13/5/13 ANAK KAMPUNG (2).....paman-paman dan bibik-bibik dari Kota.
Hujan. Saat hujan, Kampung jadi pengap diam. Burungpun enggan berkicau. Itik, ayam, ah Kampung kini sudah tidak seperti dulu-dulu lagi. Tidak lagi kelihatan ayam kuncup kuyup kedinginan di dahan jambu. Itik sudah tidak riuh bersuara berkejaran menyondol-nyondol mengali cacing di lopak-lopak. Kambing, lembu, mana lagi ada sebegitu segalanya berkeliaran seperti dulu-dulu. Sudah hilang semua itik dan ayam. Sudah pupus segala kambing dan lembu. Apa lagi kerbau. Namanya kerbaupun anak-anak Kampung sudah tidak tahu. Orang Kampung sudah jarang pelihara ayam dan itik. Ayam dan itik bisa bikin tetangga ribut-ribut, berkelahi. Orang Kampung, kerana kepingin terus berkampung, mereka ngak suka mahu bikin ribut-ribut. Sesama tentanga, lebih enak aman-aman saja masing-masing mahu rukun memelihara persefahaman. Tidak mahu ribut-ribut takut nanti saat sakit tiada yang bantu atau mungkin kenduri tetangga pada tutup pintu. Atau paling ditakuti bila mati tidak ada yang peduli. Siapa nanti mahu mandikan mayat? Siapa mahu kapannkan mayat? Siapa mahu gali kubur dan kebumikan mayat? Masyarakat Kampung, perhitungan mereka adalah soal kemasyarakatan. Ya, memang ada yang sendiri-esndiri, tetapi kerana cara masyarakatnya adalah Kampung, lama kemalamaan yang sendiri-sendiripun keluar untuk bersama seKampung. Tidak seiapa dapat bertahan hidup sebagai beruk tunggal. Juga orang Kampung sudah mempunyai pertimbangan lain. Kenapa harus kembali pelihara ayam, itik, lembu, kambing atau segala? Semua itu memberikan pulangan yang tidak seberapa. Mereka kini lebih mudah untuk membeli saja segala di pasar. Ayam, itik, lembu, kambing dan apa saja kini sudah jadi komoditi Kota, Kampung sudah beralih jadi pengguna. Maka untuk sesiapa yang berfikir mereka bijak, Kampung bukan lagi pengeluar tetapi pengguna Hukum Ekonomi Kampung sudah berubah.
(2) Saat hujan, Kampung tidak seriuh Kampung. Tiada yang berlarian. Suara anak-anak semua mati, kecuali bayi-bayi menangis lapar atau mahu ditukar popok kerana sudah lunyai basah dikencing kerana kedinginan. Kalau hujan di tengahari, paling enak buat orang dewasa, tidak perlu buru-buru ke kebunan. Mereka pasang kain pelekat, terus tidur sepuasnya. Sedang anak-anak kebingungan mahu bikin apa? Kalau hujan di sore harinya, sang isteri atau anak perawan jadi sibuk keributan membuat kopi dan gorengan apa saja. Paling-paling kalau sudah tidak ada apa-apa, gaul saja hirisan bawang dengan tepung dibuat cucur kodok. Jika ada udang, campur udang, jika tidak campak saya beberapa ekor ikan bilis. Kenapa namanya cucur kodok? Kurang pasti apa sebabnya, mungkin gara-gara buru-buru seperti kodok terjun masuk ke dalam kuali, maka di sebut cucur kodok. Paling tepat dinamakan jeput-jeput. Dari kata sejemput-sejemput. Ringkas jadi jeput-jeput. Ada jeput-jeput, maka jemputlah makan. Emmm, enak. Juga kenapa dinamakan cucur. Itu mudah jawabanya. Bukankah saat cucur mentah dimasukkan ke dalam kuali minyak panas, bunyinya currrrrrrr. Maka, kerana Bahasa Melayu suku katanya sekurang-kurangnya dua, maka disebutlah cucur. Saat kopi dan cucur panas terhidang, anak-anak pasti kebagian. Kempang kempong mulut mereka mengunyah cucur panas sambil ditolak seropot ke kerongkong dengan kopi yang juga panas. Ya, ada yang bertanya, kalau hujan di malam hari, bagaimana pula? Itu persoalan orang dewasa, pastinya hujan di luar dan hujan di