Latest Postings
Loading...
Tuesday, December 24, 2013

10/12/13 APA DAN SIAPA ITU SYIAH? (Revisit 2 Jan., 2014)

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BUAT PEMBACA DAN PARA TEMAN KENALAN BERAGAMA NASRANI. SEMOGA, SEMUA KITA ALLAH SERING LIMPAHI TAUFIK DAN HIDAYAHNYA UNTUK BENAR-BENAR MENJADI MAHLUK PADA TUJUAN PENCIPTAAN KITA.

Jika sesiapa mengikuti sejarah Islam secara menyeluruh, akan kita temui, sejak dari sebermula penciptaan manusia, sudah ada nada-nada betapa manusia itu tidak lain akan hanya mengujudkan kecelakaan di dunia ini. Malaikat, mahluk yang paling taat akan Allah sudah sejak dari sebermulanya mempersoal keperluan wujudnya manusia. Cuma mungkin, jika tanpa manusia, para syaitan akan sia-sia kewujudan mereka, juga segala mahluk lain pasti tidak akan tertahan akan sifat laknatnya syaitan. Saya mengira, manusia pasangan cocoknya adalah syaitan dan sebaliknya. Juga, saat manusia akan berkembang biak, sudah wujud pertelingkahan jelas sesama saudara sedarah sedaging, sebermula dari Qabeel dan Habeel. Sifat sombong bongkak dengki khianat Qabeel adalah permulaan segala sifat sombong bongkak dengki khianat manusia sesamanya dengan dokongan lanjut para iblis syaitan.

(2) Bila Muhammad SAW wafat, pada saat kerja-kerja pengkebumian baginda, sudah wujud percanggahan dalam kepimpinan Islam. Semuannya bermula kerana tamak haloba dan prejudis. Kaum Al Ansar dan Aus yang terselamat oleh Islam dari kemungkinan penindasan dahsat Yahudi Madinah, telah terlupa akan jasa Islam kepada mereka. Mereka jadi prejudis terhadap kaum pendatang Muhajirin (Mekah) yang sebermulanya adalah pelarian kaum sesamanya iaitu Quraish, kian berpengaruh di Madinah. Kaum Al Ansar dan Aus berpendirian merekalah penyelamat kaum Muhajirin, sedang hakikatnya, tanpa Islam dan kaum Muhajirin, mereka sebetulnya akan menjadi hamba penindasan kaum Yahudi yang jauh lebih maju dan bersatu dari mereka. Sesungguhnya, saya berpandangan tidak Islam itu dibela dan dilindungi oleh kaum Al Ansar dan Aus, tetapi adalah sebaliknya. Islam milik Allah, ianya tidak perlu pelindung. Islam pelindung bagi segala dan bukan, tidak sekali-kali sebaliknya. Saya yakin sebegitulah fikiran dan fahaman Umar Al Khataab, sehingga dengan tegas dan berani dia mengusul Abu Bakar Ass-Siddique untuk menjadi Khalifah Islam sesudah Muhammad SAW. Abu Bakar Ass-Siddique adalah pelindung Muhammad SAW saat gawat permulaan Hijrah. Abu Bakar Ass-Siddique adalah pendiri teguh Islam bersama Muhammad SAW sejak mulanya. Itulah ilmu, itulah rasional yang saya kira menjadi pegangan Umar Al-Khataab dalam mendirikan keputusan beraninya. Namun, cara manusia berfikir lantaran dalam tubuhnya ada rongga yang para syaitan mudah telusuri, maka adalah terlalu payah bagi manusia untuk berfikir di luar dari kepentingan sendiri-sendiri. Saat manusia suka mementingan diri sendiri dan atau kelompok, maka saat itulah para syaitan mungkin melafaz "I'm for You!"

