Kelantan. In 'UK', daily I took the Ford bus from the Hostel to the School which was about 5 KM away. Today I realize, since I was 13, I was corrupted by the luxuries of colonization.

(2) Apakah hikmah Allah di balik Jalanan Hari Menangis ini ke atas pemikiran saya kini, khusus terkait soal Coke (Coca Cola), McDonald dan Ford dan gempuran liberalisasi Najib? Saya ingin melihat ini, semoga kita sempat belunjur, sebelum duduk; mendongak, sebelum terhantuk, jika itu Najib masih mengerti, atau mungkin Rais Yatim masih bisa nyelentik kupingnya. Juga selenting dalam benak saya, juga mudah-mudahan Muhhydin Yasin juga bisa merasa kok kenapa bangsa Indonesia begitu pinter bikin bakso, sup ega, sup buntut, sup ceker ayam tempe, dsb dari segala sisa makanan serta Mustapha Mohammed bisa ngamatin kenapa masyarakat Filipina paling seneng bikin serta enak makan babi bakar. Dulu di Kelantanpun, banyak makanan colek, enak memang enak, namun apa pengertian di baliknya? Dalam saya nyetir dari Kampung ke Kota di pagi gerimis tadi, persoalan-persoalan ini menguja saya untuk menulis kenakalan ini.

(2b) As I was driving from MyVillageHome to town to work this morning, I have this thought to go cautioning Najib over his liberalization move. Coca Cola, McDonald, Ford crossed my path. Accordingly, I was wondering, and hoping Muhhydin Yasin, could also running along my thought why my Indonesian country men are so skilled in making those Bakso, Cartilage Soup, Ox Tail Soup, Chicken Fingers Soup, Fermented Soya Bean, etc from all from those indeed carcasses. Hopefully Mustapha Mohemmed, still could remember the term kakas in Kelantanese, which I figure must have been derived from the word carcass, and thus come along with my wonder why the Philippines love to roast and eat pig?

(3) Coca Cola, MacDonald dan Ford adalah lambang Pasaran Bebas, Ekonomi Terbuka, serta Globalisasi perjuangan pertualangan sebetulnya Amerika. Coca Cola sebenarnya adalah lambang Demokrasi dan Kapitalisma Amerika. Dalam tahun 1980, pasti sukar untuk kita melihat lambang Coca Cola di China. Maka sebab itu China jadi musuh besar Amerika. Dalam tahun 1990an, bila Deng Xiopeng mati, botol Coca Colapun berdiri gagah di Shanghai. Kapan agaknya konsep Pasaran Bebas, Ekonomi Terbuka, serta Globalisasi diketengahkan? Untuk ini, kita perlu kembali mengerti Sejarah. Kita pasti tahu betapa WWI dulu hanya berlaku di sekitar Laut Balkan. Ianya lebih kepada soal penyatuan bangsa di Eropah Timur. Namun WWII amat berbeza. Selepas WWI, kaum Yahudi berkembang cepat di Eropah. Kedamaian membuahkan kemakmuran. Pelbagai revolusi sebelumnya, khusus Revolusi Industri telah membuka peluang luas buat rakyat Eropah untuk berkembang maju. Eropah sepertinya sebuah keluarga terbuka. Pasaran bebas. Kaum Yahudi atas kebijaksaan serta kegigihan mereka, namun licik, kemudian kian menguasai segala. Kemudian berlaku penguncupan ekonomi, sehingga kehidupan rakyat menjadi payah susah. Penduduk asli Eropah tidak senang akan perkara ini. Bangsa Jerman, di bawah pimpinan Hitler akhirnya menyimbah darah Yahudi di seluruh Eropah. Gandingan Jerman-Itali kemudian telah dilihat sebagai mengugat agihan penjajahan oleh Anglo (Britain), dan Peranchis serta negara-negara Pantai Atlantik lainnya khusus di Afrika dan Timur Tengah, maka Jerman mesti diperangi, bukan untuk membela Yahudi tetapi memaksa penjajahan Jerman dan Itali hanya terbatas kepada negera-negara yang sepertinya sudah ditentukan. Pembelaan ke atas Yahudi hanya drama Anglo-Caucasian. Namun saya berkira, kepintaran Yahudi belajar dari keadaan telah membolehkan mereka merumus konsep Pasaran Bebas, Ekonomi Terbuka, serta Globalisasi berselindung di balik Demokrasi yang sebenarnya adalah Musang Berbulu Ayam, haloba Kapitalis mereka.