dalam. Mengerti? Mana mungkin tidak mengerti? Blue? Tidak blue. Itu lumrah. Lumrak kodok. Mana ada kodok gitu-gituan di panas terik. Saat hujan di waktu malam, anak-anak jadi bagaimana? Akal orang dewasa, menindas untuk keseronokan sendiri, pasti anak-anak disuruh cepat tiduran. Alasannya, ibu dan bapa, besok mahu awal kerja. Kerja apa? Ngerjain pastinya. Itulah menindas saya berkira. Menindas fikiran anak-anak agar berbohong atas kebutuhan pribadi. Hanya kerana nafsu, maka mereka beralasan ikut sunnah Rasullulah, tetapi bohongnya bagaimana? Maka harusnya bagaimana kita bisa melahirkan bangsa yang jujur dan bener? Apa tidak mungkin dibilang saja, bapa sama ibu mahu istirehat, kalian tidur saat sudah ngantuk.
(3) Saat hujan alang kepalang, tidak sore bener atau malam, pasti membingungkan. Yang resah, yang binggung ngak karuan adalah anak-anak. Anak-anak Kampung. Mereka terpenjara saat hujan mendatang. Laman rumah serta jiran-jiran adalah padang permainan mereka. Saat hujanan, semua tertutup. Guntur tidak terkecuali. Dia duduk termanggu di birai tangga. Rumah orang tuanya masih Rumah Panggung dari kayu. Tetes-tetes hujan membantai keras atap spendax rumahnya mematikan hiruk pikuk para makcik, bibiknya di dapur juga hilai tawa para pakcik, pamannya di ruang tamu. Dia kegelisahan sendiri. Teruja, excited sebetulnya. Dia seperti menunggu sesiapa. "Di mana Ramlee? Hamidah juga belum muncul, nungul. Sudah janjian akan berkumpul di rumahnya kira-kira jam 3.00 sore, kini sudah jam 2.45 masih juga belum muncul. Masakan mereka takutkan hujan? Biasa, hujan-hujanan paling mereka senang ceria" persoal Guntur sendiri, sambil terus melempar pandang jauh ke jalanan aspal di depan rumahnya. Guntur, saat dia janjian, pasti dia mengharapkan paling lewat, telat 30 minit. Janji jam 3.00, dan sudah jam 2.45 belum juga nungul-nungul keduannya, baginya sudah keterlaluan. Saat separuh khayal seperti melamun, tiba-tiba kakinya ditarik orang. Keras sekali betis kirinya disentap orang. Juga sebelah lagi dicucuk kuat dengan sebatang anak kayu. "Aduh! Wah! Wohhh!" dia menjerit kekagetan sekali. Dia melompat mengundur ke dalam rumah sepertinya sang katak terjatuh ke dalam bakaran sampah. "Kah kah kah. Kik kik kik" hilai tawa kedengaran dari kolong rumahnya. Ramlee dan Hamidah muncul dari bawah tangga. Guntur separuh marah, jengkel namun lantas padam lantaran kekagumannya saat melihat lainnya Hamidah dan Ramlee. "Wah. Cantiknya baju engkau Midot. Kaupun sama Lee" ucap Guntur saat melihat kedua-dua Hamidah dan Ramlee begitu kemas cakep sekali pakaian mereka. Hamidah bergaun jingga berenda-renda. Rambut bertocang dua, diikat reben merah. Ramlee, berkemeja biru berlengan panjang. Seluarnya hitam pekat. "Mestilah. Bukankah sekejap lagi Amir dan Haslinda akan datang. Mereka pasti berpakaian cantik-cantik. Jadi kita kena juga berpakaian cantik-cantik. Kita kena hormat mereka. Kenapa engkau masih pakai singlet dan celana pendek saja, macam hendak main hujan?" balas Hamidah sambil bercekak pinggang, menjelir lidah. Ramlee senyum sinis memperlekeh. Mata-mata materialistik sudah bermain sandiwara. Dari mana asalnya rasa itu? Apa tidak mungkin di mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi? Kedua orang tua Hamidah dan Ramlee agak sedikit egoan saat ada tamu dari Kota datang, apa lagi yang dinamakan adik-beradik. Mereka tidak mahu kalah untuk memperaga tanpa sedar persisnya ibarat merak yang mahu anu-anuan.