(3) Syiah, dalam beberapa siri pembacaan saya, adalah fahaman politik. Syiah bukan suatu cabang Islam. Tidak wujud Syiah dalam Islam. Syiah dalam bahasa Farsi bermaksud kelompok, puak. Kerana ianya dari Bahasa Farsi, maka istilah tersebut secara temurunnya telah terpakai ke atas adalah kelompok Farsi. Maka Syiah telah diikat sebagai puak Farsi yang kebetulan juga adalah berAdeen Islam. Syiah menjadi sinonim kepada Umat Farsi. Kerana prejudis politik, maka Syiah kini ditafsir sebagai kelompok Islam Farsi.  Apa wujud Islam Farsi? Jika wujud dan sebegitu pandang kita, maka wujudlah juga Islam Arab, Islam Melayu, Islam Fanatik, Islam Moderat, Islam Hadari, segala macam Islam akhirnya. Apakah itu benar? Apakah itu betul? Tidakkah sebegitu sebermulanya pelbagai sect dalam agama Nasrani? Apakah itu jalan yang sedang kita tujui dan diaruh oleh tangan-tangan dari jiwa-jiwa gelap?

(4) Kita harus mengkaji Sejarah Islam, bukan sebermula sekadar dengan kisah hidup Aminah dan Abdullah, ibu-bapa Muhammad SAW. Kita perlu melihat Islam dari sebermula kejadian manusia. Paling tidak Islam mesti disorot dari kewujudan dan keruntuhan peradaban-peradaban besar manusia. Sesungguhnya, saya perhatikan, banyak pihak cuba menafikan tentang kehebatan temaddun Farsi. Mungkin lantaran riak, sombong, dengki, prejudis Timur, Barat dan Arab, maka semua pihak cuba menidakkan kewujudan temaddun Farsi. Maka saya berkira, Syiah harus disoroti bukan sekadar sebermulanya pertelingkahan Aishah-Ummayyah-Ali melainkan dari sebermulanya sejarah Farsi itu sendiri. Kita harus tahu, sebelum kebangkitan Arab lewat Islam Roman dan Farsi sering berebut Tanah Arab khusus di kawasan Maditeranean. Bahkan Farsi-Mogul, Farsi-Turki juga sering berperang untuk menguasai jalan Barat-Timur. Pengaruh Farsi tidak pernah padam di rantau Sham, Maditeranean Arabia juga di rantau Asia Tengah dan Selatan khususnya Pakistan. Inilah kehebatan sejarah Farsi yang Barat sedar tetapi Melayu tidak faham, khususnya saya kira Zahid Hamidi. Barat atas sifat gemar memesongkan segala, mereka sedang secara halus mahu memesongkan kita. Kitapun jadi apa yang Allah sebutkan kira-kira bermaksud sudah terang lagi bersuluh, tetapi tetap buta, pekak dan bisu; bodoh sebetulnya; lantaran haloba dengki.

