2/4/13 SAAT ROH DAN TUJUANNYA BERBEDA, DEMI MASA....




(6) Aku kemudian lantas terbang pulang. Hanya Al Fathihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas dan Kursi yang dapat kutinggalkan agar sehingga kami bertemunya kembali, Allah dengan para malaikatNya akan sentiasa menjaga keselamatannya. Tidur malamku selepas itu didatangi Embah dan Ayahku. SubhannaAllah, semoga ibadahku untuk temanku sampai rahmatnya kepada ibu-bapa dan nenek-moyangku. InsyaAllah. Alhamdullilah. Allahuakbar.
Bandar Sri Putera, Bangi
31 March, 2013
sdra bicara tentang pernikahan dalam ertikata yang sepatutnya, sedangkan sdra sendiri tidak mampu untuk mengekalkan sebuah perkahwinan.
ReplyDeleteIni bukan soal bersoal jawab. Dalam bahasa Melayu Sarawak, berejap mungkin singkatan dari soal jawap. Jika sdra/i pengulas faham akan dua peristiwa iaitu:
ReplyDelete(i) Suatu ketika bila Ibrahim AS melawat anaknya Ismail AS di Mekah, dan saat baginda sampai di depan pintu rumah Ismail AS, beliau disambut oleh isteri Ismail AS. Ismail AS dikatakan pada masa itu sedang berburu. Lalu Ibrahim AS pun bertanya: "Bagaimana kehidupan kalian?". Maka mengadulah sang menantu, tanpa sedar itulah bapa mertuanya, betapa mereka hidup amat susah. Pokoknya dia menrintih tentang keperitan hidup bersama Ismail AS di situ. Maka, Ibrahim AS pun meninggalkan pesan buat anaknya Ismail AS: "gantikanlah jenang rumahmu". Lalu Ismail AS pun menceraikan isterinya dan baginda beristeri baru. Kemudian dalam kunjungan kedua, Ibrahim AS sekali lagi hanya disambut oleh menantunya, yang baru. Bila ditanya keadaan mereka, maka jawab si menantu: "Alhamdullilah. Biar payah, namun segalanya cukup". Lalu Ibrhaim AS berpulang, sambil meninggalkan pesan buat Ismail AS:"Peliharalah dan jangan robohkan jenang pintu rumahmu".
(ii) Bacalah Sirah Muhammad SAW, baginda ada menceraikan dua dari isteri-isteri baginda, bukan soal tidak sayang, bukan soal tidak ikhsan, soalnya baginda ada tugas dan muslihat lebih besar. Cuma ini jarang dibicarakan oleh para cendikiawan Islam kita. Juga bacalah Riwayat Hidup Abu Bakar As-Siddique dan Umar Al Khatab RA, saat Aishah dan Habsah RA bersikap nakal, sehingga Muhammad SAW tidak bersama para isteri baginda selama 29 hari, apakah kekhuatiran yang melanda kedua bapa mertua baginda serta fitnah yang berkeliling di Madinah pada masa itu? Sesungguhnya, ada waktunya, perceraian itu adalah jalan penyelamat. Pokoknya adalah soal kepertanggungjawaban selepas itu.
(2) Pada asasnya, apa yang ingin saya nyatakan, kita tidak harus menjadi typical Malay berbicara tanpa mengerti apanya. Saya tidak menulis untuk menghina sesiapa, saya menulis untuk berkongsi pengalaman dan ilmu jika ada. SubhannaAllah.