(3b) Coca Cola (Coke), McDonald and Ford are American symbols of Free Trade, Open Economy, and Globalization. In the 1980s, one can't see Coca Cola in China. But as Coca Cola was allowed to enter into the Chinese market in 1990s after the Death of Deng Xiopeng, a big hu ha was made about it. Why? When was these ideas of Free Trade, Open Economy, and Globalization first being mooted? We have to go back to history. If we recall, WWI was only fought in Europe, especially that later made East and West Europe well defined. WWI was all about unification. But WWII was totally of different ground. After the WWI, the Jews were breeding well in the whole of Europe especially along those Mediterranean States and German-Siberia. The 18th Century was the bright day of Europe. All sort of revolutions came into play. One of the most significant was the Industrial Revolution with wide spread of wealth through Europe. The Jews being very industrious and venture minded, then began to 'control' so much, that made the natives be they the France, German, Siberian, Russian, Italian, etc not 'quite happy' with the Jews monopolistic enterprises. WWII broke due to such sentiment with the tight economic scenarios worsen the whole affair. Hitler flooded Europe with the blood of the Jews. He and Musollini want to take control of Europe. But surely that was not to the favor of the Anglos and other Caucasian tribes, that they united under Great Britain with the American support (brother blood of Anglos) to crush German and Italy. I strongly believe, if the German and Italy conquest were confined to out of Europe ie certain States of Africa, North America, and Middle East, they would never be the WWII. The WWII and European Industrial Revolution precusors to the formulation of the so called Free Trade, Open Economy, and Globalization which in fact camouflage under the skin of Democracy which indeed was the Jews' Capitalist greed.

(4) Kerana kuasa penghadang Islam telah runtuh, maka Barat khusus bangsa-bangsa Pinggiran Atlanta seperti Belanda, Sepanyol, dan Porugis demi mendukung Revolusi Industri, belayar ke Timur (Asia) dan Selatan (Amerika Selatan) sedang Inggeris dan bangsa-bangsa Mediterranean lebih mengkhusus ke Timur Tengah, Afrika dan Amerika Utara. British juga kemudiannya menjejaki bangsa-bangsa Porugis, Belanda, dan Sepanyol lalu menjajah Malaya, Singapura, Brunei, India,'Sarawak dan Sabah' dan sebahagian Kalimantan lalu ke Lautan Selatan Pasifik menjajah Australia dan New Zealand serta kepulauan-kepulauan sekitarnya. Agama Nasrani sebetulnya hanya ditebarkan sebagai alat agar Pribumi Nusantara menjadi lebih manut kepada kehendak Kapitalis mereka. Syukur, Allah MahaBijaksana, Dia mendahulukan Islam berkembang ke sebelah sini bagi mempersiap penduduk Pribumi Nusantara untuk menghadang kehadiran manusia-manusia durjana ini. Cuma, kelemahan pemimpin Islam pada masa itu, adalah mereka terlalu yakin betapa Allah akan mempertahankan mereka setelah mereka menjadi Islam. Peraturan alam yang Allah telah tetapkan tidak semudah itu caranya. Sedang Umar Al Khataab, Usman Affan, Ali Abi Thalib yang jasa mereka untuk Islam jauh menggunung tetap Allah biarkan darah mereka muncrat di tangan musuh Islam, apa mungkin Allah sebegitu mudah menyelamatkan umat Melayu Islam dari bedikan musuh-mush mereka? Saya yakin tidak, kerana Allah sudah nyta dengan tegas berfirman, kira-kira bermaksud.....tidaklah Iman itu hanya memaling mukamu ke kiri atau kanan sahaja, ...serta kamu harus membantu diri kamu sendiri.... Sesungguhnya dari abab 15 sehingga 19 bangsa Melayu Raya gagal mendepani ujian Allah. Gagal kita kerana pasrah yang tongol tidak pasrah atas perjuangan.