(5) Sesungguhnya jika kita menghalusi, saat Umar Al Khataab dengan keras mahu Abu Bakar Ass-Siddique menjadi khalifah, pada kejadian itu, Allah sebetulnya telah memberikan pertunjuk awal betapa akan berlaku perebutan kuasa untuk mengakui siapa lebih berhak ke atas Islam. Juga sedang muncul kemelut siapa lebih Islam
. Bila Umar Al Khataab, lewat Khalid Al Waleed, dapat meranapkan empayer Farsi kuno, dan menjadikan Islam sebagai Adeen Farsi, kita pun tahu dari zaman Ali Abi Thalib, sehingga ke Ummayyah, Abbasiah dan selanjutnya Mogul dan di zaman pengaruh Barat, wilayah Farsi banyak melahirkan cendikiawan Islam yang ulung yang sanggup mengadai nyawa menantang keonaran kelompok Arabia. Sesungguhnya, saya berkira, tidaklah pada hakikatnya Syiah itu taksubkan Ali Abi Thalib. Ali Abi Thalib hanya simbol perjuangan Syiah. Ali Abi Thalib adalah seorang yang kental keras dalam pegangannya terhadap Islam. Itu tidak menjadi kehairan kerana dia sedari anak-anak terdidik oleh MahaGuru Islam iaitu Muhammad SAW, apa lagi sememangnya dia adalah darah daging MahaGuru Islam itu sendiri. Juga Ali Abi Thalib, adalah suami kepada Fatimah Al Zahrah, anak kesayangan Muhammad SAW yang melahirkan cucu baginda yang paling baginda sayangi. Sehingga kinipun, saya yakin Syiah akan tetap menjadikan Ali Abi Thalib sebagai roh perjuangan mereka kerana keadaan Ali Abi Thalib pada zamannya adalah sama sahaja dengan Syiah pada masa ini, tersepit oleh pelbagai pengkhianatan. Tidakkah Melayu dulu-dulu telah tahu, saat anjing tersepit saat terlepas, yang menyelamatkan diapun dia tokak!
(6) Farsi secara terus-terusan akan menjadi musuh Barat. Barat tidak mahu melakukan konfrantasi berdepan dengan dunia Arab, khususnya syiah Saudi Arabia dan syiah-syiah sekutu Teluknya kerana syiah-syiah ini telah sememangnya berada di celah kelangkang Barat. Barat ingin melumpuhkan Islam secara halus dan total. Mereka sudah beres dengan Arab pinggiran: Iraq, Mesir, Libya, Sudan, dan Yaman. Mereka kini kian beralih kepada syiah Farsi. Lubnan, Syiria, dan Iran adalah sasaran mereka. Barat telah berjaya memporak perandakan syiah Arab pinggiran. Kebetulan bangsa Arab tidak suka akan Farsi, bukan kerana masalah Islam, melainkan akibat dari rasa saling tamak, dengki, prejudis terhadap kekayaan anugerah Allah iaitu minyak, maka di sinilah sikap gergaji bermata dua kian bermain dalam kancah politik dunia Islam. Barat sangat seronok bermain api dan api itu terbakar dan membakar oleh dan di dalam dunia Islam itu sendiri. Mereka sekadar menabuh gendang. Di Nusantara, dunia Islam memang sudah seperti telur di hujung tanduk. Sama kedudukannnya seperti Jordan dan Palestine. Syiah Sulu sudah hancur, Syiah Pattani sudah hancur. Syiah Rohingya sudah hancur, Syiah Champa sudah hancur, punah. Syiah Melayu-Jawa-Bugis kian bergelora. Maka tinggal hanya satu Syiah iaitu Syiah segala Syiah yang perlu dimusnahkan iaitu Farsi. Jika Iran tumbang, Pakistan pasti menyerah bogel. Apa lagi Aghanistan, pasti telanjang berterusan. Nafsu ganas Kapitalis adalah untuk menghancurkan Asia Tengah yang kebetulan punya kecondongan kepada Farsi. Serta matlamat sebenar Barat adalah untuk melumpuhkan Asia Barat lewat kehancuran Farsi. Lantas, mudah baginya seterusnya untuk memporak perandakan Rusia. Jangan lupa, Rusia lewat Prusia, dulunya adalah musuh Yahudi mendahului Nazi Jerman. Yahudi lewat Barat (Amerika) ingin membalas dendam, tetapi secara lempar batu, sembunyi tangan. Sesungguhnya inilah politik Kapitalis, Barat. Saya berkira, Melayu kurang teliti akan prihal ini, khususnya Zahid Hamidi. Barat sedang memerangkap kita agar kita memusuhi Syiah, lantas menjadi Lebuhraya mutlak bebas bagi menghancurkan Iran.

(7) Saya tidak yakin Melayu akan taksud kepada Syiah. Jika itu kecenderungan Melayu, pasti sifat-sifat sama yang ada pada Syiah, Buddha dan Hindu yang menjadi anutan berabad Melayu sebelum Islam pasti tidak akan terpadam. Melayu bukan Pakistan dan atau India. Jika ada sifat Syiah pada segelintir Melayu, itu adalah lumrah, dan semua kerana telah wujud suasana politik yang menyuburkan sifat-sifat sebegitu dan puncanya tidak pernah pada pihak lain, melainkan pada Melayu itu sendiri.