(4) "Aku anak Kampung. Aku mesti terus jadi anak Kampung. Aku tidak suka pakai bagus-bagus. Nanti emak susah kena cuci. Lagipun bapa bukan ada duit sangat hendak beli baju bagus-bagus. Aku simpan pakaian bagus-bagus untuk Hari Raya dan ke Kota sahaja. Juga, kita hendak ke mana? Kita bukan hendak ke mana-manapun. Jadi kenapa mesti pakai pakaian bagus-bagus. Tak seronok kalau bermain dengan pakaian bagus-bagus" hujah Guntur seperti membantah bicara Hamidah. Guntur, anak Kampung. Sikapnya, dia sekadar apa yang disebut sebagai practical. Kalau di Kampung, maka Kampunglah caranya. Kalau di Kota, Kotalah caranya. Di dalam benaknya, dia lebih memperhitung tanggungjawap dan kemampuan keluarganya. Soal mampu, itu satu, soal perlu adalah pertimbangan beratnya. Namun Hamidah, naluri kewanitaannya sudah ada biar umur masih umbelan. Dia harus kelihatan cantik, manis sebetulnya. Dia mahu ada perhatian. Permulaan cambahnya bibit egoan. Ramlee, ikut saja. Kalau Hamidah pakai cantik, dia pasti ikut saja. Kalau Hamidah bogel terus, juga dia ikut. Dia agak bertentangan dengan Guntur. Sebabnya mudah, Guntur sering memperlekehkan dia. Pada Guntur, dia hanya ingin mencabar Ramlee agar jadi lelaki. Dia mahu Ramlee punya ego lelaki. Hamidah tidak, Hamidah sering membela dia. Membela? Mungkin juga massage egonya Ramlee. Maka segalanya prilaku Hamidah pasti Ramlee ikuti. Makanya semakin hari semakin lembut dan lembiklah Ramlee. Lagipun, Guntur adalah anak buahnya. Sedang Hamidah adalah sepupu, alias kakaknya. Maka kenapa harus dia tunduk kepada Guntur, si anak buahnya. Sepertinya, perhitungan feudalisma sudah mulai tumbuh berputik dalam diri Ramlee. Feudalisma, ya, naluri agar tarafnya harus diakui sudah tumbuh jelas padanya. Namun, anak-anak sebegitulah. Juga, apakah tidak sebegitu akan dewasanya mereka nanti. Ada yang punya pendirian keras sendiri. Ada yang penuh perhitungan akan penerimaan yang lain, peduli. Ada yang hantam apa saja sekadar ikut-ikutan. Pasti ada juga yang langsung pedulinya nol kosong. Lengai seratus persen.
