Latest Postings
Loading...
Saturday, April 25, 2009

Novel 1: CENDERAWASIH.....cintaku kandas di hutan sagu (revised 26.4.09)




Ladang sagu, orang-orang sagu

Sedari dulu, entah beberapa dekad dahulu, dan mungkin berkurun lamanya,di desa ini, semuanya hidup dan mati kerana sagu. Mereka damai. Mereka bergolak. Mereka berteriak, tertawa, merana, siksa, gundah, senyum, semuanya kerana sagu. Anak-anak mereka tumbuhpun seperti sagu. Satu di atas satu, berselangan di antara satu sama lain. Berkelompok-kelompok. Membina keluarga. Membina masyarakat. Masyarakat sagu.

Sejak semula, sagu dan masyarakat sagu adalah dua ciptaanNya yang terpinggir. Saban hari, sekian lama, sagu hanyalah mainan kecil, segelintir, alat menindas dan menghamba. Tidak pernah kulihat tangan liat, tangan kuat, mencabut derita dari anak-anak sagu. Jika ada, itu hanyalah sandiwara, buat melepas batuk di tangga. Mungkin juga kerana durinya, atau akarnya yang panjang dan melata, buat semua malas dan bosan. Membiarkan sagu terus jadi sagu. Biar sahaja ianya begitu. Pohonnya, masyarakatnya, terasing, malah terpinggir. Sagu seolah-olah lambang kelesuan, tumbuhnya terlalu perlahan, tidak seperti kangkung atau ubi kayu, yang tumbuhnya hebat dan cepat, mudah dan tangkas. Sagu tumbuhnya lambat, perlahan, terlalu perlahan. Membosankan. Maka masyarakat sagu turut saja di lihat, di nilai, dan dianggap sebagai sama saja nilainya dengan sagu! Masyarakat yang kian susut, kusut, akan luput!

Kenapa kita tidak pernah sungguh-sungguh peduli, tentang sagu dan anak-anak sagu, bangsa sagu? Sekian waktu mereka menunggu, akan hadir mereka yang perduli, namun silih berganti pasang dan surut, sejak sebelum merdeka lagi, namun hanya sesekali ada riak-riak pembelaan, tapi padam sebelum mentari condong ke barat.

Semua ini, buat aku ligat mengingat kata-kata Baha Zain, tentang manusia yang sudah enggan berjabat tangan. Cebisan A Samad Said, dan Usman Awang, kedua-duanya telah sekian waktu dan terus saja berteriak gila, tentang anak-anak kecil munggil, kurus kering, nan kian dilupakan didesa-desa. Aku hanya ingin menyambung lontaran tinggalan mereka dalam nada gila. Aku kepingin anak-anak sagu bebas sebebasnya, seperti bebasnya Pramoedya Ananta Toer sebelum hujung waktunya. Anak-anak sagu, ibu-bapa sagu, masyarakat sagu, harus bebas, merdeka. Kalian harus merdeka sebelum terjerumus dalam gaung kemelaratan dan kekosongan jiwa.



2. Penglipur zaman

Suatu waktu, tiga dekad dahulu, berdentum suara pembela sagu. Sagu adalah emas. Sagu adalah kebangkitan. Kalian anak-anak sagu mesti bangkit. Anak-anak sagu mesti tumbuh perkasa. Seperti halilintar satu jiwa besar, bertangan besar, mahu sagu dan anak-anak sagu menjadi kekayaan baru. Sagu adalah emas! Aku kagum, akan teriakan sakti itu. Anak-anak sagu mulai ada yang peduli. Peduli dengan sesungguhnya. Dengan sekuat daya, anak-anak sagu kian dibela.

Kini, aku berjalan di ladang sagu, di desa damai ini. Begitu indah, begitu subur. Segalanya segar. Di kiri kanan jalanan, desa-desa kecil, biar terpinggir, kian berubah. Wajah-wajah payah dan susah, sudah mulai senyum, mulai girang. Semuanya tampak bersemangat. Semuanya tampak yakin. Aku bersiul-siul, menyanyi lagu-lagu Abiet G. Ade, khususnya, Cita-Cita Kecil Si Anak Desa, yang sering kuperdengar tika aku mulai malas mahu berjalan, ianya menyedarkanku tentang beban di pundakku. Nyanyian Freddie Aguilar, Child dan Born in A Ghetto, turut terngiang-ngiang di kepala batuku, suatu waktu dulu, pitanya pernah kuperolehi di Kota Davoa, semasa aku sedang perih melihat dagangan anak-anak kecil dalam kandang pelacuran. Ya, semua ini, semboyan semangat, membakar jiwa, seperti lakaran Latiff Mohiddin tentang Kehidupan dan Kemiskinan, kepala dan otak kucairkan, mencari akal, menbina bangsa, membangun nusa. Zubir Ali, kau tambah marak citaku dengan Nyanyian Ombakmu. Nyayian perih getir anak-anak nelayan digempur ombak di gempur seribu ketakpastian. Sesekali aku berputar-putar bersama Sudirman Hj. Arshad, di atas Basikal Tuanya. Semuanya gambaran girang membelah duka. Kemerdekaan tampak jelas dihujung jalan!

Kini, aku juga mulai sadar, pejalanan hidup ini sudah jauh berbeda, kita sudah tidak lagi melihat kepayahan dan kesengsaraan orang lain sebagai tanggungjawap kita untuk memperbetulkannya. Saban waktu, setiap ketika, jiwa kita, fikiran kita, hanyalah diri kita. Jika kita mengorak langkah, dan terhalang sejenak, mudah saja kita undur, mengalah. Terkadang, terngadah aku ke langit biru, bertanyakan Tuhan, apa telah kau gantikan semua penghiburku, dengan Mawi, Siti Nurhaliza, Agnes Monica, dan sebagainya, yang jelas kudengar, dari tingkap-tingkap luas terbuka rumah-rumah sagu ini, hanyalah nyanyian kini buat diri sendiri? Sesekali M Naser melolong tentang kehidupan dan warna-warni kehidupan abstrak, yang pastinya payah untuk dimengertikan oleh anak-anak sagu yang hijau. Teman:

perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayangnya engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan

tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar mendamba kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih

kawan cuba dengar apa jawapnya
bila kutanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampenya di laut
kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri
termangu mengadah langit

barang kali di sana ada jawapnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam sudah enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Aku berharap dan sedang berusaha, kegirangan yang sedang dikecapi anak-anak sagu ini, tidak hanya sementara dan bukan momokan. Aku akan usahakan agar mereka terus kembang bersama sagu, dan supaya mereka tidak akan lupa akan sagu yang telah menghidupkan mereka untuk sekian waktunya. Tiada sagu, tiadalah masyarakat sagu. Keduanya mesti kekal dan terus hadir di bumi Tuhan ini.

3. Panasaran di ladang sagu

Kini, hari ini, di perjalanan ini, dalam separuh sadar, mungkin aku tersasar, di suatu sudut ladang sagu, di sana, di suatu dahan, aku lihat hinggap seekor Cenderawasih. Sungguh, indah, sungguh menawan. Dengan bulu-bulu tampak lembut, lebat, warna berkilauan. Dengan nada siulan yang menakjubkan, kukuk…kiuuukkk…kukuk…..kiuuukk. Sekilas pandang. Aku tertawan. Mataku terpaku. Dadaku kembang kuncup. Berdebar-debar, berdetak, terpahat. Nur syurga yang kau bawa, wahai Cenderawasih, menusuk jantungku. Aku terpana. Buat aku gila. Jantungku, sudah tidak mahu mengikut kata otakku. Jantungku telah menguasai diriku!

Oh Tuhan, perjalananku untuk memerdekakan anak-anak sagu ini, penuh perih dan getir. Tidak mungkin dapat kutanggung beban sedahsat ini sendiri. Aku perlu pendokong setiaku. Peniup semangat tika layunya hatiku. Maka, sekian waktu telah kupohon padaMu, agar hadir sebuah azimat buat peganganku. Aku kepingin terus cekal di sini, memastikan pohon-pohon saguku terus segar dan kembang. Memberi kehijauan kepada kehidupan umat saguMu. Aku telah sekian lama mengharapkan, agar datang azimat keindahan, yang memakuku di ladang sagu ini.Telah sekian lama aku bermunajat, agar Kau datangkan satu azimat yang boleh kugenggam erat peniup semangat perjalanan baktiku kepadaMu.

Ya bersama dingin dan redupnya hari ini, seperti perjalannannya Nabi Ayub yang sentiasa dilindungi awan dingin, kau datangkan padaku keindahan ini! Aku sudah jatuh cinta pada Cenderawasih, yang Kau datangkan entah dari syurga mana. Jantungku, penuh darah merah yang kian segar. Darah bercampur angin segar yang datang dari batang dan dedaunan sagu. Dadaku kian hangat. Semangatku jadi lebih perkasa dan kental.

Latas, tanpa kusadari, aku melangkah menghendap-hendap, mendekati pepohon sagu tempat hinggapnya dia, biar payah ditusuk duri-duri sagu. Tidak mengapa. Apa lagi duri sagu, lautan api sekalipun akan kurentasi. Ini Cenderawasih kirimanMu untukku. Aku akan dapatkannya. Biarpun antara tompokan dedaun sagu mati, pasti ada sang tedung memerhati, bila-bila saja mahu memuntahkan racun berbisanya di kakiku. Aku juga tidak gentar. Seperti kucing putih, aku merayap, perlahan-lahan. Penuh sopan dengan seribu kelembutan. Tanda aku bukan pemburu, aku kepinggin sekali menikmati keindahannya. Cenderawasih, telah lama aku ke sini, mundar madir, sekian waktu. Telah kutemui ratusan dan mungkin ribuan mahluk sebangsamu, tidak pernah aku sepeduli ini. Ya sepeduli ini. Peduli sehebat ini. Tuhan telah menghantar mu untukku. Jika tidak kenapa di sini hinggapmu, tidak di hutan sana, atau di gunung hijau mencecah awan itu! Kenapa di sini? Di tanah paya hutan sagu ini. Di depan mataku. Di muncung hidungku. Aku pasti, Cenderawasih, kau adalah hadiah untukku, hanya untukku. Tuhan bukankah itu maksudMu?

Ya, tidak mengapa duri-duri itu. Biar bernanah seluruh tubuhku. Biar perih dan sakitnya aku. Tidak mengapa paya nan becak, melemaskan ini. Akan kurentasi, kuredah, kuterjang. Biarpun aku akan separuh mati. Biar tedung membelit dan mematuk hancur tubuhku. Ya, bisanya belum pasti mematikanku. Aku pasti, ini hanyalah cubaanMu. Aku sadar, tidak pernah Kau memberi tanpa dugaan. Tidak ada yang datang padaku, yang mudah-mudah. Sedari dulu. Sedari aku mulai menjengah kepalaku dari rahim ibuku, perit aku mahu keluar dari cengkaman rahimnya ibu, segalanya Kau duga aku, segalanya dengan payah, aku hadir di sini. Kini, saat Kau unjukan Cenderawasih ini, tetap juga Kau mahu aku diduga dahulu.

Ya, aku sambut kudhratMu, aku akan menyonsong arus. Tetap begitu dalam apa juapun. Bukan aku menderhaka. Aku hanyalah cucu Adam. Bukan juga kepalaku dari batu gunung yang paling keras. Aku hanya mahu hakku. Hakku untuk menikmati cenderawasih yang kau hinggapkan di saat perjalananku ini, yang penuh getir dan keperihan. Aku mahu ia menjadi milikku. Akan kubina syurga di bumi ini bersamanya. Tidak puas aku, jika sekadar mahu melihatnya dari kejauhan sahaja. Aku punya kaki, aku punya tangan, aku punya upaya, segalanya, aku siap mahu bertarung dengan cubaanMu.

Cenderawasih. Tuhan, Kau hinggapkan dia di perjalananku. Sengaja. Seperti juga Adam singgah di syurga, biar tampak segala keindahannya, namun tiada juga kepuasannya. Cenderawasih, begitu jugalah aku, aku tidak puas sekadar melihat kau melintas lalu. Lantas, kini biar payah sungguh, aku tetap tekad untuk mendekatimu. Memilikimu. Cenderawasih. Kau juga seperti sudah sepakat dengan Tuhanmu. Terus-terusan mahu mengujikuSaat melihat aku mendekati dalam kepayahan ini, biar otakmu mengarah terbang pergi, namun hati dan jantungmu sudah terbelah dua mahu ikut atau ingkar perintah kepalamu. Kau seperti sudah tertarik padaku. Kukumu tetap mencengkam dahan sagu, hati dan jantungmu sudah seperti terpaut padaku. Lantas saja, sayapmu kau buka luas, menunjuk-nunjuk padaku, warna kilauan bulu-bulumu. Sengaja kau buat aku gila. Menerpa padang sagu dengan semberononya.

Dada cintaku kian membakar. Cintaku padamu, Cenderawasih, kian membakar, hangat, merah. Cintaku padamu, lebih merah dari darahku. Aku telah jatuh cinta padamu.

Ya, kau tetap bersiul-siul riang, sambil menari-menari dan melawa, melihat tubuhku di robek-robek duri sagu. Kau sungguh senang melihat darah mengalir dari tubuhku. Lihatlah betapa merahnya darahku. Lihatlah, sepuasmu, dan kau ciumlah, lewat angin sagu ini, hanyirnya akan darahku, kehanyiran itu, kekuatan hanyirnya, adalah lambang kekuatan cintaku padamu. Merah. Terlalu merah. Hanyir. Terlalu hanyir. Dan sebentar nanti segala kuman akan menyelinap ke dalam diriku. Membiak, perlahan-lahan membunuhku. Itu mungkin mahumu.Cenderawasih sambutlah cintaku!

Keringatku sudah membanjir ladang ini. Turut hanyir. Menambah hanyir hutan sagu ini. Menyejat habis cecair tubuhku. Kini aku dahaga. Bukan kepalang dahaga. Namun dahaga cintaku lebih kuat dari dahaga kerongkongku. Sedang,kau masih belum dapat kuhampiri. Kian kuhampir, kian kau beranjak ke dahan yang lebih jauh. Dan kini, remang sore, kian hampir. Penglihatanku kian kabur, keindahanmu, kian samar. Namun kau masih terlalu jauh dariku. Kau sepakat dengan Tuhanmu, terus menhenyak dan mengujiku. Aku tetap tidak mengalah! Kau tetap akan kuhambat.

Aku kepingin puas menikmati keindahanmu, Cenderawasih. Untuk aku. Buat bekalku. Biar kembang jantungku. Mengalir darah merah ke seluruh tubuhku. Biar aku kuat. Biar aku jadi lelaki yang waja jantanku. Lelaki yang lelaki. Namun, kini, apakan lagi mahu memegang, mengusap, membelaimu dengan puas. Ya. Apa saja mahuku. Payah sekali. Untuk puas melihat sajapun aku payah. Kau mahu aku jadi apa, Tuhanku? Cenderawasih yang Kau kirim, kini menyeksa, bikin aku keliru tentang janjiMu.

