Latest Postings
Loading...

Development Economy

In Search of Excellence

Urban Development

Recent Post

Showing posts with label Journey of MyRight Brain. Show all posts
Showing posts with label Journey of MyRight Brain. Show all posts
Tuesday, January 21, 2014
6/1/14 AKU, SEPERTI MENGERTINYA AKU, sedang kamu? (draft)

6/1/14 AKU, SEPERTI MENGERTINYA AKU, sedang kamu? (draft)

Mengertinya Aku Pada Alam

Dari langit berderang cahaya menyuluh semua. Dari langit sinar dan kerdipan di malam pekat. Dari langit juga hadirnya pekat malam untuk semua istirehat lena juga buat sang kodok nikmat bercengkerama. Dari langit menderu hembusan nyaman juga mengugat segala jiwa. Dari langit bangkit suara mengerikan memecar-mecar api amaran. Dari langit turun hujan di saat semua kedahagaan mengering kontang. Dari langit runtuh butir-butir dingin membeku idaman segala beruang putih dan pinguin. Ke langit, semua, biar manusia, biar anjing, biar pungguk mendongak saat ada keresahan dan kebutuhan. Langit sepertinya adalah sumber mula, harapan dan penyerahan bagi segala. Allah, Subhannahuwataala, kebijaksanaanMu tiada batas, dalam menundukan semua pada MahaBesarnya Engkau. Di langit Engkau bersemayam. Dari langit asal Engkau datangkan kami, ke langit juga akan sebahagian berpulang nanti.

(2) Asal dari langitlah berhamburan tetes-tetes bening, hinggap menghampar di bumi kering. Dari sebiji benih, dari buangan sang monyet yang terperangkap di celah rekahan, lalu cambah menjulur tegak melewati rerumput dan pohon-pohon renek. Lantas berebut sinar mentari. Berebut tetes-tetes menyegarkan biar sekadar embun nan tipis. Berebut nyaman segala zat yang dicairkan. Tumbuh perlahan-lahan. Dari hari ke minggu. Dari minggu ke purnama. Dari purnama ke tahun. Bertahun-tahun. Berdekad-dekad. Melewati jauh separuh abad sebetulnya. Mulai dari seinci. Lalu jadi sekaki. Sehasta. Sedepa. Terus tegak menjulang, biar kemarau mendatang, biar bah besar melanda, biar terpukul ribut membadai, biar terduga oleh segala, terus meninggi dan membesar gagah, sehingga Allah kudratkan, tetaplah pada megahnya di situ pada batas itu.

(3) Pak Muthalib, seawal pagi, biar dalam gerimis dingin, sudah ke kebun jagungnya. Dia harus hari-hari ke sana. Tidak boleh leka. Tidak boleh alpa, harus dia ke sana. Satu kewajiban lainnya baginya. Di samping melihat-lihat apa mungkin ada sang monyet nakal mencuri tanaman, dia juga memastikan segala kambing peliharaannya juga cukup makanan dan minuman. Hari-hari, sebegitulah kerjanya dia. Penuh cekal. Penuh setia. Seumuran tujuh puloh lima tahun, dia masih mahu berdikari. Peluh hanyir menjujuh dari segala roma tubuhnya. Miang rerumput bukan kepalang menjalar di setiap pelupuk tubuhnya. Dia membersihkan badan di anak sungai mengalir jernih dingin. Dia mendongak memerhati sang mentari. "Alhamdullilah. Masih ada waktu untuk Sholat Dhuha" ujar benaknya lalu dia berwudhu. Sebegitulah selalunya dia, sholat Dhuha di kebunan, memohon pertolongan Allah agar usahanya akan sentiasa diberkati dan dia sekeluarga dirahmati. Kemudian dia bersandar di pohon rendang besar di pinggir kebunan. Terkebil-kebil matanya, hampir-hampir terlena lantaran terpukul bayu dingin dari hutan. Tiba-tiba dia menyoal diri "Harus kenapa pohon ini, segala pohon-pohon, tidak terus tinggi dan membesar, sehingga ke langit agar mudah aku ke sana, menjengah Syurga?" Dia berfikir-fikir mencari sebab. Lantas teringat dia akan manusia paling besar, paling tinggi pernah terciptakan. Tingginya, sepuluh hasta, lima depa. "Ya benar. Adam AS, bapa Umat manusia, tingginya dia adalah sepuloh meter, tiga puloh kaki, sedang manusia kini, jarang yang sehingga mencapai enam kaki, dua hasta, satu depa atau dua meter tingginya. Manusia kini, fiziknya rata-rata pada batas dua puloh peratus dari fiziknya Adam AS. Mungkin kerana umur manusia kini hanya sekitar enam ke dua belas peratus Adam AS, maka fiziknya jadi begitu. Apakah itu benar? Jika benar kenapa?". Sekali lagi Pak Muthalib jadi terkebil-kebil dengan dahi mengerutu cuba mencari jawaban. Dia sebetulnya tidak resah, untuk tidak punya jawaban untuk memuaskan hatinya, namun dia paling khuatir jika cucunya, Guntur Putera nanti bertanya, sedang dia tidak boleh berkata apa-apa selain hanya menjawab "Itu semua sudah Allah tuliskan." Paling mudah, sangat Melayu bunyinya jawaban sebegitu. Dia tidak mahu Guntur akan menuding kepadanya: Jawaban Datuk sama saja untuk semua perkara. Takdir. Takdir. Takdir. Tidak ada jawaban lain". Sudah sering kali anak itu, menunjukkan kejengkelannya lalu berlari-lari pergi dengan muka masam mencuka, saat jawab sebegitu diberikan. Dia khuatir, sangat khuatir, saat sebegitu jawaban yang hanya bisa dia utarakan, pasti terbunuhlah cita rasa mencari, rasa ingin tahu, yang sedang tumbuh mengelegak hebat di benak dan sanubari anak itu. Jika itu terjadi, pasti anak itu akan hanya hidup tanpa kebijaksanaan menjadi tukang manut sepertinya segala binatang tunggangan. Segalanya dia harus punya jawaban biar kurang bener namun bisa diterima akal Guntur. Dia yang sudah makan garam duluan, di mata Guntur, cucu kesayangannya, seharusnya dia kelihatan punya segala kebijaksanaan.

(4) Teringat dia akan sebuah kitab yang dia baca sedikit masa lalu. Dia bingkas bangkit berlari-lari lalu menunggang speda motornya pulang. Sesampai di depan pintu, sang isteri Sumirah Jandab sudah menjegati bersama cucunya Guntur Putera. "Ayuh Guntur ikut Atuk" sergahnya sambil menolak sang isteri ke pinggir lalu meraih tangan cucunya menariknya ke Kamar Bacaan. "Kamu, kalau hari hujan saja, pasti sukar untuk bangun awal. Kamu harus rajin ikut Atuk ke kebun saban hari awal-awal pagi. Biar kecil-kecil belajar jadi rajin, nanti bila Atuk sudah tidak ada, kamu boleh hidup sendiri" dia sedikit membebel mengheret lembut anak itu ke Kamar Bacaannya. "Tadi Atuk lihat, jiran kita, Umar hanya sendiri di kebun menjaga kambing-kambingnya. Dia bertanyakan kamu. Dia kelihatan sedih kerana kamu tidak ada sama di sana. Kasihan dia." khabar Pak Muthalib tentang anak kecil si Umar cucunya si Nufail teman karibnya. Guntur bila ke kebun bersama datuknya, dia pasti akan menemani Umar untuk sama-sama menjaga kambing-kambingnya. Umar, anak Pak Khatib, adaalh anak pendiam. Hanya bersama Guntur baru terpecar keriangannya. Namun, gelagat Umar sangat berbeda dengan Guntur. Guntur lebih banyak menyoal, sedang Umar lebih banyak diam dan berfikir. Mungkin kerana ayahnya Pak Khatib adalah sangat garang serta keras, mak dia jadi sebegitu. Maka kehadiran Guntur, adalah suatu yang sangat Umar harapkan saban harinya.

(5) Akal seorang tua, sukar dimengerti namun banyak kebijaksanaannya. "Dari hanya aku lelah berfikir, lebih baik Guntur ikut sama aku menyelongkari rahsia Allah" timbul akal tebal bermain dalam benaknya disepanjang perjalanan Pak Muthalib pulang dari kebunnya. Sang isteri berlalu pergi. Dia ke dapur. Akur betapa nanti sekejap lagi pasti sang suami akan meneriak meminta kopi. "Sumirah, buatkan aku kopi pekat. Satu kopi susu buat Guntur. Minta ubi goreng mentega sekali". Itulah seru yang Ibu Sumirah sudah biasa. Berpuluh tahun. Dari sejak mulai menikah, sebegitulah tumpah cinta kasih kemesraan mereka berdua. Separuh abad sudah berlalu sebegitu. Sepertinya Pak Muthalib, kasih akan Ibu Sumirah kerana kopi. Seorang gemar minum kopi, seorang lagi gemar buatkan kopi. Cinta kasih mereka terus hangat dan kental kerana kopi. Kini lantaran sudah punya cucu yang sering ngerinyang, dari hanya kopi pekat, sudah bertambah kopi susu. Cinta kasih mereka, sudah berubah dari cinta kopi pekat menjadi cinta kopi susu. Ada hitam, ada putihnya. Namun, enaknya saat masih panas. Begitulah juga cinta kasih mereka, sentiasa hangat, enak manis sepertinya biar kopi pekat atau kopi susu panas. Sebegitulah mereka. Namun sejak akhir-akhir ini, saat Pak Muthalib sudah lali di Kamar Bacaan, tugasnya sangat terbatas di keliling rumah sahaja. Pak Muthalib, saat dia sudah terkubur di Kamar Bacaan, pasti tidak putus-putus mahu kopi pekat hangat. Dari pagi ke sore. Malah berlanjutan sehingga jauh-jauh malam. "Kita mesti cari rahsia Allah" bisik Pak Muthalib kepada cucunya Guntur. "Ha, Allah ada rahsia ke Tuk? Rahsia Allah sembunyikan harta karun ke?' senggih Guntur menyeringai melopong menunjukkan gigi ompongnya bergerigi bagai Toyol lapar. "Huh, busuk gigi kamu. Kamu belum gosok gigi ye? Pergi gosok gigi dan mandi dulu. Lepas itu kita  bongkar rahsia Allah" tegas Pak Muthalib sambil menjegil matanya melotot kepada Guntur. Guntur akur. Bergegas pergi ke Kamar Mandi berlari pantas dengan kaki-kaki halus munggilnya. Sambil berlari sambil dia melepaskan baju dan celananya. Perut gendut, kepala botak, badan pendek, kulit mulus putih, memang anak itu benar-benar kelihatan seperti Toyol lapar. "Hahhh. Kecil-kecil sudah amalkan ilmu T&T, Tanggal dan Tinggal. Kamu ambil pakainan kamu itu dan letakkan baik-baik dalam bakul di sebelah Washing Machine" terdengar neneknya membentak dari kejauhan. Sebentar, Guntur dan Ibu Sumirah sudah terjegat di pintu Kamar Bacaan. Ibu Sumirah menantang dulang kopi pekat dan kopi susu, sedang Guntur sarat dengan semangkuk ubi kuning goreng mentega, dan mulutnya penuh mengunyah tidak henti-henti. "Kenapa awak biarkan budak itu makan gelojoh macam tu dan sambil berjalan? Tidak baik. Itu bukan tertibnya Islam. Macam kambing!" tegur Pak Muthalib melotot kepada isterinya saat terlihat olehnya mulut Guntur yang monyong tersumbat ubi goreng. "Alah. Budak-budak. Tak ke mana sabarnya" balas sang isteri seperti merajuk. Merajuk. Ibu Sumirah separuh merajuk. Dalam hatinya membentak "Bukan nak ucap terima kasih dulu. Tau-tau yang salah dilihat dulu. Yang betul sering dilupakan. Lagi, adakah patut Guntur dia samakan dengan kambing". Ibu Sumirah berlalu pergi. Langkahnya biar lembut tetapi cepat sambil menutup pintu agak kencang. Pak Muthalib melirik. Dia tahu isterinya merajuk. "Huh. Perempuan-perempuan. Tahunya merajuk. Saja hendakkan perhatian. Tidak pula boleh berfikir, bila kita menegur, beri perhatianlah itu maksudnya. Ini tidak, dalam kepala otaknya, kalau bukan pujian, bukan perhatian. Perempuan-perempuan. Patutlah engkau perempuan. Kurang akal, kurang fikir, banyak kurangnya. Mudah ikut hati!" persoal Pak Muthalib sambil menghembus nafas panjang. Guntur, dia tidak peduli. Yang dia tahu, harus segera menyerobot kopi susu panas dan ubi goreng mentega. "Ini sedap nyerobot saja, sudah ucap terima kasih dekat nenek tak?" jegelnya kepada cucunya itu. "Terima kasiiiiih nek" teriak Guntur panjang. "Yelah tu!" jawab nenek sayup-sayup di balik pintu. "Masih di belakang pintu rupanya dia" bisik hati kecil Pak Muthalib. Dia kemudian jadi senyum sendiri. Tersipu-sipu, mengeleng-geleng kepala. "Atuk senyum macam kambing jantanlah" tegur Guntur saat melihat senyum kurang menjadi di wajah Datuknya. Ibu Sumirah, dapat mendengar teguran Guntur kepada Datuknya. "Padan muka" bisiknya sambil berlalu pergi ke laman untuk menyiram segala kembang yang mewangi.