(4) Sebuah Kancil putihpun membelok ke pelataran rumah Guntur. Kemudian sebuah MyVy merah turut sama. Hujan tinggal gerimis. Rintik-rintik jarang. Mentari kian muncul kembali. Suasana dingin sudah kembali segar dan menghangat. Pintu kereta terbuka. Bapa Guntur dan seluruh isi keluarga yang tadi sibuk berceloteh semua sudah tercegat di muka pintu. Guntur, Ramlee dan Hamidah diperintah untuk menghulur payung kepada tetamu yang baru datang. "Payung. Gerimispun mahu dipayung" gerutu hati Guntur. Namun tidak kepada Hamidah dan Ramlee, mereka girang manut menurut. Bergegas membuka payung menyambut tetamu. Pintu Kancil dan MyVy terbuka. Dua pasangan dewasa muncul. Mereka adalah Pakcik dan Makcik kepada Ramlee dan Hamidah. Bersama-sama mereka, dua pasangan anak-anak. Dua lelaki. Dua perempuan. Semua baya-baya Guntur dan Hamidah. Mereka adalah sepupu kepada Hamidah dan Ramlee. "Gan. Salam sama datuk-nenek, embah dan pakcik-makcik, mamang-bibik" ujar bapa dan ibu Guntur. Seperti terlalu berat, Guntur menhulur jabat terutama kepada mamang dan bibiknya Amir, Azam, Linda dan Bibi. Mereka baru pertama kali ketemu. Dia melirik senyum penuh sinis kepada Hamidah dan Ramlee. Sepertinya dia sedang mencemuh, betapa "Kamu anak-anak Kampung siap memberi hormat, sedang anak-anak Kota ini datang hanya pakai celana dan T-shirt 'punk'. Cuba perhati, saat berjabat, mata mereka asyik pada 'gadget' entah apa-apa. Mereka tidakpun pandang kita" bicaranya sendiri menghantar
bahasa menolak kepada anak-anak Kota itu. Hamidah dan Ramlee cuba-cuba mendekat. Beriya-iya mepet mendekati anak-anak Kota berempat itu. Namun mereka seperti rusa masuk Kampung. Dari tadi mereka cuba mengerti apa yang menjadi keasyikan anak-anak Kota itu yang tangan, mata dan kepala mereka tidak pernah terlepas dari sekeping 'gadget' masing-masing. Prilaku jari-jari mereka tertekan-tekan, kepala terhangguk-angguk, menjadikan meerka terus kepingin tahu. Namun, tampaknya mereka sudah menjadi mahluk asing di dunia sendiri. "Emak, saya mahu cari jambu" tiba-tiba Guntur bersuara keras sedang ibu-bapa dan para embahnya sedang sibuk berbicara. "Cepat pulang. Ambil bakul di dapur. Ambil dua tiga biji buah nenas sekali. Kalau kuat, kamu ambil sedikit mentimun. Petik sedikit cili padi yang sudah masak. Nanti kita buat rujak" lanjut ibunya bersetuju. Guntur melirik terus kepada Hamidah dan Ramlee yang seperti memerang kelaparan terjengah-jengah mengintai permainan keasyikan anak-anak Kota itu. Dia tidak dipedulikan oleh sesiapa. Biar Hamidah dan Ramlee sekalipun. Tersentuh hatinya. Dia mengundur lalu pergi sendiri-sendiri. Langkah kakinya malas dan perlahan meniti batas di belakang rumah lalu hilang di kebun nenas bapanya. Tidak jauh di pinggir parit beberapa pohon jambu air sedang berbuah lebat. Merah berguguran bertaburan jadi makanan burung-burung dan musang.
