6/08/09 SELAMAT BERIBADAH PUASA..
Maaf jika terlewat menghulur salam Ramadhan. Saya baru sedikit pulih dari serangan demam sejak lima hari yang lepas. Saban kali Ramadhan menjelma kembali, saban kali juga kita memperbaharui azam untuk membersih diri. Mudah-mudahan kehidupan kita semakin putih dan terus putih.(2) Mudah-mudahan juga semua mendapat limphan kesihatan dan kesejahteraan agar Ramadhan dapat dilalui dengan penuh kesempurnaan. Mudah-mudahan juga, berkat rasa kesadaran, kesabaran, dan keImanan yang terbina dalam tempoh Ramadhan ini, akan menguatkan azam dan usaha kita buat menabur bakti bagi kemakmuran dan kesejahteraan UmmahNya.
(3) Terima kasih kepada yang menghantar SMS tetapi banyak yang tidak dapat saya balas. Mudah-mudahan kalain terus bahagia.
Kuching, Sarawak
23 August, 2009
Salam Ramadhan....
ReplyDeletesalam Ramadhan. Kehadiran bulan yang mulia amat dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Begitu jua hendaknya di Malaysia.
ReplyDeleteMenjelang Ramadhan dan seterusnya Syawal apa yang paling diharapkan oleh warga PELITA dari saudara Abdullah tentang kenaikan gaji tahunan yang tertangguh hampir 8 bulan. Berikanlah mereka kegembiraan jika ada ruang untuk berbuat demikian dan sekiranya tiada khabarkan kepada mereka. Jangan kita terleka dibuai mimpi. Sekurangnya fikirkan nasib kakitangan yang berpendapatan rendah.
Betul-betul...Kita mintak jasa baik Saudara Abdullah memikirkannya. Jika dulu hanya tertangguh dlm 3 bulan. Tetapi sekarang sudah mencecah 9 bulan sedikit masa lagi. Saya kira bagi staf yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa sangat. Fikirkanlah!!! Apa masalah sebenarnya??
ReplyDeleteUdah-udahlah tue bercerita pasal naik gaji. Klau company nak kasi lama dah dia nak kasi.
ReplyDeleteYE LAH EN ABDULLAH .KASIAN LA PADA MEREKA.SAYA YANG JAUH PUN SEOLAH-OLAH TERASA AKAN KEPAYANHAN MEREKA.JIKA SEMEMANG NYA SUDAH HAK MEREKA,BAGI KAN SAJER
ReplyDeleteBlog ini adalah blog pribadi. Saya tidak berminat untuk menjawap perkara rasmi secara jelas di sini. Cuma, ayuh kita berfikir sejenak!
ReplyDelete(2) Kenapa wang hendak dibelanjakan pada raya. Sila semak tulisan saya selepas ini. Juga komen sdra/i Andalusia!
(3) Aapakah raya lebih penting dari belanja pendidikan anak-anak?
(4) Segala-galanya ada peraturan. Jika semuanya jelas, maka jelaslah segalanya!