(6) "Guntur tahu tak kenapa pokok tidak boleh tumbuh tinggi sampai ke langit? Juga Atuk, tidak akan membesar tinggi lagi lebih dari ketinggian Atuk sekarang ini?" tanya Pak Muthalib mengalih cerita. "Bukankah malam-malam langit itu gelap. Mesti banyak hantu di sana. Kalau pokok tumbuh sampai ke langit, nanti hantu turun ikut pokok, susah kita nanti Tuk! Lagipun, kalau pokok terlalu tinggi, nanti kalau buah dia jatuh, tentu sakit teruk kalau kena kepala kita." balas Guntur spontan dan bersahaja. "Wah. Kamu. Tidak lain, otak khayal saja!" sergah Pak Muthalib. Namun dalam hatinya, dia berbangga, biar Guntur belum punya jawaban yang masuk akal, sekurang-kurangnya dia sudah pandai mengasah akal memberi jawaban. "Kita baca kitab ini. Kita cari jawaban saintifik bagaimana Allah menghadkan ketinggian pokok juga Atuk dan kamu kemudiannya" usul Pak Muthalib sambil membelek-belek kitab Fadhilat Alam di tangannnya. Guntur hanya memerhati. Dia anak Taska. Belum mengerti banyak hal, lebihnya hanya menyoal. "Cuba lihat ini. Pokok sama saja dengan tubuh manusia. Ada saluran-saluran yang membawa air dan makanan. Dalam ilmu Sains semua ini disebut sebagai pembuluh-pembuluh Zilem dan Filum yang terdiri dari gentian-gentian parenkima dan sklerenkima, sama seperti pembuluh darah manusia. Kamu lihat ini." Unjuk Pak Muthalib kepada Guntur."Pokok hanya boleh hidup, kalau terus mendapat bekalan air dan makanan dari cairan tanah. Oleh kerana panjang pembuluh-pembulu itu adalah terhad, maka terhad jugalah kesampaian makanan dan air ke bahagian-bahagian pokok. Jadi begitulah caranya Allah menetapkan ketinggian pokok" jelas Pak Muthalib. Guntur hanya terkebil-kebil. Di tangannya terkepal segengam ubi goreng. "Macamana kamu hendak faham. Kamu tidak beri perhatian pada cerita Atuk. Kepala kamu tidak lain, ingat hendak makan sahaja" tegur Pak Muthalib sambil mengusap-ngusap kepala cucunya. Dia yakin, biar Guntur belum boleh mengerti, tetapi dia mahu gigih menanam sifat gemar mencari jawaban lewat membaca ke dalam diri cucunya itu. Muhammad SAW, petah andal dia tentang Islam lantaran dia tidak jemu-jemu menghafal Al Quran dan membaca dan mentafsirkan Al Quran kepada para pengikutnya. "Tapi Tok, kenapa pembuluh pembawa makanan dan air pokok hanya panjang sebegitu. Kenapa tidak tumbuh panjang-panjang. Yalah panjang-panjang-panjang" soal Guntur sambil mendepa-depa tangannnya. Dia mengerakkkan jari jemarinya seperti kepakan rama-rama, melakunkan kepanjangan yang sangat panjang. "Inilah yang aku hendak elakkan. Dia pasti terus menyoal" bisik hati Pak Muthalib. Dia berfikir sejenak. Menyerobot kopi. Guntur ikut sama. "Ha. Kenapa kita hanya boleh menyerobot kopi hanya sedikit-sedikit sekali?" tiba-tiba Pak Muthalib menyoal. "Sebab kopi panas!" jawab Guntur cerdas spontan. "Benar tapi tidak betul" balas Pak Muthalib. Guntur mendongak. Dahinya mengerutu. Matanya menjadi sepet. Bibirnya diketap rapat. "Kita menyerobot kopi sedikit-sedikit sekali, memang benarlah kerana kopi itu panas. Tetapi, kita juga tidak boleh menghirup kopi banyak-banyak sebab nafas kita pendek. Bukankah kita menyerobot dengan menarik nafas" jelas Pak Muthalib. Guntur mengangguk-ngangguk. Dia tersenyum. "Pokok mendapatkan air dan makanannya dari tanah dengan cara menyedut menyerobot macam kita minum. Jadi kerana nafasnya pendek, maka, tidak banyak air dan makanan yang dia dapat sedut. Oleh itu, dia hanya boleh tumbuh setakat mana dia boleh mendapatkan makanan. Itulah caranya Allah menetapkan ketinggian sesuatu pokok." perjelas lanjut Pak Muthalib. "Pokok ada nafas ke Tok?" seru Guntur seperti menyanggah. Pak Muthalib seperti terperangkap. "Mestilah. Setiap yang hidup mesti ada nafas. Kalau tidak macamana mereka hendak hidup" jawab serkap jarang Pak Muthalib.

(7) Namun, Pak Muthalib tahu itu bukanlah sebab sebenar kenapa pokok tidak boleh tumbuh lebih tinggi dari itu. Memang benar, pada setiap sesuatu Allah telah tetapkan hukum baginya, sifat dan tabii tetap baginya. Namun, sesuatu kejadian itu pasti ada sebab dan musababnya. Dari pembacaan lanjut Pak Muthalib, dia mendapati kemasukan air dan segala zat melewati pembuluh zilem dan filum adalah dengan daya yang disebut sebagai Daya Rerambut, Capillary Forces yang wujud akibat Ketegangan Permukaan, Surface Tension pada gentian-gentian skalernkima dan parekima yang membina berkas zilem dan filum. Kedua-dua forces ini terpengaruh oleh daya graviti semulajadi bumi. Selagi Daya Rerambut dan Keteganagn Permukaan adalah lebih besar dari graviti, maka air akan terus meresap masuk ke dalam pembuluh zilem dan filum. Setiap tanaman, punya saiz skalernkima dan parenkima yang berbeda-beda. Perdedaan saiz pembuluh inilah yang akhirnya menentukan ketinggian sebenar sesuatu tanaman. Jika saiz saluran adalah besar, maka lebih reneklah sesuatu tanaman itu. Saiz gentian sklerenkima dan parenkima pohon pisang adalah jauh lebih besar dari pohon kelapa. Maka sebab itu, pohon pisang lebih berair, lembut serta lebih rendah dari pohon kelapa yang kering, keras dan tinggi. Sebegitulah Allah, lewat hukumNya di Luh Mahfuz Dia menjadikan alam ini dengan mahluk-mahluk yang khusus sifat-sifatnya namun penuh kepelbagaian atas tujuan masing-masing. Pak Muthalib berdoa, mudah-mudahan cucunya nanti, mengerti akan Al Quran pada landasan yang sepatutnya, dan tidak sekadar menerima seperti biasa yang dia dengar, sekadar face value. Pak Muthalib yakin, kelemahan Umat Islam kini, khususnya bangsanya sendiri adalah kerana mereka sekadar membaca Al Quran dan tidak berminat mengkaji sedalamnya akan ilmu dalam Kitabullah itu.

(8) "Kenapa pulak Atuk tak tumbuh tinggi macam pokok? soal Guntur. Pak Muthalib sudah menduga. Pasti si cucunya itu tidak akan pernah berhenti bertanya. Dia mencapai sebuah kitab Rahsia Manusia. Dia membuka lembaran yang menunjukkan jaringan pembuluh dan rerambut darah dalam badan manusia. "Cuba lihat ini. Semua pembuluh darah akan bermula dan berakhir di jantung. Pembuluh darah mempunyai peranan sama dengan Xilem dan Filum pokok tadi, iaitu mengangkut makanan, air, dan oksijen ke seluruh badan manusia. Tumbuh-tumbuhan mengambil makanan dari cairan tanah. Jadi sejauh mana pembuluhnya dapat mengangkut makanan, maka setinggi itulah tumbuhnya sesuatu pokok. Tetapi manusia, juga haiwan lainnya, mereka tidak mengambil makanan dari tanah. Manusia ada tangan, ada kaki, mereka boleh mencari makanan di mana-mana. Bila makanan dikunyah, kemudian dihadam di dalam perut, barulah makanan itu masuk ke salur-salur darah untuk dihantar ke seluruh badan manusia. Pergerakkan darah manusia pula bergantung dengan kekuatan pam serta saiz jantung. Jika jantung besar, maka lebih banyak darah boleh dipam dan lebih banyak makanan boleh diangkut oleh darah. Oleh itu, orang yang punya jantung besar, maka dia lebih tinggi dan besar" perjelas Pak Muthalib berjela-jela. Guntur hanya terdiam. Dia antara faham dan tidak. Masih keliru sebetulnya. "Kamu hendak besar dan tinggi tak? soal Pak Muthalib bagi menambah minat si cucunya kepada penyelidikannya. Guntur memandangnya tepat. "Kalau Guntur tinggi dan besar, mudah hendak ambil buah durian dan cempedak yang Atuk tanam" balas Guntur menyeringai. "Otak kamu ni tak ada hal lain. Makan. Makan. Makan. Kalau kamu hendak tinggi dan besar, kena ikut Sunnah Nabi, kamu mesti suka minum susu. Susu segar kambing lagi bagus" ujar Pak Muthalib. Cucunya dipeluknya erat. Dahinya dikucupnya hangat. "Patut Atuk bela kambing. Esok kita perah susu kambing ye Tok. Kita ajak Umar minum susu kambing sama. Kesian dia, selalu dia hanya berbekal nasi goreng kismis bila menjaga kambing-kambing ayahnya" balas Guntur. "Betul. Supaya kamu dapat minum susu segar hasil dari kebun Atuk. Kamu boleh jadi kuat. Gigi kamu boleh jadi cantik. Rangka tulang kamu boleh jadi besar, lalu jantung kamupun jadi lebih besar" balas Pak Muthalib.  Mereka kemudian berlari-lari anak menuju ke dapur mendapatkan neneknya yang memanggil-manggil untuk makan tengah hari. Hati Pak Muthalib cukup girang sekali melihat Guntur yang kian tangkas, cerdas dan bijak. "Alhamdullillah. Mudah-mudahan anak ini akan menjadi pembela bangsa dan Islam yang paling kental" doanya.

(9) Sesungguhnya dalam setiap kehidupan, flora juga fauna, rupa bentuk mahluk Allah dalam kelompok itu sebetulnya telah Allah tentukan lewat gene genotip setiap satunya. Rupa bentuk serta susunatur setiap molikul gene tersebutlah merupakan caranya Allah menentukan akan ketentuan tabii sesuatu mahluk hidup. Alam; pengaruh air, pencahayaan, suhu, udara, zat galian, graviti dan sebagainya, hanyalah ekosistem; sebab yang akan mempengaruhi rupabentuk fenotip sesuatu mahluk hidup itu. Sedang, bagi mahluk mati seperti air, gas, segala galian, pasir, dsb adalah ditentukan oleh juzuk atom dan molekul yang menjadikan mahluk mati tersebut. Allah, begitulah caraNya Dia, bukan sekadar mampu mencipta segala mahlukNya secara berbeda-beda, namun tetap teratur, tetapi Dia juga terlalu bijak untuk menyembunyikan ilmuNya, melainkan bagi golongna yang suka berfikir dan menyelidik. Cuma silapnya, saat banyak berilmu, mereka jadi angkuh, mereka lupa malah menafikan akan kekuasaan Allah. Pak Muthalib, insaf akan ini. Maka, dia mengambil sikap, biarlah lewat cucunya Guntur Putera, dia benar-benar mahu mendidik anak itu untuk mencungkil segala rahsia Allah lewat alam ini, agar suatu hari nanti dia benar-benar dapat menebar akan ilmu Islam yang sebetulnya.

(10) Muthalib bukanlah nama sebenar Pak Muthalib. Namanya yang sebenar adalah Sahibah. Bapanya bernama Hashim. Datuk sebelah bapanya adalah Abdul Manaf. Ibunya adalah Salimah bt Amir. Nama-nama kerabat keluarganya ada iras keturunan Arab. Di zaman dulu-dulu, biasalah, nama mirip Arab jadi kegemaran semua.  Mereka sekeluarga, mulanya tinggal di Kota Timur, yang lebih dikenali sebagai Kotimur. Namun, kerana bapanya telah meninggal di saat dia berumur delapan tahun, maka dia telah diambil oleh pamannya bernama Muthalib sebagai anak angkatnya lalu di bawa ke Kota Barat, singkatnya disebut Kobarat letaknya sekitar 200 kilometer ke Barat Kotimur. Semasa anak-anaknya, dia sangat akrab dengan pamannya. Ke mana saja pamannya pergi, biar ke kebun, berjualan, apa lagi berurusan dengan para tetangga serta orang kebanyakan, dia pasti akan turut sama. Keakraban itulah maka dia sering diberi nama julukan Abdul Al Muthalib, mengambil erti bahasa Arab, yang bermaksud budak Muthalib, sehingga bila pamannya meninggal, maka lekatlah nama Abdul Muthalib pada dirinya. Pak Muthalib, seperti paman dan datuknya Abdul Manaf, adalah seorang yang bertubuh besar, tinggi, gagah, tampan, dan bijaksana. Mungkin itulah anugerah Allah kepada keluarga ini, yang dari turun temurun membela kambing.

(11) Pamannya adalah seorang pemikir mengikut jejak langkah datuknya, sehingga kerana pekerti mulianya dia diangkat oleh penduduk Kobarat untuk menjadi Ketua Penguasa Kota tersebut. Pemilihan pamannya mengantikan datuknya untuk menjadi Ketua Penguasa Kobarat bukanlah lewat jalan mudah. Seperti dalam masyarakat apapun, jawatan sebegitu mulia dan tinggi pasti menjadi idamana banyak. Maka dalam pemilihan penyandang ke jaweatan itu telah berlaku perselisihan antara pamannya dan keluarga Ummaizah yang kemudian berlanjutan menjadi permusuhan besar antara keluarga Guntur dan keluarga tersebut. Sesungguhnya, datuk kepada Umar iaitu Nufail sahabatnya Pak Muthalib adalah orang yang telah berjaya mendamaikan pihak-pihak yang bertelaggah dan akhirnya meminta semua agar melantik Pak Muthalib menjadi Ketua penguasa Kobarat. Itulah sebetulnya sejarah silam yang menjadikan Pak Muthalib juga sangat prihatin ke atas Umar serta dia mahukan Guntur untuk bersahabat akrab dengannya. Pak Muthalib yakin, suatu hari nanti pasti Guntur dan Umar akan bergandingan dalam membangunkan bangsanya menjadi lebih gah. Di bawah kepimpinan; pamannya, Kobarat berkembang jadi kota makmur. Dia bersama-sama penduduk Kobarat berbincang mengatur susur galur sistem perumahan, jalan, serta segala kemudahan di kota tersebut. Paling dia teliti adalah caranya mengatur agar Masjid Agung Kobarat menjadi paksi bagi segala pembinaan di kota tersebut. Dia bijak mengatur keperluan air pertanian. Di sekeliling di luar kota, dia membangun kolam-kolam tadahan air. Dari kolam-kolam ini, maka di salirkan air-air bagi keperluan para penternak dan petani khusus di musim kemarau. Sedang, di musim tengkujuh pula, kolam-kolam ini menjadi tadahan takungan bagi mengelakkan banjir besar. Ringkasnya, keluarga Pak Muthalib, biar dari sebelah ibu juga bapanya, adalah keluarga baik-baik. Lantaran itu, sehingga kini, Pak Muthalib terus terangkat terhormat sebagai Ketua Penguasa Kobarat mengambilalih peranan pamannya dan bapanya dulu. Cuma kerana usianya yang kian lanjut serta kesihatan yang kurang baik, dia sudah mulai melepaskan banyak hal pengurusan Kobarat ke tangan para penguasa dari angkatan lebih muda dan berkemahiran. Dia jarang terlibat langsung dalam hal-hal pentadbiran harian Kobarat. Lantaran banyak terluang masa, dia kini lebih banyak menghabis masa bersama cucunya dan kebun buah-buahan dan ternak kambingnya. Sesekali dia membawa cucunya merantau mencari luang dagang bagi para pedagang di Kobarat.

Kenapa Guntur Jadinya Kamu?

