Latest Postings
Loading...

Development Economy

In Search of Excellence

Urban Development

Recent Post

Showing posts with label Our People. Show all posts
Showing posts with label Our People. Show all posts
Sunday, December 18, 2011
no image

6/12/11 TEMBOLOK CEUPAC

Menarik bila membaca dalam beberapa akhbar hari ini, CEUPAC membantah akan saranan agar mereka yang mendapat markah 70 peratus ke atas sahaja diberikan kesempatan untuk menlanjutkan perkhidmatan mereka sehingga ke umur 60 tahun. Alasan CEUPAC adalah ianya jauh lebig tinggi dari tahap 50 peratus sebagaimana dalam skim asalnya.

(2) Saya pun jadi Heran anak Ajaib, khusus bila melihat wajah-wajah mereka yang mengengam tangan menyokong gesaan agar perkara ini disemak semula. Beginilah tabiat orang kita, bila menjawat sesuatu jawatan, paling suka, dan sepertinya suatu kemestian mengejar popularity. Gemar menonjol kehebatan dari mendasari kepentingan hakiki. Love popularity rather going for the substance of a survival. Kenapa?

(3) Dua puloh satu tahun (21) dahulu Mahathir melancarkan Wawasan 2020. Antara perkara pokok dalam wawasan tersebut adalah agar kita mencapai kematangan. Kita perlu matang dalam berpolitik, kita perlu matang dalam berfikir, kita perlu matang dalam bersosialisasi. Soalnya matang. Najib dalam tahun sudah mengagaskan 1Malaysia, suatu rumusan terhadap semua ciri-ciri Wawasan 2020 yang Mahathir telah sarankan 20 tahun terdahulunya. Berteraskan Moto 1Malaysia, terbit pula asakan: Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan.

(4) Dalam kedua-dua hal ini, Wawasan 2020, 1Malaysia, saya perhatikan CEUPAC paling lantang mendabik dada. Untuik apa? Ikhlaskah? Fahamkah?

(5) Saya melihat, pada dasarnya CEUPAC tidakpun faham intipati 1Malaysia apa lagi moto Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan. Yang dipentingkan oleh para pemimpin CEUPAC adalah tembolok masing-masing. Mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

(6) Saya nak tanya para pemimpin CEUPAC, seronok ke bila berurusan dengan mana-mana pegawai atau kakitangan awam, dan kita berdepan dengan mereka yang lembab dan malas? Jika suka, Auzubillah! Jika, tidak, maka kembalilah kepada inti pati aswal Wawasan 2020 iaitu mengejar kematangan. Janganlah negara ini, rakyat kita di sogok dengan mereka yang sudah menjadi beban dan kayu.

(7) Najib, let the best serve for the best. Dancing to the CEUPAC song, would kill our economy and worst, will turn this nation into a welfare but a bankrupt. May be CEUPAC is a bankrupt!



Sibu, Sarawak
19 dec., 2011
Saturday, February 27, 2010
13/2/10 ORANG KITA I: melaung adanya

13/2/10 ORANG KITA I: melaung adanya


SEWAKTU-WAKTU DAHULU:
orang kita bebas merdeka
memburu kancil dan rusa
menebang hutan rimba
mengharung samudra ke mana jua
Hanya Kerana:
(1) sering saja bercakaran sesama
(2) lalai kita bersatu bangsa
. hanya asyik bersuku di mana-mana
(4) membuta diri pada agama
. maka kita terkurung-terjajah
. lalu kita marah-marah
(1) bertempek mahu merdeka
(2) berteriak membangkit semangat
(3) tidak gentar menyimbah air mata-keringat-darah
(4) tidak sesekali pasrah


