2/08/09 BERJUANG atau sekadar kuda tunggangan....
(Nasib baik tak ada demonstrasi...kalau tak, sapa nak bagi duit belanja nak ke sekolah! Alahai kau orang, tanam jagung boleh juall RM3/biji!)
Dari apa yang terpampang di TV3 semalam (Berita Jam 2000), saya lihat, orang-orang kita cukup hebat. Mereka berbaju merah, berlilit kepala, besorak-sorak bersemangat hapuskan ISA! Di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Rata-rata Melayu. Hanya sekelumit Cina dan India. Kebanyakan Melayu. Hebat! Memang Melayu hebat! Kita memang bangsa perjuangan! Semangat Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Bahaman...memang terus kekal dalam darah kita! Semangat kita memang mudah terbakar. Ini tidak heran, kerana Inggerispun mengakuinya, kerana istilah AMUK hanya ada pada bangsa kita. Tidak pada bangsa Inggeris biarpun mereka mengatakan mereka jauh lebih bertemadun dari kita. Amuk, Melayu, istilah Melayu, perangai Melayu, mudah dibakar dan membakar!
(2) Hanya sekelumit Cina dan India? Hanya sekelumit, dapat membakar semangat juang Melayu yang jumlahnya jauh lebih banyak? Hebat? Nak bakar ISA, hapuskan ISA! Inilah Melayu yang mudah lupa. Bukankah ISA yang telah menyelamatkan Melayu dari kehilangan negara ini dari dimamah komunis dulunya? Begitu juga bukankah kerana ISA, maka Lee Kuan Yew terpaksa melupakan cita-citanya untuk MeMalaysiakan Malaysia yang agendanya tidak lain adalah untuk mememusnahkan dominansi Melayu! Melayu juga sedang dilanda masalah dadah yang menghancurkan, kesesatan agama, gengsterism...semua ini tidak mudah untuk ditanggani jika tiada ISA. Fikirlah! Ya kita dah mula lupa, tangan yang menyelamatkan kita, kini kita akan hancurkan! Hanya kerana kita mudah dibakar dan membakar? Sejarah kita belumlah begitu lama, kita dah mula lupa!
(3) Ingatlah Melayu, yang di tunggangi untuk menuntut adalah Melayu. Kita seperti nak gila menuntut penghapusan ISA, hanya kerana orang lain nakkan kita berbuat begitu, tanpa memikirkan tidakkah mungkin kita sedang mendedahkan diri kita kepada ancaman lain yang mungkn sedang direncanakan oleh tangan-tangan ghaib di belakang kita! ISA adalah sebahagian senjata akhir yang saya kira amat perlu bagi mengekalkan kemerdekaan Melayu. Janganlah semuanya hendak kita serahkan kepada 'mereka'. Sudahlah perempuan Melayu banyak didagangkan di mana-mana, kini pertahanan kita mungkin yang terakhirpun kita nak serahkan. Sadarlah Melayu!
(4)Yang dituntut adalah Melayu (memerintah). Kita kena tahu, selagi Melayu saling bertempikan antara Melayu, tiada apa akan Melayu selesai secara aman dan menguntungkan. Ingat saja Tuah dan Jebat. Melayu akan berbunuhan sesama sendiri, merosakkan sesama sendiri. Melayu juga akan rugi, terngadah dikemudian hari, rugi serugi-ruginya!
(5) Melayu akan hanya dapat menyelesaikan segala kemelut hanya jika mereka mahu duduk bersila berbincang bersama sebagai saudara! Kenapa yang kita terlalu gila dan bodoh untuk tidak dapat melihat agenda hitam orang lain. Mungkin Kassim Ahmad yang dah graduate dari ISA dan Kemunting dapat menyelami apa sebenarnya di balik ISA. Begitu juga Pak Ghazali Shafie!
(6) Mula-mula kita tak sedar kita ditunggangi, lepas itu, kerana sudah biasa menunggang, maka kita nanti minta ditonggeng....ah tonggeng, ya tonggeng...lepas tu menonggeng...ini macam kisah-kisah pengikut Lut pulak jadinya kita! Awaslah, kalau dok biasa ditunggangi, kita nanti ditonggengipun kita dah tak sedar!
(7) Yang demonstratsi Melayu, buat pulak di Jalan TAR. Di situlah banyak orang Melayu kita dok nak berniaga secara kecil-kecilan. Kecil-kecilan. Di situ jugalah orang Melayu yang kecil-kecil nak cari barang murah-murah. So, Melayu buang masa berdemonstrasi, Melayu jugak yang tak dapat cari makan (berniaga). Kenapa tak buat kat Bukit Bintang? Bukankah di sana kubu kuat DAP? Kenapa tak buat di Brickfield? Kenapa sengaja pilih tempat orang Melayu yang kecil-kecil nak cari makan? Butakah kita yang tak faham akan lakunan ini?
Kuching, Sarawak
3 August, 2009

Entahlah kenapa Melayu Islam jadi macam nih.Yang tak tahan tuh, bila tengok perempuan Islam pun menyibuk2 nak demonstrasi jugak!!!!siap pakai purdah tuh...padan muka kena tangkap...puas hati tengok...biar jadi pengajaran hebat buat diorang...sakit hati dan membaranya hati nih...kenapa kita senang2 dihasut oleh durjana bangsa dan negara yang terdiri dari kalangan orang Melayu dan Cina tak sedar diri....Kenapa Cina tak sedar diri nih nak memporak perandakan keamanan yang ada di negara kita...kenapa tak tangkap je orang yang buat onar nih dan buang kerakyatan je....buang negara terus...sebab menjadi ancaman besar pada negara!!!!hish....sakitnya hati!!!1Saya berdoa kepada semua yang menyertai demonstrasi jalanan tu dihancurkan terus Kehidupan mereka....itu pun dah nasib baik tak ada yang mati...kalau ada yang mati?????takkah lagi tercemar negara kita ni????????Sepatutnya pemimpin negara mesti bertindak tegas setegasnya pada pembangkang nih!!!!!!!kadang kala kena jadi diktator untuk menjaga keharmonian negara....
ReplyDeletemaynis99
salam.
ReplyDeletewa pun heran kenapa org melayu je yang mengikut kehendak bangsa asing.tidkakah kita tahu yamg agenda ni semua adalah di dalngi oleh mereka2 yang mempunyai agenda sendiri...
Sedarlah bangsa ku .kalau di kala ini keadaan dah mula huru hara,
apa akan jadi di masa akan datang dikala anak2 kita pula menggantikan tempat kita.
Cukupla tu jangan lah kita mudah di perkotak katik kan.
......
bilakah arus kesedaran ini akan hadir..
adakah dengan paksaan??????
perlukah berlaku pertumpahan darah.....
wa rasa tidak perlu yang perlu ialah
FIKIRAN YANG WARAS
DEMI MASA DEPAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA
FIKIRKAN LAH
anak anak ku
rjay.