Guntur Putera. Itulah gelar nama yang Pak Muthalib berikan kepada cucunya. Ayahnya Guntur, anak bongsu Pak Muthalib, Abdullah dan ibunya Aminah sebetulnya memberikan dia nama Muhammad. Kedua orang tua Guntur mengharapkan anak mereka mengiring kehebatan Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan bumi Arab dari segala kegelapan. Dia berharap Guntur akan menjadi Muhammad SAW kepada bangsanya. Dan di malam itu, Pak Muthalib membawa Guntur duduk istirehat di pinggir kali. Angin menderu, ombak menghempas diri berirama paling nyaman. Di langit, terhias bebola purnama benderang sesekali dilitupi awan hitam. Bintang-bintang berhamburan, berkerdip-kedip menintai-ngintai apa sedang manusia perlakukan. Di kejauhan, sesekali seperti jaringan api, berdentum geledek petir memecar sinar membelah kepekatan malam. "Kamu tahu bagaimana dan kenapa Allah mencipta petir" soal Pak Muthalib mendadak kepada Guntur. Guntur merapat tubuhnya kepada Pak Muthalib. Dia kedinginan. Dia mencari teduh dari hangat tubuh datuknya. "Bagaimana Tok? soal Guntur dalam pelukan enak datuknya. "Kamu lihat awan-awan itu. Di bawah awan-awan itu ada angin. Saat angin bertiup kencang, maka berlaku genseran hebat antara awan dan angin, lalu terjadi medan elektrik. Medan elektrik itu sebetulnya adalah kumpulan elektron yang jika terhimpun dengan banyak, akhirnya menjadi arus elektrik yang mengalir deras ke bumi. Petir adalah ledakan aliran elektrik dari awan ke bumi. Maka sebab itu, lagi kuat angin bertiup, lagi kuat medan elektrik terjana, lalu lagi kuatlah ledakan petir" jelas Pak Muthalib. Apa elektron itu Tok? Elektrik petir itu apa sama dengan elektrik di rumahkah? tanya balas Guntur. "Elektrik itu ibarat darah. Darah itu pula terbina dari sel-sel kecil yang tidak boleh kelihatan oleh mata kasar. Maka sel-sel darah itu ibarat elektron yang menjadi elektrik. Memang benar, elektrik petir sama saja dengan elektrik di rumah kita, cuma elektrik dari petir beribu kali lebih hebat tenaganya dari elektrik di rumah" balas Pak Muthalib. "Kenapa adanya petir Atuk?" soal Guntur terus. "Banyak sebab kenapa Allah menjadikan petir. Pertama, ianya memecahkan bungkah-bungkah awan lalu gugur menjadi hujan. Kedua, petir juga boleh menjadi pedoman kepada para pelaut. Ketiga, petir adalah satu dari cara Allah memberi amaran kepada manusia-manusia jahat. Selalunya, petir akan menyambar di mana iblis banyak berbuat kejahatan bersama manusia. perjelas Pak Muthalib dengan penuh yakin. "Kenapa petir menyambar ke bumi tidak ke langit Tok?" soal Guntur tidak semena-mena. Terpinga sebentar Pak Muthalib dengan soalan sebegitu. "Di antara awan dan bumi, banyak butir-butir air dan udara. Butir-butir air dan udara itu bertindak seperti wayar elektrik. Jadi, petir memanah ikut aliran butir-butir air dan udara itulah. Lagipun, di bumi, di perut bumi banyak galian, jadi ke bumilah talanya petir. Lagi satu, hanya di bumi para syaitan dan iblis berada. Sedang di antara awan dan langit itu kosong, hampagas. Jadi elekrik tidak boleh bergerak dalam hampagas. Juga di langit tidak ada syaitan dan iblis." jawab Pak Muthalib sambil mengeluh lega.

(2) "Kamu tahu kenapa nama kamu Atuk gelar sebagai Guntur?" soal Pak Muthalib.  "Entah" jawab Guntur singkat. "Kalau boleh, dan Atuk berdoa, semoga kamu bila dewasa nanti akan menjadi seperti petir dari langit. Guntur adalah nama lain bagi petir, kilat, geledek" bisik Pak Muthalib. Dia memeluk rapat anak itu. Keduanya berkongsi hangat. "Kenapa Tuk?" soal Guntur sambil memepes terus di celah lengan datuknya. "Datuk berdoa agar kamu menjadi pemberani sepertinya petir. Membawa hujan saat diperlukan. Menyejukkan malam juga siang. Mengkhabar gembira buat segala tumbuhan juga haiwan. Menerang kegelapan buat yang menghendaki. Bercakap dan bertindak benar penuh ikhlas setiap ketika. Berani atas yang salah." bicara Pak Muthalib. "Tapi Tuk, Guntur tak fahamlah. Ngantuk" rungut Guntur sambil mengusek-ngusek lalu menguap dalam jubah Pak Muthalib. "Kamu kalau menguap, harus tutup mulut. Ucap Auzubillah Himinasyaitan nir rajim. Mohon perlindungan dari syaitan dan iblis kepada Allah. Jika tidak, nanti syaitan masuk bersarang dalam tubuh kamu.  Salah-salah kena panah petir nanti." tegur Pak Muthalib. "Tentu syaitan dan iblis tidak akan berani dekat dengan Guntur. Bukankah Guntur ini petir!" celah Guntur berseloroh. "Huh. Cucu Atuk jangan sombong dan riak. Allah tidak suka sifat sebegitu." balas pak Muthalib tegas. Mereka berdua kemudian bangkit lalu bertuntun mesra meniti gigi air, berjalan pulang lembut perlahan-lahan.

(3) "Tuk, kenapa ibu dan ayah Guntur mati terlalu awal?".........bersambung, InsyaAllah.


Kuching, Sarawak
21 Jan., 2014
Tuesday, May 28, 2013
15/3/13 DARUL SOTONG (II).....mantan Permaisuri Mayang Sari

15/3/13 DARUL SOTONG (II).....mantan Permaisuri Mayang Sari

Sayugia harus dimengertikan, betapa Darul Sotong bukanlah sebuah Kerajaan Samudera. Ianya adalah sebuah Kerajaan di Lembah Hijau yang terbentang luas panjang jauh ke Timur Tropis. Gelar Darul Sotong, bukanlah kerana Rajanya, Permaisuri  atau rakyatnya adalah sotong. Rajanya gagah perkasa, tempiknya boleh meluruh hati semua hamba rakyat, namun adil paling pemurah berjiwa rakyat. Saban hari wang dari khazanah Negara dihambur tabor berikan kepada rakyat seperti harta milik baginda sendiri. Sesungguhnya kemurahan hati baginda adalah dalam selimut mengabu hamba rakyat, betapa diam-diam dia juga bermurah hati membelanja segalanya untuk kehidupan pribadinya.  Sedang Sang Permaisuri adalah Mayang Sari yang gilang gemilang juga hebat pribadinya, cuma sedikit cacat, belum sesubur sotong boleh menyembur melahirkan anak seberapa banyak di celah-celah karangan. Tidak ketahuan, siapa yang tidak subur, Permaisuri atau MahaRaja. Nujum DiRaja Pak Belalangpun tidak dapat menduga di mana letak cacatnya sehingga baginda berdua biar bertabuh bagai ular senduk sekalipun, tetap sia-sia pertarungan mereka. Darul Sotong adalah gelar yang diberikan oleh seluruh kerajaan tetanga ke atas kudrat Negara tersebut yang para lelakinya adalah dari mereka yang betubuh lembut, gemalai, lembek-lembek sepertinya sotong, paling takut gertakan bini apa lagi menantang jauh lebih besar dari itu. Inilah Kerajaan yang lelakinya bukan lelaki tetapi darai yang goyang lengoknya lebih perempuan dari perempuan. Sepertinya, sisa-sisa zuriat di zaman Nabi Luth tertumpah diwarisi Negara ini. Allah, mungkin sebegitulah jalan pengajaranNya agar semua mengerti saat sesiapa kelabu asap atas keadilan kemurahan MahaRaja, sedang hakikatnya tidak pada lunas jalan lurus, namun bacul untuk teguh memperbetul, maka seluruh lelaki jadinya tidak lelaki melainkan sebagai sotong gemalai lembik.

(2) Sewaktu-waktu, kerana baginda Raja sudah Isya usianya, dan sedikit waktu lagi mahu tidur panjang, maka baginda telah mengadakan Fiesta bagi memilih penganti di kalangan semua para suami di seluruh Kerajaan dan tanah jajahannya. Firasat baginda, juga hasil tenunan Nujum DiRaja Pak Belalang, penganti baginda harus dari para suami. Setidak-tidaknya, mereka sudah menjadi raja di rumah sendiri. Maka, tidak payah untuk sesiapa di antara mereka yang layak kemudian menjadi MahaRaja sebuah Kerajaan. Masuk akal. Betul juga. Jika bisa jadi Raja di rumah, pasti mudah menjadi Raja Negara. Maka sebab itulah Nujum DiRaja Pak Belalang baginda sangat sayangi, biarpun dia juga lelaki belalang sembah yang kerjanya tidak lain melainkan bersolek terus-terusan. Namun seperti terduga, tidak seorang suamipun seutuhnya bersikap lelaki yang beliau kehendaki, semuanya takutkan bini, maka terpaksalah baginda akur untuk melantik Sang Suami bernama Oktopus sebagai penganti. Sang Oktopus adalah lelaki ganteng sasa tegap tangkas menungang kuda. Dia datang dari hujung Kampung dan telah biasa bertarung dengan biar harimau atau beruang. Perompak dan penyamun, tidak pernah dapat melepasi pukul dan terajangnya, Cuma sakitnya tetap sama seperti segala lelaki lain di Kerajaan ini, tetap kecut mondok kepada bini. Namun setidak-tidaknya Sang Oktopus lebih tegap dari yang lain lantaran kehebatanya boleh memacu dan menunggang kuda. Sangka Sang MahaRaja, jika Sang Oktopus tetap bagai sotong di depan bini, namun dia pasti bersikap berani saat di Padang Perang di Perantauan jauh. MahaRaja harus akur kepada mengguna apa yang ada. Oktopus baginda wasiat bisikan kepada memanda Perdana Menteri ditabal sebagai MahaRaja mengantinya saat rohnya sudah terpaku di Luh Mafuz.

(3) Seperti terduga, maka Isyapun mendatang. Azan dikumandangkan. MahaRaja hanya menitis air mata tidak boleh lagi bangkit Sholat bersama akibat ketuaan yang sudah cukup ranum. Segala kulit, isi, otot dan seluruh urat-uratnya juga sudah pada ranum. Sudah cukup masak. Lalu saat ungkapan ”Marilah Menuju Kejayaan” dari lafas Azan, maka roh bagindapun belayar tenang menuju asal mulanya di Luh Mafuz. Sang Permaisuri Mayang Sari, tanpa segan menangis meraung sepuasnya. Rakyat jelata, yang kecil, yang dewasa, yang tua yang muda sehingga ke bayi-bayi semua pada melimpahkan air mata. Becak taman istana dibuatnya. Bukan kerana kesal Sang MahaRaja sudah tiada, cuma kerana khuatir apa esok di awal pagi akan tetap ada tangan-tangan yang akan menabur dinar dari Khazanah Negara lewat serambi jendela istana. Mereka semua bertangisan, kerana takut tidak lagi mendapat limpah murah ihsan MahaRaja. "Mati kita. Dengan apa kita hendak berbelanja. Adakah Permaisuri akan terus bermurah hati sepertinya MahaRaja?" rakyat saling bertanya penuh rasa sangsi akan masa depan mereka. Sesungguhnya, rakyat sudah terbiasa malas di atas kemurahan ihsan MahaRaja. Sedang Sang Permaisuri Mayang Sari, dia menangis meraung sekuatnya, bukan kerana kehilangan sang jantung hati, namun meraung menangis sebagai tanda kecut takut akan langkah selanjutnya yang perlu dia gagahi. Dia bersandiwara, mencari akal bagaimana kedudukannya sebagai Mayang Sari harus terus kekal selamanya bertahan. Menangis kerana akal lambat dia ketemui. Segalannya acara tangis sugul berjalan selama empat puluh hari sebagai sandiwara melengah agar akal segera dia ketemui. Peduli pesan Muhammad SAW betapa itu tidak boleh. Tidak boleh lebih dari tiga hari. Namun kerana akal tetap juga belum ketemu, maka Permaisuri Mayang Sari terus meminta memanda Perdana Menteri untuk meneruskan acara berkabung untuk ke seratus harinya. Seluruh Kerajaan dan jajahan berkabung selama seratus hari. Soal Islam membenar atau tidak membenar, itu soal kedua, soalnya, Permaisuri perlu waktu untuk mencari akal untuk terus kekal sebagai Permaisuri. Sahdan, maka atas sebab mayang mengurai nafsu permaisurilah, maka dia digelar Permaisuri Mayang Sari. Nafsu kebahagian, kemewahan, kemegahannya menjurai-jurai bagai mayang pinang maka terilham oleh memanda Perdana Menteri suatu waktu dulu mengusul kepada MahaRaja betapa nama Permaisuri harus harum semerbak agar menjadi kebanggaan seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya mayang pinang di awal pagi, di tengah malam, selepas hujan semerbak harumnya tersangatlah hebat sehingga kalah segala bau-bauan apa bungaan sekalipun, maka dengan sebab itu memanda Perdana Menteripun mengajukan gelaran Mayang Sari sebagai nama gelaran Permaisuri. Nama asalnya sebelum menjadi Permaisuri adalah Kembang Sundal Malam. Dengan gelar Mayang Sari maka watak dan tabiat Permaisuri kelihatan tersangatlah permai berseri-seri lalu oleh memanda Perdana Menteri diganding semua sekali menjadi Kebawah Duli Yang MahaMulia Pertmaisuri Mayang Sari. Terlalu indah nama itu. Sepertinya nama sang pari-pari dari kayangan. Kerana Permaisuri gembira bahagia dengan nama itu, maka kehidupan di Istana MahaRajapun menjadi tersangat bahagia cerah benderang. Atas semua itu, menjadikan MahaRaja menjadi terlalu bahagia lalu menjadi paling pemurah bersedekah demi rakyat untuk rakyat dari rakyat. Baginda MahaRaja merakyatkan Khazanah Negara. Juga baginda MahaRaja juga menjadi pemurah atas segala kehendak Permaisuri Mayang Sari. Sebegitulah sahdannya akan salah silah kemurahan hati MahaRaja serta terilhamnya darjat Permaisuri Mayang Sari.

(4) Pada malam ke seratus hari selepas kemangkatan MahaRaja, sang bekas Permaisuripun terbaring terkebel-kebel sendiri di peraduan. Di kirinya kosong. Di kanannya kosong. Dia bergulir ke kiri, bergulir ke kanan, hanya guling tercapai tergapai. Berkali-kali entah sudah berapa puluh kalinya sebegitu. Tetap guling kaku juga yang dia gapai. Seluruh ruang kamarpun kosong. Dayang dan inang semua sudah lama disuruh keluar. Dia sayu. Gelar Permaisuri kini sudah ditokok menjadi bekas Permaisuri. Bunyinya, bagai sisa wadah, sepertinya bekas basuh tangan sahaja. Biar bekas diganti mantan sekalipun, tetap darjatnya sama iaitu bekas juga. Sama saja jika babi disebut khinzir, enak pada kedengaran bunyi sebutan, namun tetap jijik pada kedudukan. Hatinya sudah tidak permai. Hatinya sudah berduri-duri. Mantan Permaisuri gelarnya kini, biar lebih enak dari janda jika hanya dia rakyat biasa, tetap dia gundah gulana. Sepertinya, taraf mantan Permaisuri dan janda itu terlalu hina, lantaran dia sudah lupa Siti Aishah Ibni Abu Bakar As-Siddique jugapun adalah janda jadinya saat kewafatan Muhammad SAW namun tidak hina jadinya dia. Sesungguhnya bauran haloba dan egoisma menjadikan mantan Permaisuri terasa terhina.  Dia bingkas bangkit. Dia membuka selak pintu kamar. Pintu terkuak lebar. Pengawal terjegat di luar bingkas memberi hormat. ”Mau apa ya
(bekas) Mantan Permaisuri” soal mereka terhormat diada-adakan. Saat terdengar sebutkan bekas hatinya luluh, jiwanya membakar. ”Huh…panggil memanda Perdana Menteri segera mengadap” perintahnya mendesis. Sang pengawal melihat jam di tangan. Sudah mau berkokok si jalak. Sudah hampir subuh. Namun mereka bergegas pergi mendapatkan memanda Perdana Menteri, mana tahu Sang Bekas Permaisuri perlu Imam untuk sama beliau sholat subuh, atau dia sedang merinding kedinginan sendiri. "Kalau soal merinding dingin, kami aja bukankah lebih hebat dari memanda Perdana Menteri yang sudah terbatuk-batuk itu. Namun jika soal Sholat, baik dia sahaja dari kami yang gatal" gurau dua pengawal saat berlarian mendapatkan memanda Perdana Menteri.

