Latest Postings
Loading...

Development Economy

In Search of Excellence

Urban Development

Recent Post

Showing posts with label Forget Them Not. Show all posts
Showing posts with label Forget Them Not. Show all posts
Sunday, May 9, 2010
3/5/10 SEJAHTERA KE ATAS IBU....

3/5/10 SEJAHTERA KE ATAS IBU....


(Inilah seorang ibu yang saya temui di Lombok, Indonesia pada 2009. Dia sedang termanggu memikirkan anak-anak dalam perantauan. Biar payah dan susah, hatinya tetap berdoa agar anak-anaknya tetap sihat dan sejahtera. Seroang ibu, begitulah dia, pada dirinya, sehingga terpejam mata, tetap saja 'mengandung' seribu 'bebanan' sang anak, cuma mungkin kita 'sering saja kurang peduli'.)

Semalam, negara kita adalah di antara 44 negara di dunia yang meraikan Hari Ibu. Sejarahnya, Hari Ibu mulai dirayakan di Amerika pada tahun 1914 dan kemudian diikuti oleh pelbagai negara lain di dunia. Kebetulan malam tadi saya membaca sebuah buku berjudul Ideal Muslim tulisan oleh Muhammad Ali Al-Hashimi di mana, dari Ibn Mas'ood, Muhammad SAW pernah ditanyakan: "Apakah perkerjaan paling mulia di sisi Allah?" Jawap Muhammad, "Mengerjakan Sholat tepat pada waktunya". Maka baginda ditanya lagi: "Kemudian dari itu, apa lagi?". Jawap baginda: "Menghormati kedua ibu-bapa". Lalu baginda ditanya lagi, "Kemudian dari itu apa lagi?". Jawap baginda:"Berbakti (jihad) ke Jalan Allah".

(2) Kerana pagi ini agak tergesa-gesa, kerana kerja yang kian memburu, biarpun semalam saya berulang-ulang menyanyikan sebuah karya Abiet G Ade semasa sedang memandu keliling kota Kuching, sebuah nyanyian tentang pengorbanan Ibu dan Ayah dalam membangunkan keluarga, membangun tanah tumpah darah, dalam penuh kepayahan sehingga bumi jadi Merdeka, bebas Merdeka, saya terlupa untuk membawa salinan seni kata nyanyian tersebut. Namun, akan saya titipkan kemudian dari ini nanti setelah agak usai tanggungan yang terpaksa saya kejari.

(3) Muhammad SAW; Islam secara prinsipnya meletakkan penghormatan yang tinggi ke atas tanggungjawap kita untuk menghormati kedua orang tua. Darjat kebaktian terhadap orang tua terletak di antara menegakkan tiang seri Islam (sholat) dan berbakti (jihad) di jalan Allah. Saya banyak perhatikan betapa Allah sangat menyayangi (merahmati) mereka yang menghormati dan mengasihani kedua ibu-bapa mereka. Begitu juga saya telah perhatikan betapa pembalasan yang di terima oleh mereka yang tidak berbuat sedemikian. Kita cuma terkadang-kadang terlalu malas berusaha untuk mengerti!

(4) Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika ada di antara kita, seorang Melayu, dan apa lagi jika kita mengakui diri kita adalah Muslim, tidak atau kurang memberikan perhatian terhadap orang tua yang telah menanggung seribu beban dalam menzahirkan kehadiran kita di bumi Allah ini. Hanya kerana kita telah terlalu berjaya, maka kesibukan kehidupan harian kita, menjadikan kita lupa akan kedua orang tua kita, dan ini sering dijadikan sebab untuk kita selalu melupakan mereka. Saya kira kita sebetulnya hanyalah mencari alasan yang mengembirakan diri sahaja.

(5) Sebagai orang Melayu, seorang Islam, wajiblah kita menghormati kedua ibu-bapa kita. Janganlah biarkan mereka, jika telah uzur terlantar tanpa dipedulikan. Paling dahsat, mereka dititipkan ke Rumah Kebajikan atau Silver Hair Home atau Old Folk Home.

(6) Dua puluh ke tiga puloh tahun dahulu, saya sering bertanya kedua bapa dan nenda saya, bila saya kembali dari Tanah Semenanjung, apakah yang mereka mahu saya bawa pulang, jawap mereka hanya mudah dan ringkas: "Pulanglah dengan selamat!". Ternyata, siapapun kita, sebesar manapun kita, tiada apa yang mereka inginkan melainkan kesejahteraan buat kita. Itulah harapan, itulah doa mereka.