(4b) In fact, during the 15th-19th Centuries, with the fall of the Islamic Empires, the West, and due to the pushed of the Industrial Revolution, particularly the Spanish, Portuguese, and Dutch moved to trade to the East with some focus to South America, as the German, Italy, French, English were busy exploring the African, North America and Middle East. The English did also then trailed the Dutch, Spanish and Portuguese to colonized India, Malaya, Singapore, Brunei, 'Sabah, Sarawak' and even part of Kalimantan and move southward to take on the South Pacific. Christianity was just a followup to further make the Asian natives to be submissive. But Allah was great, He made Islam to come first, then Capitalist-Christianity came to test especially the Muslim Malays, the greater Malays of the Archipelago and I figured the Malays failed His test. They failed because they read the Quran from their weak hearts.

Hakikat Nyata

Berjalanlah ke seluruh Indonesia. Jangan hanya ke Bandung khususnya ke Cipanas, Bali, dan Puncak Jakarta. Merantau dan rasai udara nyaman di desa-desa. Sesungguhnya, di serata desa di Indonesia sepoi-sepoi, serta terjunan bintik-bintik kambut dingin adalah nafas-nafas dan airmata-airmata perih kebanyakan wargaknya. Jiwa mereka kebanyakan bergelegak pus-pusan seperti asap rokok meluap dari mulut-mulut yang sedang menanti masa untuk meruap menjadi larva memuntah dan membunuh tanpa ihsan. Manusia, seringnya lupa prihal kemarin, biar hari esoknyapun tetap samar dan kian gelap.

(2) Ekonomi Indonesia adalah Ekonomi Bakso. Rakyat miskin yang kepingin terus hidup, dalam sisa fikiran apa ada saja dilihat menjadi pinter bijak mengolah apa saja untuk sekadar hidup. Lalu, dari sisa-sisa segala daging, urat, apa saja yang bisa dibikin rasa enak, digaulin biar tasty ditambah cabek rawet agar lebih panas, kalau diseropot hirup di pinggir jalan berdebu dalam hangat panas siang tengahari, pasti bisa bikin fikiran kita  jadi polos pleng kosong. Juga dada terasa lapang. Sebabnya, banyak yang akan berkata waduh enak, namun sebetulnya jaringan saraf-saraf kita sudah sedikit terganggu lantaran kesan serangan asid di dalam cabek cili burung itu tadi. Kalau tidak percaya, bagi yang biasa makan Bakso Pedes, cuba bedakan rasa fikiran dan dada kita di antara selepas makan Bakso dan Cheesy Domino Pizza. Coba, di antara yang baru nyeropot Bakso Pedes sama teh botol dingin, dan yang baru makan Cheesy Domino Pizza dan Coke dingin siapa di antara keduannya dengan santai dan bijak masih boleh menghitung hidup dengan tuntas jelas dan cepat. Kenapa? Bakso bikinnya dari apa? Cheesy Domino Pizza dari apa? Tidakkah satu dari sisa sedang satu dari bahan pilihan primer?

(3) Kesejahteraan rakyat Indonesia, semasa dan selepas di jajah Belanda, tidak pernah seneng. Sedang Belanda, sebelum penjajahan hidup rakyatnya juga payah namun selepas penjajahan, mereka jadi bangsa besar yang kaya raya. Cuba fikirkan, ke mana saja Bakso telah berada?. Kalau di luar Indonesia, paling-paling di Malaysia dan Jeddah. Belum bisa ke Las Vegas atau Hong Kong, namun di mana saja di bumi dunia ini Shell ngak ada? Pertamina sekalipun kian ditelan Shell. Kenapa? Saya tidak berniat menghina Indonesia. Kita serumpun. Kakek moyang saya dari Palembang, Rhiau, Solo (mungkin) dan Sambas. Najib Razak juga serupa. Muhhydin Yassin juga sama. Rais Yatim apa lagi. Saya ingin mengingatkan betapa nenek moyang kita, bahkan kini melarat ke cucu cicit mereka, kita sudah tertipu dalam ghairah keterbukaan.