(5) ”Wahai memanda Perdana Menteri. Apa nasib beta selepas ini. Putera tiada. Puteri apa lagi. Saudara semua entah di mana. Salah beta, saat menikah ‘buang saudara, buang segala’. Sebatang kara sendiri” ucap Mayang Sari saat memanda Perdana Menteri telah duduk rapat ke birai keranjang peraduan. Inilah pertama kalinya memanda Perdana Menteri dapat melihat suasana peraduan DiRaja. Terlalu indah. Terlalu megah. Cuma segala akan indah jika MahaRaja dan Permaisuri tetap bersama bergurau senda becengkerama. Saat ini, segala keindahan telah menjadi sepi. Namun, bekas Permaisuri tetap cantik berseri-seri bahkan terlebih lagi pada saat itu pada pandang biar mata kaburnya memanda Perdana Menteri. Inilah seumur hidupnya berkhidmat ke Bawah Duli MahaRaja, dia punya kesempatan dan keberanian meniti tubuh Mayang Sari. Perdana Menteri diam. Dia gugup. Dia berusaha keras menahan diri. Matanya lembut memandang tepat mata Mayang Sari. Senyumnya lembut, tetap ada hormat. Perlahan-lahan memanda Perdana Menteri meniti lihat dari rambut ke dahi ke pipi ke bibir ke dagu. Saat penglihatannya merayap ke leher Mayang Sari, dia menarik nafas panjang dan terhenti sebentar bertanya dan beristifar: ”Astafirullah Halazim. Auzubillah HiminasSyaitan NirRajim. Ya Allah, tetapkan Iman hambaMu ini, Limpahkan Taufik dan HidayahMu, agar hambaMu ini di sini hadir untuk mengaman segala”. Leher Mayang Sari terus ditenung rapat. Nafasnya biar tertahan-tahan, namun terlepas menghangat leher jinjangnya Mayang Sari. Mayang Sari terasa kehangatannya. Dia membiar memanda Perdana Menteri tersiksa sendiri. Kulitnya putih. Tidak berkedut. ”Ya mantan Permaisuri, apa gerangan boleh hamba bantu” akhirnya terlahir dalam gugup memanda Perdana Menteri bersuara. ”Beta sangat takut tentang hari depan beta. Ke mana harus beta selepas ini” keluh Mayang Sari dalam hamburan nafas semerbak mewangi menusuk deria bau sedutan hidung memanda Perdana Menteri. Dia terdiam. Mata lembutnya bertukar kuyu. Pandangnya menjalar turun. Dada Mayang Sari yang berombak menguncang terus nafasnya. Apa lagi jari-jari lembut Mayang sari seperti bermain-main di celahan dadanya terus membikin fikirnya bergemuruh. ”MasyaAllah” desis memanda Perdana Menteri. ”MahaPemurahnya Engkau Ya Rabbi. MahaRajaku Engkau pernah anugerahkan dia dengan hadiah seindah ini. Lembut, halus, menawan, menyejukkan. Pantas baginda jadi pemurah berjiwa sahaya rakyat lantaran membalas pemberianMu. Setidak-tidaknya baginda tahu bersyukur kepadaMu. Dan kini aku sepertinya sedang menjadi Yusuf AS berdepan dengan Siti Zulaikha, apa harus hambaMu ini perbuat?” rintihnya dalam diam.

(6) Mayang Sari, sadar betapa memanda Perdana Menteri sedang kegairahan tertahan. Dia mengoda terus. Kakinya digerak-gerak. Sesekali diangkat, menyelak kaki memapar keputihan terlalu lembut betisnya. Dia menyimpan pehanya untuk langkah kedua terakhir, jika perlu. Dadanya,. segaja dia menghirup nafas panjang agar semakin terguncang. Dia baring mendepakan tangan. Dadanya terus menongkah. Mata memanda Perdana Menteri tetap ingin bertahan. Dia mengalih cepat pandang. Bukan ke mana, tetapi meniti perut ke pusat Mayang Sari. Saat menikmati Mayang Sari terlentang sebegitu, memanda Perdana Menteri seperti sedang memerhati kambing-kambing tengala berjalan meragut enak di lembah hijau terhampar luas. Sungai terbentang dengan deru air jernih mengindah segala. Gunung-gunung membaris bibir lembah sungguh mengkhayalkan. Namun sumpah setianya kepada MahaRaja, betapa selagi hayat dikandung badan tidak akan dia pernah khianat, demi Allah sumpahnya, maka taufik dan hidayahpun muncul saat dia tergoda hebat sebegitu. Mantan Mayang Sari, siapapun dia, permaisuri, puteri, inang, isteri, perawan, ataupun hamba, dia hanya perlukan satu iaitu keselamatan. Keselamatan diri, keselamatan kebahagian. Memanda Perdana Menteri, dia yakin, dia tidak mampu, lantaran usiannya sudah lewat Maghrib mahu Isya memberikan semua itu. Dia jejak di bumi nyata. Sebentar lagi dia juga akan tidur panjang. Namun dia yakin Allah akan merestui jalan fikir penyelesaian buat mengobat kerisauan keresahan Mayang Sari. Dia bangkit berdiri tegap. Memperbetul serban dan jubah. Mayang Sari kaget, juga bangkit duduk terselimpuh di birai keranjang. Memanda Perdana Menteri mencapai pundak Mayang Sari. Mendekapnya. Mayang Sari antara mengerti dan tidak, merelakan. ”Sabarlah anakndaku Mayang Sari, akan ayahnda usahakan agar anaknda akan terus kekal bahagia. Sabarlah. Marilah kita Sholat Subuh bersama-sama” bisiknya saat pelukkannya erat ke leher Mayang Sari. Mayang Sari saat bahasa anaknda dan ayahnda memanda Perdana Menteri gunakan, terasa ringan segala derita yang dia rasakan. Sesungguhnya dia tahu, memanda Perdana Menteri adalah satu-satunya orang kepercayaan arwah MahaRaja pertaruhkan selama hayat pemerintahan baginda. Sifat waras berpandangan jauhnya tidak pernah luput sebagai pribadi hidupnya. Pengawal di panggil untuk Azan. Mereka semua Sholat subuh bersama di kamar DiRaja dengan memanda Perdana Menteri sebagai Imam. Sebegitulah, memanda Perdana Menteri, sifatnya suka menyelam sambil minum air. Dengan cara sebegitu dia juga bukan hanya telah mendapat taufik dan hidayah tentang cara mengatasi kekusustan mantan permaisuri, malah dia juga membuang jauh-jauh kemungkinan fitnah yang bakal terjadi dan tersebar hasil lawatannya ke kamar mantan permaisuri di subuh dingin itu.

(7) Siangnya, seawalnya, kerana memanda Perdana Menteri juga tahu, selepas seratus hari kemangkatan baginda MahaRaja, maka Raja baru harus ditabalkan. Namun sebelum Raja baru ditabalkan, maka keresahan mantan permaisuri juga harus diselesaikan. Dia mengenderai keldai ke hujung Kampung. Jubah hitamnya compang camping. Serban putihnya kusut masai. Wajahnya disapu air pinang muda agar pucat lesi. Alis matanya dicelak agar matanya kelihatan cengkung ke dalam. Jangutnya dia urai tidak rapi. Dia betongkat anak kayu. Kakinya hanya pakai sebelah sepatu. Jalannya sengaja dia henjat hinjut dingkelang. Dia sepertinya Tok Guru Semambu dari Gua Hantu. Rupa memanda Perdana Menteri hilang dari riaknya. Dia menyamar sebagai sang Tua. Ke teratak Oktopus dia mendatang.

(8) ”Asslamualaikum” ucap dilaung. Teresembul perempuan berkemban batik di muka pintu. ”Walaikum Salam” balas suaranya lembut. Biar Kampung. Wanita itu Melayu asli. Cantik tersendiri. Kulit hitam manis.  Semanis gula jawa alias gula Melaka. Kmeudian tersembul lelaki genteng di depan pintu. "Hamba datang dari jauh. Apa boleh menumpang singgah melepas lelah." pinta sang Tua. Namun tanpa menunggu jawaban, dia melabuh diri di kaki tangga. Nafasnya kembung kempis kelihatan tersangat lelah dan payah. "Silakan naik. Kita makan tengahari bersama. Kebetulan sudah kesiangan ini" jemput sang Oktopus. "Saya sebetulnya hendak ke Negara Darul Sotong. Khabarnya MahaRaja sudah mangkat. Tidak lama lagi Kerajaan ini akan diserang musuh jika MahaRaja baru tidak dilantik segera. Saya ingin bertemu memanda Perdana Menteri untuk menyampai sebuah nasihat penting ini" balas Sang Tua saat sudah bersila rapat dianjung rumah Sang Oktopus. "Hamba bermimpi, kerana MahaRaja tidak punya zuriat, MahaRaja baru mesti segera dilantik dari kalangan rakyat sahaya tempatan. Namun agar rakyat sahaya itu untuk layak menjadi MahaRaja, dia harus terlebih dahulu punya daulat MahaRaja terdahulu. Daulat itu hanya boleh dimilikinya jika dia sanggup bernikah dengan mantan Permaisuri Mayang Sari. Mantan Permaisuri Mayang Sari sahaja yang kini memiliki daulat itu. Hamba juga pernah bermimpi, rakyat sahaya itu harus sesipa yang pernah MahaRaja berikan dua biji telur serta seekor kuda tunggangan dalam sebuah temasya yang perrnah baginda anjurkan." jelas Sang Tua mereka-reka. Pada saat itu, sang isteri Oktopuspun ada duduk bersama mendengar halus-halus akan penceritaan Sang Tua. "Cuma di dalam mimpi itu juga saya telah dipesan agar lelaki rakyat sahaya itu, tidak harus menceraikan isterinya yang ada. Jika perceraian terjadi, maka kedua-dua mereka akan termakan sumpah daulat MahaRaja. Juga lelaki rakyat sahaya dan isterinya  tidak boleh menginkari akan prihal itu kerana itulah wasiat MahaRaja kepada memanda Perdana Menteri. Jika mereka ingkar, seluruh Darul Sotong akan menuju kemusnahan malapetaka yang paling dahsyat pernah terjadi. Air bah melimpah-limpah membunuh semua. Darul Sotong akan tengelam menjadi lautan luas lalu terus segala rakyat bertukar jadi sotong buat tangkapan nelayan dari Negara Matahari Terbit untuk di tin dan di jual ke seantero dunia. Kasian"terus Sang Tua bercereka menakut-nakut seadanya. Wajah cemas melanda Sang Oktopus dan sang isteri.

(9) Belumpun sempat Sang Oktopus dan isteri berkata apa-apa, Sang Tua membuat helah mahu segera bertemu memanda Perdana Menteri untuk mengkhabar mimpinya. Dia sengaja menakutkan betapa saat kemari tadi, bumi telah sedikit berguncang tandanya, jika perkara ini tidak diselesaikan segera, malapetaka bah besar akan segera mendatang. Dia tergopoh-gopoh turun tangga. Dia melompat ke atas pundak keldainya. Segera dia memerintah, "Ayuh! Cepat! Cepat!" dan keldaipun terkiki kikik belari sekuatnya menuju ke Kota Istana Darul Sotong. Dan Oktopus dan isterinyapun saling berpandangan. "Abang akan jadi MahaRaja" teriak sang isteri melompat-lompat terkinja-kinja kegembiraan. "Dan kamu jadi Permaisuri" ujar Oktopus. "Tapi Sang Tua tadi berkata, saya harus bermadu. Siapa akan jadi Permaisuri? Saya atau mantan Pemaisuri Mayang Sari" soalnya sang isteri mulai curiga gundah. "Tapi betulkah abang akan jadi MahaRaja. Bukankah telur yang MahaRaja hadiahkan telah abang kembalikan sebiji, dan abang hanya punya sebiji telur" rasa muskil juga telah menjalar di dada Oktopus. "Abang harus ada keyakinan. Abang mesti berani menuntut hak abang. Abang mesti pertahankan hak abang. Saya yakin abang adalah satu-satunya yang memenuhi syarat mimpi Sang Tua tadi" tegas isteri Oktopus. "Jadi?" soal Oktopus penuh teliti. "Sekarang juga abang mesti ke Istana. Abang pergilah berjumpa dengan memanda Perdana Menteri dan segera meminta padangannya tentang lawatan Sang Tua tadi ke rumah kita. Kalau boleh, biar nujum DiRaja meniliknya semula" ujar sang isteri penuh yakin.

(10) Sang memanda Perdana Menteri sangat arif sifatnya. Dia sudah masak dengan nafsu sang isteri. Dia sudah lima abad menjalani renggekan serta paksaan sang isteri. Dia sudah masak. Dia sememangnya dapat menduga betapa isteri Oktopus tidak akan sabar agar cepat dia menaiki tahta. Nafsu lelaki ada perhitungannya, sedang nafsu perempuan yang tiga kali lebih besarnya, pasti tipis perhitungannya. Itulah firasat memanda Perdana Menteri. Baginya, perempuan jangan dilawan dengan nafsu, harus dilawan dengan akal. Di tengah jalan, sebetulnya dia telah sembunyikan sepasang persiapan biasa pakaian Perdana Menteri dan kudanya. Dia cepat-cepat bersalin dan berganti kenderaan. Lalu segera dia berpatah balik ke rumah Oktopus. Mereka bertemu di tengah jalan. "Assalamualaikum. Adakah kamu Oktopus, yang pernah dihadiahkan MahaRaja dua biji telur dan kuda taunggangan?" laung memanda Perdana Menteri sepertinya kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu saat Oktopus muncul di selekohan. "Waalaikum Salam. Ya. Sayalah Oktopus itu, hai memanda Perdana Menteri" balas Oktopus. "Adakah isteri kamu ada bersama? soal memanda Perdana Menteri. "Isteri patik ada di rumah. Patik hanya sendiri" balas Oktopus. "Kalau begitu, kita harus ke rumah tuan hamba. Saya hendak bertemu kamu berdua bersama-sama". Bergiringan mereka berdua kembali ke hujung Kampung ke teratak Oktopus.

(11) "Begini ya Oktopus. MahaRaja telah berwasiat agar kamu menyandang tahta Kerajaan. Namun sebelumnya, kamu mesti berjanji menikahi mantan Permaisuri Mayang Sari kerana padanya adalah daulat Kerajaan ini. Sedang isteri kamu harus kekal sebagai isteri, tidak boleh kamu ceraikan mana-mana satu di antara mereka. Jika kamu ceraikan mana-mana satunya maka gugurlah tahta kamu dan kamu harus kembali menjadi rakyat sahaya. Kedua-dua mereka akan ditabal sebagai Permaisuri. Pernikahan kamu dengan mantan Permaisuri harus berlangsung dalam sepekan lagi. Kamuy tridak ada pilihan. Ini 'takdir' ke atas kamu. Nujum DiRaja Pak Belalang sudah memperakuinya. Sepekan selepas pernikahan kamu, kamu berdua akan ditabalkan sebagai MahaRaja dan Permaisuri." jelas memanda Perdana Menteri tanpa memberi ruang untuk sesiapa berbicara. Dia sepertinya telah mengeluarkan perintah dan semua mesti patuh. Buat memanda Perdana Menteri, ruang bicara harus ditutup keras, kerana jika terbuka, nafsu pasti akan mengubah segala.