3. Pintu hatiku kian terbuka

Sekian waktu aku telah menjadi manusia yang simpati kepada anak-anak bangsa sagu. Saban waktu, aku menjaga mereka seperti aku mahu pohon saguku subur dan kembang biak. Bangsa saguMu, aku tatang, biar subur seperti sagu yang sentiasa kubaja, kurawati. Kutiup semangat bangkit sangkala, biar mereka bangun dan berlari kencang, mengejar kehidupan, kehidupan yang merdeka. Biar mereka juga kembang subur. Aku sadar. Mereka adalah ciptaanMu dan Kau buat mereka jadi tanggunganku. Aku akur. Sagu dan manusia sagu. Keduanya mahlukMu yang sekian waktu aku pelihara. Lebih dari aku menjaga diriku sendiri. Tuhan, telah banyak aku berkorban di sini, di kalangan anak-anak sagu ini. Masa mudaku. Masa rehatku. Masa tidurku. Masa senangku. Semuanya kutumpahkan untuk umat saguMu. Kau tahu semua itu. Belum pernah aku memohon apapun dariMu sebelum ini. Hanya aku mahu saguMu dan bangsa saguMu kembang biak.Tuhan, kali ini, atas waktu yang kian lewat, aku mohon pertimbanganMu. Atas jasaku nan kecil ini, sedang cita-citaku pada bangsa saguMu adalah luas dan panjang, dan kerja pembelaanku belum usai, tidak mampu aku berjalan dan belari sendirian. Tuhan kau berilah Cenderawasih ini hanya untukku. Buat pendokong jalanan panjangku.

Kini, pohon-pohon saguku, kian subur, kian kembang. Aku sudah boleh menyanyi. Gundahku kian susut. Bangsa saguku dan umat satuMu itu, kian mahu berdiri. Aku sudah lihat mereka mulai bertatih. Sebentar lagi akan melangkah berjalan perlahan-lahan dengan pasti. Aku pasti selepas ini, mereka pasti mahu berlari menghambat waktu. Pintu hati mereka kian dibuka waktu. Tuhan inilah bukti, tugasku kian membuah, semoga umat saguMu, ada kesabaran dan ada kecekalan.

Tuhan, Cenderawasih, pintu hati gembiraku, kini juga kian terbuka, menerima hadirmu, bersama waktu. Tuhan, lestarikan girangku ini bersama Cenderawasih syurgaMu. Keduamu, berikanlah aku jawapan pasti. Jangan kau ambil, waktu terlalu panjang dariku, aku tidak boleh lari dari bangsa saguMu, jangan waktu emasku untuk bersama mereka kalian cabut dariku.

Wah, kini, dalam ladang sagu ini, cuma aku sendiri. Dari tadi pagi sampai, sore, sehingga malam begini, menuju subuh yang dingin, aku masih sendiri. Ah. Celaka sungguh Cenderawasih. Sedang aku mahu pulang. Dia tetap bersiulan kukuk kiukkk kukuk kiuukkk. Kakiku, tetap melangkah menghambat siulannya. Biar jantung dan hatiku sudah terbelah antara mahu pulang atau terus saja mengejar suara siulannya. Otakku sudah tidak berguna. Jantungku telah menguasai tubuhku. Bukan otakku.

Tuhan aku hanyalah manusia. Bagaimana harus jadinya aku, agar mudah aku dekati Cenderawasih ini. Apa harus ku jadi musang, atau kucing, atau pemburu bersenapang gajah.
Pasti nantinya matilah Cenderawasih ini kubaham atau kutembak. Akan hancur badannya, bertebaran bulu-bulunya di seluruh ladang sagu ini. Pastinya, aku sendiri akan menyesal. Aku tidak mahu mendapatkannya sebegitu kejam. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu kejam, pada Cenderawasih ini. Kerana aku sudah jatuh cinta padanya. Tidak, sekali-kali tidak, aku mahu berlaku kejam padanya.

Pintu hatiku kini, kian terbuka untuk menikmati keindahan ini, Cenderawasih yang Kau kirimkan. Lewat waktu ini, aku terlalu kepingin memiliki keindahannya. Aku sangat mendambakan cintanya.Tuhanku, berikn dia padaku.

4. Cenderawasih Jantanlah aku

Yah, aku telah berusaha sekerasnya, untuk mendapatkannya. Aku telah menggunakan seluruh tenagaku. Tuhan. Kini aku memohon padaMu dengan rasminya. Ya. Kita khalwat. Aku sujud, dan kutadah tanganku, padaMu. Kau tahu pintaku. Kau tahu mahuku. Kau datangkan Cenderawasih ini, aku kepingin bertenggek di dahan sagu, bersamanya. Sama-sama, supaya akhirnya aku boleh memadu kasih dengannya Supaya boleh aku terbang, dari pohon ke pohon. Meniti semua pepohon sagu, melihat betapa subur setiap satunya. Aku ingin terbang bersamanya, ke seluruh hutan sagu ini, melihat desa-desa. Melihat anak-anak bangsa saguku. Apakah semua mereka sudah cukup makan? Apakah mereka punya cukup pakaian? Apakah rumah mereka semuanya terbina dari dahan-dahan, kulit-kulit dan daun-daun sagu yang kuat dan bagus? Apakah daging dan tulang mereka sedang tumbuh segar dan besar seperti pepohon sagu ini? Tuhan, aku ingin mereka sempurna, aku pasti, aku tidak mahu melupakan mereka,aku tidak mahu lalai dari bersama mereka. Tuhan hatiku, jiwaku, keperkasaanku akan bertambah hebat jika Cenderawisih ini jadi milikku, melengkapi keindahan hidupku. Aku perlu Cenderawasih ini membantuku dalam jalanan baktiku padaMu. Tuhan, Kau dengarlah.

Tuhanku, Cenderawasih hantaranMu ini, cukup nakal. Semakin kuhampiri, semakin dia menjauh pergi. Bijak betul Kau mengajar dia, atau sememangnya dia Cenderawasih nakal dari syurga, entah dari lapisan ke berapa. Kakiku kian kejang. Terlalu lama sudah aku berjalan. Badanku kian hancur, darah merahku kian kering. Luka carik tubuhku kian bernanah. Mataku kian berpinar-pinar. Aku sudah lama tidak pejam dengan sempurna. Kepalaku kian pusing. Tubuhku kian longlai. Aku sudah terlalu letih. Aku sudah terlalu lesu. Jasad, jiwa dan otakku sudah tidak mampu untuk terus berdiri. Jiwaku luluh, tidak mampu bertahan lagi. Tuhan, Cenderawasih, biar aku lena di sini, biar kukumpul kembali sisa-sisa tenagaku, esok akan kuhambat kau lagi, biar aku bersandar sebentar di pohon sagu ini, bertilamkan paya dan pohon-pohon paku. Tidak mengapa, nyamuk dan pacat. Tadinya pun sudah habis darahku. Biar mereka habiskan semuanya. Jika itu buat mereka bahagia.

Cenderawasih, jangan kau terbang lagi. Tidur dulu di situ, sampai aku sadar.Jangan kau tinggalkan aku, jangan kau bunuh cintaku yang sedang kembang ini.


Ya, berat sungguh mata ini, perlahan-lahan aku mati, lena, tidak sadar diri. Dingin malam mulai menjenguk. Embun jantan sudah menyirami tubuhku. Aku mengulung diri, seperti tenggiling kesejukan. Nafasku kian lemah. Aku tertidur lena, seperti bayi, paling lena. Tidak sadar. Mati. Seperti batang kayu. Atau batu gunung. Kaku. Letih dan mati. Hanyut. Jauh-jauh, sayu, kian sayup, sang punggok memuji bulan, seperti aku memuji mu Cenderawasih, menghibur matiku, sepanjang lenaku.

Tiba-tiba anak-anak mataku berputar-putar. Otakku separuh sadar. Berputar semakin deras, ganas. Badanku berpusing sesekali ke kanan, sesekali ke kiri. Kaki ku menerjah-nerjah. Mulutku tercungap-cungap. Ya. Wah! Wah! Indahnya! Ya, Tuhan! Aku sedang bangkit. Bulu-bulu kian tumbuh di seluruh tubuhku. Ya, tangan ku menjadi sayap! Sayapku, aku bersayap! Aku kini, ya Allah, adalah seekor Cenderawasih Jantan. Syukur! Kau makbulkan permohonanku! Wah! Hebat! Aku jadi lebih hebat dari Cenderawasih hantaranMu. Oh tuhan! Terima kasih! Ya. Aku boleh terbang. Aku boleh bersamanya sekarang. Ya. Aku sudah boleh bernyanyi. Kauk kauk kauk. Ya, aku melaung suara merdeka Kauk kauk kauk kauk. Hah, tidak lagi lagu Abiet, bukan juga Freddie. Hahh, malas aku mahu bersenandung lagu Sudirman lagi. Aku mahu menjerit sekuat Ela, menyanyikan lagu merdeka, melaungkan kata hatiku. Kauk kauk kauk. Ekorku kian mekar. Kepakku penuh kemerahan. Sungguh lawa. Suara kauk kauk kaukku, sungguh merdu. Ya. Aku Cenderawasih Jantan yang hebat.

Yah, aku ingat, di alam manusiaku, ada seorang puteri manis, namanya ya, Siti Nurhaliza. Aduh, merdu suaranya dia itu. Nyanyian kauk kauk kaukku, kini kuubah menjadi Cintaku Hanya Untukmu, seperti nyanyiannya Siti Ya Cenderawasih Sayangku, itu namamu, nama barumu, namamu bila bersamaku, kini aku boleh bersamamu. Aku persembahkan Cintaku Hanya Untukmu. Bukan sekadar nyanyian. Setulus cinta, sejati, sebenarnya. Itulah kata-kata hatiku, itulah maksudku. Bukan sekadar titipan. Bukan titipan. Tidak sekali-kali hanya titipan. Yah. Kau tersenyum dan diam. Apakah itu tanda-tanda kau terima atau, sengaja kau mahu terus membuatku binggung, sendiri!

5. Kembara di alam luas

Seperti Ela, kita boleh menjerit semahunya. Kita boleh ke bulan. Ke Matahari? Melawak kau ya, ah, janganlah, tak usah kita ke matahari, nanti kita terbakar hangus! Kita boleh ke dasar lautan. Pada duniamu, kau hanya melompat dari belentara ke belentara. Dengan adanya aku, kini kita boleh kemana saja. Sifat sejadimu seekor burung, kau boleh bawa aku ke mana saja tempat kebiasaanmu. Bersamaku, kita boleh meneroka ke mana saja.

Alam ini, telah Tuhan serahkan kepada kita. Kita burung dari syurga, yang lainnya belum pernah ke sana, apa lagi punya nama seperti kita. Kita burung hebat. Cenderawasih Sayangku, kau adalah aku, dan aku adalah kau. Kita bersatu. Apa kau setuju?

5.1 Manusia Menyosong arus

Ayuh, aku ingin bawa kau melihat hutan baru. Di sana, aku pernah bersama manusia yang tidurnya cukup panjang dan lena. Ya. Kita boleh singgah sebentar di hutan lipurlara tempat permainanmu. Hulu Langat, apa saja namanya. Ya. Aku senang dengan deruman air gunung. Mudah-mudahan di sana, kita temui sebuah kenangan yang boleh kita paparkan kepada segala burung buat ingatan selamanya. Awas. Kita harus terbang perlahan-lahan. Awas sayap mu. Jangan kau turuti girangnya manusia. Mereka punya kaki yang kuat, memanjat bukit ini sesukanya. Kaki kita kecil saja. Baik saja kita terbang dan meniti dari dahan ke dahan. Ya. Ini air terjunmu. Bersih, putih, sejuk, segar. Dulu-dulunya, pastinya kau sering bercanda di sini. Dan kau bawa aku kemari, sambil kau mengingat kembali nostalgia silammu. Ya. Aku sadar itu. Sememangnya hadirmu, sengaja buat aku mahu marah kepada Tuhan kita. Kamu berdua, saling menguji aku. Bilakah hatimu akan percaya padaku?

Ayuh. Kita terus saja ke tempat permainan ku dulu-dulu. Lihat itu, sawah padi, kini sudah bertukar wajah, menjadi ladang sawit. Manusia tua-tua, kerbau tua-tua, sudah tidak lagi perlu membajak. Di sini aku, masa manusia mudaku, berpidato dengan mereka. Pidato tentang hari tua mereka yang akan ditinggalkan anak-cucu, yang kian lari ke kota-kota, mencari entah apa-apa. Syukur, pidato ku terawal dari waktunya, kini aku senang melihat mereka masih ada kehidupan baru yang lebih selesa.

Lihatlah jalan itu, yang berliku-liku, dulu penuh dengan tompokan najis-najis lembu. Kini bersih dan luas. Hairan, di mana lembu-lembu mereka? Apa manusia di sini sudah tidak bersahabat dengan para lembu lagi? Atau mereka sudah mulai bosan bergaduh, bermasam muka kerana lembu-lembu itu? Kasihan sang lembu, kerana manusia, dunia ini sudah jadi neraka buat mereka!

Kau lihat di sana, di rumah unggu itu. Pasti itu warna pilihan, dulu-dulunya, adikku, si Lina namanya. Kau lihat sepasang suami-isteri itu. Mereka adalah ayah-ibu tumpanganku. Ya itulah Mak Yah dan Pak Latif. Aku pernah tidur dan bangun di situ. Mereka sangat hormat dan sayang padaku. Mereka seakan-akan ibu dan ayahku sendiri.

Ayuh kita terbang melintas halaman rumah mereka. Biar mereka terlihat kecantikan kita. Yah. Mereka melihat kita. Lihat wajah mereka. Mulutnya melopong. Melambai-lambai. Menuding-nuding. Yah. Mereka sedang kagum tentang cantiknya kita. Syukur, kita boleh membuat jiwa mereka, biar hanya sejenak ini, cukup gembira. Biar mereka lupa akan anak cucu mereka yang sudah pergi.

Kau lihat, bibir mereka terkumat kamit, mungkin tengah berdoa, agar kita bersatu, punya banyak anak-cucu, dan boleh terus menghibur mereka. Begitu suci dan tulus doa mereka. Aku menanti jawabanmu. Aku, sangat perlukan itu. Janganlah kau terus diam. Berikanlah aku sedikit kepastian.

Kalau engkau mahu, kita boleh menyelinap terbang ke dapur mereka. Aku tahu benar selok belok dapur itu. Kita boleh curi makan, pastinya, ada lauk ayam masak lemak cili api. Apa engkau boleh makan nasi dan lauk yang pedas-pedas? Cenderawasih Sayangku, inilah Kampung Pauh, Batu Kikir, Jambatan Besi, dulu-dulu buatan Jepun, kini sudah runtuh kesan kemerdekaan Melayu. Setidak-tidaknya , Melayu di sini berani menantang zaman. Aku syukur, punya kesempatan berkongsi dengan mu atas kejayaan ini.

Di sinilah lahirnya permulaan cintaku, kepada ummah Tuhan kita, sejak dua dekad dahulu, inilah fitrah kejadianku. Satu persatu sedangku telanjangi padamu, supaya kau tahu siapa aku.Cita-cita dan cintaku pada bangsa ini, tanahair ini. Agar kau mengerti, siapanya aku.