(4) Bila Belanda menawan Indonesia, tanah pribumi dirampas jadi ladang tebu, kopi, teh, rempah ratus dan segala. Rakyat jadi kuli dengan upah sekadar buat alas perut. Begitulah yang terjadi di Filipina di tangan Sepanyol. Di Mexico, di Chille, bahkan melarat ke New Mexico, Collorado di Amerika Utara. Apa tidak sebegitu niat Portugis, jika tidak masakan Melayu boleh berperumpamaan: Seperti Portugis dapat tanah? Sebegitulah hakikatnya Portugis di Brazil, Argentina, Carribean, Panama dsb. British di India, Bangladesh, Burma, meluap ke Timur Tengah, Afrika, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Semuanya para penjajah ini membawa dan memaksakan konsep Keterbukaan Ekonomi, Dagang, dan Pelaburan ke atas pribumi.

(5) Saya masih ingat semasa saya di UK sekitar 1973-75, kemudian beberapa lawatan kembali saya ke sana pada 1980an dan 1990an, rakyat masih miskin. Kemiskinan di Gua Musang, Pehi, Kuala Nal, Dabung dsb belum terurai kuat sejak saya bergelumang bersama anak-anak sekolah dari sana sekitar 1973-75. Sedang tanah ladang getah dan sawit banyak milik Syarikat yang berpangkalan di London. Rakyat sekadar mengusaha sawah dan kebun getah sekadar sekangkang kera. UK semasa saya membesar di sana, adalah lambang kejamnya konsep keterbukaan sistem penjajah. Britain menjadi kian great sedang 'UK' tetap tinggal terjarah.

(6) Tidakkah semua negara-negara jajahan kemudiannya maju? Majunya untuk siapa? Singapura menjadi hebat. India menjadi negara Demokrasi terbesar. Buenos Aires, Brasila, Mexico City, New Delhi, Manila dan Jakarta menjadi sebahagian MegaCity dunia. Namun di negara-negara ini, bagaimana struktur agihan pendapatan dan taraf kehidupan rakyat keseluruhannya? Tidakkah kemiskinan dan kemelaratan masih terus berleluasa? Kerana keterbukaan maka Las Vegas, Los Angeles, New York, Washington, Montreal, Ottawa, Wellington, Canberra, Perth dsb berdiri gah, jika tidak pasti sehingga kini hanyalah hamburan khemah-khemah Red Indian, Inca, Moro, Maori, Aborigin yang mungkin masih bercawat makan pinang. Maka tidakkkah kita dapat melihat, yang gahnya siapa, dan termelaratnya siapa?

(7) Sememangnya, kerana Penjajah dan Keterbukaan yang dibawa Penjajah telah membuka negara-negara berkaitan di mana jalan-jalan, landasan keretapi, perlabuhan, kemudian pembangunan kota-kota dan akhirnya pelbagai isntitusi, semua itu pada mata kasar adalah kemajuan. Banyak, bahkan hampir semua berkata, tanpa Keterbukaan bawaan penjajah, pasti itu semua ngak akan ada. Melayu, khususnya pasti masih saja berperahu, berjalan kaki, paling-paling berkereta lembu. Kini, Melayu sudah jauh bergerak ke depan. Itu sekilas pandang.

(8) Coba teliti dengan baik. Dulu Melayu berjalan kaki. Kini Melayu sudah punya kereta, mobil. Bukankah itu lebih nikmat maksudnya? Ya, bener, kerana kita membanding Melayu dulu dengan Melayu kini. Kita sepertinya, apa orang Melayu dulu-dulu bilang bersaksikan lutut. Introvert cara pandangan kita. Coba kita banding Melayu dulu dengan Belanda dulu. Melayu kini dengan Belanda kini. Pasti kita akan jadi kecut, dulu kita hampir-hampir sama, kini kita sudah terlalu jauh ketinggalan. Kerana kayu ukuran kita adalah salah, maka kita tidak pernah bergerak pantas dan menerima segala Tiori Ekonomi Barat sebagai bener. Kita khilaf, sebesar-besar khilaf sebetulnya.

Apakah Kita Harus Kembali Tertutup?