(6) Mudah-mudahan ibu-bapa yang masih ada dalam kesejahteraan semuanya, dan bagi yang sudah tiada, semoga Allah peliharalah mereka sebagaimana mereka memlihara kita semasa kecilnya.

Kuching, Sarawak
10 May, 2010
Tuesday, October 6, 2009
02/10/09 AKU MAMPIR DI SINI....

02/10/09 AKU MAMPIR DI SINI....

(Mungkinkah yang berpakaian hitam di kanan sekali itu nanti akan menjejaki Mahathir menjadi Pakar Perubatan, atau si kakak berbaju biru boleh menjadi Zeti Aziz bila dewasanya nanti. Anak-anak kampung, siapa jadinya mereka, terpikul di pundak kita sekarang ini!).

Istilah Baling, bermaksud lontar dalam BM, lontaq (juga tekalong) kata orang Utara, campak (bukan demam) dalam banyak dialek Melayu, pekong kata orang Kelantan, tikam kata Melayu Sarawak/Sambas. Sedang Gian, pula bermaksud ghairah atau terlalu ingin dalam BM, gi'ea atau nok sangat kata orang Kelantan, kemaruk kata banyak dialek Melayu.


(2) Kalau ayam dibaling, pasti ianya akan lari entah ke sudut mana, bersembunyi mungkin. Sama juga,kalau manusia dikatakan gian (sek), kemungkinan dia jadi naik kemaruk, dan kalau tidak mampu melepaskan diri, pasti juga akan menyepi diri. Namun, bila Baling disatukan dengan Gian, maka ianya akan menjadi Balingian, sebuah tempat di sudut jauh di Sarawak. Mungkin, manusia di sini dulu-dulunya, manusia yang suka menyendiri bukan untuk lari dari pergaulan biasanya, namun lari kerana gian ke laut. Mungkin itulah maka tempat ini, dinamakan Balingian! Atau mungkin, istilah Paling, kerana tersalah sebut jadi Baling. Manakala gian, kerana suka, paling suka menjadi Balingian!

(3) Apatah lagi sebuah tempat dihilirnya, di muara Btg Balingian, punyai lebih kurang 50 keluarga, yang disebut Kuala Balingian. Saya pernah melawat ke sini, lebih 20 tahun dahulu. Dalam lawatan itu, saya amat tersentuh, kerana untuk ke sana, saya terpaksa menaiki bot. Dan, tempat yang pertama saya kunjungi di sini adalah Sekolah Rendah Kuala Balingian. Bangunan sekolah terbuat dari kayu, senget, banyak bahagian sudah reput, dan kerana masa itu adalah musim cuti sekolah, maka saya tidak mendapati guru atau anak-anak di sekolah berkenaan, sebaliknya, pelantar (veranda) sekolah adalah tempat para kambing tidur. Dalam hati saya, saya bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sekolah manusia atau sekolah kambing!

(4) Hari ini, dalam lawatan biasa saya ke beberapa kawasan di Bahagian Mukah, sengaja saya ke Kuala Balingian. Kali ini saya boleh berkereta dan singgah ke rumah salah seorang pemimpin tempatan. Saya dijamu juadah Raya, dan paling istimewa dan buat pertama kalinya saya menikmati Umai dari obor-obor. Biasanya umai dibuat dari ikan. Saya juga dapat merasakan dodol labu yang sangat istimewa di sini.

(5) Namun, semasa hendak menuju ke rumah pemimpin berkenaan, saya melewati sebuah jalan kampung yang baru saja dibina. Bayangkan, setelah 46 tahun merdeka, baru kini, mereka mendapat sebuah jalan kampung yang 'sebenarnya adalah ala kadar sahaja'.

(6) Anak-anak dalam foto di atas, tampak senang sekali dapat pertama kali berjalan di atas jalan kampung berkelikir! Saya percaya, mereka ini wajar mendapat lebih dari apa yang sedang mereka nikmati. Namun yang terpenting, mereka sangat perlukan bimbingan untuk melayari masa depan mereka yang kian bergelora!

Kuala Balingian, Mukah, Sarawak
6 October, 2009
Back To Top