5.2 Api dengki kaum ini

Ayuh Cenderawasih Sayangku. Kita terbang jauh-jauh bersama. Kemana saja kita suka. Usah khuatir. Aku, hanya badanku burung. Otakku, akalku, masih manusia. Yah. Sudah puas kita di belantara. Ayuh kita terbang ke sana. Tidak mengapa jauh sedikit. Kita lihat ombak. Kita lihat pantai. Ayuh. Yah! Wah! Pantai Tg. Tuan? Ya kau, tahu? Bukankah kepala otakku masih manusia. Cenderawsih Sayangku, usah khuatir. Kita pesta bersama manusia di sini.

Aku kenal tempat ini. Semua manusia memanggilnya Port Dickson. Biarpun buminya Melayu, namun jiwanya masih barat. Sengaja, tempat ini jadi pilihan pendukung barat, menjadi tapak melatih anak bangsa Melayu menjadi tentera. Aku kira, Cenderawasih Sayangku, bahawa orang Melayu sengaja mahu di adu domba sesama Melayu di tanah seberang sana, sarangnya Garuda. Biar Melayu, di mana juga mereka berada, tidak bersatu. Begitulah bibit curiga, dengki, cemburu, tertanam dalam dada anak-anak Melayu itu. Sekian lama, sukar untuk disucikan, sehingga kini. Bijak sungguh bangsa kulit balau itu! Kebijaksanaan yang penuh kebusukan, otak dan hati mereka, busuk, lebih busuk dari bangkai terbusuk.

Ingatlah itu, Cenderawasih Sayangku. Itulah manusia. Tidak seperti kita. Kemana saja, asal saja hutan, maka belantaralah namanya. Makanya, mereka cukup mahu jadi burung, seperti kita. Bebas. Merdeka.

Ya. Jiwa perjuangan kemerdekaan manusiaku seperti telah melalaikan aku, yang aku sedang bersamamu Cenderawasih Sayangku. Biar aku lafaz seikhlasnya, bahawa pintu hatiku kian terbuka untukmu, aku ingin melepaskan rasa cinta yang telah lama ku tekan hanya untukmu. Aku cinta padamu. Aku mahu cinta kita terbina atas kesedaran untuk membela manusia Melayu, di sana, di merata-rata, biarpun kita hanya bangsa burung, namun kita mesti ingat, kita burung dari syurga. Bantulah aku, bersamalah aku dalam perjalanan ini, membela bangsa ini.

Ayuh pegang sayapku. Oh! Aku lupa. Mana boleh kupimpin sayapmu. Pasti nanti kita tidak boleh terbang. Hanya manusia boleh begitu. Berpimpinan. Wah! Untung kalau kita jadi manusia ya. Boleh kita sambil terbang berpegang tangan. Ah! Kita ini burung. Tidak boleh kita seperti itu. Tidak mengapa. Kita terbang menyusur pantai sahaja. Bayangkan saja, sejoli di sana itu adalah kita. Girang sungguh mereka. Tengah bercerita tentang apa mereka? Pasti mereka bercerita tentang mahu jadi burung. Ah. Manusia. Mahu jadi burung? Kita burung mahu jadi manuisa. Tuhan apa sudah jadi dengan kejadianMu ini? Pastinya, kerana kita kurang mengerti, maka otak kitapun jadi banyak yang tidak pasti.

Pantai putih itu. Apa ada disyurga? Deru ombak, hantaran angin Jawa-Sumatera, mungkin angin kipasan sayap sang Garuda. Sungguh enak. Cuba lihat anak-anak itu. Kakak dan adiknya. Bersiram. Saling ketawa. Hebat sungguh manusia. Kau mulai mimpi ya. Nantilah, bila kita sudah punya sarang, kita juga boleh menetaskan anak-anak cenderawasih yang comel-comel. Kecilnya nanti anak-anak kita namakan saja Cenderasari

Kau lapar ya? Aku, oh ya! Kita tidak boleh makan seperti manusia-manusia itu. Tidak mengapa, aku punya akal. Kau lihat pohon-pohon kelapa yang membaris pantai di sana itu. Di bawahnya, di situ manusia-manusia sedang makan enak-enak. Wah, mereka itu seperti aku pernah kenali, apa benarkah ini? Yah, itu sahabat manusiaku, si Dzul bersama keluarganya. Kaulihat itu, anak-anaknya sudah tumbuh besar. Yang paling kecilpun, dulunya bukan main dia, sungguh manja, comel, lihat sudah jadi anak manis si Era. Sara, bersama ibunya Dasi ada juga di situ. Aku kasihan melihat mereka yang menyabung hidup di perantauan ini. Ayahnya si Sara sudah lama pergi. Mereka aku kenali dalam perantauanku di Dunia Baru, sedekad dahulu.

Kau lihatlah ke mana saja aku pergi, pasti ada sahaja sahabat-sahabat manusiaku di mana-mana. Tapi, di mana para sahabat burung-burung mu. Oh, Cenderawasih Sayangku, kau burung syurga, pasti tidak punya kenalan di serata dunia ini ya. Tidak mengapa, aku ada di sini, di sampingmu, buat teman setiamu.

Ayuh kita bertenggek saja di dahan kelapa ini. Nanti kalau ada kesempatan, aku mencuri sedikit makanan dari piring-piring anak-anak si Dzul itu. Hahhhh, ada penghibur rupanya. Ini manusia bilang kumpulan unplug tempo keroncong. Wah, dia nyanyi lagu, wah sudah lama pergi penyanyinya, Widuri, ya, aku tidak mahu kau jadi Widuri, aku tetap mahu kau jadi Cenderawasih Sayangku. Apakah kau pernah luka seperti Widuri juga? Walau apapun , tidak mengapa, biar aku obati segalanya itu.

Hahh. Udah senja. Ayuh kita cari dahan untuk tidur. Kita tidur asing-asing dulu ya. Jangan satu dahan. Aku khuatir, nanti manusia kepalanya putih-putih, datang, khabarnya mereka suka menangkap burung-burung basah-basah. Aku juga khuatir, nanti Tuhanpun marahkan kita, jangan tidur bersama, sebelum waktunya. Yah, manusia, mahu khalwatpun kita payah. Fikirannya tiada lain, bila berdua, pasti bercanda buka-buka. Tidakpun mereka tahu, kau Cenderawasih Sayangku, datang dari syurga, seputih kapas, dan aku tidak mahu mencemarimu, biar kau terus bersih. Biarpun aku masih manusia, aku tetap, ada harga diri. Bukan manusia jantan yang semberono.

5.3 Kuasa bukan di mata keris

Kau pernah mendengar sebuah lagenda. Oh ya. Kau hanya seekor burung. Hanya manis. Umurmu pun masih manis. Terbanganmu, ya singkat-singkat saja. Ini lagenda manusia. Tidak mungkin kau percaya. Di sana, di Kota sana itu. Dulu-dulu, ada jantan terbilang gagahnya. Tempiknya saja, khabarnya boleh luruh semua kelapa tua seKota ini. Maka tidak kau temui monyet-monyet memanjat kelapa di sini, seperti adanya di negeri-negeri timur Kelantan dan Trengganu. Kau tahu di mana itu?

Kalau ibu-ibu mahu kelapa tua, buat saja si Jantan perkasa ini marah, bertempik. Kelapa-kelapa tuapun datang bergolek-golek. Seperti pantai diserang ombak tsunami, meluru, semua menyerah kelapa tua. Begitulah hebatnya si Jantan ini.

Khabarnya, Jantan ini cukup setia dia akan Rajanya. Apa saja dimahu Raja, pasti dia akan usahakan. Begitulah sifat Melayu. Setianya pada sang ketua, tidak kepalang tingginya. Sampai ada yang buta, tiada upaya memilih yang hak dan yang mungkar.Setianya dia, sampai dia sanggup menyerahkan kekasihnya Tun Teja diperisterikan Raja, bahkan terus mahu membawa turun Puteri Gunung Ledanng, melalui jambatan emas terus ke Kota ini.

Kota sekangkang kera ini, namanya Melake. Begitulah sebutannya. Manusia-manusia di sini percakapannya banyak e. Entah kenape jedi begitu ye! Mungkin kerane terlalu banyak makan gule melake agak nye! Ah, aku agak aje!

Si Jantan ini Hang Tuah namanya. Dia punya empat rakan seperguruan. Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Likiu. Lima Hang.

Mereka handal bermain keris. Sekali kilas, boleh habis misai tercukur. Bergitu halus bunga-bunga silatnya. Maka, bila dalam awal kurun ke-15, bila pelaut bangsa Portugis mahu menawan Melake, tidak terkata korban di sebelah penyangak Portugis ini. Ribuan mati katak, tertancap, keris berbisa Lima Hang ini. Berbulan-bulan lamanya, berdentam, dentum meriam besi Portunis menghujani Melake dengan bola-bola api. Tidak juga mampu mematahkan barang sebilahpun keris Lima Hang ini. Namun, kerana bijaknya Portugis, biarpun Lima Hang membenteng Melake dengan lautan manusia, tembus juga akhirnya.

Kemudian, Melake pun mulai kembang. Satu persatu, tanah sekitaran Kota Melake, dirampas, dijajah Portugis. Maka tidak ketahuanlah, kemana perginya Lima Hang pada masa itu. Tahu-tahu, batu nisan mereka saja sudah terpacak hingga kini. Bila matinya, bagaimana matinya, tiada pedongeng yang tahu.

Ah. Portugis. Sudah dapat Melake. Nafsunya kian kembang. Inilah apa yang manusia Melayu katakan; seperti Portugis dapat tanah. Tamaknya tidak kepuasan. Maka, Kedah jadi idamannya. Kedah lebih kaya. Ada Pulau, boleh dijadikan perlabuhan. Sawah nan luas, pasti banyak hasil padinya yang boleh di dagang ke Hindia Barat. Maka, pahlawan perompak Portugispun berkira-kira mahu menyerang Kedah. Alang kepalang gusarnya sedara se Melake. Jika serangan dari laut saja boleh melumpuhkan Melake yang punya Lima Hang Hulubalang, apa akan terjadi kepada nasib Kedah jika Portugis benar-benar mahu menyerang. Pasti serangan ini akan di buat dari darat dan juga laut. Boleh ranap seluruh Kedah. Kedah tiada seorangpun hulubalang.

Berkira-kiralah seorang Melayu Bijak. Bagaimana serangan ini mahu dihalang. Oh ya. Wahai Tuan Keling Putih, itulah panggilan orang Melayu terkini akan bangsa perompak Portugis itu, apakah benar kalian mahu menyerang Kedah? Dulu, masa kamu menyerang Melake, Lima Hang Hulubalag kami dapat membunuh 2,000 penyangkak kalian. Ini, Kedah. Tidakkah kamu membuat penyelidikan. Di Kedah, semua lelaki mereka dan perempuan mereka adalah Hang. Sanggupkah kalian berperang dengan puluhan bahkan ratusan ribu Hang.

Jika Lima Hang boleh mengorbankan 2,000 penyangak kamu, bayangkan, jika beribu-ribu Hang. Satu tanahair Portugispun pasti akan ranap. Terpingga si Laksamana Keling Putih, tidak pernah dia terpikir akan kehebatan Kedah dengan Hang di sana sini. Lebih baik, kita damai saja dengan Kedah.Tidak usah berperang. Kita berdagang saja dengan mereka.

Sambil berjalan beredar perlahan-perlahan, tangan tersimpang ke belakang, kepala terunduk-runduk, lagak Tok Bendahara sedang kalah, namun otaknya, Keling Putih ligat memikirkan, bagaimana dagang nantinya boleh menghapus terus bisa keris segala Hang, bukan hanya di Melake dan Kedah, namun seterusnya dari bangsa yang terlalu bangga akan kerisnya itu. Suatu waktu, apakan menghunus, bahkan mencium kerispun, bangsa ini sudah tidak akan berani lagi. Begitulah, otak Keling Putih, tidak dia terhenti di satu jalan sahaja, sedang si Melayu Bijak, sudah mendabek dada keliling Kota, bersorak menyata berjaya memperbodohkan si Keling Putih, sedang diam-diam Keling Putihlah yang memperbodohkan seluruh bangsanya.

Kini, sang keris bangsa ini, hanya lukisan di panji perkumpulan bangsa, yang satu hari akan dibakar, hangus dan terbuang, dilupakan. Bukan oleh Keling Putih, tetapi oleh tangan bangsa ini sendiri, yang kian merintih di tanah air sendiri. Saat itu, bangsa ini, bukan hanya akan hilang kerisnya, bahkan semangatnya sudah tidak kental dan berganti dengan mungkin kebodohan yang menghinakan. Ingatlah Cenderawasihku, aku, kita bersatu untuk mengingatkan mereka akan kekhilafan masa lalu, bahawa bangsa ini, selalu terlalu cepat mendabek dada atas kejayaan yang kecil-kecil belaka.

Bangsa ini aku lihat sangat suka yang hangat, cepat, dan segera. Mereka sudah lupa akan ketupat. Mereka lupa bagaimana mahu membuat kelupis, lemang, pulut panggang, dan rendang buat sajian petang. Nira kelapa, nira nipah, sudah tiada lagi, sudah dilupakan. Mereka lebih suka KFC, McD, Pizza, Coca Cola, Starbuck, California Coffee, segalanya yang mudah, segera. Semua ini, telah mengajar mereka agar jangan susah-susah. Cari saja semua jalan mudah. Adat dan kemeseraan kekeluargaan sudah kian tertinggal. Cenderawasih sayangku, ingatlah itu nanti, kita mesti kembali hidup cara desa, budaya desa, dan hargai kedesaan kita, asal lahirnya kita.

Melake, orangnya hebat-hebat, pelautnya handalan nusantara. Sukanya mereka adalah menangkap geragau, buat cincaluk dan belacan. Si para Keling Putih, kerana lubang hidungnya terlalu besar dan tinggi, kehangitan cincaluk dan belacan buat mereka tidak suka ke kampong-kampung Melayu. Maka terasinglah orang Melayu dan Keling Putih ini. Maka, hingga kini, tetap adalah kampung Keling Putih dan warisannya di Melake.

Di Kedah, tiada lain bijaknya para Hang, melainkan bertanam padi. Di sana sini padi. Beras adalah keluaran utama Kedah dan ini sangat di kenhendaki di rantau jajahjan lain Portugis, terutamanya di bahagian pasifik.

Maka di zaman pemerinthan Keling Putih, perdagangan tukaran barang pun diatur, antara Melake dan Kedah. Perdagangan tukaran cincaluk dan belacan antara Melake dan Kedahpun menjadi tersangatlah hebat, sehingga terbangunnya saudagar Cincaluk, Belacan dan Beras di Melake dan Kedah. Melake, terkenal sebagai entreport yang pertama di seantaro dunia. Melake telah jadi Kota global pertama dunia. Ya, ada juga sejarah gahnya bangsa Melayu ini. Cumanya, mereka tidak mahu beranjak dari kebiasaan, sehingga kegagahan itu runtuh di telan zaman.