Muhammad SAW pernah berpesan, "Pergilah ke negara China, dan belajarlah". Orang Melayu dulu-dulu juga berkata "Belajarlah sehingga ke liang lahad". Apakah maksud dari dua kalimat keramat ini? Juga begitupun saban tahun jutaan umat Islam ke Makkah dan Madinah menunaikan Haji. Jika Ummrah dihitung pasti angkanya berjumlah pulohan juta. Najib Razak, Muhhydin Yasin, bahkan banyak dari kita saban tahun ke sana. Apakah pernah kita cuba berfikir, kenapa Mekah dan Madinah rasanya sangat makmur dan sejahtera? Apakah kerana, doa Ibrahim AS, agar Tanah Haram terus mendapat limpahan kesejahteraan dan perlindungan dari Allah. Apakah sebegitu mudah bagi Allah mengadakan sesuatu sekadar untuk umat Islam merasa selesa dan leka? Cuba fikirkan, jika Allah sekadar merestui doa Ibrahim AS tentang Makah, kenapa pula harus Siti Hajar mundar mandir antara Marwan dan Safa? Tidakkah seharusnya, segalanya yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang, bluk datang sebegitu saja? Ismail terpaksa menerjah-nerjah tanah pasir, maka barulah mata airnya memuncrat. Harus ada usaha!

(2) Harus bagiamanakah Model usahanya? Ekonomi Terbuka, atau Ekonomi Tertutup atau Ekonomi Daunan Pintu, buka tutup? Sebetulnya, kita tidak usah sama sekali berfikir Model Ekonomi Terbuka, Tertutup, Terkawal atau apa saja. Jika itu cara kita, kita sebetulnya tetap terperangkap dalam agenda Barat yang dibayangi Kapitalis Yahudi. Kita seharusnya berpisah terus dari konsep mereka. Saya menduga, bila Allah berpesan jangan sekali-kali menyengutukanNya dengan apapun tidakkah itu termasuk coba mengurus ummahNya mengikut jalan yang bukan jalanNya? Saya yakin, sebegitulah kiasNya. Muhammad SAW, apa lagi Umar Al Khatab, paling tidak senang bila hamba tawanan perang diwakilkan untuk berdagang bagi pihak Al Ansar dan Muhajirin. Umar Al Khatab marah sekali jika itu berlaku. Kenapa? Namun Muhammad SAW dan Umar Al Khatab, juga marah jika pedagang Al Ansar dan Muhajirin hanya membuat urusan dagang di Pasar Madinah sahaja. Muhammad SAW dan Umar Al Khatab, mahu pedagang Al Ansar dan Muhajirin keluar mencari barang dagangan jauh dari Madinah dan membawanya pulang untuk didagang di pasar Madinah. Kenapa? Sesungguhnya banyak kali saya berkata, dan akan terus berkata, kita hanya melihat ajaran dan pribadi tingkah laku Muhammad SAW hanya dari sudut kerohaniannya, tanpa kita melihat ianya dari sudut hidup dan kehidupan mutlaknya. Kita, umat Melayu telah melihat Islam untuk sekian lama hanya dari sudut terbatas, lantaran yang mendidik kita tentang Islam, juga terbatas ilmunya, apa lagi mereka ini sepertinya, yang lain tidak boleh ikut campur kerana tidak fasih bahasa Arabnya apa lagi pengertiannya tentang Al Qurannya. MasyaAllah, siapakah di dunia ini yang telah Allah berikan ilmuNya sehingga pada dirinya itu fasih dan mengerti segalanya? Allah dengan tegas telah mengingatkan ..ilmu yang kamu ada hanyalah setitik air dari sebuah lautan yang luas...

(3) Sesungguhnya, Melayu dulu-dulu ada berkata Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Maksudnya, jika kita orang Melayu ada semangat, biarlah semua orang menyumbang untuk kemakmuran dan kesejahteraan ummah, biar sedikit mana sekalipun, saya yakin itulah apa yang Allah maksudkan dengan Demi masa, sesungguhnya kalian dalam kerugian kecuali yang beramal saleh serta saling berpesan ke jalan kebajikan.... Sarang semut, tidak pernah terbina hasil kerja seekor semut, melainkan hasil bersama ribuan dari mereka yang bersatu.