KINI:
sama sekali kita tidak berbeda
(1) tetap bersuku dan kendri-kendiri
(2) tetap lalai bersatu bangsa
(3) tetap tidak mengerti akan agama
. tetap tok guru bertempik lagu lama
. pinggiran jadi utama
. tidak utama yang utama
. tahunya hanya syurga dan neraka
. biar hanya penyedap kata-rasa
. hanya kerana mereka lupa bahawa kita adalah manusia
. sebetulnya ilmu mereka tidak kemana-mana
. bakti mereka hanya pada lidah yang mentah
. hasil getaran otak yang tidak pernah diperah-keras!
. tiada bukti keringat mereka menyimbah
tetap melaratkah kita akhirnya?
(kerana sebegitulah didikan mula kita)
seperti tiada ertinya merdeka!
seperti tiada nilainya darah-keringat-air mata nenek moyang kita!
tanah air kita, neraka bagi kita!
tanah air kita, kita menumpang saja!

(Bicara Sang Kodok:
ngak apa-apa mas
syurga itu kekal
apa ada enaknya di dunia!)

Konyol lu!

KLIA, Sepang
28 Feb., 2010
Monday, February 15, 2010
9/2/10 KUGENDONG DIRIMU KERANA BANGSAKU...

9/2/10 KUGENDONG DIRIMU KERANA BANGSAKU...


JANIN HIDUPMU:
atas ranjang cinta-kasih
kau tumbuh dari segala kesucian
kian hari kian menerjah-nerjah
kukandung dirimu
biar aku payah-sesak-gelisah
demi tanggungan membina bangsa
aku terima

KUDUKUNG BANGSA INI:
di pundakku ini
tetap selamat kau di situ
ke mana saja mahumu
aku tetap ibumu yang menurutimu
kerana:
(1) sememang itu jalanan hidupku
(2) menerus saja amanatku memelihara kamu
biar payah
biar susah
biar perih
tanpa jerih
menunjukki jalanan masa depanmu

BESAR KAU NANTI:
jadi ibu seperti akulah kamu
memikul tanggungan bangsamu nanti
mendukung martabat kita bersama
membawa kami semua
ke jalan merdeka dalam segala
(1) tanpa ada rasa lelah
(2) tanpa takut akan payah
(3) sesekali jangan kau khuatir susah
(4) pasti jangan ada iri hati
(5) jangan juga untuk diri sendiri
biar segalanya suci dan ikhlas
seperti cinta-kasih kami yang bersatu menjadi kamu
kerana hadirmu di sini, mahuNya begitu
insyaAllah Dia paling mengerti


Bicara Sang Kodok:
nasib baik aku hanya kodok
tanggungku cuma nyeru hujan
kamu gi mana?
jangan cuma jadi pawang aja deh!

Bandung, Indonesia
16 Feb., 2010
Sunday, February 14, 2010
7/2/10 TIDUR AJA KEPENAK..

7/2/10 TIDUR AJA KEPENAK..


TADI MALAM:
di gubukku yang empet menyesak
(1) yang siang kelmarinnya bagai panas neraka
(2) juga diperbaringan kusaksikan perjalanan rembulan
(3) bila hujan bikin hatiku resah basah
(4) sedang anak-anakku telanjang-menangis lapar
(5) sedang isteriku dalam batik robek merintih perih
(6) sedang orang tuaku menadah tangan-tangan kurus
dan api pelita rumahku yang payah nyalanya
seakan sesak nafasku meneruskan kehidupan ini
hanya lelapku yang payah dapat melupakan
(airmataku sudah tiada lagi)

DI LUAR JENDELA:
hanya ada hanyir sisa kehidupan
saban waktu hanya kukutip di pinggiran jalan
kekadang sangkut biar secebis namun biasa polos segala
hanya lelapku dapat melupakan
(kudratku sudah diinjak-injak lumet para pejalan)

TUHAN APA ADA KEMAAFAN?:
hidupku ini
apa sebegini ertinya, mahuMu?
hanya wayang kedukaan tontonan semua
hanya sekujur tubuh yang mengalir darinya segala kesia-siaan
hanya tidurku dapat melupakan biar juga tentang DiriMu?
apa akan ada tangan dinginMu mengusap dada panasku?
betapa Engkau yang tidak aku mengerti!
(aku menjerit seperti imanku sudah terbang pergi)

Jakarta Tua, Indonesia
14 Feb., 2010
Tuesday, October 6, 2009
02/10/09 AKU MAMPIR DI SINI....