(12) Majlis pernikahan Oktopus dan Mayang Sari berlangsung sepekan lamanya. Seluruh rakyat sahaya dari seluruh pelusuk Kerajaan dan jajahan berkampung di Kota Istana Darul Sotong. Semua tampak riang ria, apa lagi dapat menjamu selera apa saja. Tambahan segala tersedia. Rakyat dapat makan dan segala percuma. Kota Istana Darul Sotong bergemerlapan bercaya. Hampir seluruh jalan dinyalakan dengan obor-obor minyak kelapa pada runcing bambu. Mantan Permaisuri Mayang Sari kian tambah berseri. Almaklum dulu bersuami MahaRaja tua kini menikah Oktopus jantan ganteng desa suci. Mayang Sari sebetulnya masih dalam usia ranum memekar sedang Oktopus lelaki yang kembali terlahir, life just begining. Sepekan mereka berdua beradu kasih tanpa diganggu. Siang malam sama saja. Oktopus tidak pernah lelah. Mayang Sari tidak pernah puas. Sarinya terisi madu setidak-tidaknya dua kali sehari. Malam pasti, jika tidak tengahari, sore pasti dapat lagi. Benar-benar Mayang Sari membalas dendam berahi. Oktopus tidak peduli. Syurga benar-benar dia nikmati. Natijahnya, firasat memanda Perdana Menteri adalah agar Oktopus punya waktu tersendiri untuk menyintai Mayang Sari. Semuanya agar segalanya kembali hidup sepertinya dulu. Juga agar Mayang Sari benar-benar menyerah diri taat kepada Oktopus sebagai balasan kasihnya. Sedang Sang Isteri Oktapus telah terlebih dulu dikhabarkan jangan menganggu lantaran Oktopus harus bersama Mayang Sari untuk menurunkan daulat Darul Sotong yang ada pada dirinya. Dayang dan Inang Istana telah dihantar ke hujung Kampung untuk mempersiap Sang Isteri untuk di mandi air bunga selama tujuh hari tiga kali sehari serta tidak boleh dilihat sesiapa untuk dia layak ditabal sebagai Permaisuri kemudiannya. Segala ini telah diatur rapi oleh memanda Perdana Menteri dan nujum DiRaja Pak Belalang. Kerananya tiada siapa berani menyoal apa lagi menantang segalanya. Apa lagi sememangnya adat Darul Sotong, ikut saja sepertinya semua menjadi lebih kerbau dari kerbau.

(13) Genap sepekan bertabuh maka Oktopuspun ditabal menjadi MahaRaja baru. Mayang Sari dan Sang Isteri ditabal jadi Permaisuri. Gemilang sekali majlis pertabalan DiRaja. Apa lagi, belum ada mana-mana Raja ditabal sekali bersama sepasang Permaisuri. Mayang Sari sememang telah terserlah keayuannnya, apa lagi setelah sepekan disirami manis madu si ganteng desa sedang Sang Isteri kerana jampi air bunga Nujum DiRaja seperti anggerik desa anggunnya. Lantas gelar Permaisuri  Mutiara Sari diberi gelaran. Anggerik mutiara belantara itulah asal gelarannya. Bukan main birahi MahaRaja Oktopus jadinya saat terpandang betapa berserinya Sang Isteri dulunya hanyalah pingitan pinggir hutan. Saat sebegini, mulai tumbuh naluri prasangka dalam diri setiap yang dinamakan isteri apa lagi yang bertahta madu terpaksa. Tikaman jelingan menjadi tajam bernyala membara. Memanda Perdana Menteri perasan segala. Dengan cepat akal dicari. Nujum DiRaja segera dibisik. Akal penipu apa harus diguna? Namun seperti biasa, Nujum DiRaja tetap tersenyum tanpa apa ada di dalam kepalanya. Cuma nasib sering menyebelahinya. Tidak semena-mena sepasang kucing hitam pekat bercakaran lewat melintas pentas persandingan DiRaja. Nujum DiRaja segera menangkap seekor darinya dan memburu satu laginya. Dia seperti bercakap-cakap kepada kucing yang ditangkapnya. Kemudian dia melempar pandang keras tajam kepada MahaRaja Oktapus namun mengenyit mata kepada Memanda Perdana Menteri. Kedua-duanya kemudian saling menggangguk kepala lalu setangkasnya menjunjung sembah memohon mengundur diri.

(14) Nujum DiRaja Nujum Pak Belalang temberang. Namun biar temberang, kian berakal dia akhirnya.  "Wahai Tuanku, patik mendapat khabar dari si Tompok Hitam, kucing sepasang tadi betapa Permaisuri Mutiara Sari harus terlebih dahulu terpisah dari kebersamaan Tuanku untuk tiga purnama. Tujuh dayang dan inang istana akan menemankan dia di Bukit Tunggal. Pesanan ini harus segera dilaksanakan jika tidak Negeri Tuanku akan tengelam parah esok harinya" sembah temberang tidak kepalang Nujum Pak Belalang. Memanda Perdana Menteri juga mengadap cepat. "Mohon patik mengatur persiapan segera". Lalu tanpa soal, Permaisuri Mutiara Sari terus digiring pergi bersama tujuh inang, tujuh dayang, tujuh persalinan, tujuh dulang segala perhiasan, tujuh dulang segala makanan. Semuanya tujuh, yang semuannya didapatkan dari 7-eleven. Semuannya itu menjadikan Pemaisuri Mutiara Sari leka terpingga-pingga kerana sebelumnya yang ada di tubuhnya hanyalah kain kemban sepasang kurung Kedah yang sudah dimakan anai-anai berlobang-lobang. Permaisuri Mutiara Sari mengikut saja tidak terkata apa-apa, leka. Dia puas atas harta di depan mata. Cuma di benak memanda Perdana Menteri, apa mungkin temberang selanjutnya Nujum Pak Belalang.

(15) Sebuah Pondok Hinggap dibina di Bukit Tunggal. Bersebelahannya dibangun Pondok Nujum Pak Belalang. Sebabnya, agar segala mambang dan jin tidak akan menganggu Permaisuri Mutiara Sari. Sedang akal sebenarnya, agar MahaRaja dan Permaisuri Mayang Sari terus bertabuh apa mungkin bisa nanti tumbuh bibit di rahimnya. Juga saat MahaRaja sedang ranggi pasti Mayang Sari tidak akan lekang dari gumalannya.  Dengan jalan itu, kedua mereka akan bertambah kasih paling sejati. Juga Permaisuri sudah dipesan untuk menyedia segala sendiri tanpa dayang tanpa inang. Semua diperbuat sendiri. Tiada pembantu. Patang terlarang keras. Akal Pak Nujum agar Permaisuri Mayang Sari benar-benar bergelar isteri bukan hanya untuk telentang menadah diri main tunjuk sana tunjuk sini suruh sana suruh sini. Memanda Perdana Menteri cepat membaca, akal temberang Nujum Pak Belalang kini sudah bertukar falsafah hidup. Isteri tetap isteri. Suami tetap suami. Isteri mengurus rumahtangga. Suami mengurus hidup. Apalagi MahaRaja Oktaopus, Nujum Pak Belalang sedang memperkuat jati dirinya agar baginda tidak terus bercelapak dalam nikmat tadahan isteri lalu manut takut bini seperti selalunya sedang soal anak negeri terus terbiar. Dan pada permaisuri Mutiara Sari, biar dia terbiasa dijaga rapi, biar terus bertambah birahi, lantas jika Pemaisuri Mayang Sari buting sulung, Nujum Pak Belalang sudah mulai mengintai-gintai menambat hati. Telahnya, kucing yang lapar jangan dibiar kesendirian, pasti berburu membawa pulang burung hutan. Dia sedang memasang badan, namun dengan penuh pengetahuan memanda Perdana Menteri.

(16) Ternyata dugaan Nujum Pak Belalang tepat sekali. Sepurnama berlalu, Permaisuri Mayang Sari sudah muntah-muntah pagi. Rahimnya kini sudah berisi. Selang genap tiga purnama, perut Pemaisuri Mayang Sari sudah mengembang, membikin kedua pasangan sungguh girang tidak kepalang. MahaRaja Oktopus pasti, betapa Permaisuri Mutiara Sari adalah mandul, begitu juga yakinnya Permaisuri Mayang Sari. Nujum Pak Belalang dan memanda Perdana Menetri sudah saling senyum kambing. "Akhirnya, akan bertemanlah Bukit Tunggal ya Pak Belalang?" sapa menyindir memanda Perdana Menteri. "Akal. Akal. Akal. Jangan kurang akal. Kita temberang biar berakal" jawap girang Nujum Pak Belalang. Sedang, Permaisuri Mutiara Sari sudah kian menjauh hatinya kepada MahaRaja. Saban hari wajah Nujum Pak Belalang kian handsome dipandang mata. Apa lagi kumis tipisnya paling mengoda berbanding MahaRaja Oktopus yang sudah kian gendut polos pula bibirnya. Apa lagi, saat khabar betapa Permaisuri Mayang Sari sudah berbadan dua, mungkin juga tiga jika tidak empat, dia berperasangka pasti akan melekang tumpah kasihnya MahaRaja kepada dirinya. Rendah diri sudah membalut tubuhnya. Rasa tidak selamat sudah meresap ke dalam kalbunya. Maka Nujum Pak Belalang kian mengisi segala, sepertinya kucing lapar, burung di hutan mahu ditangkap dibawa pulang. Namun, bagaiman dengan sumpah sebagai dinyatakan Pak Nujum. Tiada perceraian boleh berlaku. Permaisuri Mutiara Sari kian gundah. Kian resah. Kian menderita. Dia tidak mahu kembali bersua MahaRaja. Dia khuatir tersingkir diam-diam. Akal dicari. Sekerasnya. "Wahai Pak Nujum. Tiga purnama beta menatap bulan dilangit. Apa mungkin akan gugur ke pangkuan riba?" ujarnya suatu pagi saat bersantapan sama. Nujum Pak Belalang, tetap Nujum Pak Belalang. Akal temberangnya tidak pernah susut. "Apa lagi bulan, ya Tuan Permaisuri, hamba tinggi di atas pokokpun jika Tuan Permaisuri suruh sujud ke riba, hamba sedia bila-bila" balasnya mengerti bicara. Bukan kepalang girang hati Permaisuri Mutiara Sari menerima sembah seperti hamparan pasifik terbentang seluasnya. "Tapi kekanda Bela, maksud beta kekanda Nujum Pak Belalang, bagaimana dengan sumpah mimpi Pak Tua bahawa beta tidak boleh bercerai dengan baginda Raja" sahut gundah Permaisuri Mutiara Sari. Wah bukan kepalang Nujum Pak Belalang saat namanya sudah diubah jadi Kekanda Bela. "Usah khuatir adinda Permaisuri" balas Nujum Pak Belalang bagai ulat bulu sudah naik ke batang. "Soal takdir adalah urusan Allah. Bukan manusia yang menentukan. Tidak ditentu oleh mimpi Pak Tua. Tidak dari nujum kekanda juga. Semua itu hanay sangkaan. Tidak boleh dipercayai. Syirik." balas Nujum Pak Belalang pasti. Sememangnya dia pasti, kerana semua sumpahan itu hanyalah temberang dia dan memanda Perdana Menteri semata-mata.

(17) Suatu pagi yang indah, memanda Perdana Menteri datang mengadap. Dia diam sejenak. Tiada soal tentang Permaisuri Mutiara sari dari MahaRaja. Permaisuri Mayang Sari tidak lekang dari pelukannya. Bagai belangkas. Akrab. Terlalu intim. Jelas kepadanya, kasih MahaRaja kepada Permaisuri Muitiara Sari sudah terlepas menjauh. "Ampun Tuanku. Patik memohon, kerana patik sudah tua dan agak uzur, memohon perkenan Tuanku agar Nujum Pak Belalang diangkat jadi Tok Penghulu Jajahan Bukit Tunggal. Dia juga akan terus berkhidmat menjadi Nujum DiRaja. Mudah-mudahan juga suatu hari nanti dia juga akan mampu menganti patik saat patik sudah berundur" sembah memanda Perdana Menteri. "Usul memanda Perdana Menteri sangat bijak. Beta perkenankan" titah baginda tanpa perlu berfikir. "Satu lagi ya Tuanku. Tidak elok Permaisuri Mutriara Sari terus tinggal di Bukit Tunggal" ungkap memanda Perdana Menteri mengail biar kailnya hanya sejengkal. "Beta fikir, apa tidak mungkin Permaisuri Mutiara Sari beta cerai dan nikahkan dengan Nujum Pak Belalang? titah MahaRaja. Ikan sudah makan umpan. Kail meregut. Permaisuri Mayang Sari tidak tersembunyi girangnya. MahaRaja langsung dicium peluknya erat. "Itu sangat murni sekali kasih Tuanku" balas memanda Perdana Menteri. "Soal sumpah Tok Tua, itu Tuanku usah khuathir. Kita akan adakan majlis kenduri meminta perlindungan Allah dari segala bahaya. Patik yakin, jika kita terus percayakan Allah dari yang lainnya, kita semua akan selamat selamanya." ujar memanda Perdana Menteri meminjam temberang sunat Nujum Pak Belalang.

(18) Setelah habis edah mantan Permaisuri Mautiara Sari, maka seluruh Darul Sotong kembali berpesta. Nujum Pak Belalang kini ditabal menjadi Penghulu Bukit Tunggal, dan dia sendiri sudah hapus taraf tunggalnya serta kerjaya temberangnya sudah berganti seruan ke jalan benar percayakan Allah. Segala kerja tilik menilik sudah dia buang taubatkan. Cuma temberangnya tetap dia simpan sebagai senjata masa depan. Sedang Pemaisuri Mayang Sari juga diraikan dengan majlis lenggang perut lantaran kandungannya kini sudah mencapai enam bulan. Seluruh Darul Sotong perlahan-lahan kembali ke jalan lurus, jalan tegap, suami pulang ke asal kejadian fitrah lelaki serta isteri kian taat sebagai fitrahnya isteri. Allah merahmati segalanya lantaran memenuhi aturan ketetapanNya.



Kuching, Sarawak
28 May, 2013.
Sunday, May 26, 2013
13/5/13 ANAK KAMPUNG (2).....paman-paman dan bibik-bibik dari Kota.

13/5/13 ANAK KAMPUNG (2).....paman-paman dan bibik-bibik dari Kota.