(4) Sekarang, apakah Model yang terbaik harus kita gunakan? Buat saya, melihat dari jalan perdagangan zaman Muhammad SAW dan Umar Al Khatab, saya berkira Modelnya harus mencakupi, pertama-tamanya, kita sendiri yang harus mengerjakannya. Keduanya, harus ada tukaran yang nyata dalam penambahan nilai sesuatu dagangan. Bermaksud, harus ada trading and real value adding di dalam sesuatu urusniaga. Memang sulit untuk saya dapat merumus Model yang jitu. Namun, biarlah kita berlajar dahulu, dan perkara yang seharusnya kita perhatikan berat adalah apapun yang kita lakukan biarlah ianya demi kemakmuran dan kesejahteraan ummah. Itu harus menjadi matlamat kita dan asas Model kita. Maksudnya, keterlibatan ummah kebanyakan harus ada. Saya mengambil rumus sebegitu dengan melihat kepada hikmah dari bantahan Umar Al Khatab terhadap pemberian tanah Kerajaan oleh Abu Bakar Ass Siddique kepada seseorang. Begitu juga bila Usman Affan memberikan tanah Kerajaan kepada sekelompok penternak, itu akhirnya menimbulkan fitnah ke atas dirinya.

(5) Bagaimana keterlibatan rakyat kebanyakan harus diadakan? Apakah Model yang ada. Saya kira, telah ada kebijaksanaan pada Ungku Aziz Omar bila dia membangunkan Tabung Haji (TH). Begitu juga kedua-dua Sultan Sharir dan Bung Hatta, kerana keduanya punya ilmu dari Jerman, melihat gerakan Koperasi sebagai wadah yang baik. Di Jerman, Korea, Taiwan, dan Jepun sebetulnya gerakkan Koperasilah yang menyebabkan rakyat di negara-negara itu punya pendapatan yang agak merata dan seimbang. Rakyat bekerja buat Koperasi, dan Koperasi membela nasib ahli iaitu rakyat. Negara mendapat hasil cukai. Dan ini pasti sangat berbeda dengan apa yang berlaku di China dan Vietnam. Rakyat berkoperasi, bekerja untuk Koperasi, dan Koperasi memberi rahmat untuk negara. Silapnya di situ. Akhirnya, mereka perlahan-lahan menerima Kapitalisma. Namun di Jerman, Korea, Taiwan dan Jepun, kini Koperasi berubah diurus secara Koprat. Namun hak rakyat terus kekal terbela. Maka kita lihat di Jepun contohnya, saat Mitsubishi mendapat laba lebih, semua pekerjanya yang kebetulan adalah juga ahlinya, mendapat habuan setimpal. Namun jika mereka kerugian, para pekerja terus membela Syarikat sehingga kembali pulih. Begitulah Toyota dsb

(6) Sesungguhnya seperti yang sering saya katakan sedikit masa lalu, betapa Allah sangat sayangkan umat Melayu. Pertama kita ada Abdul Razak Husein mengasak agar rakyat bergelumang membangun sendiri kehidupan mereka khusus lewat FELDA, MADA, KADA, KEMUBU, dsb. Lalu dari melimpahnya rezeki rakyat, Ungku Aziz Omar diadakan dengan pemikiran Tabung Hajinya. Ketiganya kita didatangkan Husein Onn dengan terbangunnya Amanah Saham Bumiputera (ASB). Keempat, kita diledakkan dengan Mahathir Mohammed yang terus mengembangkan ASB menjadi pelbagai sehingga membanjiri negara ini dengan GLC dan mengembalikan Ladang Getah, Sawit dsb ke tangan rakyat negara ini. Cuma pincangnya kita, rakyat yang tidak berupaya tidak mendapat nikmat dari keberadaan semua ini. Maka bagaimana seharusnya semua rakyat dapat nikmat langsung bersama dari perkembangan dagangan dari semua wadah yang ada ini. Ini yang seharusnya kita fikirkan. Inilah apa yang saya sebut sebagai Model Ekonomi Ummah atau mungkin ada yang mahu mengembangkannya kepada Model Ekonomi Islam. Kita tidak harus berbanga betapa Ekonomi kita tumbuh positif namun real purchassing power rakyat terus merosot. Inilah apa yang terjadi sebetulnya. Sesungguhnya, dunia terus berpenghuni bukanlah kerana Noh AS hanya selamat bersama kapalnya, namun baginda selamat bersama kapal dan seisinya. Jika kita mengerti itu, pasti kita mengerti betapa KDNK (GDP) atau KNK (GNP) bukan model ukuran bagi Model Ekonomi Ummah atau Model Ekonomi Islam, kerana ianya hanya menjurus kepada Kemajuan Negara tidak semestinya Kemajuan Ummah.