02/10/09 AKU MAMPIR DI SINI....

(Mungkinkah yang berpakaian hitam di kanan sekali itu nanti akan menjejaki Mahathir menjadi Pakar Perubatan, atau si kakak berbaju biru boleh menjadi Zeti Aziz bila dewasanya nanti. Anak-anak kampung, siapa jadinya mereka, terpikul di pundak kita sekarang ini!).

Istilah Baling, bermaksud lontar dalam BM, lontaq (juga tekalong) kata orang Utara, campak (bukan demam) dalam banyak dialek Melayu, pekong kata orang Kelantan, tikam kata Melayu Sarawak/Sambas. Sedang Gian, pula bermaksud ghairah atau terlalu ingin dalam BM, gi'ea atau nok sangat kata orang Kelantan, kemaruk kata banyak dialek Melayu.


(2) Kalau ayam dibaling, pasti ianya akan lari entah ke sudut mana, bersembunyi mungkin. Sama juga,kalau manusia dikatakan gian (sek), kemungkinan dia jadi naik kemaruk, dan kalau tidak mampu melepaskan diri, pasti juga akan menyepi diri. Namun, bila Baling disatukan dengan Gian, maka ianya akan menjadi Balingian, sebuah tempat di sudut jauh di Sarawak. Mungkin, manusia di sini dulu-dulunya, manusia yang suka menyendiri bukan untuk lari dari pergaulan biasanya, namun lari kerana gian ke laut. Mungkin itulah maka tempat ini, dinamakan Balingian! Atau mungkin, istilah Paling, kerana tersalah sebut jadi Baling. Manakala gian, kerana suka, paling suka menjadi Balingian!

(3) Apatah lagi sebuah tempat dihilirnya, di muara Btg Balingian, punyai lebih kurang 50 keluarga, yang disebut Kuala Balingian. Saya pernah melawat ke sini, lebih 20 tahun dahulu. Dalam lawatan itu, saya amat tersentuh, kerana untuk ke sana, saya terpaksa menaiki bot. Dan, tempat yang pertama saya kunjungi di sini adalah Sekolah Rendah Kuala Balingian. Bangunan sekolah terbuat dari kayu, senget, banyak bahagian sudah reput, dan kerana masa itu adalah musim cuti sekolah, maka saya tidak mendapati guru atau anak-anak di sekolah berkenaan, sebaliknya, pelantar (veranda) sekolah adalah tempat para kambing tidur. Dalam hati saya, saya bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sekolah manusia atau sekolah kambing!

(4) Hari ini, dalam lawatan biasa saya ke beberapa kawasan di Bahagian Mukah, sengaja saya ke Kuala Balingian. Kali ini saya boleh berkereta dan singgah ke rumah salah seorang pemimpin tempatan. Saya dijamu juadah Raya, dan paling istimewa dan buat pertama kalinya saya menikmati Umai dari obor-obor. Biasanya umai dibuat dari ikan. Saya juga dapat merasakan dodol labu yang sangat istimewa di sini.

(5) Namun, semasa hendak menuju ke rumah pemimpin berkenaan, saya melewati sebuah jalan kampung yang baru saja dibina. Bayangkan, setelah 46 tahun merdeka, baru kini, mereka mendapat sebuah jalan kampung yang 'sebenarnya adalah ala kadar sahaja'.

(6) Anak-anak dalam foto di atas, tampak senang sekali dapat pertama kali berjalan di atas jalan kampung berkelikir! Saya percaya, mereka ini wajar mendapat lebih dari apa yang sedang mereka nikmati. Namun yang terpenting, mereka sangat perlukan bimbingan untuk melayari masa depan mereka yang kian bergelora!

Kuala Balingian, Mukah, Sarawak
6 October, 2009
Back To Top