Hujan. Saat hujan, Kampung jadi pengap diam. Burungpun enggan berkicau. Itik, ayam, ah Kampung kini sudah tidak seperti dulu-dulu lagi. Tidak lagi kelihatan ayam kuncup kuyup kedinginan di dahan jambu. Itik sudah tidak riuh bersuara berkejaran menyondol-nyondol mengali cacing di lopak-lopak. Kambing, lembu, mana lagi ada sebegitu segalanya berkeliaran seperti dulu-dulu. Sudah hilang semua itik dan ayam. Sudah pupus segala kambing dan lembu. Apa lagi kerbau. Namanya kerbaupun anak-anak Kampung sudah tidak tahu. Orang Kampung sudah jarang pelihara ayam dan itik. Ayam dan itik bisa bikin tetangga ribut-ribut, berkelahi. Orang Kampung, kerana kepingin terus berkampung, mereka ngak suka mahu bikin ribut-ribut. Sesama tentanga, lebih enak aman-aman saja masing-masing mahu rukun memelihara persefahaman. Tidak mahu ribut-ribut takut nanti saat sakit tiada yang bantu atau mungkin kenduri tetangga pada tutup pintu. Atau paling ditakuti bila mati tidak ada yang peduli. Siapa nanti mahu mandikan mayat? Siapa mahu kapannkan mayat? Siapa mahu gali kubur dan kebumikan mayat? Masyarakat Kampung, perhitungan mereka adalah soal kemasyarakatan. Ya, memang ada yang sendiri-esndiri, tetapi kerana cara masyarakatnya adalah Kampung, lama kemalamaan yang sendiri-sendiripun keluar untuk bersama seKampung. Tidak seiapa dapat bertahan hidup sebagai beruk tunggal. Juga orang Kampung sudah mempunyai pertimbangan lain. Kenapa harus kembali pelihara ayam, itik, lembu, kambing atau segala? Semua itu memberikan pulangan yang tidak seberapa. Mereka kini lebih mudah untuk membeli saja segala di pasar. Ayam, itik, lembu, kambing dan apa saja kini sudah jadi komoditi Kota, Kampung sudah beralih jadi pengguna. Maka untuk sesiapa yang berfikir mereka bijak, Kampung bukan lagi pengeluar tetapi pengguna Hukum Ekonomi Kampung sudah berubah.

(2) Saat hujan, Kampung tidak seriuh Kampung. Tiada yang berlarian. Suara anak-anak semua mati, kecuali bayi-bayi menangis lapar atau mahu ditukar popok kerana sudah lunyai basah dikencing kerana kedinginan. Kalau hujan di tengahari, paling enak buat orang dewasa, tidak perlu buru-buru ke kebunan. Mereka pasang kain pelekat, terus tidur sepuasnya. Sedang anak-anak kebingungan mahu bikin apa? Kalau hujan di sore harinya, sang isteri atau anak perawan jadi sibuk keributan membuat kopi dan gorengan apa saja. Paling-paling kalau sudah tidak ada apa-apa, gaul saja hirisan bawang dengan tepung dibuat cucur kodok. Jika ada udang, campur udang, jika tidak campak saya beberapa ekor ikan bilis. Kenapa namanya cucur kodok? Kurang pasti apa sebabnya, mungkin gara-gara buru-buru seperti kodok terjun masuk ke dalam kuali, maka di sebut cucur kodok. Paling tepat dinamakan jeput-jeput. Dari kata sejemput-sejemput. Ringkas jadi jeput-jeput. Ada jeput-jeput, maka jemputlah makan. Emmm, enak. Juga kenapa dinamakan cucur. Itu mudah jawabanya. Bukankah saat cucur mentah dimasukkan ke dalam kuali minyak panas, bunyinya currrrrrrr. Maka, kerana Bahasa Melayu suku katanya sekurang-kurangnya dua, maka disebutlah cucur. Saat kopi dan cucur panas terhidang, anak-anak pasti kebagian. Kempang kempong mulut mereka mengunyah cucur panas sambil ditolak seropot ke kerongkong dengan kopi yang juga panas. Ya, ada yang bertanya, kalau hujan di malam hari, bagaimana pula? Itu persoalan orang dewasa, pastinya hujan di luar dan hujan di dalam. Mengerti? Mana mungkin tidak mengerti? Blue? Tidak blue. Itu lumrah. Lumrak kodok. Mana ada kodok gitu-gituan di panas terik.  Saat hujan di waktu malam, anak-anak jadi bagaimana? Akal orang dewasa, menindas untuk keseronokan sendiri, pasti anak-anak disuruh cepat tiduran. Alasannya, ibu dan bapa, besok mahu awal kerja. Kerja apa? Ngerjain pastinya. Itulah menindas saya berkira. Menindas fikiran anak-anak agar berbohong atas kebutuhan pribadi. Hanya kerana nafsu, maka mereka beralasan ikut sunnah Rasullulah, tetapi bohongnya bagaimana? Maka harusnya bagaimana kita bisa melahirkan bangsa yang jujur dan bener? Apa tidak mungkin dibilang saja, bapa sama ibu mahu istirehat, kalian tidur saat sudah ngantuk.

(3) Saat hujan alang kepalang, tidak sore bener atau malam, pasti membingungkan. Yang resah, yang binggung ngak karuan adalah anak-anak. Anak-anak Kampung. Mereka terpenjara saat hujan mendatang. Laman rumah serta jiran-jiran adalah padang permainan mereka. Saat hujanan, semua tertutup. Guntur tidak terkecuali. Dia duduk termanggu di birai tangga. Rumah orang tuanya masih Rumah Panggung dari kayu. Tetes-tetes hujan membantai keras atap spendax rumahnya mematikan hiruk pikuk para makcik, bibiknya di dapur juga hilai tawa para  pakcik, pamannya di ruang tamu. Dia kegelisahan sendiri. Teruja, excited sebetulnya. Dia seperti menunggu sesiapa. "Di mana Ramlee? Hamidah juga belum muncul, nungul. Sudah janjian akan berkumpul di rumahnya kira-kira jam 3.00 sore, kini sudah jam 2.45 masih juga belum muncul. Masakan mereka takutkan hujan? Biasa, hujan-hujanan paling mereka senang ceria" persoal Guntur sendiri, sambil terus melempar pandang jauh ke jalanan aspal di depan rumahnya. Guntur, saat dia janjian, pasti dia mengharapkan paling lewat, telat 30 minit. Janji jam 3.00, dan sudah jam 2.45 belum juga nungul-nungul keduannya, baginya sudah keterlaluan. Saat separuh khayal seperti melamun, tiba-tiba kakinya ditarik orang. Keras sekali betis kirinya disentap orang. Juga sebelah lagi dicucuk kuat dengan sebatang anak kayu. "Aduh! Wah! Wohhh!" dia menjerit kekagetan sekali. Dia melompat mengundur ke dalam rumah sepertinya sang katak terjatuh ke dalam bakaran sampah. "Kah kah kah. Kik kik kik" hilai tawa kedengaran dari kolong rumahnya. Ramlee dan Hamidah muncul dari bawah tangga. Guntur separuh marah, jengkel namun lantas padam lantaran kekagumannya saat melihat lainnya Hamidah dan Ramlee. "Wah. Cantiknya baju engkau Midot. Kaupun sama Lee" ucap Guntur saat melihat kedua-dua Hamidah dan Ramlee begitu kemas cakep sekali pakaian mereka. Hamidah bergaun jingga berenda-renda. Rambut bertocang dua, diikat reben merah. Ramlee, berkemeja biru berlengan panjang. Seluarnya hitam pekat. "Mestilah. Bukankah sekejap lagi Amir dan Haslinda akan datang. Mereka pasti berpakaian cantik-cantik. Jadi kita kena juga berpakaian cantik-cantik. Kita kena hormat mereka. Kenapa engkau masih pakai singlet dan celana pendek saja, macam hendak main hujan?" balas Hamidah sambil bercekak pinggang, menjelir lidah. Ramlee senyum sinis memperlekeh. Mata-mata materialistik sudah bermain sandiwara. Dari mana asalnya rasa itu? Apa tidak mungkin di mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi? Kedua orang tua Hamidah dan Ramlee agak sedikit egoan saat ada tamu dari Kota datang, apa lagi yang dinamakan adik-beradik. Mereka tidak mahu kalah untuk memperaga tanpa sedar persisnya ibarat merak yang mahu anu-anuan.

(4) "Aku anak Kampung. Aku mesti terus jadi anak Kampung. Aku tidak suka pakai bagus-bagus. Nanti emak susah kena cuci. Lagipun bapa bukan ada duit sangat hendak beli baju bagus-bagus.  Aku simpan pakaian bagus-bagus untuk Hari Raya dan ke Kota sahaja. Juga, kita hendak ke mana? Kita bukan hendak ke mana-manapun. Jadi kenapa mesti pakai pakaian bagus-bagus. Tak seronok kalau bermain dengan pakaian bagus-bagus" hujah Guntur seperti membantah bicara Hamidah. Guntur, anak Kampung. Sikapnya, dia sekadar apa yang disebut sebagai practical. Kalau di Kampung, maka Kampunglah caranya. Kalau di Kota, Kotalah caranya. Di dalam benaknya, dia lebih memperhitung tanggungjawap dan kemampuan keluarganya. Soal mampu, itu satu, soal perlu adalah pertimbangan beratnya. Namun Hamidah, naluri kewanitaannya sudah ada biar umur masih umbelan. Dia harus kelihatan cantik, manis sebetulnya. Dia mahu ada perhatian. Permulaan cambahnya bibit egoan. Ramlee, ikut saja. Kalau Hamidah pakai cantik, dia pasti ikut saja. Kalau Hamidah bogel terus, juga dia ikut. Dia agak bertentangan dengan Guntur. Sebabnya mudah, Guntur sering memperlekehkan dia. Pada Guntur, dia hanya ingin mencabar Ramlee agar jadi lelaki. Dia mahu Ramlee punya ego lelaki. Hamidah tidak, Hamidah sering membela dia. Membela? Mungkin juga massage egonya Ramlee. Maka segalanya prilaku Hamidah pasti Ramlee ikuti. Makanya semakin hari semakin lembut dan lembiklah Ramlee. Lagipun, Guntur adalah anak buahnya. Sedang Hamidah adalah sepupu, alias kakaknya. Maka kenapa harus dia tunduk kepada Guntur, si anak buahnya. Sepertinya, perhitungan feudalisma sudah mulai tumbuh berputik dalam diri Ramlee. Feudalisma, ya, naluri agar tarafnya harus diakui sudah tumbuh jelas padanya. Namun, anak-anak sebegitulah. Juga, apakah tidak sebegitu akan dewasanya mereka nanti. Ada yang punya pendirian keras sendiri. Ada yang penuh perhitungan akan penerimaan yang lain, peduli. Ada yang hantam apa saja sekadar ikut-ikutan. Pasti ada juga yang langsung pedulinya nol kosong. Lengai seratus persen.

(4) Sebuah Kancil putihpun membelok ke pelataran rumah Guntur. Kemudian sebuah MyVy merah turut sama. Hujan tinggal gerimis. Rintik-rintik jarang. Mentari kian muncul kembali. Suasana dingin sudah kembali segar dan menghangat. Pintu kereta terbuka. Bapa Guntur dan seluruh isi keluarga yang tadi sibuk berceloteh semua sudah tercegat di muka pintu. Guntur, Ramlee dan Hamidah diperintah untuk menghulur payung kepada tetamu yang baru datang. "Payung. Gerimispun mahu dipayung" gerutu hati Guntur. Namun tidak kepada Hamidah dan Ramlee, mereka girang manut menurut. Bergegas membuka payung menyambut tetamu. Pintu Kancil dan MyVy terbuka. Dua pasangan dewasa muncul. Mereka adalah Pakcik dan Makcik kepada Ramlee dan Hamidah. Bersama-sama mereka, dua pasangan anak-anak. Dua lelaki. Dua perempuan. Semua baya-baya Guntur dan Hamidah. Mereka adalah sepupu kepada Hamidah dan Ramlee. "Gan. Salam sama datuk-nenek, embah dan pakcik-makcik, mamang-bibik" ujar bapa dan ibu Guntur. Seperti terlalu berat, Guntur menhulur jabat terutama kepada mamang dan bibiknya Amir, Azam, Linda dan Bibi. Mereka baru pertama kali ketemu. Dia melirik senyum penuh sinis kepada Hamidah dan Ramlee. Sepertinya dia sedang mencemuh, betapa "Kamu anak-anak Kampung siap memberi hormat, sedang anak-anak Kota ini datang hanya pakai celana dan T-shirt 'punk'. Cuba perhati, saat berjabat, mata mereka asyik pada 'gadget' entah apa-apa. Mereka tidakpun pandang kita" bicaranya sendiri menghantar
bahasa menolak kepada anak-anak Kota itu. Hamidah dan Ramlee cuba-cuba mendekat. Beriya-iya mepet mendekati anak-anak Kota berempat itu. Namun mereka seperti rusa masuk Kampung. Dari tadi mereka cuba mengerti apa yang menjadi keasyikan anak-anak Kota itu yang tangan, mata dan kepala mereka tidak pernah terlepas dari sekeping 'gadget' masing-masing. Prilaku jari-jari mereka tertekan-tekan, kepala terhangguk-angguk, menjadikan meerka terus kepingin tahu. Namun, tampaknya mereka sudah menjadi mahluk asing di dunia sendiri. "Emak, saya mahu cari jambu" tiba-tiba Guntur bersuara keras sedang ibu-bapa dan para embahnya sedang sibuk berbicara. "Cepat pulang. Ambil bakul di dapur. Ambil dua tiga biji buah nenas sekali. Kalau kuat, kamu ambil sedikit mentimun. Petik sedikit cili padi yang sudah masak. Nanti kita buat rujak" lanjut ibunya bersetuju. Guntur melirik terus kepada Hamidah dan Ramlee yang seperti memerang kelaparan terjengah-jengah mengintai permainan keasyikan anak-anak Kota itu. Dia tidak dipedulikan oleh sesiapa. Biar Hamidah dan Ramlee sekalipun. Tersentuh hatinya. Dia mengundur lalu pergi sendiri-sendiri. Langkah kakinya malas dan perlahan meniti batas di belakang rumah lalu hilang di kebun nenas bapanya. Tidak jauh di pinggir parit beberapa pohon jambu air sedang berbuah lebat. Merah berguguran bertaburan jadi makanan burung-burung dan musang.

(5) Dia mendapat akal. "Mak! MaK! Mak!" dia menjerit-jerit  berlarian pulang. Semakin mendekat semakin lantang dia menjerit. Sengaja dia menjerit seperti kerasukan. Suaranya yang nyaring jelas tertangkap di telinga ibunya biar sedang asyik ngobrol bersama bibik-bibiknya. Ibunya menjengah ke luar tingkap. Bapanya juga turut menjengah. Mereka kehairanan. Saling berpandangan. Semua bingkas bangun dan turun ke pelataran. Guntur berlarian melambai-lambai. "Ada apa? Kenapa?" soal ibunya bertalu-talu saat Guntur sudah mendekat. Dia termengah-mengah. Dia terduduk terselimpuh di perdu kelapa di depan rumah. Di tangannya ada sebiji jambu air yang cukup besar, merah, ranum. "Ada burung besar cantik sedang makan jambu. Cantik. Besar. Benar-benar cantik. Besar. Suaranya cantik. Bulunya berwarna warni cantik. Cantik betul. Dia mengepak-ngepak sayapnya sehingga banyak buah jambu berguguran" jelasnya dalam nafasnya tercungap-cungap. Tangannya mendepa cuba mengambarkan besarnya burung itu. Sedang, ditangannya dia memain-mainkan buah jambu yang dibawanya. Saat nafasnya sudah mantap, Guntur berdiri tegap. "Burung itu, dia gigit jambu macam ini" lalu dengan cepat dia memasukkan buah jambu yang ranggup itu ke mulutnya yang ternanga luas. Kruupp bunyi tokakan giginya. Air jambu meleleh. Olahnya sangat mengiurkan sekali. Enak sekali dia mengunyah dan menelan buah jambunya. Anak-anak Kota menelan air liur. Guntur cepat perasan akan prihal itu. Lantas kemudian dia melempar terus buah tersebut ke dalam parit di sebelahnya. Semua mata menumpu kepada buah jambu yang kemudian hanyut dibawa arus parit. "Sayang. Kenapa dibuang buah jambu itu. Bukankan elok dibahagi-bahagi sama paman dan bibik kamu untuk di makan bersama" sampuk ibunya saat melihat olah selamba Guntur.