Begitulah akal Melayu, licik dalam mempertahankan martabat bangsanya, namun akal Keling Putih juga yang menang dagang. Ah Melayu, namanya saja melangit tinggi, gahnya rata di tanah paya! Payah mereka mempertahankan kegagahannya!

Cenderawasih Sayangku, sudah sekian jauh kita terbang dan mengembara, namun kau hanya diam. Apakah aku berbicara terlalu manusia, tiada lain hanya tentang kemanusiaan,atau, apa? Tampak, raut wajahmu, masih terlalu banyak kesangsian. Berat sungguh pertimbangan hati yang sedang kau tanggung. Tidak mengapa, dengar dendangan nyanyian ini buatmu, supaya boleh jelas apa maksud cintaku. Nyanyian Jujur Ta’kan Melupakanmu, aku pinjam dari teman manusiaku, Ela.

duhai kekasih pujaan hatikuku
dapatkah kau memberikanku satu arti
sedikit rasa yang bisa kumengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekadar bersama

jujurlah padaku
bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku
bila tak mungkin bersama
jauhilah aku lupakalah aku selamanya

terindah lagu yang terindah
sengaja aku cipta untukmu yang terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga dapat menghacurkan kerasnya
batu prasangka

aku ta’kan melupakanmu
ta’kan meninggalkanmu
ta’kan menduakan cintamu
ku bersumpah
aku tak ingin menginkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta
yang membara

Ya Kota ini adalah Kota Sejarah. Di sini, aku kepingin mulai melakar sejarah hidup kita. Di sini, aku akan buktikan betapa putihnya cintaku padamu, Cenderawasih Sayangku. Biar di Kota ini, aku mulakan segalanya. Mulanya perjalanan hidup kasih sayang kita.

Ayuh, kita di pinggir sungai sana. Dulu sungai ini adalah nadi, tempat dagangan paling tersohor di nusantara. Kapal dagang penuh sesak berlabuh di sini. Kau pernah dengar, nyanyian Bengawan Solo, begitulah mirip jalan ceritanya. Kini, hanya tinggal sebaris pohon-pohon bakau ini. Lihatlah manusia di sini, bakau-bakau ini habis dihiasinya dengan pelbagai lampu, ah, para burung, para rama-rama, apa saja yang boleh dibuat mereka, segalanya dengan lampu-lampu itu, pandai sungguh mereka mengelirukan mahluk seperti kita. Atau, sudah semakin jelas bahawa manusia sudah mulai selesa dengan segala kepalsuan, kepalsuan itu teramat indah tampaknya.

Yah, seharian sudah kita terbang, kita sudah terlalu penat. Kita telusuri saja sungai ini, di malam ini, kita tumpangi tongkang yang simpang siur itu. Marilah kau duduk paling dekat dengan ku. Angin kencang dan dingin malam ini, buat matamu kelihatan layu, ya, tidur saja dalam pelukkanku. Biar kepakku hanya sependek ini, biarlah aku dakap erat tubuhmu. Rasakanlah betapa hangatnya darah yang sedang menerjah di bawah kulit tubuhku, begitulah hangat dan hebatnya perasaan cintaku pada mu.

Cenderawasih Sayangku, lihat apa itu. Beca namanya bukan. Cukup indah ye. Lihat manusia-manusia itu, cukup terhibur mereka didendangkan dan dikayuh Pak Beca keliling kota. Ayuh kita terbang saja membuntuti beca itu, lihat dua sejoli itu, aduh mereka berpegangan tangan. Indah tampaknya. Sungguh romantis, lihat si dara, menyerah diri, manja dalam dakapan si teruna. Tidak mungkin mereka itu dapat dipisahkan. Mudah-mudahan cinta dan cita-cita mereka mekar, membiak, tumbuh melata, melahirkan bangsa merdeka dan gagah!

Lihat pohon bakau ini. Cukup besar, rendang, hijau. Pasti kuat. Aku kira tidak ada binatang buas di sini. Kita hinggap saja di situ dan kita tidur di sini ya. Kita pilih saja dahan yang paling tinggi, agar dapat kita melihat seluruh gemerlapan Kota ini di malam bersejarah ini. Cenderawasih Sayangku, malam ini aku ingin tidur sedahan denganmu. Biar aku dakap tubuhmu. Bair aku tatap puas wajahmu dalam lena tidurmu. Usah kau khuatir, aku tetap dengan sumpahku, akan kutahan sifat buas nafsu manusiaku.

Wajahmu nan putih lembut. Bulu-bulu kepala dan lehermu yang menjurai hitam kebahu, betapa indahnya wajahmu. Biar aku terus menatap wajahmu. Tidurlah. Aku puas begini. Sepanjang dingin malam ini, aku mahu menatap dirimu sahaja, bersenandung bersama Abiet, memuja dirimu di depanku:

rambutmu yang hitam panjang
jatuh di bahu
kadang luruh di hujung dagu bila engkau tertunduk
jemari tanganmu lentik lembut memainkan gitar
nampaknya rembulan pun terkesima

lewat satu lagu tak usai kau nyanyikan
perlahan kau tengadahkan wajah sibakkan rambutmu
matamu tajam berpinar tembusi kegelapan malam
burung gagakpun jadi engan terbang

sedetik ku terpegun dalam kesendirian
gelap kelam membentang di depan mata
burung-burung pipit terbanglah menjauh
khabarkan pada awan cerita ini
aku lagi jatuh cinta, pada gadis kecil
yang memainkan gitar

ombak di laut, perdu di belantara
kadang mampu menyatu dalam satu lagu
begitupun yang kuharap
dapat mempersempitkan jarak
sikapku dan sikap keanakananmu….

Cenderewasih Sayangku, hatiku, jiwaku, kuserahkan padamu. Kau terimalah seadanya, aku tidak berjanji, namun akan kuusahakan, akan kubina taman syurga di dunia ini buatmu, dan anak-anak cucu kita. Tetaplah kau bersamaku, dalam membina keazamanku. Untuk kita, untuk semua. Kaulah sangkala semangat perjuanganku.

5.4 Ketenangan nan membosankan

Kau belum puas untuk memastikan siapa aku. Aku, akan buat apa saja, biar kau puas, apakah aku ini jujur, atau sekadar, suara-suara jalanan biasa. Kita ke Kotaku. Kita rentasi lautan luas di sana itu. Awas, kita harus kuat. Angin kencang pasti menghambat laluan penerbangan kita.

Ya. Kau lihat saja di sini. Segalanya hijau. Tiada hiruk pikuk, sepertinya Kota-kota dahulunya. Aman segalanya. Oh. Jangan kau cari pencakar langit di sini. Kami punya banyak yang asli, tinggi-tinggi dan besar-besar di perbatasan sana, lihat di sana, di timur dan utara, kebiruan, masih hijau. Jangan kau harapkan perlu buru-buru terbang sepantas kilat di sini. Kami di sini tampak perlahan, bukan kerana lesu, kami adalah anak-anak tertib yang masih terikat dengan seribu kesopanan dan sikap manusia hidup bermasyarakat.

Tampak, kau mulai bosan. Tampak pada wajahmu, ini bukan kehidupan yang kau kejar. Ya, Cenderawasih Sayangku manis, kerana kau masih manis mungkin, tidak kau hargai semua ini. Ketenangan ini, kedamaian ini, kesegaran ini, seperti neraka buat mu, apakah syurgamu hiruk pikuk, aku pasti tidak begitu. Cuma aku sedang mentelah, bahawa kau mahu berundur pergi, ketenangan dan kesegaran ini terlalu membosankan untukmu. Kau sudah biasa dengan segala kedamaian ini. Segala ini sudah ada di syurgamu.

Tidak mengapa, mompong kau sudah di sini, di bumiku ini. Ayuh kita menelusuri sungai ini. Lihat betapa biru di sebelah kejatuhan sana, itu Serapi namanya, dibayangi merah sore, menakjubkan. Dari tanahmu, tidak mungkin kau lihat, akan kau nikmati keindahan ini. Kita bontoti sampan itu, lihat ianya bergerak seperti sang siput menjalar di kaca nan tenang. Kocakan pendayung pada air sungai, seperti melukis talian ombak-ombak kecil yang sungguh mengetarkan. Apa kau rasa semua ini?

Kita ke Gunung, di Puncak Borneo. Di sana, akan ku perlihatkan padamu saujana keluasan menjangkau sampai ke sarang sang Garuda. Semuanya hijau. Semuanya segar. Tiada apa yang boleh menganggu mimpi kita. Yah, kau lihat itu, semua bunga-bunga sedang mekar. Semuanya warna lembut, merah jambu dan jingga. Warna cinta dari syurga. Hijau dan kehijauan, menenangkan segala keributan kita. Mereka semua sedang mengalu-ngalukan kehadiran kita. Apakah kau terasa lambaian mereka? Atau hanya aku yang perasan?

Biarku pimpin tanganmu. Di sini, biar sebentar kita lupa bangsa burung kita. Aku mahu kita jadi manusia. Tuhan, kau jelmakan kami, jadi manusia, sebentar buat menikmati ciptaanMu ini. Ayuh, biar ku pegang erat tanganmu, biar puas kita berpimpinan. Yah, kau mengomel pasal tangan lembutku, seperti tangan sang puteri, tidak pernah kerja apa-apa, kau menduga-duga. Juga, kau bandingkan jari-jari kecil dan kerasmu, dengan jari-jari lembut, tirus tanganku. Ah, hanya kerana telapak tangan dan jari-jari kau mulai membedakan kita. Besar sungguh rasa tidak yakinmu!Sebaliknya, kau harus syukur, kerana sememangnya bergitu, bagi manusia Tionghua, itu tandanya, rezekiku akan murah. Itu juga tandanya, jiwaku adalah jiwa seni, yang halus, mudah tersentuh. Penganglah tanganku sepuasmu, jari-jariku, biar selembut mana, pasti ianya tetap jari-jariku yang lelaki.

Ya, aku syukur kau sudah mulai suka akan bumiku yang sepi ini. Ingat, sepanjang kau ada di sini, kita mesti jadi manusia. Lupakan dulu sifat burung kita, biar dari mana asalnya kita. Ya. Kita menjadi manusia dulu. Kerana, jika kau setuju bersamaku selamanya, akan ku hadap Tuhanku, biar kita kekal jadi manusia saja. Tidak usah kau pulang jadi burung. Kini biar kutukar saja namamu jadi Cenderawati, kau suka nama itu.

Ayuh kita berjalan lewat padang luas ini. Hahh, kau mau tinggalkan bekas-bekas kakimu di situ, ayuh, kita bikin apa saja. Di sini, aku bebas. Aku bebas membuat apa saja. Di sini, seluruh kedamaian ini, ingin ku nikmati bersamamu, sepuasnya. Cenderawati, sayangku,:

ku simpan asa di rerumputan
tempat kita pernah berjalin tangan
nafasku dan nafasmu saling bertautan
meniti kasih diselembar benang…..

Kau lihat awan-awan berarak di kepala kita, begitu kasih Tuhan akan kita. Mungkinkah Dia sedang membisik padamu, bahawa semua ini pasti akan lebih aman dan lebih damai, jika kau bersamaku. Terus-terus begini. Kerana, di hatiku, telah pasti, bahawa aku akan jadi manusia perkasa, berdiri untuk umatNya untuk kita semua. Telah kupohon padaNya kebahagian sebegini. Juga, sepertinya Adam, aku terus-terusan untuk sekian lama, mencari engkau yang ku senangi dan engkau yang bakal kuhargai, Cenderwatiku. Ketahuilah, aku bercinta bukan untuk aku, aku bercinta kerana, aku mahu buah-buah cinta yang bakal meninggalkan anak-anak yang boleh menjejaki laluan-laluan kemanusian yang sempurna demi manusia sejagat. Cinta dan kasihku adalah lambang kesejagatan kemanusiaanku. Ya payah untuk kau mengerti. Atau kau tak peduli tentang tanggungjawap ini?

Ayuh kita ke lautan sana. Di seberang sana, aku ke sana sedikit masa lalu. Tanah di seberang sana itu namanya Vietnam. Di sana pernah tumbuh manusia yang ku kagumi, sejak aku dari kecil lagi. Ya, kini Pak Ho Chii Minh, hanya potretnya saja boleh kutatapi. Biar dia hanya manusia kecil, kurus, dan tua, namun kerana dia, tanahairnya merdeka dari segala kuasa dunia. Mereka sudah merdeka, dari kelalaian dan kebodohan silam. Kini mereka sedang bangkit, mengejar waktu dengan caranya sendiri. Aku kagum akan bangsa itu!

Lautan di depan kita ini adalah Laut China Selatan. Akupun sehingga kini kesal, kenapa, di sini, dilingkungi wilayah nusantara, sedangkan Melayu tunggaknya, namun laut Tionghua kita namakan. Bukankah Portugis, Belanda, Inngeris, bila mereka ke sini, mereka menemui orang-orang Melayu dulu, sebelum ke Tionghua. Kenapa tidak nenek moyang orang Melayu, dengan tegas menyatakan hak mereka. Kenapa laut itu tidak di namakan, Nusantara Sea, bukan South China Sea.

Begitulah, kau mungkin kian sedar, betapa aku, sangat-sangat lantang mengenai hak. Hak kita mesti kita pertahankan. Dan tidak setakat itu, perlu kita satu dan perkuatkan. Maka, sepatutnya kau juga telah sedar, bahawa aku hanya ingin jadi manusia yang akan mempertahan dan mengembangkan hak yang hak. Tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Aku rela bairpun dengan harga nyawaku, demi mempertahankan hak dan yang hak. Ayuh bantulah aku mencari seribu kebijaksanaan dalam menelusuri perjalanan ini.

Maka aku perlu jadi manusia perkasa, aku telah memohon kepadaNya, turunkan aku manusia ke sampingku yang dapat membantu aku jadi begitu. Aku pasti, dia, adalah engkau Cenderawatiku. Jika tidak kenapa harus kau didatangkan saat jiwaku sedang marak sebegini. Tika jiwaku sedang dilanda beban membangkit bangsa. Cuma kau tidak mengerti, atau terlalu takut untuk mengerti. Tidakkah kau kepingin bersama perjuangan ini. Perjuangan yang pastinya untuk kebahagian anak cucu kita nanti. Untuk bangsa manusia yang tahu akan haknya! Dan kita bimbing manusia ini, supaya tidak hanya betah berdiri melihat, dan kecut untuk mengorak langkah! Janganlah kau kecut atas cita-cita dan fahamanku ini, tidak aku akan mempertarungkan kebahagianmu, lantaran perjuanganku. Kita harus meniti hidup ini bersama.

Lihat di pantai sana, Pantai Damai. Cukup santai di kolam renang itu. Kita baring sambil berpegangan tangan di sini. Lihat lelangit malam, cukup cerah. Ya. Kau suka pada bintang-bintang. Di sini, di bumiku ini, saban malam pun kau boleh melihat bintang-bintang itu. Ya panjang juga ilmu bintangmu. Aku tidak pernah tahu, yang tiga sebaris itu adalah penujuk arah Kaabah. Sekurang-kurangnya titik cintaku, kau warnai dengan ilmu arah rumahnya Tuhanku. Aku akan ingat itu. Sehingga sepanjang hayatku. Pedoman hidup kembaraku nantinya.Ya. Dalam entah berapa juta bintang-bintang, ada sekelompok bintang, menjadi arah pedoman kebenaran.

