Latest Postings
Loading...
Monday, August 3, 2009

3/08/09 SEMUA NAMPAK TERSENYUM....


(Ni lah nasib, dari sejak zaman Cik Siti Wan Kembang, dok begini juga, tak kembang-kembang.....bilalah pemimpin kita ni nak berlaku sejujur-jujurnya!)
Dua perkara membuatkan saya rasa amat gembira hari ini. Pada mukasurat N4 akhbar the Star, Najib dan Nik Aziz bersalaman sambil diperhatikan oleh Ghani, Mohammad Said dan beberapa orang lain yang juga kelihatan tersenyum mesra. Senyuman Nik Aziz amat 'molek' sekali, rasanya 'sangat ikhlas'. Rasanya, inilah permulaan, dan mudah-mudahan, penyatuan PAS-UMNO akan berlaku sekali lagi sebagai mana di zaman Asri-Razak. Saya amat gembira dan sentiasa berdoa agar perkara ini terjadi, demi Melayu. Tok Nik, 'moleklah kita dok semejo dari dok baloh, tak dok hasil, Tok Nik tuo doh, molek benar tunjuk telade molek-molek buat anok cucu kito esok! Buleh gak anok cucu esok ingak selalu ko Tok Nik bilo doh ghi gak...molek benarlah kito satu sebelum ghi deh! Molek jadi 1Melayu!'


(2) Saya yakin, kalau Najib dan UMNO tak suka melatah tak tentu pasal, pasti, usaha kerjasama UMNO-PAS akan terjadi akhirnya. Janganlah dok melatah tak tentu pasal dengan tikaman Nik Aziz. Dia memang begitu. Apa yang dia kata, saya kira memang dah sifat dia 'kaki semenda', iaitu 'kata-kata dua makna...jangan lihat yang tersurat, lihat yang tersirat'. Najib sebagai upper hand, tak apalah mengalah sedikit kepada 'under dog'. Saya dah sentuh perkara ini dalam tulisan terdahulu saya bertajuk " Mahathir Boleh, Pok Nik Jange, Pok Dan Tak Pa" Ingat satu ketika dulu, Nik Aziz pernah kata kat Dr Mahathir....'sayo MB, mano buleh buak benda besar-besar, dio (Mahathir) PM, buat hok besar-besar tu tugas dio...kalau kita jadi PM baru kito buat hok besar-besar jugok...(lebih kurang begitulah)...bila Mahathir tegur dia pasal tak reti nak buat kemajuan yang besar-besar untuk Kelantan!"


(3) Keduanya pasal Najib nak bersungguh-sungguh pasal KPI dan KRA (Key Result Area). Saya dah sebut pasal KPI sedikit masa lalu. KRA, mungkin perkara baru. Tapi taklah susah sangat nak faham jika kita ada KPI yang tepat. Sasaran Najib, ialah penjawatan awam. Dulupun saya dah sentuh pasal ini. Kekalutan yang lepas dan membawa kepada sekarang ini adalah bilamana penjawatan awam sudah hilang tumpuan dan arah.


(4) Jika penjawatan awam dok lebih di padang golf, StarBuck, Cafe, Restaurant, Kelab, dan tidak di lapangan meneliti semua gerak kerja, dan hanya percaya kepada 'Paper Work dan Secondary Reports', pastinya, wang negara yang digunakan untuk membangunkan rakyat tidak kesampaian dengan sempurna. Banyak kerja kita tidak bersifat 'hand-on'. Kita kena ingat, tiada peperangan akan dapat kita menangi jika tanpa 'Battle Field Appreciation'.


(5) Begitu juga, saya amat tertarik, bila Najib mula-mula naik, dia hendakkan segala keperluan protokol di kurangkan. Karpet Merah tak diperlukan sangat, tak perlu di pasang sama panjang dengan HighWay Utara Selatan bila pembesar datang. Cuma, harap-harap, segala keperluan perasmian yang besar-besar yang boleh menelan belanja besarpun mesti dikurangkan. Semua ini sebenarnya membazir 'delivery time' di kalangan penjawat awam! Nak publisiti, Rais kena lebih kreatif dengan RTM dan akhbar utama!


