Latest Postings
Loading...
Thursday, August 6, 2009

5(I)/08/09 MEMPERKASAKAN MELAYU....mari kita berfikir dan bertekad!

Siapapun, tidak kira bangsa, keturunan, kedudukan, dan umur, semuanya mahu yang terbaik. Biarpun sudah dapat yang baik, namun pasti ada yang terus mahu yang lebih baik. Itu sudah menjadi lumrah manusia, sejak dewasanya nabi Adam as, dan selagi mereka adalah keturunan Adam, begitulah mereka seterusnya. Saya ingin mengutarakan beberapa tiori yang mungkin dapat kita renung dan debat bersama, tentang jalan bagi memperkasakan orang Melayu. Masalah dan usaha bagi memperkasa Orang Melayu (majoriti) perlu kita ambil perhatian sekarang ini sebelum segala-galanya menjadi terlambat. Dan minat bagi membela bangsa mestilah terus kita tanam dalam apa juga cara agar pembelaan ini akan terus berkesinambungan dan berjalan dengan hebat.

ASAS TIORI CADANGAN:

(1) Sebuah buku Pengurusan yang pernah saya baca, mengutarakan bahawa di dalam sesebuah Organisasi hanya 5-10% dari para kakitangannya boleh di kategorikan sebagai Pemimipin (dalam kategori masing-masing), mereka yang punya wawasan dan punya iltizam tinggi untuk bekerja bagi kepentingan Organisasi. Pendeknya, mereka yang tergolong dalam 5% inilah yang boleh dianggap sebagai wira Organisasi. Sedang 80-90% pula adalah pengikut, berkerja sekadar bekerja, buat apa yang disuruh, dan tidak atau susah nak buat dan atau berfikir 'one step ahead' apatah lagi 'one mile further'. Dalam istilah orang Melayu, inilah golongan, sekadar Makan Gaji. Namun tidak semestinya mereka tidak baik. Golongan ketiga adalah mereka yang bersifat 'outlier', berjumlah lebih kurang 5-10%, mereka ini, susah nak terima halatuju Organisasi, hanya kerana mereka 'punya fikiran sendiri', biar 'kekiri atau ke kanan'. Inilah golongan jika tidak ditangani dengan tegas, boleh mempengaruhi golongan 80-90% dan akhirnya menghayutkan Oragnisasi.

(2) Dalam ilimu statistik, diperuntukkan 5% sebagai Sisihan Piawai, atau Standard Deviation. Maka, tanggapan 5-10% dari para kakitangan dalam sesebuah Organisasi adalah 'outlier', punya asas statistik yang sangat kukuh, dan benar.

(3) Tiori di atas, pastinya boleh terpakai, jika kita buat analisa panjang tentang Masyrakat Melayu kita. Saya ingin berpegang teguh pada tiori ini dalam tulisan saya ini. Alasan saya mudah, dalam alam ini, Allah dah jadikan Malaikat (awalnya untuk membimbing manusia, kini menjadi pemantau gerak laku manusia), kemudiuan syaitan yang tiada lain, melainkan ingin merosakkan manusia, dan akhirnya, manusia yang 'punya akal dan perasaan' yang mudah terbawa arus, tergantung besar kecil bah melanda! Hanya 5-10% orang Melayu sanggup dan berusaha keras untuk Melayu, 80-90%, ikut angin atau pasang surut keadaan, hidup sebagai Melayu, hanya sekadar Melayu, kekal pada adat Melayu, sifat-sifat Melayu, tidak kisah untuk berbuat selebih dari itu, bukan kaki penyebok, gembira hidup sebagai Melayu seadanya. Sedang 5-10%, tak kisah nak jadi Melayu atau kayu, atau pelesit kepada Melayu! Mungkin juga, barua kepada kerosakan Melayu (sememangnya bangsa lainpun sama juga keadaannya!).

(5) Sifat peribadi kita juga saya kira sama, dalam sehari-hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, pasti hanya 5-10% dari sifat kita yang menjurus 100% kepada kebaikan, sedang, kebanyakan (80-90%) dari sifat dan prilaku kita hanya untuk...ya buat sekadar buat (mungkin juga sekadar melepas batuk di tangga), dan 5-10% lagi...kadang-kadang kita ingin bermalas-malas, tak kisah, meyampah!

(6) Saya akan cuba melihat keperluan dan atau perjuangan memperkasakan Melayu dari tujuh sudut penting iatu: (a) Siasah, (b) Keagmaan, (c) Sosio-budaya, (d) Pengurusan Macro-ekonomi Pasca Kemerdekaan, (e) Koprat, dan (f) sedikit pada sifat jati diri perseorangan (individual personality). Tulisan ini akan saya buat dalam bersiri. Mudah-mudahan kita dapat sama-sama bertukar fikiran, dan mana tahu sebahagian dari kita dapat berbuat di mana kita terbuat, buat semua! InsyaAllah.


Nota:
Malam tadi saya membaca semula kisah Abu Hanifah (Imam Hanafi), Abu Bakar, Uthman, Usman dan Ali...semua mereka (kecuali Ali) adalah ahli perniagaan. Sifat mereka, yang menariknya saya kira 80-90% menjurus kepada kesempurnaan Khalifah Allah, bekerja kuat, beribadat kuat! Cuma saya amat tetarik apa maksud Ali yang mengatakan bahawa kita patut simpan setalkat 4,000 dirham, yang lain sedekahkan?


Kuching, Sarawak
7 August, 2009

1 comments :

  1. Sebenarnya orang kaya terlampau menjadi semakin tamak dan terus menerus menjadi tamak. Ketamakan menjadikan masalah terus menjadi masalah. "Setakat memandu kereta mewah aku tidak hairan melihat kewujudan kamu wahai manusia di muka bumi ini...kerana kamu sebahagian kerosakan di atas muka bumi ini."Kaya yang tidak memberikan apa-apa erti dalam kehidupan khalifah.
    =Walikota=

    ReplyDelete

Back To Top