Latest Postings
Loading...
Wednesday, January 15, 2014

5/1/14 IKUTILAH DIA.......namun kita hanya memilih apa yang menguntungkan kita!

Siapakah yang diserbu kanak-kanak seperti dalam gambar ini? Dia sendiri tampak seperti anak-anak. Apakah mungkin dia sang cilik juara silat yang merangkul emas dan baru kembali dari Medan Olympik? Atau dia sekadar budak comel yang sering mencuit hati anak-anak? Perhatikan, biar anak seumuran mungkin baru tiga tahunan, begitu teringin untuk menjamah wajah keanak-anakannya dia. Siapakah dia sehingga sebegitu hebat sukanya anak-anak kepada dia?

(2) Dia sebetulnya adalah anak kelahiran FELDA di Pahang. Lahir di tahun 1960an. Pada masa itu, FELDA penuh dengan rakyat miskin dan susah. Dia pasti anak petani susah yang dikutip oleh Abdul Razak Husein untuk merdeka dari kemiskinan. Abdul Razak, tidak lain niatnya, dia tidak mahu bangsanya miskin terhina. Dia mahu bangsanya bangkit sebagai sebuah bangsa yang merdeka berdaulat dan menjunjung keagungan selaras dengan tuntutan Islam yang mereka pegang. Abdul Razak Husein, saya pasti adalah Melayu yang bekerja keras sepenuhnya untuk Melayu tanpa pedulikan kemewahan dan keselesaan diri dan keluarganya (1). Abdul Razak adalah Melayu yang benar-benar berkorban demi Melayu. Dia, mengerti hasrat cita-cita Abdul Razak. Saya pasti di zaman anak-anaknya dia bertungkus lumus berkubang ke sekolah, kemudian akhirnya melangkah masuk ke gerbang Menara Gading, Universiti Malaya. Di sana, menanam cita-cita, menghambat kegemilangan bangsa, lalu memekik melolong caranya tersendiri, sehingga akhirnya membawa dia ke London Hall sebagai artis-peguam Asia pertama melagukan the big spender di mana di masa anak-anak saya di sekolah dulu, bersama-sama teman-teman, kami ubah menjadi the big "spendel", seluaq dalam besaq. Siapa dia? Darinya mengalun Di Bumi Bertuah, Tanah Ini Tanahku, dan Warsian dari pulohan lagu-lagunya yang mendasari jiwa murni Abdul Razak Husein dan Mahathir Muhammed. Inilah saya kira, pemimpin besar, pemimpin sebenar pasti melahirkan para cendiakiawan yang berbilang kehebatannya demi cinta bakti mereka kepada bangsa dan negara. Sejak 1985, belum ada sehingga kini, sesiapa mengikuti jejaknya, dalam membangkitkan semangat Inilah Negaraku (2) secara spontan, secara bersahaja namun menjadi. Banyak yang cuba meniru kejayaannya, namun mereka hanya ingin mengikuti bahkan sekadar menumpang kejayaannnya, tidak mendasari menghayati jerih payah yang terpaksa dia lewati. Inilah dunia kini, manusia pentingkan result oriented rather process oriented. Mereka berfikir mereka adalah smart, yet they are just a fool. Mahathir, membawa Negara ini Memandang ke Timur di saat Magaret Thacher cuba memboikot Negara atas kejayaan Mahathir membuat Dawn Raid merampas Guhtie dan Sime Darby ke tangan Malaysia; semuanya adalah atas dasar agar kita melalui proses sebelum menjulang kejayaan. Apakah Najib mengerti akan ini?