Malam ini kita tidur sama lagi. Di bumiku, aku bebas, kerana manusia kepala putih-putih di sini, adalah juga manusia sepertiku. Bukan kepalanya harus saja putih. Jiwa kami di sini masih putih. Biar apapun, kami tahu hitam dan putihnya. Maka usah khuatir sebagai khuatirnya engkau di Port Dickson.

Aku ingin menatapi wajahmu, wajah manusiamu. Aku mahu tidurimu sebantal, bila dingin malam mencengkam bertandang, biar selimutmu ku tambah dengan hangat tubuh manusiaku. Usah khuatir, janjiku padamu, tiada apa yang akan kuambil darimu, tiada aku perlu kau menebus apapun. Kau harus ingat, aku akan hanya mengambil yang hak bagiku hanya pada waktunya terhak bagiku. Aku sudah tekad begitu!

Aku cuma ingin lebih dekat padamu. Ya. Aku seperti akan tahu, bahawa, inilah kemesraan kita yang terakhir. Tadi, semasa lewat antara bukit-bukit Santubong itu, aku terdengar siulan cenderawasih yang lain, aku tahu kau sedang sembunyikan sesuatu. Jantungmu sudah mulai terbelah. Aku tahu. Aku sadar. Di jarimu, ada sesuatu yang aku tidak mahu, namun payah untuk kau lepaskan. Aku tahu. Aku sadar. Kau sedang bingung menentukan antara aku dan pemberi cincin itu. Tapi, aku seperti aku dalam perjuanganku, aku yakin bahawa kau adalah hakku. Jika aku tidak berusaha, maka, akan kesallah aku sepanjang hayatku, melepaskan hakku tanpa perjuangan. Soal aku berjaya atau tidak itu bukan urusanku. Tetapi aku mesti perjuangkan hakku. Aku yakin, Tuhan datangkan kau untukku, maka aku mesti hargai anugerahNya, biar dengan penuh cabaran. Aku pasti itu mahuNya, dia mahu aku sentiasa mendapat yang payah-payah!

Yah kau sudah mulai sadar akan pendirianku, dan kau rangkul leherku, apakah itu tanda kau sudah mulai yakin akan aku. Aku tahu kau sedang menyedut kuat wangian tubuhku. Biarku, ceritakan. Wangian itu adalah pilihan temanku, teman yang kini, sedang berjuang bersamaku, menegak keperkasaan bangsa ini, Wati namanya. Dia yang mengajarku memilih dan memakainya, wangian issey miyake, wangian lambang setia kami pada perjuangan ini, mendirikan bangsa merdeka dan perkasa, jika nanti kaupun mahu memakainya, aku berharap itulah semangatnya, setiakawan, setia kepada perjuangan. Biarlah suatu waktu nanti, harumnya bangsa ini, lebih harum dari issey miyake.

Itulah aku, jika kau ingin tahu, payah untuk aku melupakan sesiapaun, mereka yang berjasa, dan teman-teman sejalananku biarpun mereka mungkin telah menyakitkan aku. Aku harap kau tidak cemburu hanya kerana perkara sekecil-kecil wangian itu. Lihatlah aku pada perjuangan besarku, tidak pada sifat-sifat kecilku. Aku sedang usahakan, untuk membersihkan diri. Kau bantulah aku nantinya.

Ah. Di perbaringan ini. Kenapa kita jadi lucu begini. Bila saja aku sadar, dan kepingin menatap wajahmu, mungkin buat terakhirnya, pantas saja kita sama-sama membuka mata. Sudah beberapa kali begini. Buat kita sama-sama tertawa saja. Apakah kepala kita sudah serasi, atau kau terlalu mencurigaiku, sayangku Cenderawatiku, usah khuatir tidak aku akan menjampimu, paling mahu hanya ingin kuhembus nafas Kursi di wajahmu. Seperti selalu aku lakukan pada anak-anak kecil yang selalu tidur bersamaku. Dengan iringan doa, agar mereka jadi manusia gagah perkasa, berjiwa sepenuhnya manusia!

Juga untukmu, jika kita takdir memisahkan kita, dengan hembusan Kusri ini, aku doakan agar kau bahagia, dan lahirkanlah anak-anak merdeka nan perkasa.

Kini aku ingin pasti. Apa yang harus kulakukan. Ikatan di jarimu, bukan ketentuan terakhir. Itu hanyalah adat. Masih boleh dilepas dan dipulangkan. Cuma kita kena lakukan secara terhormat, supaya tidak mengaibkan. Ikatan itu bukan keperluan hukum Tuhan. Ya. Aku telah rujuk perkara ini, dengan hakim syarie. Ini bukan kata hatiku, ini hujah yang arif. Soal, apakah kita akan merosakkan kedamaian dan kesepakatan kedua-dua belah keluargamu dan keluargnya, memang, masa itu, sememangnya begitulah. Ianya keputusan atas tidak ingin kesengsaraanmu terulang dan kau yang telah menyerahkan segalanya bagi mereka menentukan. Pokoknya, dasarnya, mereka memutus atas kehendakmu jua. Kehendakmu, adalah pemutus. Namun aku sadar, hakmu tetap hakmu. Aku hanya ingin berusaha mendapatkan hakku, pada usaha sepatutnya.

Dan tunanganmu itu, kau pilih dia, sememangnya atas suka sama suka, yang terpupuk sekian waktunya. Tapi berbeda dengan kita, cinta kita terpancar sebaik saja kita bersua. Dan, kini, kita sampai bergini. Sudah mengharung entah berapa gunung, berapa lembah, berapa padang, berapa sungai, bahkan kita sudah menyeberang lautan luas. Aku telah korban banyak waktuku, bahkan tenagaku, masa tidurku, masa rehatku. Aku telanjangi diriku kepadamu. Supaya kau lihat diriku yang sebenar. Semuanya sudah kau tahu. Dari semula aku meneriak hingga kini, di sini, aku serahkan segalanya. Kita sama-sama lalui semuanya. Lihatlah wajah kita, tubuh kita, sudah tidak lagi sesegar dulu-dulu. Layu. Tidakkah itu bermaksud kita sedang di bakar cinta yang maha dahsyat.

Bagiku, tidak pernah kualami sebegini dalam, sebegini jauh. Tidak pernah. Namun, aku tidak memaksakan. Aku hanya menebus segala upayaku.
Ya. Kalau orang tuamu, yang kau takuti, biar saja aku mengadap mereka. Tuhan yang maha berkuasapun aku sanggup menghadapiNya, masakan kejadianNya aku harus kalah, aku tidak harus undur. Biar, dan izinkan aku ketemu orang tuamu. Aku mahu membuat yang terhormat. Jangan kau bersenda mahu kahwin lari. Tidak. Aku bukan manusia semberono. Biar gayaku tampak mudah begini, namun nilaiku tidak serendah itu. Aku mahu anak cucu kita tumbuh dari kesucian dan kehormatan sebenar, dari sebemula.

Hidupku nan ringkas ini, adalah pancaran jiwaku. Aku cuma mahu kepalaku dipenuhi kebijaksanaan dan kewarasan untuk umat manusia. Buat, diriku, biar aku paling ringkas sahaja. Aku tidak boleh menanggung seluruh kehebatan hanya pada satu jasad. Biar jasadku hanya menanggung beban amanah kejadianku. Aku ingin terus jadi manusia ringkas. Atau apakah ringkas itu tidak setepat maksud ringkasmu? Atau kerana aku, hanya ingin berbakti yang terbaik buat Tuhan kita, maka kau takut aku melupakanmu? Sadarlah, ini mungkin kekhuatiran permulaanmu, percayalah, akhirnya, siapapun juga pilihanmu, ke situ juga akhirnya dia, biar mungkin jalannya berbeda. Namun, setidak-tidaknya, tidakkah mungkin, pengabaianku, hanya kerana untuk semua, nan pasti akan suatu waktu akan kau ukir juga dalam diari kejayaan hidupmu dan anak-anak kita. Dengarlah nyanyian Wynette/B. Sheriiff ini, Cenderawati sayangku:

sometimes it hard to be a woman
giving all your love to just one man
you'll have bad times
doing things that you don't understand

but if you love him you'll forgive him
even though he's hard to understand
and if you love him
oh be proud of him
'cause after all he's just a man

stand by your man
give him two arms to cling to
and something warm to come to
when nights are cold and lonely
stand by your man
and show the world you love him
keep giving all the love you can
stand by your man....

Ya. Aku mahu ketemu orang tuamu. Baik, kau setuju. Sepekan lagi aku ke Pulau kelahiranmu. Usah khuathir, ibumu sebayaku, ayahmu cuma, duluan enam tahun dariku. Aku tahu langkah kerjanya, maka aku tahu akal gayanya. Kau akan kulindungi sepenuhnya. Tidak akan aku rosak hubunganmu dan keluargamu. Upaya kita, pasti mencarikkannya, namun akan kusatukan juga akhirnya. Usah, khuatir, jika kau pasanganku, mereka adalah juga sebahagian dariku. Kau lihat saja, bagaimana aku, sangat hormat pada yang dewasa, asal saja, hakku jangan terganggu. Apapun, aku tidakkan hilang kemanusiaanku. Aku sadar aku bukan manusia sembarangan. Aku punya harga diri yang mesti kujaga. Tidak mungkin aku jadi gila yang boleh memusnahkan cita-cita perjuanganku. Itu aku pasti.

Baik, kau setuju. Ya. Sepekan lagi aku akan terbang lagi menyeberangi lautan ganas ini, demi cintaku padamu.

5.5 Asalmu, sebenarnya manusia?

Rupanya kau bukan dari syurga. Kau cucu cicit Mahsuri. Kalau begitu, sekarang juga aku mengahap Tuhanku, aku mau kau kekal sebagai Cenderawati, bukan lagi Cenderawasih. Kau asalnya manusia. Kau bukan burung sejati. Kau mesti kembali sebagai manusia. Tidak perlu kau bebas seperti burung, payah aku menghambatmu. Biar terus kita sama-sama jadi manusia yang boleh membimbing semua manusia. Itu tugas kita.

Yah, di Pulau ini, Tuhanku, Kau izinkan bapa Cenderawatiku, menjemputku. Syukur, alhamdullilah. RestuMu, kian jelas. Ya, bapanya, tampak lembut, sangat mesra. Sama-sama kami saling hormat. Biar mungkin sudah ada detak prasngka di hati, firasat orang dewasa, pasti ini semua bukan kebetulan, tapi rencana teliti, yang tampaknya direstuiNya. Aku yakin. Aku berusaha. Kita pasrah.

Di Pulau ini, kini aku sadar, kenapa kau dijadikan Cenderawasih, inilah sumpah Mahsuri, bukan sembarangan. Hanya Cenderawasihlah yang boleh selamat dari terkaman helang. Maka, untuk supaya kau selamat, maka disumpahnyalah kau menjadi Cenderawasih. Biar kau, boleh hijrah ke syurga, di sana, hidupmu akan aman, dilindungi para malaikat. Ya, kini aku tahu, syurga itu sudah biasa bagimu. Maka, kedamaian di bumiku ini, ibarat syurga nan membosankan. Samalah kau seperti Adam, mahu yang lebih hidup! Cuma hidup dan kehidupan kita, berbeda pengertian dan pengisiannya.

Aku, kini, yakin, semakin yakin, supaya kau jadi manusia, maka aku mesti memecahkan sumpahan Mahsuri itu ke atasmu. Ya. Untuk itu, apa boleh aku melindungimu dari serangan helang-helang ganas di Pulaumu. Tak mengapa. Aku akan cari sarang mereka. Khabarnya di Paya Bakau Kilim. Aku ke sana sekarang juga.

Ya. Ini khabar gembira buatmu. Telah kutangkap satu-satu helang-helang itu. Semuanya sudah kusimpan dalam sangkar yang terbuat dari besi waja, kini semuanya kaku, hanya potret keindahan buat tatapan semua.Yah. Kini kau bebas dari bencana helang-helang ini.

Aku cukup puas. Kini kau boleh jadi manusia semula. Semuanya selamat. Esok, aku mahu terus bicara dengan orang tuamu. Aku akan bicara hal yang lain-lain. Bukan soal kita. Aku mahu biar mereka kenalku dulu, aku akan berjinak dulu, aku sebagai aku, yang sebenarnya bukan aku yang bakal mengadap mereka sepekan lagi. Aku sebagai kenalan baru, biar sepekan lagi mudah bagiku mengadap mereka sebagai pejuang yang mahu memilikimu. Itu rencana kita. Aku tekad akan kuusahakan.

5.6 Jalanan keremajaan kita serupa

Ah. Kau mau datang pula menghampiri ke sini. Ke Kota Setar. Kenapa tidak kau datang terus saja ke Pulaumu. Kenapa harus berlegar di sana. Apa kau sangsi dengan upayaku. Usah kau khuatir. Atau, kau sudah punya jalan kedua? Oh ya, kau mahu ketemu temanmu. Pastinya, urusan itu lebih penting dari bertemu orang tuamu, ya, sudah berapa lama kau tidak ketemu orang tuamu?

Baiklah, ke sana , ke Kota Setar aku akan berkejaran. Kutangguh dulu waktu untuk ketemu ayahmu. Wakyu bagi aku berjinak-jinak dengannya, sebagaimana rencana asal kita. Tak mengapa, sepekan lagi, akan aku ulangike sana. Boleh saja aku selesaikan semuanya nanti.Bagiku, kata-kata mu adalah pemutus. Jika orang tua mu tidak setuju sekalipun, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa jika kau memilih jalan yang lain. Itu aku pasti. Biar aku bersamamu dulu.

Ayuh, apa sudah kau temui temanmu, yang ingin kau kunjungi. Belum? Ayuh kalau mahu kita ke rumahnya saja. Wah, tampaknya banyak halangan mau ketemu dia. Jalan ke sanapun kau tidak tahu! Yah, apa benar kau ke mari kerana urusan bersama temanmu ini, atau kau sedang membuat rencana lainnya, seperti kata-kataku dulu, tangan lembutku adalah lambang halusnya hatiku. Aku boleh merasa, kau punya jalan lain dari rencana asal kita. Wajahmu dan gaya gerak badanmu tidak mungkin menyembunyikan itu. Hatiku juga kian sangsi, tentang kejujuran rencana ini. Tidak mengapa, mungkin itu hanya getaran was-was, atau gemuruh darah muda!

Sore ini, kita jalan-jalan saja. Wah, ini Masjid Al Bukhari. Nama agung, ulama Asia Tengah. Sangat bersar dan sangat agung ilmunya Bukhari. Aku sedang impikan mahu ke sana satu hari nanti. Kepingin aku mengandeng tanganmu di sana. Tapi, ini Al Bukhari lokal. Tidak mengapa. Indah sungguh masjidnya. Izinkan aku sujud dulu di sini, biar aku terus munajat kepada Tuhanku, tentang kesangsian yang mungkin menjelma ini. Aku kagum, suara lunak imamnya. Belum pernah aku boleh sujud dan tafakur sekusyuk ini, dadaku bukan kepalang lapangnya. Aku seakan-akan melihat senyuman ibuku, seperti merestui hadirmu dalam hidupku. Yah. Aku ingin persembahkan cucu-cucunya, anak-anak kita di pusaranya, dia dan pusara bapaku, buat menyambung doa-doaku buat mereka bila aku sudah pulang sama, nantinya.