(7) Saya menduga, Najib Razak dengan gerakkan Keterbukaannya, dia sedang membuka agar Ekonomi kita terus kembang bukan oleh tangan-tangan anak negeri sendiri tetapi tangan-tangan luar yang lapar dahaga rakus gelojoh haloba kedekut. Saya khuatir, kekhuatiran Umar Al Khatab akan menimpa kepada kita. Sebetulnya itu sedang terjadi, maka rakyat terus resah. Contohnya Jusco, Carefour(?), Tesco, dsb akan menelan banyak peruncit sedia ada. Cuma, nafsu haloba akhirnya memberikan kita jalan pintas, saat rakyat resah, berdukacita, maka mereka harus dihiburkan lewat apa juga rencana dan acara hiburan yang boleh menjinak dan mengembirakan mereka sejenak. Tidakkah itu tujuan Jom Heboh, RTM Berambih, Pentas Hiburan, dsb. Melayu cukup suka heboh dengan semua ini. Tanpa sedar akhirnya kita juga yang roboh. Kita sudah lupa dengan cerita rakyat Pak Kaduk menang sabung (sorak), tetapi Kampung tergadai. Apakah beda kita dengan Caeser dengan adu gladiatornya seketika rakyat riuh penuh sorak, namun saat rakyat kembali kepada kehidupan harian mereka, mereka kembali dihantui resah kelaparan? Sejarah kian berulang-ulang dan kita tidak cepat belajar.

(8) Najib mungkin berfikir, kita buka ekonomi kita, biar FDI melimpah sampai menimbus Selat Melaka. Perusahaan dapat untung, Kerajaan dapat Cukai sampai setinggi Gunung Kinabalu. Dengan itu, apa saja kehendak rakyat kita boleh buat. Yang tidak mampu kita boleh biaya melalui pelbagai subsidi. Apakah sebegitu Allah menghendaki cara kita mengurus anugerahnya? Apakah mungkin kita akian sampai ke situ? Sesungguhnya FDI mengorbankan lebih banyak pendapatan negara. Kita harus berfikir panjang. Perhatikan cara pentadbiran Umar Al Khatab berbanding Usma Affan. Banyak bedanya. Satu mahu menegak berdikari sedang satu berkebajikan. Lihat, saat ummah hanya mahu menadah tangan, pintanya tidak pernah kecukupan. Akhirnya fitnah berleluasa. Negara kita negara majmuk. Saya yakin, kaum pedagang merasa apa harus kaum petani terus disubsidikan sedang mereka tidak menyumbang kepada cukai? Kerana majmuk, pasti ada ketakseimbanagnnya nanti. Maka berlakulah banyak fitnah dan hasad. Akhirnya, kita jadi porak peranda. Kita boleh terbuka, sepertinya Muhammad SAW dan Umar Al Khatab mengalakkan Al Ansar dan Muhajirin agar berdagang ke Syam dan kembali berjual di Madinah. Mereka tidak suka para Ansar dan Muhajirin hanya berjual beli hanya terbatas di Madinah. Pokoknya, keterbukaan kita harus dilakukan oleh tanggan kita sendiri. Biar kita jatuh bangun, kita mesti belajar sendiri. Apakah Ekonomi Amerika yang terbuka itu membenarkan kita untuk menebang hutannya lalu menanam kacang soya bagi mengantikan pengekalan hutan tropika di negara kita? Jangan kita terpeleot atas kuliah hebat di Harvard, Cornell, atau MIT berkait dengan Open Economy Pre-condition to Growth. Itu untuk mereka, dan kita tidak harus terjebak akhirnya ke dalam Ekonomi Bakso dan Babi Panggang sedang Amerika enak makan succulent beef steak.

Terasi, Pendam, Sarawak
4 Nov., 2

Back To Top