(8) Sesungguhnya, semasa Abdul Razak Husein menjadi Perdana Menteri, beliau berjumpa berpelukan dengan Mao Tze Dung, Bapa Komunis China, apakah kerana itu Abdul Razak telah menjadi pendokong dan penganut Komunisma. Juga saat menjawat jawatan Perdana Menteri, Mahathir telah bertemu bahkan dicium oleh Pope John Paul. Apakah kerana itu maka Mahathir adalah seorang Catholic Christian? Tahukah kita, Harvard University, bahkan Cambridge, Oxford, dsb itu tunjang mereka adalah intellektual Yahudi. Berapa pulohan ribu telah anak Melayu terlahir dari Universiti-universiti tersebut, apakah itu bermaksud mereka adalah Yahudi? Bahkan berapa ramai anak-anak Melayu sedang berpengajian di Russia, apakah kerana itu mereka adalah Komunis dan atau Christian Coptic? Tidakkah Najib sendiri turut menjejaki tapak kaki Abdul Razak Husein ke China? Kenapa Najib tidak dicap sebagai komunis? Saya mengkagumi Mao Tze Dung, juga Fidel Castro dan Ho Chii Minh, dan melawat ke kampung serta makam mereka, apakah kerana itu saya seorang murtad, pembelot bangsa? Saya pernah bersahabat akrab dengan anak-anak pengajian Yahudi dan Iran serta banyak kali sholat di Masjid Syiah di Amerika, apakah kerana itu maka syahadah saya telah luput tidak bererti? Jika Zahid Hamidi apa lagi Najib Abdul Razak, hendak berperang dengan Syiah di Malaysia kerana mereka merosak akidah Islam, tidakkah Komunisma, Kapitalisma, Sosialisma, dan apa juga jelas akan kehendak mereka hendak meruntuhkan Islam kini serdang berluasa di Malaysia, kenapa mereka kita biarin? Maka harus kenapa Syiah menjadi sasaran khusus, sedang musuh nyata kita peluk tidur enak bersama?

(9) Saya yakin, bukan Syiah yang menjadi masalah Melayu di Negara ini. Saya juga yakin Melayu tidak ada masalah dengan Syiah. Yang bermasalah adalah UMNO. UMNO sedang takut bayang-bayang sendiri. UMNO sedang takutkan PAS atas kemungkinan Tsunami Islam. UMNO tidak bersedia untuk kebangkitan Islam. Itu pokoknya. Maka Syiah adalah batu loncatan ampuh untuk melumpuhkan PAS. UMNO tidak berani untuk bertembung terang-terangan dengan PAS lewat kaedah jenayah. UMNO hanya ingin bermain politik dengan PAS. Sesungguhnya, saya juga yakin, bukan PAS yang akan membangkitkan Islam. Melayu itu sendiri secara umum sedang  meraba-raba menuju ke arah Islam. UMNO tidak mampu membuka jalan ke arah itu kerana UMNO itu masih enak bersama Kapitalis. Dalam masa yanbg sama, PAS pula, perjuangan Islamnya sudah melayang-layang bagai layang-layang putus tali, dan atau ibarat bangau tua gondol botak lesu di lopak.