(6) Secara selamba Guntur melirik kepada Hamidah dan Ramlee. "Rugi kamu semua. Burung itu cantik. Burung merak mungkin. Ekornya macam gaun kamulah Midot. Berjurai-jurai. Kakinya hitam macam seluar Lee. Matanya bulat merah, besar....kepalanya pun besar, tapi rasanya bodoh sedikit, kenapa dia kepak-kepak sayap merontokkan buah-buah jambu" berjela-jela Guntur membuat cerita. Dalam hatinya, perkiraannya lain. Dia ingin memancing agar anak-anak Kota itu ikutnya bermain dipelataran dari tertetet-tertetet, terketar-ketar, terhangguk-anguk dengan entah apa yang dia rasa tidak mengujanya itu.  Dia juga sedang menyindir dalam Hamidah dan Ramlee. Bapa dan ibu Guntur berpandangan. Mereka mengerti akan prilaku Guntur. Dia ada caranya tersendiri untuk menguasai. Mereka saling tersenyum. "Merak. Burung merak. Mana ada merak di dunia kita sebelah sini. Di India banyaklah. Pasti ada maksud lainnya Guntur ini" bisik hati mereka masing-masing. "Anak Awak!" tempelak ibunya Guntur kepada bapanya. "Ala anak awak juga" balas bapanya. Inilah dia anak rintik, pasti bapanya borek. Ibunya bagaimana?

(7) Keesokan paginnya, usai sarapan, Ramlee dan Hamidah sudah siap menunggu dengan bakul di pelataran. "Gan, Amir, Linda...ayuh kita pergi cari jambu" laung mereka. Sebentar nunggul semua di depan pintu. Semua sepertinya mahu ikut sama. Guntur, dia tersengeh paling lebar. Bapa dan ibunya mengusap-ngusap kepala Guntur. "Pinter kamu" bisik mereka ke telinganya. Semua, kemudian berbondong-bondong bagai semut meniti batas di tepi parit menuju belakang rumah ke kebun nenas. "Tahu ini apa?" soal Guntur saat melewati sebiji nenas yang sudah di makan tupai. "Entah!" balas Amir. "Ini namanya buah nenas, sisa tupai" jelas Guntur. Dengan pantas Guntur memetik buah nenas tersebut lalu dengan bijak sekali lalu mengupas dan memotong beberapa ulas lalu memakannnya. Guntur menyeropot enak sekali bunyinya, sehingga kedua bapa dan ibunyapun menelan air liur. Dia menghulur sedikit kepada Amir dan Linda. Azam, Bibi, Hamidah dan Ramlee tidak kebagian. Sengaja Guntur tidak membahagi mereka, agar mereka terus terliur. Guntur, sifat manipulasinya sememangnya hebat. Dari mana dia belajar? Tidak dari ibu atau bapanya. Sebegitulah hakikatnya kehidupan manusia, masing-masing mahu berkuasa atas kebijaksanaan masing-masing. Naluri menguasailah yang sebetulnya yang mendidik setiap gerak Guntur untuk memperguna keadaan keliling agar dia akhirnya diakui sebagai ketua. Biar Hamidah, Ramlee, Amir, Azam, Linda dan Bibi adalah semua paman dan bibiknya, namun dia mahu mereka mengangkatnya sebagai ketua. Dia tidak peduli akan adat bangsanya yang feudalisma. Ketua haruslah yang kreatif dan berani. Bukan ketua dipilih atas landasan siapa dia. Ketua harus menepati persoalan apa dia dari siapa dia. Ya, kedengaran jelek namun, sebegitulah kehendak Allah. Yang memimpin harus yang berIlmu dan berpekerti berani mulia. Tidak atas dasar keturunan. Makanya, bijaksananya Allah, tidak seorangpun anak Rasullulah panjang usia mereka untuk boleh mengambilalih kekhalifahan darinya banginda, cuma tidak banyak yang sadar dan mengerti akan sebab kematian semua anak-anak lelaki baginda saat anak-anaknya mereka. Pun juga, tidak banyak yang mengerti dan menyadari, kenapa baginda tidak sekonyong-konyong melantik Ali Abi Thalib sebagai gantinya baginda sebaiknya wafatnya baginda. SubhannaAllah. Terlalu banyak berkata "Ikutilah sunnah Rasullulah" sedang pengertian seluasnya Sunnah sering dipersempitkan. Bukan kerana sempitnya Sunnah, hanya kerana ceteknya Ilmu yang memperkatakan Sunnah.

(8) Segerombol mereka sampai di pohon jambu. "Ayuh panjat" ujar Guntur kepada Azam dan Amir. Mereka tersenggeh nyengir bagai kambing biang gian. Linda dan Bibi saling berpandangan, mengeleng-geleng. Namun Hamidah dengan gaun berendanya dengan tangkas sudah di dahan paling tinggi. Dahan jambu di goyang-goyang. Banyak yang berguguran. Berdentum-dentum lalu Ramlee mengajak Azman, Amir, Linda dan Bibi mengutip memasukkan ke dalam bakul. Gan, mana burung besar yang kamu katakan? tiba-tiba Ramlee mempersoal. "Itu. Di atas dahan itu" tudingnya dengan bibirnya muncung mengarah ke Hamidah. Semua yang dewasa tertawa. Sedang anak-anak kehairanan kecuali Guntur. "Memang. Dasar anak bapa" keluh ibunya saat melihat Guntur tersenyum sendiri. Guntur gembira, setidak-tidaknya semua sudah makan tipu helahnya. Dia sebetulnya sekadar ingin semua ke kebun dari hanya borak-borak atau tertetet tetet di rumah. Guntur, rumah adalah kehidupan yang sangat membosankan dia.

(9) Guntur mencapai sebiji jambu air yang paling besar yang tergeletak di tanah. Dia mengusap-ngusap jambu tersebut ke bajunya. Kemudian dia memakannya. "Tidak kotor ke? Bukankah tanah itu kotor? soal Bibi saat melihat Guntur enak sekali memakan buah yang dia kutip di atas tanah tadi. "Tanah. Mana ada tanah kotor. Kalau tanah kotor, tentu badan kita juga kotor" jawabnya tegas. "Kenapa? soal Bibi penuh rasa ingin tahu. "Kamu tak belajar ke yang Allah jadikan manusia dari tanah" soalnya sambil bercekak pinggang. Yang dewasa menguping ingin tahu bagaimana anak-anak itu mengakhiri persoalan mereka. "Ada. Ustaz sekolah saya kata Nabi Adam, bapa manusia tercipta dari tanah" balas Linda menyampuk. "Kalau gitu, tubuh manusia kotorlah" soal Guntur menguji. Ramlee sudah merapat. Hamidah juga sudah turun mendekat. "Tidak mesti. Tubuh saya bersih" sahut Azman. "Saya juga sahut Amir dan Linda. "Jadi, jambu yang gugur di atas tanah tidaklah kotor. Debu yang ada padanya kita lap saja. Masa kita makan, kita baca Bismillah HirRahman NirRahim, pasti Allah akan bersihkan segalanya buat kita" jawab Ramlee si Ustaz cilik. "Tapi, bagaimana kuman-kuman yang ada dijambu tersebut" soal Amir. "Bukankah jambu itu tidak reput. Mana ada kuman-kuman. Kalu adapun, bukan kuman-kuman jahat. Atas tangan kita sekarangpun ada kuman-kuman. Chegu Sains bukankah ada mengajar kita tentang itu" sampuk Hamidah. "Betul" balas Guntur sambil menayang ego anak Kampungnya. Dan yang dewasa saling berpandangan. Paling gembira di hati adalah kedua ibu-bapa Guntur. "Ya Allah, limpahlah taufik dan hidayahMu kepada anak kami ini, semoga dia akan terus jadi manusia berguna buat umat dan agamaMu" doa ibu Guntur sambil mencubit maja pipi gebunya

(10) Malam itu, anak-anak itu sudah pada riuh rendah di laman. Gadget ibu-bapa mereka simpan teguh-teguh. Yang dewasapun sudah melepaskan telefon genggam masing-masing, semua yang berupa banyak merosak siratulrahim. Di Kota, tanpa semua itu, dunia sepertinya sudah kiamat mati, Neraka jadi terlalu dekat. Namun di Kampung, tanpa segala itu, Syurga sepertinya paling hampir. Namun, nanti pasti segalanya adalah di kotak fikir. Mereka berpesta membakar jagung, ubi, makan rujak sambil bercerita sebagai sebuah keluarga besar, tanpa sadar rembulanpun sudah mahu tidur. Sayup-sayup kedengaran bunyi Guekkk Guekkk Guekkk Guekkk tidak henti-henti. "Bunyi apa itu?" soal Linda. "Itu bunyi burung pungguk. Dia selalu bermain di belakang rumah Ramlee, di atas pohon beringin" jelas Hamidah. "Macamana rupa dia?" soal Amir. "Mata dia bulat besar. Muka dia macam muka kucing siam hitam" Ramlee membantu menjelaskan. "Dalam Bahasa Inggeris, burung pungguk atau burung hantu, disebut Owl. Itu bukankah ada diajar dalam Sains. Dia suka makan tikus. Dia berbunyi supaya tikus jadi takut dan lari. Bila tikus lari, dia boleh nampak lalau tangkap makan." sampuk Guntur cuba memudahkan semua. Semua kemudian terhangguk-angguk. "Orang Kota, pungguk tidak tahu Owl, mereka tahu. Kata cerdik!" bentak hati Guntur separuh kesal. Begitulah Kampung dan Kota, satu kenal alam, satu kenal dunia. Cuma alam dan dunia sepertinya terpisah oleh satu garis bernama ego. Kamu dari Kampung, kekampungan. Aku dari Kota, tahu segala suatu kebenaran atau fellacy semata-mata. Namun malam itu Kampung dan berKampung kembali hidup saat ego pergi jauh. Tanpa sadar keluarga besar itu sudah menghabis empat hari musim liburan mereka. Anak-anak tidak terasa bosan malah saban hari ada saja pelajaran baru mereka perolehi. Sesungguhnya, Muhammad SAW pengasingan dia ke Kampung Baduilah yang telah mendidiknya menjadi Al Amin. SubhannaAllah. Semoga Melayu tidak lupa Kampung mereka.


nota:
Semua gambar sisipan adalah dari capaian internet di bawah tajuk, Kid Sitting By Staircase; Kids with Electronic Gadgets; Jambu air. Terima kasih kepada mereka yang upload gambar-gambar ini.


terasi, pendam
26 Mei, 2013
Thursday, May 23, 2013
12/5/13 ANAK KAMPUNG.....tuhan dan hantu?

12/5/13 ANAK KAMPUNG.....tuhan dan hantu?

Tiga bersaudara. Umur mereka sekitar sembilan tahun. Itulah budak-budak Kampung. Budak-budak, ah, istilah ini terlalu memperlekehkan mereka. Dengan mengelar mereka sebagai budak-budak sepertinya mereka terlalu kerdil dari segi jalan fikir dan kedudukan sosial mereka. Itu tidak benar. Ada budak yang fikirannya jauh lebih hebat dari biar yang paling dewasa. Cuba lihat, Belalang dalam Nujum Pak Belalang. Biar hanya seorangb budak tetapi tetap dia mampu mencari nafkah buat bapanya. Juga Hang Nadim dalam lagenda Singapura Dilanggar Todak. Biar seumuran setahun jagung dia mampu menyelamatkan rakyat Melayu dari kedunguan Raja dan para pembesarnya. Kerana istilah budak-budak membawa bayangan kurang baik, baiklah, kita jangan gunakan-istilah tersebut ke atas merekla beriga ini. Kita ganti dengan, anak-anak. Ada rasa kasih saat istilah itu kita gunakan. Ya, anak-anak. Anak-anak Kampung. Tapi istilah Kampung, juga kurang enak disebut dan didengar. Ah, pedulikan. Itu hakikat. Kampung adalah Kampung. Mana mungkin jadi vila atau kejiranan. Biar tidak enak didengar apa lagi disebut, tetapi, mereka telah memilih itulah jati diri mereka. Mereka lahir di Kampung. Ibu-bapa mereka orang Kampung. Bersekolah di Sekolah Kampung. Mereka menghirup udara Kampung. Mereka diterangi matahari dan rembulan Kampung. Mereka anak-anak Kampung, kerana mereka ada Kampung. Kehidupan mereka adalah Kampung. Paling tidak, mereka ada Kampung sedang, ya kamu, yang terniat memperlekehkan mereka, di mana Kampung kamu. Jangan mereka diperlekeh macam ulat dalam kepompong.

(2) Tiga anak-anak Kampung.  Dua lelaki, seorang perempuan. Guntur dan Ramlee adalah dua anak lelaki tersebut. Dari segi sifat dan laku keduanya sangat berbeda. Guntur, sifatnya lincah, tangkas, cerdas. Ramlee, lembut, lambat, gagap. Ramlee sebetulnya adalah bapa saudara kepada Guntur. Bapa Guntur adalah anak buah bapanya Ramlee. Mereka adalah bersaudara. Namun kerana usia, yang sebetulnya, Guntur berusia dua bulan lebih dari Ramlee, maka di antara mereka tiada gelaran pangkat digunakan. Ramlee hanya di gelar Lee. Ramlee akur digelar Lee. Sifat tutur katanya sama dengan Towkey Lee seorang pedagang Cina yang berkedai runcit di hujung Kampung. Towkey Lee, bila dia bercakap Melayu, pelatnya seperti orang gagap. Mungkin juga kudratnya nanti siapa tahu, Ramlee akan mengantikan Towkey Lee sebagai peruncit handalan di Kampungnya nanti. Sedang Guntur digelar Gan. Guntur tidak mahu namanya disebut sebagai Gun. Sebabnya, bunyi Gan lebih keras dan gagah dari bunyi sebutan Gun dalam bahasa Kampung. Sepertinya, Guntur lebih enak dengan gelaran yang agak keras serasi dengan wataknya. Gan sama bunyinya dengan gun dalam bahasa Inggeris. Mungkin jiwa Gan sudah ada tumbuh bintik-bintik Cow Boy maka sebab itu sebutan gan lebih dia gemari dari gun. Cuma, bila mahu cari gaduh, cuba sebut tur padanya. Pasti dia akan meledak menyinsing lengan. Pantang baginya, namanya hanya di sebut sebagai Tur. Terkadang Lee sengaja mencari bala dengan menyebut nama Guntur sebagai tur. Pasti lunyai Lee dibelasah kuat oleh Gan. Tur buat Guntur samalah lentar lentur macam cacing kepanasan, tanda manusia lembik. Bila berbalah, Gan sering merujuk Lee sebagai tur atas sifatnya yang melentar lentur lembik, lemah, lambat. "Apa tur-tur. Lentar lentur cacing lembik" seringnya Gan melenting saat dia dipanggil Tur oleh Lee. "Kamulah tur. Gentar gentur. Guntur. Tukang marah" balas Lee saat sebuah peninju Guntur singgah di pipinya. Anak-anak sebegitulah mereka. Semakin banyak mereka berkelahi semakin seperti kuku dengan isilah mereka. Inilah satu kehebatan Kampung, berkelahi untuk bersahabat. Tidak di Kota atau di mana-mana. Paling-paling jika sudah terlalu melarat, akan ada peringatan: "Kalau kamu gaduh dengan aku, nanti aku tidak mahu berkawan lagi dengan kamu". Saat itu sudah terungkap, segalanya terlerai dan mereka saling berganding tangan semula, tertawa, bersenda penuh ceria. Itulah senjata ugut yang Ramlee sering gunakan ke atas Guntur saat dia sudah terbelasah teruk.