(3) Samalah. Di mana-mana. Banyak nada bergauman berhujah, ikutilah dia. Yang digambar tentang manusia ikutan ini adalah kejayaannya dia. Dijelaskan akan kehebatannya dia. Kegemilangannya dia. Segala kejayaannnya dia. Segala sifat-sifat kejayaannya dia di sebut-sebut bahkan sehingga menjadi bahan tempelakkan. Namun tidak banyak yang mahu bercerita malah menganalisa yang membolehkan dia menjadi sepertinya dia. Semua, hampir semua berkata, dia adalah manusia pilihan. Dia manusia termulia. Dia manusia yang sememangnya telah ditunjuki. Apakah itu benar? Jika benar sebegitu, maka apa mungkin dapat kita mengikutinya? Sepertinya, dalam peraduan apa juga, jika telah ditentukan bahawa lawan kita mesti menang dan tidak boleh kalah, apa ada gunanya kita beradu dengan dia. Biar kita menang sekalipun, pasti kekalahan juga harus kita terima. Sesungguhnya, saya lihat, semua manusia setara dengannya tidak mereka mulia berjaya  atas dasar ditunjukki, semua jadi hebat, saya lihat setelah melalui segala proses yang perlu mereka lewati. Mereka tidak jadi sepertinya mereka pada jalan mudah.

(4) Datuknya seorang yang cekal dan jujur. Pedagang terhormat. Dari keluarga terbilang akan taraf sosialnya lantaran sikap bertanggungjawabnya, lantas, Baitullah menjadi amanah kepadanya. Datuknya punya sebuah keluarga yang amat besar. Banyak anak pinak. Di antaranya datuknya, punya seorang anak yang agak pendiam, lembut namun tetap beperkerti mulia. Biar ayahnya adalah hartawan namun dia hanyalah seorang yang sangat sederhana. Yang ada padanya hanyalah pekerti mulia, taat akan orang tua, serta sangat tampan. Lantas, dipertemukan jodoh baginya, gadis rebutan red spot yang sangat ayu, hidup paling sederhana, juga berpekerti mulia. Pasangan ini, kemudian terpisah, atas perintah bapanya agar si anak pergi berdagang, buat julung-julung kalinya. Pasangan ini harus punya jalan hidup sendiri. Berdagang adalah darah daging keluarga ini, maka si anak ini tidak terkecuali. Demi keluarga dia merempuh padang pasir ke Sham, lalu kemudian terus tidak kembali lagi, kepada isteri sarat mengandung. Sang isteri, ibunya dia, menanggung hidup dalam penuh kepayahan tanpa suami, menjanda dan itu dia persaksikan sendiri akan perit hidup ibunya membesarkan dia. Tanpa sang suami, ibunya menderita terus. Hisup dalam bayang derita yang tidak berketandusan. Namun, derita ibu tidak lama, kerana dia juga mengiring suaminya pergi untuk selamanya. Lantas dia kemudian dipelihara oleh datuknya dengan penuh kasih sayang, disiplin, cekal mengembara di padang pasir membunuh biar masih anak-anak, belajar berdagang dengan penuh kejujuran. Sebagai yatim piatu, setidak-tidaknya dia dihargai oleh keluarga dan kaumnya sendiri lantaran perlindungan datuknya yang berpengaruh. Inilah maksud: Al Quran 93:6&9 Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu; Adapun terhadap anak yatim, jangan kamu perlakukan sewenang-wenangnya. Allah mendamaikan hatinya yang resah, namun tetap dia diperingatkan tahulah diuntung, sadarlah diri, jangan lupa daratan.

(5) Namun, perlindungan datuknya juga tidak kekal. Datuknya pergi saat dia paling memerlukan perlindungan. Saat sedang remaja dia diambil dipelihara oleh pamannya yang paling dhaif. Di situ, dia belajar untuk hidup tabah sebagai seorang dhaif. Lalu kedhaifanlah yang mendidik dia untuk memerhati sekeliling. Di sana sini dia melihat keonaran dan kebodohan. Dungu, degil, biadap, sombong, riak, haloba, dengki, khianat, bakhil kikir dan segala nafsu binatang serakah rakus liar menjalar dalam tubuh manusia-manusia di sekelilingnya. Dia yakin, kehancuran bakal mendepani kaumnya. Dia binggung. Dia takut. Dia keliru. Dia mencari-cari. Dia ke gunung, berulang-alik ke Jabal Nur. Dia menyendiri. Dia berfikir. Dia menemui, dia ingin bersuara. Namun, apa ada kepada seorang yang daif miskin. Siapa mahu pedulikan dia? Biar dia menangis, biar dia menempek, biar dia merayu, pasti gugur segala teguran dan nasihat bagai air hujan menetes di daun keladi. Lu siapa mahu mengajarin gue!.