(10) Sayang, hanya kerana Mat Sabu, Syiah sebuah puak beragama Islam bertemaddun tersendiri kita libatkan. Nyamuknya Mat Sabu; kelambunya Syiah yang hendak kita bakar. Sifat kita, salah sendiri, tunding orang lain. Samalah seperti baling batu, sembunyi tangan. Mungkin inilah fikiran dan ilmu bawaan Yahudi yang telah meresap dalam jiwa sebahagian dari kita. Kenapa Mat Sabu jadi ketakutan UMNO? Tidakkah segelintir pengikut PAS yang masuk UMNO serta menjadi ayam laga dalam PRU13 lepas sama saja tarafnya dengan Mat Sabu, dan mereka ini Melayu tolak mentah-mentah. UMNO buat tidak mengapa, orang lain tidak boleh. Inilah mungkinya maksud sebenar UMNO: U Must Not Oppose dan mungkin benarlah juga kata Najib, UMNO itu baik, baik-baik saja, yang kotor kenohok adalah orang-orang dalam UMNO khususnya para gedebe Melayu dalam UMNO. Anih, sengkek. Cukup cetek. Mati akal. Jika Syiah benar-benar musuh kita, halau saja semua bangsa Farsi serta Pakistan, Bangladesh, India yang condong kepada cara Syiah dari bumi ini. Apakah itu, berani kita buat? Jika tidak, ternyata Zahid Hamidi juga sedang berwayangkan kepopularan cara Najib.

(11) Sekali lagi, Negara ini kian ditadbir secara Popular Governance. Barat memusuhi Syiah, hendak menghancurkan Syiah, meranapkan Iran sebetulnya, demi populariti kita di kaca mata Barat, maka kita juga mesti memusuhi Syiah. Analytical Independence Mind tidak ada pada penguasa kita. Saya memperhitung saat Iran punah, Baitullah, Nabawi dan Al Aqsa apakah tidak akan menjadi under the custodian of an International Community ie the West? Sesungguhnya, jika Islam telah kita didik sempurna kepada seluruh anak bangsa Melayu, tidak akan perlu kekhuatiran akan Iman Melayu akan goyah. Kerana Islam tidak sempurna kita didik di Negara ini, sedikit kocakan menjadikan kita kalut. Kita kalut kerana kita tidak bersedia untuk diduga, Juga kita sebetulnya sedang mengalih pandang dari musibah sebenar kepada perkara-perkara picisan. Anih, Melayu kian mahu memerangi sesama Islam, hanya kerana beda fahaman politik. Benarlah tanggap Mahathir, selagi kita tidak punya daya yakin diri yang tinggi, beginilah caranya kita melighat segala: great pretender, escapism. Kita seronok menuding jari kepada orang lain di atas kelemahan sendiri. Saya kira Najib sedang membimbing bangsa Melayu menjadi bangsa pengecut takut bayang-bayang sendiri

Kuching, Sarawak
25 December, 2013

3 comments :

  1. Ingat,,,UMNO dan PAS adalah PARTI.

    ReplyDelete
  2. kerajaan islam iran yg ada pda msa kini adalah model kerajaan islam yg terbaik didunia pda msa skarang... hanya iran satu2nya krajaan islam yg bebas 100% dr kkuasaan nasrani dan yahudi(amerika,barat dn zionis israel)... krajaan malaysia skrg mnghampakn sgt pngecut kpda dunia barat......utk pngetahuan bersma cuba anda baca tulisan dina y.sulaeman (buka goggle taip dina y.sulaeman) .beliau tlh mngikuti studi hubungan internasional iran di teheran slma 7tahun ats jemputan krajaan iran... kajian slma studi bliau brkaitn kbudayaan,pndidikn,agama dan ekonomi iran ..
    ternyata slma ini fitnah yg dibuat oleh barat dan kaum wahabi arab trhadap syiah dn iran adalh supaya org islam mmusuhi dan mmecah belahkn sesama org islam..nauzubillah..smoga allah mnyelamatkn org islam drpd perpecahn ,fitnah dn kjahatn dr musuh2 islam..amiiin.

    ReplyDelete
  3. Sering, kebanyakan suka ikut-ikutan sahaja. Dalam dunia Melayu ada perumpamaan berbunyi: Enggang lalu ranting patah. Juga, Anjing jika tidak makan najis, dapat menghidu cukup lah. Itulah petanda sifat prejudis pada bangsa ini. Semua lantaran Islam telah dididik kepada bangsa ini secara prejudis. Tq

    ReplyDelete

Back To Top