12/1/13 BANGSA MORO dan Kelantan....
(2) Saya berkira nama Morocco itu pasti dari istilah Moors Communities di singkat jadi Morocco mungkin oleh pengembara Jepun. Moroko adalah negeri tumpah darah Bangsa Moor. Senibina Moor adalah asas kepada senibina Spanyol. Sesungguhnya senibina Andalusia adalah latar kepada senibina Spanyol di seluruh Spanyol dan tanah jajahannya seperti di Mexico, New Mexico, Filipina dsb. Bahkan Gereja St Sophia, kini Masjid Sofia Istambul adalah dari senibina indah Moor. Di Malaysia senibina ini terpapar di Stesyen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
(3) Bangsa Moro dan Moor sikap mereka hampir serupa. Moor suka berburu di Padang Pasir. Sifat itu menjadikan mereka bangsa yang liat dan keras. Spanyol melihat itu sebagai kasar dan ganas. Puak-puak Moro pula suka beburu bukan di Padang
(4) Namun nasib tidak bersama Bangsa Moro, siapapun yang datang, biar Jepun atau Amerika, dan kini Filipina, Bangsa Moro terus mereka adu domba agar terus berpecah belah agar mereka terus lemah. Apa lagi penindasan dan kekacauan terus diasak kepada Bangsa ini, sehingga di kemuncaknya, mereka menjadi Bangsa Hanyut di kepualauan-kepulauan di luar Sabah. Sesungguhnya niat mereka untuk meraih simpati saudara SeIslam di Malaysia sukar tercapai. Kerana itu mereka menjadi bangsa yang sukar menerima apapun yang didatangkan kepada mereka.
(5) Saya menduga, kehebatan Malaysia jika kita dapat melihat dan membantu Pattani, Champa, Rohingya dan Moro-Sulu sedemikain rupa, agar kehadiran mereka di Negara ini, bukan hanya membantu merobah cara hidup mereka tetapi juga dapat memakmurkan Negara ini disamping menjadikan mereka itu sebagai Jambatan buat Malaysia membentuk ikatan Ekonomi Serantau yang kuat bersama-sama negera-negara asal mereka.
(6) Melayu Islam Malaysia harus dapat melihat ini dari sudut mulanya Islam berkembang meluas di Arabia-Farsi-Afrika. Mulanya, Madinah adalah Pusat Pentabiran. Namun peranan itu akhirnya berubah menjadi hanya Pusat Ilmu. Lewat tebaran Ilmu itu akhirnya terbentuk Pusat-pusat Pentadbiran Sendiri yang terus berkembang menjadi negara-negara Islam merdeka sendiri. Sesungguhnya kewafatan awal Muhammad SAW serta kegagalan para khalifah sahabah untuk membentuk Sebuah Empayar Besar Islam adalah atas MahaMengetahuinya Allah akan keperluan masa depan kenegaraan Islam. Sesungguhnya ini tidakj sukar untuk dimengertikan denagn hanya melihat pada nama Hutan. Hutan tetap hutan, namun hutan ada pelbagai jenis dan daerah taburannya. Ada Hutan Tropika di rantau Khatulistiwa. Ada Hutan Sub-Tropika di garis luar Khatulistiwa. Kemudian ada Hutan Savana. Ada Hutan Mediteranean. Ada Hutan Temperat, dsb. Namun semua tetap Hutan. Maka saya berkira, Allah tidak sekali-kali mahukan Satu Negara Islam, Dia mahukan kepelbagaian sebagimana sering Dia firmankan, jika Dia mahu, semuanya akan jadi satu. Namun itu bukan kehendaknya, Dia ingin melihat bagaimana manusia menggunakan akal dan nafsu mereka secara bebas. Sesungguhnya Allah ingin melihat sejauh mana sifat syukur itu dimengertikan oleh sesiapapun.
(7) Dalam hubungan negara kita Malaysia, tidakkah sikap kita khususnya Kerajaan Barisan Nasional selama ini sama dengan Jakarta ke atas Acheh, Bangkok ke atas Pattani, Manila ke atas Sulu, dalam cara kita melihat Kelantan? Tidakkah mungkin ini akhirnya akan menular ke Kedah dan Selangor akhirnya? Sesungguhnya jika kita ingin memahami kehancuran dan sengsara Pattani, Champa, Rohingya dan Sulu-Moro kita bolehlah bercermin dengan cara kita menangani Kelantan dalam PAS.
(8) Sesungguhnya, kita umat Islam Melayu tidak cerdik membaca maksud Allah kenapa Dia tidak menjadikan semua manusia sebagai Muslim seMuslimnya. Begitu juga kita selalu hanyut dengan dakwaan betapa Muhammad SAW telah dapat membina sebuah Kerajaan Islam Unggul, sedang di dalam Al Quran Allah jelaskan betapa Muhammad SAW hanyalah persuruh. Kita gagal melihat kepelbagaian yang Allah jadikan sebagai asas kepada kehidupan di dunia ini agar kita menjadi lebih bijak serta jelas dalam hambatan Syurgawi kita.
(9) Buat saya, Najib akan melakar Sejarahnya Sendiri His Own Legend jika dia dapat mensejahtera dan memakmurkan rakyat seluruhnya dalam kepelbagaian yang ada. Sesungguhnya Muhammd SAW gagal untuk menakluki hati Thalib Abi Mutalib bersatu iktikad dengannya. Juga Noh AS, gagal menjadikan anak dan isterinya untuk bersamanya. Begitu juga, Yunus AS sampai kecewa dan mendapat murka Allah, kerana gagal mendakwah umatnya biar memakan 950 tahun. Semuanya, kerana Allah telah jelas dengan kehendaknya agar terus wujud kepelbagaian. Janganlah kerana semua mahu di jadikan 1Malaysia, kita seperti memaksa segala ke arah kehendak kita dan melupakan kehendak Allah. Saya berkira jika Najib dapat lebih menerima dan terbuka dalam mensejahtera dan memakmurkan Kelantan, pasti Allah akan terus membantu dia dengan ilham-ilham yang bernas tentang bagaimana dia akhirnya akan menjadi Tunggak kepada Kemajuan Pattani, Champa, Rohingya, Sulu-Moro, dan Acheh tanpa kesangsian Bangkok, Phnom Penh-Hanoi, Rangoon, Manila dan Jakarta.
(10) Sesungguhnya Allah sedang membuka ruang seluasnya buat Najib-Melayu (dan Malaysia) untuk menjadi Tunggak kepada Kemakmuran dan Kesejahteraan Serantau. Kelantan, Pattani, Champa, Rohingya, Sulu-Moro dan Acheh adalah cabaran kebijaksanaan serta asas bagi Malaysia untuk menerjah jauh ke depan. Kelantan khususnya saya kira harus Najib tidak tangani sama dengan cara Husein Onn, Mahathir Mohammed dan Abdullah Ahmad Badawi. Cara bermusuh, menyingkir atas nasihat beberapa penyangak politik yang juga dari Kelantan sendiri khususnya. Sesungguhnya adalah suatu kerugian yang sangat besar kepada Melayu jika sikap berlawan dan atau bermusuh terus diasak terhadap Kelantan. Sesungguhnya rentak pembangunan di Negara ini jadi lambat dan bercelaru hanya kerana Badi Kelantan. Najib harus sedar dan insaf akan kekhilafan berpanjangan kita ini. Buat saya Abdul Razak Husein telah membuktikan bila Kelantan diberikan layanan wajar, segala kerjanya menjadi mudah dan berkesan.
Kuching, Sarawak
22 Januari, 2013
0 comments :
Post a Comment