Malam in aku sarankan kita makan dengan teman-temanku. Kami sudah kenalan sejak tiga dekad yang lepas. Anak-anaknya pun sudah besar-besar. Aku rindu dengan anaknya bernama, Aizat. Dia terpisah dariku sejak umurnya tiga tahun. Kini pasti sudah perawan yang manis. Yah, makan malam ini, bersama teman-teman ku ini, aku ucapkan terima kasih. Kau tampak selesa dengan mereka. Dan paling aku perhatikan isteri temanku cukup senang denganmu. Jika tidak, pasti aku tahu dari raut wajah dan gerak badannya. Syukur, tanda-tanda bahawa kau paling sesuai untukku adalah paling jelas. Maaf, aku cuma ingin pasti, lebih pasti tentang gerak hatiku.

Sebelum pulang ke Kota-kota kita, kita ke sana. Ke Pekan Rabu dulu. Aku mahu mencari ole-ole buat anak-anak buahku. Kau lihat di sini, orang-orang Melayu, punya jiwa besar, namun usaha mereka kecil. Inilah yang di katakana nafsu tidak sepadan usaha. Aku tidak pasti apakah Tuhan akan mendengar doa mereka, mahu berjaya sedang kegigihan mereka tidak sebesar doa-doa yang di sembahkan.

Aku bersyukur, bersamamu di Pekan Rabu ini, kutemui semua buku karangan Pak Hamka. Sekian lama kau mencari tulisannya dia, khususnya Tengelamnya Kapal Van Der Wjick.. Aku pernah ketemu beliau. Beliau adalah ulama besar zamannya dari tanah seberang. Aku ingat pesannya, jangan sesekali durhaka pada orang tua, biar siapapun mereka. Tiada mereka tiadalah kita. Himpunan buku-buku ilmu ini, adalah khazanah tanda cinta kita. Akan kutebar ilmunya, semarak cinta kita. Al Quran majmuk kecil itu, yang sama-sama kita pilih, biarlah jadi hadiah cintaku yang abadi untukmu. Kau bawalah ke mana saja kau pergi nantinya, mudah-mudahan ianya jadi panduanmu yang abadi.

Setakat ini, Pekan ini hanya baru melahirkan seorang saja yang berjaya. Orang-orang di sini memanggilnya CheDet. Namun dia bukanlah peniaga yang paling berjaya. Kejayaannya seolah-olah merestui, agar mereka ini terus jadi kecil, dan terus menetap di sini, seperti mengharap akan ada tangan Tuhan menarik, mengangkat martabat mereka tanpa kegigihan yang ulung. Inilah tunggak kegagalan mereka, orang-orang Melayu. Berdoa tanpa usaha (sepadannya)!

Siang ini, atas sifatku yang engan diam. Ayuh kita ke mana-mana saja. Membina memori indah bersama. Ya, di Kota ini, kau tunjukkanku tempat permainan masa kecilmu, tempat kau dididik menjadi perawan manis, ya nostalgia masa mudamu, kita lewati bersama. Kini aku mahu membawa kau ke tempat aku mula-mula mengenal erti kehidupan. Di sana, di SMSAH, aku kepingin mencari guruku, yang pernah merotanku, biar aku ucapkan terima kasihku padanya. Kerana rotannya, membuat aku berkepala metamatika yang hebat sebegini. Aku mahu dia tahu, aku rela akan rotannya, biar dulu aku menahan amarahku dengan linangan air mata.

Dalam benakku, kau kemari, ke Kota ini, sedang aku, seharusnya bersama Mahsuri, berkenalan dan berjinak dengan orang tuamu, agar mudah urusan ku selanjutnya nanti, adalah bagi mengingati jalanan hidup keremajaan kita. Aku pasti, segala ini, bukanlah sutau kebetulan saja. Inilah kerja tangan Tuhan. Apa ertinya, aku kira, supaya kita sama-sama jangan lupa tentang kepayahan dan kesempitan masa remaja kita, kerana kita sedang menuju kedewasaan yang kian kemelut! Inilah detik nostalgia, nan perlu kita abadikan, selamanya.

Lihatlah, betapa keserasian kita. Sama-sama tumbuh di Kota ini. Ini bukan kebetulan. Ini semua, kerana Tuhan mahu kita menjejaki persamaan keremajaan kita. Jika kau tidak mengerti, bukan kerana kau tidak mengerti, aku kira kerana kau sudah malas berfikir. Kita tampak dua manusia serupa, namun tidak sama, aku suka kepayahan, sedang kau, lantaran masih manis, mungkin mahu yang mudah-mudah saja. Aku sudah tampak berbedaan kita. Seperti langit dengan bumi. Seperti Cenderawasih dan pipit. Kuharap kau mulai sadar, esok, kepayahan dan cabaran juga akan kau cari.

Namun, aku tetap bersyukur, kerana kau sudah bukan lagi Cenderawasih. Cenderwatiku, sayangku, aku benar-benar cintakanmu. Aku tidak bermain-main ini. Sepekan depan aku, aku sekali lagi akan ke Pulau Mahsuri. Restu orang tuamu akan kutuntut. Biar lambat, kita jaga kehormatan masa depan kita. Percayalah, tidak sekali-kali aku akan durhaka akan pesanan Pak Hamka.

Sementara itu, izinkan dulu aku pulang. Pulang ke Kotaku. Aku masih banyak tugas dipundakku. Aku tidak mahu, urusan kita, menghalang tugasku. Ayuh sama-sama kita pulang ke sarang dulu. Ingat pesananku ini:

I was looking for love in all wrong places
Looking for love in too many faces
Searching their eyes, looking for traces
Of what I'm dreaming of
Hoping to find a friend and a lover
I'll bless the day I discover
Another heart looking for love...

5.7 Mungkin yang terakhir

Ya, aku sememangnya gila. Aku gila akan kerjaku. Tanpa kerja aku boleh jadi gila. Biarkan aku gila kerja, dari aku jadi gila tak berguna. Dan tanpa kerjaanku, siapalah aku. Tidak mungkin juga kau akan menghampiriku, menolehpun pasti juga kau tidak mahu. Maka, biar saja aku gila kerja. Jangan itu jadi kesangsianku, kana upayaku memberikan perhatianku padamu.

Biarpun hanya dua hari lepas aku baru berada di sini, di kotamu ini, dan kini aku sudah datang lagi. Begitulah hebatnya jika kita bukan burung. Kita manusia. Kita boleh terbang ke mana saja, bila-bila saja, asal kita punya upaya dan masa. Burung tidak mungkin boleh berbuat sebegitu. Makanya, aku tidak mahu jadi burung, bahkan aku tidak juga mahu kau kembali jadi Cenderawasih.

Yah malam ini, kita ketemu lagi. Biar hanya seketika. Tidak usah lama-lama. Kita ketemu sekadar mengubat rindu. Lain kali saja kita ketemu untuk melepas rindu. Aku tetap rindu bersamamu. Aku tetap girang, biar tidak kutunjukkan. Nan pasti, aku sentiasa ingin bersamamu. Aku cukup senang begitu, asal saja kau senang sama. Aku tidak peduli ke mana saja kau mahu pergi bersamaku, akan kuterjah. Aku sedia. Kerana aku sangat sayang dan ingin kau bahagia bersamaku.

Tidak mengapa kita tidak santai di tempat yang hebat-hebat. Di warung-warung inipun aku cukup senang, asal saja bersih dan mesra. Ya. Aku senang melihat anak-anak bangsa Melayu ini, gigih berusaha. Di warung-warung biar mereka bertarung, menyabung keringat mencari rezeki. Biar mereka berlajar mengejar kejayaan. Aku senang di Pasar Malam Cheras yang hiruk pikuk ini. Di Kotaku, tiada semua ini. Bagus begini, buat menambah ilmu perjuanganku.

Sayangku, malam esok aku terpaksa pulang dulu. Aku kepingin, ketemu seseorang yang sangat berjasa dalam hidupku. Aku cuma ingin mengucapkan terima kasih sementara dia masih mampu mendengar dan melihatku. Khabarnya, di kampungku, pamanku juga sedang tenat, biar aku kembali dulu, biar berat rasa hatiku, meninggalkanmu di sini.

Sayangku, aku seperti merasakan, inilah pertemuan akhir buat kita. Lagakmu, mengambarkan itu. Cukup jelas padaku. Kau seperti tidak rela akan hadirku di malam ini.Di awan biru, telah kurasakan getaran yang sungguh tajam. Biar, diam, aku sebenarnya sedang menahan perih, yang kuduga, boleh memecahkan dada.

we used to have good times together
but now I feel them slip away
its makes me cry
to see love die
so sad to watch good love go bad

it breaks my heart
to see us part
so sad to watch good love go bad

it is any wonder
that I feel so blue
when I knowfor certain
that I'm losing you

8. Kemelut Cenderawasihku

Sang Cenderawasih, kerana dia burung dari syurga, mampu dia mengumpul segala pungguk yang ada, dan menyeru kepada mereka. Wahai pungguk burung indah dari segala belantara. Di sana itu sedang sarat hati seorang manusia kerana cintanya padaku. Aku tidak terdaya melihat sengsaranya. Darah dan keringatnya sudah berhamburan mengejar cintaku, dan hampir-hampir hembusan nafasnya tercabut pergi. Cinta kami sukar bersatu, cinta kemelut dua hati yang ada padaku. Tidak bisa kami bersatu, biar setinggi mana cinta kami. Tidak mungkin. Hatinya satu, hatiku terbelah dua. Aku juga kian sarat dan sengsara menanggung ikatan yang sudah termetri. Aku cenderawasih yang sudah tidak bebas.

Wahai sang segala pungguk. Aku perlu bantuan kalian. Aku ingin pulang berbicara sama orang tuaku. Aku kepingin tahu budi-akal mereka tentang perkara ini. Wahai pungguk, kau dendangkanlah seindah nyanyian yang boleh kau cipta agar dia terus tidur lena sementara pemergianku. Suara merdumu bak teman manusianya Siti Norhaliza dan Ela, kau dendangkanlah apa saja agar tidurnya tidur panjang dan terus dia bermmpi indah. Aku akan kembali setelah selesai urusanku dengan orang tuaku.

Kukkuk kukkuk kiuuuuk. Kukkuk kukkuk kiuuuukkkkk. Tidurlah kekasihku. Aku titip segala pungguk untuk menemani tidurmu. Aku pulang dulu. Biar aku hadapi orang tuaku dulu. Akan kembali aku nanti menemanimu lagi, di sini, menyaksikan hijau segar tumbuhnya cinta mu.

8.1 Kembali asal manusiaku

Yah. Mahsuri. Beruntung aku ada air telagamu. Sekali kuminum, maka jadi cenderawasihlah aku. Kedua kali kuhirup air keramatmu, kembali puteri Langkawilah aku. Ya. Tuhan. Syukur aku boleh menjelma sebegini rupa kerana adanya telaga keramat Mahsuri ini. Ya. Itu hanya untukku, tidak pada yang lain. Itulah aku. Manusia paling beruntung dalam hidup ini. Kapan-kapan saja mahuku, air keramat telaga Mahsuri boleh membebaskan aku, bebas menjadi Cenderawasih dan bebas menjadi Cenderawati. Hidupku boleh bebas, hidup sebagi burung dan manusia. Aku benar-benar merdeka.

8.2 Kembali dalam ribanya satu

Wah Cenderawati, kemana saja kau menghilang sekian lama ini. Sudah beberapa purnama tidak pernah kau ke sini. Maaf bu, urusanku terlalu banyak, berat juga. Ya. Biar seberat mana, kau harus selalu datang menjengah ibu. Kami orang tua mu kian uzur. Kami sudah tua. Ha. Sudah kau persiapkan diri untuk gerbang penikahanmu? Kenapa dengan kau ini? Harinya kian hampir. Kau harus gembira, atau kau sedang gugup? Tidak bu, cuma hati ini sedang terbelah dua. Apa? Apa maksudmu? Kau tergoda dengan lelaki lain? Kenapa kau ini? Tidak cukup satu saja? Ibu tidak mengerti!

Ibu, izinkan aku menjelaskannya. Dia, aku cintai kerana pandang pertama. Kami ketemu di tempat paling istimewa, di ladang sagu. Biar aneh, namun benar. Cinta kami tumbuh di ladang sagu. Aku sangat menyukai dia kerana sifat-sifat lelaki dan hebatnya cita-citanya buat kita, seluruh bangsa kita ini. Ibu, dia lelaki hebat! Apa, tunang kau bukan lelaki hebat? Ya, bu, kedua-duanya hebat pada sifat masing-masing! Namun yang ini, aku telah jatuh cinta padanya, dengan, ya, secara spontan. Cinta pandang pertama. Sedang tunangku itu, cinta kami tumbuh perlahan-lahan. Cintaku pada lelaki baru ini, adalah semarak api gunung berapi. Ah, kalau begitu, cinta kalian, perasaan kalian, hanyalah bara sementara! Bila-bila saja mudah padamnya! Jangan kau fikir lagi, persiapkan saja dirimu untuk yang satu.

Kau dengar ini baik-baik. Tetesan air, biar halus, biar perlahan, kian di makan waktu, bisa saja lekoknya batu, biar sekeras mana. Air hujan, biar lebat menjirus kuat, belum pasti ada kesannya pada batu. Begitulah ibarat cinta kalian. Kau tetap pada tunangmu yang satu. Kau lupakan yang baru itu.

Aku sudah bosan dengan segala cerita cinta yang telah kau ceritakan. Sudah berapa banyak kau bercinta. Entah, semuanya tiada kejadian, tiada pengakhiran yang nyata! Engkau tidak boleh berlaku sonsang pada tunangmu. Itu pilihanmu juga, kami seluruh isi keluarga sudah setuju. Tiada undur. Tidak boleh. Itu putus. Tapibu, bagaimana dengan cintaku yang baru ini. Ah. Kau bilang umurnya sudah dewasa, pasti dia boleh mengurus gagalnya cinta dia. Biarkan. Biarkan dia menempuhi halangan cintanya sendiri. Dia sudah dewasa. Pasti dia boleh. Kau mesti mengundur diri. Biar dia pergi!

Ibu, bagaimana jika ibu ketemu dia dulu. Lihatlah akan putihnya cinta dia. Lihatlah juga akan putihnya dirinya. Dia sangat kepingin ketemu sama ibu dan ayah. Berilah dia peluang untuk ketemu ibu dan ayah. Dia pasti rasa terhormat jika dia diberikan peluang itu. Aku percaya bu, bahawa dia lelaki matang yang akan menerima keputusan akhir kedua ibu dan ayah, biarpun menyakitkannya. Ah.Jangan kau banyak bicara. Kami sudah tidak mahu pening, pusing kepala. Bulat saja tekadmu, sepuluh purnama lagi kau akan diijab kabulkan. Kau tetap saja pada yang satu!