(6) Namun badan bertuah sering bersamanya. Seorang wanita usahawan berjaya mahukan dia menjadi suaminya lalu mengurusi segala soal dagang dan hartanya. Seorang janda, tetap bergetah, kaya, berkedudukan, berpengaruh, menjadi intipan banyak, berpekerti mulia, memilih dia yang miskin dhaif menjadi suaminya. Sesungguhnya, bukan dia gifted sebagai berbadan bertuah, dia telah berkorban banyak penuh sengsara untuk menjadikan dirinya berbadan bertuah. Sifat cekal, jujur, bertanggungjawab, prihatin, berpekerti mulia hasil didikan kemiskinan dan kedhaifan yang tidak berperilah yang telah menjadikan dia sebagai berbadan bertuah. Ianya bukan free gift. Dia berkorban dan terkorban untuk mendapat apa yang terhak baginya. Dia manusia yang tidak ada masa bagi kehidupan duniawi. Dia lebih khuatir akan mandiri kaum dan bangsanya. Biar setelah menikah, dia menjadi hartawan namun dia tetap mencari-cari di mana silap lemah duduk bangsanya? Syukur, niat baik, cara baik, Allah pasti akan sentiasa dekat. Lantas, Nur Ilahi mendatang kepadanya. Al Quran 93:7-11 memperingatkan dia: Dia mendapatimu sebagai seorang yang binggung, lalu Dia memberikan pertunjuk; Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberimu kecukupan; Adapun orang yang meminta bantuan, maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya. Sesungguhnya, saya memperhitungkan, adalah Allah  pulang paku buah keras ke atasnya yang menjadikan dia terus zuhud sehingga ke akhir hayat. Syukur, sang isteri biar sebelumnya hidup sering bermewah-mewah, mendokong dia pada jalan yang dicari dan ditunjukki. Sang isteri berkorban sama mendokong bakti tulinnya kepada Ilahi.

(7) Dia tidak sesekali lupa daratan. Dia tidak bermewah, biarpun dia mampu dan boleh. Biar di saat dia paling berkuasa, dia tetap memilih jalan zuhud. Sehingga anaknya yang paling dia sayangi bersama sang menantu yang paling berjasa kepadanya, biar hanya sekadar memohon seorang pembantu rumah dari kalangan hamba tawanan perang, dia tidak membenarkannya. Dia hanya meminta mereka hanya berzikir kepada Allah. Yakin kepada Allah sepenuhnya, selagi mereka benare dan jujur, Allah akan terus bersama mereka. Cukup sekadar itu. Yakin akan sebegitu. Dia tidak sekali-kali pernah membelakangkan Ummah. Di saat-saat akhir hidupnya, tidak lain yang dia khuatiri, hanyalah umatnya. Sehingga Jibrail meyakinkannya tentang keselamatan Umatnya maka baru dia redha rohnya dicabut pergi. SubhannaAllah. Sebegitulah pengorbanannya kepada Umatnya.