(5) Dia mendapat akal. "Mak! MaK! Mak!" dia menjerit-jerit berlarian pulang. Semakin mendekat semakin lantang dia menjerit. Sengaja dia menjerit seperti kerasukan. Suaranya yang nyaring jelas tertangkap di telinga ibunya biar sedang asyik ngobrol bersama bibik-bibiknya. Ibunya menjengah ke luar tingkap. Bapanya juga turut menjengah. Mereka kehairanan. Saling berpandangan. Semua bingkas bangun dan turun ke pelataran. Guntur berlarian melambai-lambai. "Ada apa? Kenapa?" soal ibunya bertalu-talu saat Guntur sudah mendekat. Dia termengah-mengah. Dia terduduk terselimpuh di perdu kelapa di depan rumah. Di tangannya ada sebiji jambu air yang cukup besar, merah, ranum. "Ada burung besar cantik sedang makan jambu. Cantik. Besar. Benar-benar cantik. Besar. Suaranya cantik. Bulunya berwarna warni cantik. Cantik betul. Dia mengepak-ngepak sayapnya sehingga banyak buah jambu berguguran" jelasnya dalam nafasnya tercungap-cungap. Tangannya mendepa cuba mengambarkan besarnya burung itu. Sedang, ditangannya dia memain-mainkan buah jambu yang dibawanya. Saat nafasnya sudah mantap, Guntur berdiri tegap. "Burung itu, dia gigit jambu macam ini" lalu dengan cepat dia memasukkan buah jambu yang ranggup itu ke mulutnya yang ternanga luas. Kruupp bunyi tokakan giginya. Air jambu meleleh. Olahnya sangat mengiurkan sekali. Enak sekali dia mengunyah dan menelan buah jambunya. Anak-anak Kota menelan air liur. Guntur cepat perasan akan prihal itu. Lantas kemudian dia melempar terus buah tersebut ke dalam parit di sebelahnya. Semua mata menumpu kepada buah jambu yang kemudian hanyut dibawa arus parit. "Sayang. Kenapa dibuang buah jambu itu. Bukankan elok dibahagi-bahagi sama paman dan bibik kamu untuk di makan bersama" sampuk ibunya saat melihat olah selamba Guntur.
(6) Secara selamba Guntur melirik kepada Hamidah dan Ramlee. "Rugi kamu semua. Burung itu cantik. Burung merak mungkin. Ekornya macam gaun kamulah Midot. Berjurai-jurai. Kakinya hitam macam seluar Lee. Matanya bulat merah, besar....kepalanya pun besar, tapi rasanya bodoh sedikit, kenapa dia kepak-kepak sayap merontokkan buah-buah jambu" berjela-jela Guntur membuat cerita. Dalam hatinya, perkiraannya lain. Dia ingin memancing agar anak-anak Kota itu ikutnya bermain dipelataran dari tertetet-tertetet, terketar-ketar, terhangguk-anguk dengan entah apa yang dia rasa tidak mengujanya itu. Dia juga sedang menyindir dalam Hamidah dan Ramlee. Bapa dan ibu Guntur berpandangan. Mereka mengerti akan prilaku Guntur. Dia ada caranya tersendiri untuk menguasai. Mereka saling tersenyum. "Merak. Burung merak. Mana ada merak di dunia kita sebelah sini. Di India banyaklah. Pasti ada maksud lainnya Guntur ini" bisik hati mereka masing-masing. "Anak Awak!" tempelak ibunya Guntur kepada bapanya. "Ala anak awak juga" balas bapanya. Inilah dia anak rintik, pasti bapanya borek. Ibunya bagaimana?