Ibu, aku kasihan akan dia. Aku lihat berat sungguh cintanya padaku. Kedua-duanya aku cintai, aku sayangi. Keduanya boleh saja membahagiakan aku, bahkan keluarga kita. Tidak sampai hatiku, untuk membunuh cintanya. Ah. Cintamu itu bukan cinta sejati. Cinta kau itu cinta kasihan. Tidak akan kekal. Tidak bu, cinta kami cinta yang tumbuh dari segala keikhlasan. Habis, bagaimana dengan tunangmu? Ya, maka itu sebabnya aku perlukan pendapat ibu dan ayah. Pandulah aku. Ya. Keputusan kami kau tetap dengan tunangmu. Kami tidak mahu nanti keluarga kita saling bermasam muka lantaran kerana kamu. Kesatuan keluarga ini mesti kita jaga. Kalau hatinya hancur, dia hanya sendiri, jika kau putuskan pettunanganmu, banyak hati yang akan terguris. Tidak usah kau ketemu dia lagi. Jangan kau hubungi dia lagi. Bulatkan hatimu, hadapi yang satu. Jangan kau bermain api!

Ibu, jika hatinya hancur, mungkin juga hancur perjuangannya. Dia sangat kepingin aku membantunya dalam jalanan hidup sukarnya. Ah. Kau diam. Ayahmu tidak akan setuju. Hanya kerana cinta mausia, maka dia mahu menghancurkan perjuangannya, maka dia bukan pejuang yang hebat. Biar dia. Perjuangan menghadapi kegagalan cinta, dan terus berjuang, barulah dia pejuang sebenarnya. Biarkan. Biar dia terus berjuang. Tanpa kau, tanpa cintamu, jika dia adalah lelaki hebat, dia akan terus berjuang. Itu mungkin sudah takdirnya oleh Yang Satu.

Ibu, apakah adil aku ini. Hatinya kucuri. Kini kubiar dia sendiri. Bagaimana bangunnya nanti. Aku tiada di sana. Pasti, keringat dan darahnya, berganti air mata. Ibu, adilkah kita, kita biarkan dia berjuang sendirinya, sedang nantinya jika dia berjaya, maka kita akan menikmatinya, sedang hujan dan panas hidupnya kita hanya melihat saja. Ibu, kasihanilah dia! Inikah nasib yang ada pada pejuang? Adilkah ini?

Kekasihku, aku parsah pada kedua orang tuaku. Hatiku, jiwaku tetap juga padamu biar jasadku tiada di situ. Maafkan aku sayang, aku tidak boleh hadir dalam bangkitnya tidurmu. Aku tidak bisa hadir dalam panas dan ribut jalanan hidupmu. Biarlah aku menahan duka cinta tidak keasmpaian kita ini hanya dari kejauhan ini, namun doaku tetap padamu. Aku, seperti juga katamu, harus hormat dan tidak derhaka pada orang tuaku. Maafkan aku sayang.

9. Panahan halilintar menyadarkan

Malam ini, amat ganjil bagiku. Dadaku sudah mulai diisi penuh kolesterol, muntahan dari rasa pedih dan perit kerinduan dan ketakpastian yang kian memuncak. Buat dadaku kian sempit. Jantungku, kian retak, darah mengalir lembut, membunuh!

Ya. Pembuluh darahku, seperti sudah mengerti, mengecut. Aku perih menahan nafasku yang kian sempit. Tubuhku kian lemah. Siksa terasa tidak kepalang. Aku menghenyak-henyak, mencari nafas seperti ikan terkena tuba, nafasku kian jauh, semakin pendek. Siksa seluruhnya tubuhku.

Raappp. Rap Rap! Dooorrrr! Tuhan! Apa itu! Halilintar, berdentum membakar dan memecah kesunyian malam ini. Oh di mana aku. Ya Allah, kenapa aku di sini, di ladang sagu ini. Apa? Akutertidur di sini. MasyaAllah, sudah berapa lama aku lena di sini. Aku tertidur bersandar pohon sagu. A’u zubillah himinas syaitan nir rajim. Ya Allah, jauhkan aku dari segala syaitan. Aku tersentap. Sadar. Menerjah-nerjah.

Tubuhku sudah layu. Mataku tidakpun bersinar tajam. Kaki-kakiku engan berdiri. Aku sudah tidak kuat berdiri. Aku mendongak, di dahan sagu, Cenderawasihku, di mana kau, kau sudah tidak ada lagi. Hilang, entah di panah petir atau kabur sedang aku masih terlena kelelahan.

Cenderawasih! Cenderawasih, di mana kau. Datanglah kembali. Aku sudah sadar. Ke mari sayang! Aku di sini. Di mana kau?

Halintar, di malam Jumaat yang kudus ini, kau sambar Cenderawasihku, sedang aku tengah mencintainya. Cintaku yang tumbuh subur, biar hanya dalam mimpi. Sangatlah besar dugaanmu ya Allah, sedang aku bermimpi enak, Kau cabut mimpiku, dan Kau cabut cintaku. Tuhan, Kau tidurkanku selama lapan pekan ini. Kau buat aku bercinta dalam mimpi, bersama Cenderawasihku, selama itu, hanya dalam mimpi.

Tuhanku, malam ini, malam paling mulia dari malam-malam yang Kau cipta, aku biasanya bermunajat menadah memohon restu ampun dan sejahtera akan kedua orang tuaku. Namun, di malam ini, tidurku di ladang sagu, dalam belaian cinta mimpi Cenderawasihku, kau bangkitkan aku dengan api halilitar, bukan saja memburu indah cintaku, tapi juga kau telah lenyapkan Cenderawasih yang ingin kubangkitkan jadi manusia semula, bebas dari sumpahan Mahsuri. Apakah akan kukatakan Tuhanku, apakah Kau mahu aku derhaka, seperti para syaitan, atau mahukah Kau, aku membatu menerima seadanya kudratMu. Tuhan, kenapa tidak mahu Kau hentikan saja darahku, janganlah air mata ini terus saja Kau mahu aku curahkan. Tuhan, Cenderawasihku, kini hanya nyanyian rindu Abiet akan terus menghantuiku, Tuhanku, haruskah aku bergini:

coba engkau katakan padaku
apa yang seharusnya aku lakukan
bila larut tiba wajahmu terbayang
kerinduan ini semakin dalam

gemuruh ombak di pantai kuda
sejuk lembut angin di bukit kintamani
gadis-gadis kecil menjajakan cincin
tak mampu mengusir kau yang manis

bila saja kau ada disampingku
sama-sama hanrungi danau biru
bila malam mata enggan terpejam
berbincang tentang bulan merah

coba engkau dengar lagu ini
aku yang tertidur dan tengah bermimpi
langit-langit kamar jadi penuh gambar
wajahmu yang bening sejuk segar

kapan lagi kita akan bertemu
mesti hanya sekilas kau tersenyum
kapan lagi kita nyanyi bersama
tanganmu membasuh luka

Cenderawasih Sayangku, maafkan aku, belum sempat aku membalikkan sumpah Mahsuri, aku sudah tersadar, kerana halilitar itu. Aku akan mencarimu di syurga dunia baruku, andai aku sempat ke situ. Selamat atas mu sayangku. Aku terima pemergianmu. Tidak mungkin akau bisa mengahmbatmu lagi.

9. Kembali aku ke pohon sagu

Tuhan, aku kini telah sendiri lagi. Hanya cintaMu mengubat rinduku. Esok aku akan kembali di ladang saguku. Biar abadiku di sana. Anak-anak sagu, sudah rindu akan aku. Aku juga sudah rindu akan mereka. Aku ingin terus bangun dan tidur di sana. Jika aku terlena juga seperti tadinya, Kau bangkitkanlah aku bersama ibubapaku. Aku terlalu rindu untuk bersama mereka. Aku serahkan Hidup IVku ini padamu, dalam abadi cintaMu. Tuhanku, maafkan aku atas kelancanganku, aku bukan malaikat nan sentiasa sujud padaMu, tidak juga aku mahu menjadi syaitan yang di lontarkan. Aku hanya manusia yang dahaga kasih, agar aku berdiri gagah, agar kau melakukan yang terbaik atas tanggungjawapku padaMu, berikanlah apa seadanya buat azimat perjalananku. Kini aku milik sepenuhMu. Aku sadar, pasrah. Namun tetap aku bukan batu, masih anak cucu Adam diriku ini, aku akan mula bertatih, berjalan dan berlari lagi. Tidak kira, biar aku bukan aku lagi, seperti biasanya aku!

Oh! Rentangkan tanganMu bersama datang malam
Agar dapat ku rebahkan kepala pada bulan dilenganMu
Oh! Hembuskanlah nafas iman ke dalam sukma
Agar dapat ku yakini hidup dan kehidupan ini

Di gunung ku cari Kamu, di sini pun ku cari Kamu
Di manakah ku temui Kamu untuk luluh dalam genggamanMu

Oh! Bisikanlah, kemanakah langkah mesti ku bawa
Agar pasti akan bertemu untukku tumpahkan rindu
Di lenganMu ku temukan cinta
Di mataMu memancar makna
Rindu ii tak tertahan lagi
Untuk menangis dipangkuanMu

Cenderwasihku, di manapun kamu, ya Tuhanku, dan ya segala punggok, sampaikan khabar ini padanya, bahawa aku akan tetap di ladang sagu ini, bersama, mengajar anak-anak sagu bernyanyi kukuk kukuku kiuuukk kukuk kukuk kiuuukkkk, nyanyian Cenderawasih, pangilan Cenderawasih.

Penghargaan Penulis.

Terima kasih Kang Mas Abiet G. Ade (and Freddie Aguilar), biar kita ngak pernah ketemu, sepi dan gelisah hidupku, kamu ada di situ, di datangkanNya untuk ku. Lebih kekal, lebih mantap. Bersama kita, membangkit anak-anak desa agar tidak kalah kerana gagal. Aku akan jadi kamu, bila kamu pergi. Menyanyi lagu mereka. Kesuwon Kang Mas

Pak Hamka, Pak A Samad Said, Usman Awang, Latiff Mohiddin, Baha Zain, Pramoedya Ananta Toer, Pak Kassim Ahmad, catatan kalian buat aku sadar, tentang jalanan bangsa ini. Akan kuhidupkan semangat kental kalian. Ela, kau tetap dihati girangku.

Untuk semua, semoga kita ketemu, kapan-kapan, dalam nada Cinta dan Cita-Cita seterusnya. Wasalam.

(Kuching, 19 Feb-19 April, 2009)

40 comments :

  1. Untuk semua yang mahu ketemuku di flickr, maaf, aku di sini saja dulu.......api neraka sedang membakar 'fikiranku'....disini dulu aku mahu khalwat sementara waktu...kalian kunjung saja dan temaniku disini...sementara 'neraka' sedang dekat denganku....

    ReplyDelete
  2. Kenapa 'neraka' sedang dekat denganmu? Seolahnya kamu sedang kecewa yang teramat sangat...kecewa dengan cinta yang tak kesampaian mungkin?

    ReplyDelete
  3. Satu kemungkinan yang belum pasti. 'Neraka' ini, belum ku tahu rupanya, dan juga saat bila sangkala kiamat akan bernaung. Nan pasti aku sedang khalwat. Terima kasih kerana singgah.

    ReplyDelete
  4. Hei Bro.. This time am a bit confuse on what are you trying to say... I am very-very confident that you will be talking about SAGO... Now your love can also be just like sago. The Sarawakian golden love that can create and chart the future competitiveness of sarawak in the world... But suddenly there you are talking about "love" in Borneo highland... ???? I beieve you are talking about how best we can diversified and capitalised what Sarawak have . Well Cenderawasih Jantan good luck and fly high... The Monkey and bro your view please

    ReplyDelete
  5. My writing still a long way. This is just a few chapters. I'm writing different thing different way. Keep following. It may take weeks if not months to finish. TQ

    ReplyDelete
  6. Bro this is not interesting to me mayb to you... It is one of your love stories... keep on writing for your SO MANY cenderawasih. Good luck bro.

    ReplyDelete
  7. Cenderawasih seindah nama seindah rasa...nama yang penuh dengan kasih sayang pada keindahan alam...bukan kupinta menjadi sedemikian rupa. Allah telah menjadikan kita sedemikian...menerima kejadiannya dengan syukur."SAGO boleh berjaya jika kita yakin...namun keyakinan sahaja tidak akan menjadikan sesuatu perkara menjadi INDAH. Bukan dipinta aku dilahir disini..."mungkin itu kata-kata sang pokok SAGO tetiba diletakkan di dataran yang agak sukar untuk menjalin kehidupan seperti sediakala...kecewa. Maka asalnya ditanah-tanah yang menjanjikan bahagia namun meletakkannya di dataran yang sukar menjadikan semakin sukar...salahkah jika "aku-sago" tidak membesar seperti diharapkan di dataran asalku...dengarlah dan bukalah hati kerna kita tidak mahu kecewa lagi buat kali ke-2."TheMonkey"

    ReplyDelete
  8. "Wangian itu adalah ajaran temanku, Wati namanya. Dia yang mengajarku memilih dan memakainya, wangian issey miyake, jika nanti kaupun mahu memakianya. Itulah aku, jika kau ingin tahu, payah untuk aku melupakan sesiapaun, biar mereka mungkin telah menyakitkan aku. Aku harap kau tidak cemburu hanya kerana perkara sekecil-kecil itu. Lihatlah aku pada perjuangan besarku, tidak pada sifat-sifat kecilku."

    Brother... is it they are the one who hurt you or you are the one who manipulate? I think you are giving good impression on your self without talking the TRUTH. The Sarawakian believe it or not... U know what you know best

    ReplyDelete
  9. Well, there is a case here... Abdullah you know better and GOD knows better. Talk the truth if not all those "yang menyakitkan" will tell their part of the stories... Wati you wanna say something about this?

    ReplyDelete
  10. Sometime when we are old... after a long journey we used to enjoy hurting girls for whatever reasons...we wanna stop. Kinna thinking of God (is that true Bro?). Now that we are old and afraid to be lonely forever.. Thinking of love.. Its sometimes oneliness and not love. For American we believe in freedom of choise, and for Asian... tradition, religion and custom is number one. I learn this from the Malaysian. Muslim will not have free sex to take advantage over women. Maybe the "bird" is an American and from America.... Converted Muslim. Yo what say you brother!

    ReplyDelete
  11. From the wording the BIRD is looking at the women as "sekecil-kecil perkara sekecil-kecil itu. Lihatlah aku pada perjuangan besarku, tidak pada sifat-sifat kecilku." Well what say you Bro? As a Muslim, we believe in woman as trust and thrust to the Country.The Big "responsibility" of the character in this writing and Abduillah himself, seems to be contradicting each other. I may say.. impeachment of credibility. Women are not as SMALL as what the writer think of. Women give birth and they become mother. Women are assets to the Country bro.They are Country's responsibility. Taking advantage due to the loneliness, its not a good sign Bro...Or maybe at that point of time the Bird is hunting for something, "cita-cita" and made use the "connected person" and the easiest one is women...to get what he wants. Sad ya Bro...Is it really happen in our Country? Then the National Community have to do something... Rasuah Wanita..