(8) Demi Islam, demi peradaban mulia manusia, dia menumpah keringat, tangis, darah dan mengadai harta, kemewahan, keselesaan, dan nyawa agar Islam menjadi penyelamat kita umat manusia biar sehingga ke Nusantara ini, menerobosi jiwa-jiwa tahyul, kerdil, bermusuhan, berbunuhan, berpecah belah, sehingga terjajah oleh segala macam khurafat yang mengundurkan martabat kemanusiaan kita. Islam, yang dia bangun dan kembangkan menyelamatkan kita dari kehancuran sama dengan segala macam kehancuran yang bangsanya akan hadapi jika tanpa Islam. Dia berkorban segala seluruhnya sehingga kepada kita, biar kita tidak sekaum sekerabat sebangsa setanah tumpah bersamanya. Dia berkorban merentas segala sempadan batas strata kemanusiaan. Cuma mungkin, kerana Islam yang kita terima adalah Islam yang 700 tahun telah sempurna, suatu hadiah bergolek mendatang tanpa ada perjuangan maka kita meladeni Islam sekadar seadanya. Kita tidak membatini Islam pada jalan intipati sebenarnya. Dia juga kita kian lihat sebagai hanyalah seorang manusia berjaya sepertinya manusia-manusia berjaya lainnya. Kita kian tidak menghayati, maka, kita tidak pernah kenal dia secara terperinci mendalam. Lantaran itu, maka Islam yang dia bawa, dan Islam yang kita amal kian berada di dua jalan yang tidak seiring dan bertemu. Semuanya lantaran, jalan pendidikan Islam kita kian kita sempitkan atas dasar untuk memenuhi haloba serakah dengki bakhil yang terus mengakar dalam jiwa-jiwa para penguasa di mana saja. Astarfirullah.

(9) Maka saya melihat, Maulidur Rasul dirayakan saban tahun, untuk memperingatinya di mana-mana bukan untuk membatin jalan perjuangannya dia, melainkan kian menjadikannya sebagai tarian merak yang gian untuk mengawan. Ingatan kita kepadanya punya puncak dan bermusim, lantas cara kita berjuang juga kian seperti tarian merak timbul hanya di musim mengawan. Soal saya, jika jalan ini paling bagus pasti telah tertanam Islam sebati dalam diri kita kerana kita sudahpun lebih 800 tahun dalam kendung Islam, namun sifat-sifat Jahilliah masih bahkan kian semarak dalam masyarakat kita. Kenapa? Saya memperhitung cara dan intipati pendidikan Islam yang kita jalani dan terus-terusan amali dari nenek moyang kita dulu, sangat menyempit sama sepertinya kita di zaman penjajah. Otak, citarasa, segalanya kita terus masih terjajah tidak merdeka bebas sepertinya yang Allah tuntutkan ke atas kita.

(10) Banyak, saya lihat, menjejaki Muhammad SAW, bukan di jalan perjuangan baginda, banyak memilih mengikuti baginda untuk diperakui hebat sepertinya baginda lantas, banyak berpilih-pilih meneladani sifat-sifat dan prilaku baginda yang mereka selesa dan sangat menguntungkan, mereka tidak meneladani jalan perjuangan Muhammad SAW pada landasan sebenar-benarnya. Nafsu haloba, riak, bakhli, kikir,dan berpura-pura masih terlalu tebal belum Islam dapat kikiskan.

Nota:
Dalam suasana Negara diselubung kesedihan di atas kembalinya dia ke Rahmatullah, saya terbaca sebuah rencana di akhbar perdana, betapa di saat dia menghembuskan nafasnya, dia tidakpun memiliki sebuah rumah untuk keluarganya melainkan kediaman rasmi yang cukup sederhana yang disediakan Kerajaan buatnya. Juga di saat sebegitu, dia hanya meninggalkan sekitar RM8,000.00 dalam akuan simpanannya. Dia seorang Perdana Menteri, dia mampu, namun dia memilih untuk menghambakan diri menjadi rakyat. Jika gagasan Rakyat diDahulukan Najib hendak ianya diterima dibatini oleh semua penguasa pimpinannya, inilah teladan terdekat buat Najib. Cuma sayang, tidak Najib akan berani menjejaki langkah sebegini Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Najib hanya akan berpilih-pilih. Maka yang lain pasti lebih memilih-milih. Guru kencing berdiri, pasti murid kencing berhamburan berlari-lari.

Terasi, Simunjan
18 Januari, 2014

0 comments :

Post a Comment

Back To Top