(3) Di Kota apa mungkin sebegitu? Tidak mungkin. Yang mungkin, jika budak-budak Kota berkelahi, pasti ibu-bapa akan campurtangan. Guru pasti dipersalah kerana lalai tidak mengawasi budak-budak. Polis juga jadi ribut. Akhirnya, guru bermasam muka dengan ibu-bapa. Di antara Ibu-bapa berselisih muka. Maka, jangan anak Kampung dilihat sebagai budak kerana mereka jauh lebih dewasa dari budak Kota. Anak-anak Kampung, mereka saling menjaga sesama. Budak-budak Kota mereka terus mahu di jaga biar oleh ibu-bapa, guru juga polis. Sesungguhnya, kehebatan MahaBesar Kampung adalah cepat mendewasakan anak-anak. Mereka merdeka. Mereka berdaulat. Alam bebas bersama mereka dan sebaliknya. Namun, janganlah ini pula mahu disamakan dengan Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Baru atau Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di sana budak-budak sudah pada parah. Banyak budak-budak di sana sudah jadi budak tahi dadah dan sampah.

(4) Hamidah adalah anak perempuan di kalangan mereka bertiga. Dia comel. Rambutnya kerinting. Badannya kecil molek. Hitam manis. Bukan kerana dia hitam, tetapi dia sering bertelanjang bila mandi di sungai bersama Gan dan Lee. Tubuhnya puas dijilat matahari, samalah dengan Gan dan Lee. Mereka sangat gemar bermandian di sungai. Mereka berenang, berkecuburan di kolam binaan Tuhan. Buaya ke? Ikan lepuk berbisa ke? Ular ke? Kaca ke? Tunggul kayu ke? Semuanya mereka tidak pernah hiraukan. Tidak pernah terdetik akan bahaya dalam hidup mereka. Selagi matahari belum tidur, sepanjang hari adalah keriangan buat mereka. Ya semua itu menjadikan anak Kampung benar-benar liat dan lasak. Hamidah, singkatnya mulanya dia dipanggil Midah, dan akhir-akhir ini sering digelar Midot. Tabiat Midot, seperti pasang surut. Ada ketika riang, ada ketika monyong suram menyendiri. Namun dia baik hati. Lembut hati sebetulnya. Bila makan tidak pernah makan sendiri. Pasti Guntur dan Ramlee kebahagian sama biar hanya sekeping gula-gula, pasti digigit dibahagi sama. Namun ada satu muslihat pada Hamidah, dia berbuat sebegitu agar Guntur dan Ramlee terus memberi perhatian kepadanya. Inilah naluri perempuan saat anak-anak sudah subur sifat sebegitu: mahu perhatian. Namun Guntur dan Ramlee, peduli mereka tidak pernah. Lantarn itu, maka Hamidah sering berangin. Kerana sifat keberanginnya Midah, maka dengan sebab itulah Gan memberikannya gelaran Midot. Alasan Gan adalah agar bunyinya agak anih dan unik tetapi istimewa. Dalam kepala Gan, dia hendak mengabungkan semua nama mereka bertiga sepertinya Do Re Mi dalam filem Bujang Lapuk lakunan P Ramlee, Sudin dan Aziz Satar. Jika digabung Lee + Gan + Midot, maka jadilah Lee Gan Midot lalu disingkat menjadi Ligan Midot. Sebegitulah selalunya gelagat Gan dan Lee. Mereka suka menyakat mengusik Midot. Bila Midot, marah-marah mereka akan berkejaran berliganan berkeliling. Mereka sering berkejaran berliganan dengan Midot keliling tiang elektrik di pinggir jalan, pokok buah-buahan terutama kelapa, pisang, beringin dan nangka, pelataran rumah, dan di mana-mana saja. Saat siapa bersorak ligan Midot maka riuh rendahlah mereka berkejaran berkeliling. Namun hakikat sebenar kenapa Gan memberikan Hamidah gelaran Midot ada dua, pertama kerana sifat suka beranginnya dia maka midot itu sama dengan madot. Madot adalah sebutan Kampung bagi sifat seseorang yang suka suram dan menyendiri. Madot, monyong, mendut, mengkeret maksudknya dalam bahasa Jawa. Dalam bahasa Melayu baku, ianya bermaksud merajuk, mengundur diri sendiri sendiri. Keduanya, Gan juga sangat simpati dengan gagapnya Lee. Bila nama penuh Hamidah digunakan, pasti Lee terketar-ketar gagap untuk menyebut "Hahahaha...mmmmiiiimiii....DAH". Macam orang sedang bersin gayanya. Atau saat ternganga, kemasukan langau. Apa lagi kalau Midah. Jadinya "Miiiimiiii....DAH!" Seperti baru habis makan mee saja bunyinya. Apa lagi saat mereka bertiga sering berbelanja jajan di warung Sekolah. Silap-silap, bila mengarah Midot untuk membeli ais krim, mee pula yang dapat. Maka Midot terlebih pantas digunakan. Lee tidak punya kepayahan untuk menyebut Midot setepat dan sepantasnya. Matanya tidak perlu terkebil-kebil saat menyebut Midot. Tangannya juga tidak perlu terketar-ketar macam orang hendak melepas sembelit. Dahinya juga tidak berpeluh. Gan, akalnya luas saat ingin membantu menyelesaikan apa saja, khusus dalam soal Midot dan Lee ini, biar agak anih gayanya.

(4) Midot adalah juga emak saudara kepada Gan. Dia adalah sepupu kepada Lee. Umur Midot sebulan lebih muda dari Gan dan sebulan lebih tua dari Lee. Bapa Midot adalah abang kepada ibu Lee. Sedang Gan adalah anak saudara sulong kepada bapa Lee dan ibu Midot. Berpusing-pusing sepertinya. Ya kehidupan Melayu Kampung sememangnya sebegitulah. Kiri saudara. Kanan saudara. Depan saudara. Belakang saudara. Pusing sana, pusing sini semua saudara. Hidup Melayu Kampung penuh pusang pusing ; Pi Mai Pi Mai Dok Tang Tu Juga. Sebab itulah, rambut Melayu tulin berkerinting, bila dara remaja menjadi ikal mayang. Otak mereka dok asing berpusing. Namun hidungnya tetap seperti seludang kelapa, kalau tidak seperti katak puru bertenggek di punggong kerbau. Dahinya pula luas seperti KLIA jika tidak KLCCT. Sebab itu perempuan Melayu bijak-bijak. Bijak memasak. Bijak menjahit. Bijak mengurus rumahtangga. Bijak membujuk dengan madot. Terkadang terlebih bijak berceloteh dan bergunjingan bisik membisik mengumpat. Bibir mereka bagai seulas pinang, leher sejinjng zirafah, dada bidang luas berisi. Semua itu adalah tabii pendorong sahwat sehingga perempuan Melayu sepertinya kilang pengeluran anak, sebagai menunaikan sunnah Muhammad SAW. Midot, Lee dan Gan, mereka adalah pada darjat Makcik, Pakcik dan Anak Buah. Ini adalah satu lagi hebatnya Kampung. Rata-rata bersaudara. Biar saudadara sedarah. Juga saudara kerana perkahwinan. Juga mereka sering bersuadara kerana sama-sama susah, sama-sama payah, sama-sama setaraf sebangsa seagama. Maka bagi yang sudah buta budaya, Kampung bukan semata-mata sebuah tempat. Kampung adalah kehidupan. Seluruh sistem kehidupan masyarakat Melayu. Tetapi jika banyak Melayu sudah lupa akan prihal ini, biarkanlah kerana sememangnya banyak Melayu sudah tidak Melayu apa lagi sudah terlalu banyak Melayu sudah malu jadi Melayu dan tidak kurang Melayu yang sudah khianat kepada Melayu. Inilah mereka yang sepertinya kacang tidak berkulit sama jenis dengan kacang gajus. Biji di luar, isi terasing.


(5) Istimewanya tiga anak-anak ini,  mereka gemar mencari akal. Setiap pulang dari sekolah, mereka akan singgah dulu beristirehat di bawah sepohon beringin yang tumbuh tidak jauh dari simpang jalan ke Kampung mereka. Kebetulan, pohon beringin ini sangat redang sekali. Banir-banirnya sangat besar dan sangat sesuai untuik main sembunyi-sembunyi. Mereka menyandarkan basikal masing-masing di banir-banir tersebut. Usia beringin ini, kata bapa Guntur, sudah sama dengan usia moyangnya iaitu datuk kepada Hamidah dan Ramlee. Di situ, biasanya mereka akan bersoal tentang pelajaran yang baru mereka dapati dari sekolah tadi khusus bila timbul kesulitan untuk memahaminya. Tadi dalam pendidikan Islam, ustazah ada bercakap pasal Tuhan. Katanya "Tuhan itu paling berkuasa. Dia boleh berbuat apa saja yang Dia mahu. Kamu semua, Tuhan yang buat. Tuhan juga adalah paling baik. Dia tidak pernah berbuat jahat. Dia sangat sayang kepada apa sekalipun. Semua makanan yang kamu dapat, Tuhan yang berikan". Saat di dalam kelas, mereka hanya dia mendengar. Namun dalam benak mereka, penuh tanda soal. "Macamana semua Tuhan buat? Tidak pernah nampakpun Tuhan buat kerja? Di mana Tuhan? Siapa Tuhan? Kami, aku, Lee dan Midot ada bapa dan emak. Kami anak emak dan bapa. Bila pula Tuhan beranak kami? Setiap hari, kami beli makanan di Warung. Masakan Makcik warung itu adalah Tuhan? Juga setiap hari bapa yang cari makanan dan emak yang masak. Bila pula Tuhan itu datang berikan makanan?. Betul ke Ustazah itu? Atau mungkin dia demam panas, cakap benda-benda tidak betul?" begitulah ligatnya kepala Guntur mempersoal pelajaran Islamnya di kelas tadi.

(6) "Engaku faham tak pasal Tuhan yang ustazah cakap di kelas tadi?" soal Guntur kepada Ramlee. Dalam soal Islam, Ramlee lebih hebat. Bapanya mengajar mengaji di Kampung. Guntur dan Hamidah turut belajar mengaji dari bapanya Ramlee. "Bapak aku pernah cakap. Tuhan itu duduk atas langit. Dia boleh datang macam angin. Kita tidak boleh nampak Dia. Tetapi Dia selalu ada dekat orang baik-baik. Dia tidak berkawan dengan orang jahat. Dia suka jaga orang baik-baik" jelas Ramlee antara gagap dan gugup. Hamidah dan Guntur sesekali tersenyum sesama sendiri saat melihat kepayahan Ramlee dalam menjelaskan pendapatnya. "Emak juga ada kata begitu. Jadi kalau kita mahu Tuhan jaga kita, kita tidak boleh buat jahat. Kalau kita jahat, Tuhan tidak mahu bersama kita. Sebab itu hantu datang" jelas Hamidah bantu memperjelas. "Ha. Di atas pokok beringin selalu ada hantu. Mak aku selalu larang aku bermain di pokok beringin tepi sungai di belakang rumah aku" teriak Ramlee menyampuk. "Emak engkau bohong" balas Guntur. "Betul. Malam-malam selalu ada burung hantu di atas pokok beringin. Itu tandanya ada hantu." sambung Ramlee tidak mahu mengalah. "Ala, engaku tu penakut. Bapak aku kata, hantu tidak berani dengan orang yang berani. Kalau kita berani dan baik, bukankah Tuhan akan jaga kita? Siapa lebih kuat, Tuhan atau hantu? Emak engkau saja hendak takut-takutkan engkau. Dia tidak mahu engkau main panjat-panjat nanti engkau jatuh. Burung yang berbunyi malam-malam tu, bukannya burung hantu. Itu burung pungguk. Dia berbunyi sebab panggil bulan supaya timbul. Malam boleh jadi terang. Lagi pohon beringin dalam semak, banyak ular, sebab tikus banyak bersarang. Jadi kalau engkau tidak hati-hati boleh digigit ular, disengat lipan atau labah-labah" terang Guntur. Hamidah mengangguk-ngangguk tanda membenarkan bicara Guntur.

(7) "Ha. Gan, engkau tidak boleh jahat lagi. Engkau tidak boleh jahat kepada kami lagi. Engkau tidak boleh usik-usik kami lagi. Kalau engkau jahat, nanti Tuhan tidak mahu jaga engkau. Mesti hantu kacau engkau nanti." peringat Hamidah menuding tepat ke muka Guntur. Guntur terpinga-pinga dibuatnya. Ramlee mengilai tertawa. "Kalau engkau jahat, engkau jadi hantu. Tuhan akan lawan engkau" tuding Ramlee menambah.Tidak mengapa. Aku baca Bismillah HirRahman NirRahim, Tuhan akan datang tolong aku. Aku baca Auzubillah Himinasyaitan Nirrajim, hantu semua lari.

(8) Ramlee tahu dia sudah kalah. Tidak guna cuba berdebat dengan Guntur. Dia ada segala jawaban kepada segala persoalan. Ramlee bingkas mencapai basikalnya. Dengan pantas dia mengayuh pergi sambil melaung "Tur Tur Tur. Guntur si Tur yang jahat". Apa lagi, dengan secepat kilat, Guntur mencapai basikalnya mengejar Ramlee sekuatnya. Hamidah terpinga-pinga, lalu meneriak. "Tunggu. Aku takut. Hantu-hantu" sambil berlarian mengejar keduanya seperti ketakutan tidak alang kepalang. Guntur sempat menoleh ke belakang. Dia berpatah balik. Hamidah menangis. Dia madot. "Midot Midot benar-benarlah engaku ini Midot Madot. Cepat ambil basikal engkau" teriak Guntur sambil menghilai tertawa. Ramlee juga berpatah balik. Turun membujuk Hamidah. Dan Guntur tetap Guntur, saat Tur terlafas oleh siapa saja, pasti berdentum peninjunya sampai ke pipi. Ramlee terguling di tanah ditumbuknya keras. Namun, mereka kemudian tetap ketawa terbahak-bahak saling menuding dan melalak: "Engkau hantu. Tuhan tak suka engkau". Namun sekurang-kurangnya mereka sudah agak tahu siapa Tuhan dan siapa hantu. Mudah-mudahan Nur dan Hidayah Allah terus bersama kedewasaan mereka untuk lebih jelas dan menjelas yang betul dan benar. InsyaAllah.


Kuching, Sarawak
23 May, 2013

Back To Top