    ReplyDelete
  12. Women out there... speak your rights.

    ReplyDelete
  13. God had taken away the one that the "BIRD" really fall in love with..(Maybe Bro or the Bird is confuse?)... You know why? This is what we say circle of life.. No body wanted to be hurt and there are people who dare to hurt because of their Dark and Black heart on issue of humanity..Malaysian Women... say what you wanna say..

    ReplyDelete
  14. A sickness in society... God is fair ya.. Its a cycle of life.. If you take away what you dont deserve God will do worst than that..Cycle of LIFE...Yo bro think and think and think what you have done.. Make good of it.. Women out there if you are innocent, God will be fair to you too. Dont be sad because believe in GOD. Change your direction..move forward and the most God is FAIR. Shahrizat anything that you gonna sa about this sickening issue?

    ReplyDelete
  15. At this point in time, I'm giving you the free flow. At least, MyLeft Brain is now working. Just keep following, there are lots of editing need to be done to the concept, content, word and spelling. MyJourney to perfection. Thanks for guiding me thru' (in all forms.

    ReplyDelete
  16. Yo Bro... more and more on Sago Bro... we cant wait... where is your memory on your legal love... I mean your kids... your family ... ... I think this kind of story make we want to run with you... Your love to have 1 Malaysia of High Value... Yo Bro...

    ReplyDelete
  17. The writer is trying very hard to proof that the Bird is innocent... believe me he has so many things and so many ways to proof that the Bird is not guilty of its acts..by putting up a reason that he is not malaikat or syaitan... and he is hunting for love... what say you women who has been cheated!!!

    ReplyDelete
  18. Seems the male bird is eyeing for a lady bird who is young enough to be his daughter and the bird is already with someone else. The young bird, still being immature and naive, got confused....and the bird took this opportunity to get her...yes, it sickening....Ladies out there... what say you all..

    ReplyDelete
  19. Biarkanlah cenderawasih jantan itu menyukai cenderawasih betina....tiada kaitan dengan betul atau tidak jika berkaitan dengan perasaan...jika anda pernah terkena dengan cerita ini atau penulisnya, tetap ia tiada yang betul atau tidak jika ia berkaitan dengan perasaan yang bukan kita paksakan ke atas diri kita.....dan biarkanlah cenderawasih jantan ini berehat dengan tenang.....(maynis99)...

    ReplyDelete
  20. Everybody deserves to live in happiness as what they wish for....let him be the way he wanted to be... We pray for good.. Saudara Abdullah, keep up ur best effort! N more story pls..... ;) Tq

    ReplyDelete
  21. Dear all out there, what ever you guys wanna say, just say it, at least, I'm here to hear and think what would be the best out of all these. I'm not the best, but at least, let me try to do the best.

    (2) Nan pasti helang, rendah juga akan terbangnya, siang, malam juga gantinya....namun akan kembali tinggi terbangnya helang, dan esok akan terbit juga matahari...cuma, mudah-mudahan adalah yang terbaik.

    (3) Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Biar Effy tu terkena baru dia rasa...Padan muka hang. Hang belum kena noh...

    ReplyDelete
  23. Mayniss cakap macam orang Barat... langsung tak ada nilai Melayu.. Hang coba lah jadi cinta-cinta kecil Burung itu atau penulisnya... baru padan muka hang...

    ReplyDelete
  24. Penulisan ini melambangkan keserabutan penulisnya yang asyik menulis..dan bercinta... sehingga lupa di meemulihkan keupayaan membangunkan amanah yang diberikan kepada PELITA.. lantas kerana dia asyik mengejar cinta dan burungnya.. Percaya atau tidak.. kemiskinan sebenranya lebih banyak berlaku di PELITA.. Jika penulis lupa daratan dan enggan kembali ke akarnya..iaitu tanah Sarawak yang patut dibimbangkan..warga kumpulan dan projek PELITA sendiri yang masih di tahap kemiskinan tegar... maka apakah maknanya penceritaan yang peunh dengan rethoric ini ...Melainkan peranannya hanya untuk menulis...Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  25. Saya bangga menjadi pekerja PELITA dan kami di PELITA tetap berusaha dengan gigih untuk membantu rakyat Sarawak. Jangan bercakap sesuatu perkara jika anda tidak tahu apa yang anda perkatakan...bentangkan fakta!!! Gentlemanlah skit. Retorik atau metafora tulisannya...itu hak dia. Dia berhak untuk menulis apa saja...Seperti anda juga diberikan hak tersebut untuk menulis dan memberi pandangan. Tetapi biarlah komen itu bernas dan munasabah. Miskin? siapa miskin sebenarnya? Saya, Kamu atau rakyat sarawak? Perjelaskan agar yang kabur dapat difahami...ceritakan. Agar kami di PELITA dapat membetulkan keadaan. "Kadangkala kurasa perjuanganku ini semakin dihimpit rasa kecewa...namun kuteruskan jua kerna aku percaya ada sinar menanti buat rakyat Sarawak"

    ReplyDelete
  26. Kepada entah siapa yang tak bernama.....awat yang hang marah sangat nih????hang penah terkena ka chek?????kalu lagu tuh, tak mau lah aku terkena....tengok cara hang yang macam separuh gila tuh pun dah tau sengsaranya hang......takmau aku jadi lagu hang.....(maynis99)

    ReplyDelete
  27. Saudara Abdullah,

    Adakah pemuda tersebut bertemu dengan cenderawasih yang salah? Mungkin juga cenderawasih yang ditemui tidak cukup matang untuk mendampingi pemuda yang mempunyai pemikiran yang sangat kompleks bagi memajukan bangsanya saudaraku.

    Pada fikiran saya, cenderawasih tersebut tidak berfikiran serius dalam semua aspek kehidupan dan memang cenderawasih berkenaan mengambil mudah setiap langkah kehidupannya. Mungkin juga kerana ia semulajadi kejadiannya seekor burung yang terbang bebas. Betulkah pengamatan saya Saudara Abdullah? Mungkin juga cenderawasih berkenaan memang tiada kelayakan mendampingi pemuda seperti yang digambarkan oleh saudara? Payah untuk menjadi serius dalam kehidupan dan berdampingan dengan pejuang bangsa sekiranya memang asal kejadian adalah bebas bak burung. Saya tidak tahu apa pendapat saudara kerana hasil nukilan penulisan adalah daripada jiwa saudara. Maafkan saya jika tersalah tafsiran untuk buat renungan bersama.
    Terima kasih.

    Pemikiran serius,
    maynis99

    tapi tak tercapai jugak keseriusannya...hehehehhehe...

    ReplyDelete
  28. In life there are so many things that we want and we hope for. But God will always fair in giving and taking.. with all reasons. And the most HE the ALMIGHTY ALLAH will give trial to you in so many ways. Even to something that you really want and have in life. Perempuan itu adalah dari tulang rusuk lelaki, tempatnya bukan untuk didokong tinggi di atas kepala tetapi letaknya di hati untuk disayangi. tetapi percayalah isteri, anak-anak, harta dan keluarga adalah ujian besar bagi kaum lelaki. Dan buat lelaki juga, mereka adalah pemimimpin untuk memimpin dan bukan mengambil apa yang tidak hak..

    ReplyDelete
  29. Kalian, cubaan, 1 2 3 4 5 6, testing, cubaan. All sound set. All mind set. Where r you, now we go! Sometime good to rock....ahaahhahaha.

    (2) MyLeft brain is working, still working, I thought I have lost MyLeft brain....but it is till strongly there...

    (3) Mayniss, taka apa, cuma waktu akan tahu. Kerana sumpahnya Tuhan...adalah Demi Masa (Waktu)...aku cuma mencuba, pasti terus saja mencuba...sehingga waktunya, segalanya, terbuka!

    ReplyDelete
  30. Demi Masa..adalah untuk orang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh...yang melakukan kebaikan dengan kesabaran. Burung Cenderawasih telah melakukan yang terbaik buat kedua orang tuanya. Dan pilihan itu adalah yang terbaik dari membina kedurhakaan kepada orang tua. Malah dia tidak memutuskan janjinya kepada tunangan yang juga dicintainya. Perjuangan jiwa dan hati yang hebat bukan seperti filem Tamil atau Hindustan. Kerana nilai-nilai Melayu dan Islam yang kukuh di dalam dirinya walaupun dia hampir tersasar. Selamat kepada penulis kerana menampakkan betapa Tuhan itu maha mengasihi dan melindungi... mungkin atas doa' dan kasihnya kedua ibu bapanya...

    ReplyDelete
  31. kalian, kalian....
    kalian perlu kenal penulis dan apa yang ditulisnya....banyak benar yang ingin disampaikan..kalian perhatikan tiada lagi nombor di setiap perenggan....macam otak berkecamuk dengan last minute ideas--- pengalaman bekerja, berjuang, bercinta (sebagai manusia), perjalanan ke tempat asing, kawan kawan yang singgah dan hinggap dalam diarinya, perjuangannya...semua yang dikasihinya...dan perjalanan mencari kekasih....itupun kena lihat betul betul

    Penyampaiannya agak rakus, awalnya semangat dia begitu kuat, semakin hilang arah di pertengahan ( sampai aku skip bacanya), dan kemudian agak dramatik di penghujungnya. akhir akhir ini, beliau banyak menulis, exploring his left brain..mungkin sesuatu yang sudah begitu lama yang ingin dilakukannya

    Dia juga mencari jawapan kepada persoalan dalam cerita dan perjalanannya....sampai bisa dikira jawapan kalian semua ya..

    banyak yang nak kutulis, tapi aku perlu merangka agendaku di negara kelahiran anak anak sagu. sdra abdullah udah ke sana, tapi aku masih ragu -ragu....

    ReplyDelete
  32. Biarku khabarkan kepada semua, bila sampai ke lobi hotel di POM/Lae/Wewak, tiga bandar beasr di PNG, aku hairan kenapa akan ada risalah yang menasihatkan para pelawat agar jangan menggunakan teksi di luar hotel. Aku tetanya-tanya dan bertanya-tanya. Kepada Kong-Kong (orang Asia), very dengerous! Manusia hidung tinggi, makin tinggilah hidung mereka. PNG adalah neraka dunia. Tapi kenapa mereka ada di sini?

    (2) Aku berkira-kira, sehingga aku ke University PNG dan terus ke gedung bukunnya. Aku membeli, sebuah buku:Documents and Readings in New Guinea History, prehistrory to 1889oleh Whittaker. Gash. Hookey.Lacey....tersebut kisah dalam buku itu, Orang Jawa dan Melayu, pelaut dan pedagang bulu Cenderawasih...kerana tidak mahu orang lain datang ke Sepik di mana banyak terdapat burung Cenderawasih...maka mereka katakan di sini orang makan orang...cerita-cerita ini terus di kembangkan oleh orang German, Orang Australia, kini Orang Malaysia dan Kong-Kong...kenapa...biasalah....para kedekut!

    (3) Brother PNG is safe...just behave yourself. I've been to the unwanted part of the PNG...and I'll be coming back soon. Same with Papua, the Indonesia side. Inilah negeri Melayu terakhir!

    ReplyDelete
  33. I bet you'll fall in love with the real black magic women of the Bougainville.....black are beautiful there!

    (2) I found MyCenderawasih love there!

    ReplyDelete
  34. salam
    i am looking forward to that...haven't fall in love for so long...i wish to find one like u do..and bring the love back home....but soemtimes perhaps, good to be left where it belongs..

    2.Maybe my next journey, god willing , to the indian Ocean , will take me to my Cenderawasih...i have yet to know.

    Salam

    ReplyDelete
  35. huh...novel nih benar2 buat hati jadi sakit bagai ditusuk sembilu....tambahan lagi pada kemelut cenderawasih....seolah penulis tahu benar apa yang sedang cenderawasih alami......memang seolah tepat telahan penulis terhadap kemelut cenderawasih.....
    seperti boleh mengeluarkan air mata....ampunan perlu dipohon kerana cerita ini........(maynis99)

    ReplyDelete
  36. wahai mayniss yang manis
    kamu masih teralu muda untuk mengerti.panjangkan lah perjalanan kamu, panjangkanlah pemikiran kamu, hanya penulis yang tahu apa yang ditulis, kamu hanya bisa meneka dan mencari cari kerana kamu seolah olah mahu bener mencari.apa agaknya akan jadi pada manusia kiranya bisa membaca pikiran manusia lain?

    ReplyDelete
  37. Penulisan ini adalah pengajaran... tentang perjuangan..tentang..pengorbanan...tentang cinta dan air mata... tentang pelarian...tentang...mimipi seolah-oleh benar dan kenyataan...Dan yang paling agung mengenai tulisan ini adalah kekuatan Cenderawasih menolak cinta kerana pegangan agama dan didikan yang sangat tinggi..

    Seolah Sirih pulang ke gagang....Umpama pinang pulang ke tampok ... begitulah keadaannya si Cenderawasih.. Allah yang Maha Penyayang memberi petunjuk yang jelas atas doa' ibu dan bapa.

    Jalanan dan pengembaraan bersama Cenderawasih Jantan... adalah baru bermula... tetapi cinta dan kasih ke dua orang tuanya sudah lama ...selama usianya... Dan doa' serta kasih sayang itulah yang membuat hati dan jalan agar tidak terus terjatuh... dan derhaka kepada Keluarga.

    Yang pasti Tuhan menjauhkan Cenderawasih dari sumpah ini

    "Apakah akan kukatakan Tuhanku, apakah Kau mahu aku derhaka, seperti para syaitan, atau mahukah Kau, aku membatu menerima seadanya kudratMu"...

    Maka Tuhan membebaskan Cenderawasih ... Cenderawati dari doa sebegini... Penulisan yang hebat dari kembara Otak sebelah kiri...dan bukan Otak kotor...

    ReplyDelete
  38. This is sad.. Just like " Filem Cinta Melayu"..."Tamil" pun ada sedikit... Campur-campurlah...

    ReplyDelete
  39. SURATAN ATAU KEBETULAN
    (Artis: Kenny, Remy & Martin)

    Sesuatu yang tak disangka
    Seringkali mendatangi Kita
    Itukah suratan dalam kehidupan
    Atau sekadar satu kebetulan

    Kita asyik menbicarakan
    Persoalan hidup dan pilihan
    serta kejujuran semakin berkurang
    Masih tiada bertemu jawapan

    Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
    mengapa sering terjadi pilihan tak menepati
    hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
    Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

    Pertemuan sekali ini bagi diriku amat bererti
    tetapi ku bimbang untuk menyatakan
    Bimbangkan berulang kesilapan...
    ---------------------------------
    For Cenderawati..semuga berbahagia dgn pasangan pilihanmun sehingga ke akhir hayat. Usah pandang belakang mengimbau cinta silam, terus maju ke hadapan mendidik darah dagingmu dan anak bangsa agar menjadi pemimpin berakhlak mulia.

    Sang Cenderawasih Jantan...semuga tidak putus harapan terbang mengembara mencari cinta yang kau cari selama ini...

    -:0:- Burung pipit; yang suatu ketika dulu pernah membikin sang Burung Cenderawasih Jantan panasaran...

    ReplyDelete

Back To Top