(7) Keesokan paginnya, usai sarapan, Ramlee dan Hamidah sudah siap menunggu dengan bakul di pelataran. "Gan, Amir, Linda...ayuh kita pergi cari jambu" laung mereka. Sebentar nunggul semua di depan pintu. Semua sepertinya mahu ikut sama. Guntur, dia tersengeh paling lebar. Bapa dan ibunya mengusap-ngusap kepala Guntur. "Pinter kamu" bisik mereka ke telinganya. Semua, kemudian berbondong-bondong bagai semut meniti batas di tepi parit menuju belakang rumah ke kebun nenas. "Tahu ini apa?" soal Guntur saat melewati sebiji nenas yang sudah di makan tupai. "Entah!" balas Amir. "Ini namanya buah nenas, sisa tupai" jelas Guntur. Dengan pantas Guntur memetik buah nenas tersebut lalu dengan bijak sekali lalu mengupas dan memotong beberapa ulas lalu memakannnya. Guntur menyeropot enak sekali bunyinya, sehingga kedua bapa dan ibunyapun menelan air liur. Dia menghulur sedikit kepada Amir dan Linda. Azam, Bibi, Hamidah dan Ramlee tidak kebagian. Sengaja Guntur tidak membahagi mereka, agar mereka terus terliur. Guntur, sifat manipulasinya sememangnya hebat. Dari mana dia belajar? Tidak dari ibu atau bapanya. Sebegitulah hakikatnya kehidupan manusia, masing-masing mahu berkuasa atas kebijaksanaan masing-masing. Naluri menguasailah yang sebetulnya yang mendidik setiap gerak Guntur untuk memperguna keadaan keliling agar dia akhirnya diakui sebagai ketua. Biar Hamidah, Ramlee, Amir, Azam, Linda dan Bibi adalah semua paman dan bibiknya, namun dia mahu mereka mengangkatnya sebagai ketua. Dia tidak peduli akan adat bangsanya yang feudalisma. Ketua haruslah yang kreatif dan berani. Bukan ketua dipilih atas landasan siapa dia. Ketua harus menepati persoalan apa dia dari siapa dia. Ya, kedengaran jelek namun, sebegitulah kehendak Allah. Yang memimpin harus yang berIlmu dan berpekerti berani mulia. Tidak atas dasar keturunan. Makanya, bijaksananya Allah, tidak seorangpun anak Rasullulah panjang usia mereka untuk boleh mengambilalih kekhalifahan darinya banginda, cuma tidak banyak yang sadar dan mengerti akan sebab kematian semua anak-anak lelaki baginda saat anak-anaknya mereka. Pun juga, tidak banyak yang mengerti dan menyadari, kenapa baginda tidak sekonyong-konyong melantik Ali Abi Thalib sebagai gantinya baginda sebaiknya wafatnya baginda. SubhannaAllah. Terlalu banyak berkata "Ikutilah sunnah Rasullulah" sedang pengertian seluasnya Sunnah sering dipersempitkan. Bukan kerana sempitnya Sunnah, hanya kerana ceteknya Ilmu yang memperkatakan Sunnah.
(8) Segerombol mereka sampai di pohon jambu. "Ayuh panjat" ujar Guntur kepada Azam dan Amir. Mereka tersenggeh nyengir bagai kambing biang gian. Linda dan Bibi saling berpandangan, mengeleng-geleng. Namun Hamidah dengan gaun berendanya dengan tangkas sudah di dahan paling tinggi. Dahan jambu di goyang-goyang. Banyak yang berguguran. Berdentum-dentum lalu Ramlee mengajak Azman, Amir, Linda dan Bibi mengutip memasukkan ke dalam bakul. Gan, mana burung besar yang kamu katakan? tiba-tiba Ramlee mempersoal. "Itu. Di atas dahan itu" tudingnya dengan bibirnya muncung mengarah ke Hamidah. Semua yang dewasa tertawa. Sedang anak-anak kehairanan kecuali Guntur. "Memang. Dasar anak bapa" keluh ibunya saat melihat Guntur tersenyum sendiri. Guntur gembira, setidak-tidaknya semua sudah makan tipu helahnya. Dia sebetulnya sekadar ingin semua ke kebun dari hanya borak-borak atau tertetet tetet di rumah. Guntur, rumah adalah kehidupan yang sangat membosankan dia.