(6) Membaca akan hal KPI dan KRA ini, mengingatkan saya kepada tiga perkara, semalam dalam jam 1400 petang saya duduk dengan beberapa orang teman. Teman-teman ini kata, saya selalu bersikap kurang ajar. Bila menjalankan tugas, saya sering tak kenal tua atau muda. Main lanyak saja. Keduanya, semasa saya hendak dihantar 'posting' ke Bintulu pada tahun 1999, saya telah berjumpa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dapatkan sedikit 'que' tentang harapan beliau. Beliau sebenarnya pada masa itu meluahkan sedikit kekecewaan tentang penjawat awam yang tidak dan atau kurang berani dan kreatif semasa menjalankan tugas mereka. Saya, pada masa itu, sebenarnya kurang jelas mengenai Balance Score Card (BSC) dan KPI, lantas saja mengusul kepada beliau kenapa kita tak 'force' saja KPI kepada mereka ini. Saya berfikiran, tidak guna kita hanya mengharap, elok juga sekali-sekala kita 'force' saja! Malam tadi semasa menaiki teksi dari LCCT ke hotel, saya berborak panjang dengan pemandu teksi. Biarpun apa yang kami borak agak berbelit-belit, namun tumpuan borak adalah berkisar kepada keamanan, rakyat boleh cari makan, kemudahan yang baik untuk semua. Itulah KPI dan KRA pemandu teksi tersebut.


(7) Ya penjawatan awam, kita kena banyak bertanya kepada diri kita sendiri, kita digaji untuk apa? Adakah termaktub dalam surat perlantikan kita mengatakan kita digaji tidak untuk bekerja, digaji untuk membaca akhbar sepuas-puasnya, melobi, merebut jawatan, sebok mengatur dan bermain golf, mengabil segala daya usaha hanya untuk publisiti.....saya tak nampak semua ini, kita di lantik dan digaji untuk berkhidmat kepada negara. Soal gaji tak cukup, bukan alasan untuk kita kurangkan bekerja. Kalau itu sikap kita, elok letak jawatan dan jangan bawak balik wang yang tak sah untuk sarakan keluarga! Kepada yang bertungkus lumus memajukan rakyat, teruskanlah, bersabar, banyakkan berfikir, banyakan ikthiar....orang-orang kita akan terus-terusan perlukan bimbingan kita!

Kuala Lumpur, Malaysia
4 August, 2009

4 comments :

  1. Ketegasan semestinya ada, tetapi tak perlu bersikap kurang ajar. Kebanyakkan yang berjaya adalah kerana sifat dedikasi dan kesabaran mereka, maka disenangi rakyat dan teman-teman.

    ReplyDelete
  2. Orang yang tegas dan mempunyai prinsip kerja yang baik dan berdedikasi tidak ramai bilangannya, maka mereka adalah dalam golongan yang tidak atau kurang popular kerana mereka menampakkan kekurangan kelompok yang lebih besar. Itulah realiti hari ini kerana kita masih belum berubah dari 'self interest' kepada 'nation building'.

    ReplyDelete
  3. Bergembira melihat perkembangan semasa antara BN-PAS. Hubungan sesama bangsa melayu-islam harus ada kekuatan. Kekuatan sesama bangsa tidak perlu dijauhkan dengan perbezaan parti mahupun sokongan masing-masing. Salahkah kita berborak-borak sesama diri sendiri tanpa memikirkan fahaman politik yang berbeza?
    Pejawat awam perlu diajar bagaimana mengurus tanggungjawab masing-masing. Bagaimana mencipta ruang kemajuan untuk rakyat. Bukan berfikir tentang jam 10pagi nak makan apa? jam 12tghari nak makan di mana? So petang nanti nak cabut awal ke tak? Pada dasarnya idea-idea ini terkumpul sejak bertahun lamanya sehingga tidak ada pihak yang menghiraukan pemantauan yg khusus dalam mengawal gerak geri pejawat awam ini dalam menjayakan setiap kerja yang telah diamanahkan.
    Pejawat Awam perlu kreatif dalam mencipta kemajuan untuk rakyat. Perlu berkerjasama sesama pejawat awam yang lain dlm menghasilkan daya pemikiran yang kreatif seterusnya menjuruskan kepada sasaran negara.
    Perlu ada ketegasan dalam menjalankan tanggungjawab. Tanpa ketegasan maka banyak isu timbul dikalangan penjawat awam yang membuang masa dan duit rakyat. Saya kira nilai korporat harus dan ditekan serta diamalkan dlm pentadbiran negara. Nilai-nilai lama yang kurang berkesan harus ditinggalkan.
    Sudah tiba masanya penjawat awam bergerak pantas dan bertindak dengan sewajarnya. -Andalusia-

    ReplyDelete
  4. Kita hendaklah selalu bermuhasabah diri, baik kita di atas, ditengah mahupun di bawah atau dengan kata lain sesiapa saja yang telah di amanahkan tugasannya, lakukanlah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah. Insya Allah akan ada keberkatannya.

    ReplyDelete

Back To Top