(9) Guntur mencapai sebiji jambu air yang paling besar yang tergeletak di tanah. Dia mengusap-ngusap jambu tersebut ke bajunya. Kemudian dia memakannya. "Tidak kotor ke? Bukankah tanah itu kotor? soal Bibi saat melihat Guntur enak sekali memakan buah yang dia kutip di atas tanah tadi. "Tanah. Mana ada tanah kotor. Kalau tanah kotor, tentu badan kita juga kotor" jawabnya tegas. "Kenapa? soal Bibi penuh rasa ingin tahu. "Kamu tak belajar ke yang Allah jadikan manusia dari tanah" soalnya sambil bercekak pinggang. Yang dewasa menguping ingin tahu bagaimana anak-anak itu mengakhiri persoalan mereka. "Ada. Ustaz sekolah saya kata Nabi Adam, bapa manusia tercipta dari tanah" balas Linda menyampuk. "Kalau gitu, tubuh manusia kotorlah" soal Guntur menguji. Ramlee sudah merapat. Hamidah juga sudah turun mendekat. "Tidak mesti. Tubuh saya bersih" sahut Azman. "Saya juga sahut Amir dan Linda. "Jadi, jambu yang gugur di atas tanah tidaklah kotor. Debu yang ada padanya kita lap saja. Masa kita makan, kita baca Bismillah HirRahman NirRahim, pasti Allah akan bersihkan segalanya buat kita" jawab Ramlee si Ustaz cilik. "Tapi, bagaimana kuman-kuman yang ada dijambu tersebut" soal Amir. "Bukankah jambu itu tidak reput. Mana ada kuman-kuman. Kalu adapun, bukan kuman-kuman jahat. Atas tangan kita sekarangpun ada kuman-kuman. Chegu Sains bukankah ada mengajar kita tentang itu" sampuk Hamidah. "Betul" balas Guntur sambil menayang ego anak Kampungnya. Dan yang dewasa saling berpandangan. Paling gembira di hati adalah kedua ibu-bapa Guntur. "Ya Allah, limpahlah taufik dan hidayahMu kepada anak kami ini, semoga dia akan terus jadi manusia berguna buat umat dan agamaMu" doa ibu Guntur sambil mencubit maja pipi gebunya
(10) Malam itu, anak-anak itu sudah pada riuh rendah di laman. Gadget ibu-bapa mereka simpan teguh-teguh. Yang dewasapun sudah melepaskan telefon genggam masing-masing, semua yang berupa banyak merosak siratulrahim. Di Kota, tanpa semua itu, dunia sepertinya sudah kiamat mati, Neraka jadi terlalu dekat. Namun di Kampung, tanpa segala itu, Syurga sepertinya paling hampir. Namun, nanti pasti segalanya adalah di kotak fikir. Mereka berpesta membakar jagung, ubi, makan rujak sambil bercerita sebagai sebuah keluarga besar, tanpa sadar rembulanpun sudah mahu tidur. Sayup-sayup kedengaran bunyi Guekkk Guekkk Guekkk Guekkk tidak henti-henti. "Bunyi apa itu?" soal Linda. "Itu bunyi burung pungguk. Dia selalu bermain di belakang rumah Ramlee, di atas pohon beringin" jelas Hamidah. "Macamana rupa dia?" soal Amir. "Mata dia bulat besar. Muka dia macam muka kucing siam hitam" Ramlee membantu menjelaskan. "Dalam Bahasa Inggeris, burung pungguk atau burung hantu, disebut Owl. Itu bukankah ada diajar dalam Sains. Dia suka makan tikus. Dia berbunyi supaya tikus jadi takut dan lari. Bila tikus lari, dia boleh nampak lalau tangkap makan." sampuk Guntur cuba memudahkan semua. Semua kemudian terhangguk-angguk. "Orang Kota, pungguk tidak tahu Owl, mereka tahu. Kata cerdik!" bentak hati Guntur separuh kesal. Begitulah Kampung dan Kota, satu kenal alam, satu kenal dunia. Cuma alam dan dunia sepertinya terpisah oleh satu garis bernama ego. Kamu dari Kampung, kekampungan. Aku dari Kota, tahu segala suatu kebenaran atau fellacy semata-mata. Namun malam itu Kampung dan berKampung kembali hidup saat ego pergi jauh. Tanpa sadar keluarga besar itu sudah menghabis empat hari musim liburan mereka. Anak-anak tidak terasa bosan malah saban hari ada saja pelajaran baru mereka perolehi. Sesungguhnya, Muhammad SAW pengasingan dia ke Kampung Baduilah yang telah mendidiknya menjadi Al Amin. SubhannaAllah. Semoga Melayu tidak lupa Kampung mereka.
nota:
Semua gambar sisipan adalah dari capaian internet di bawah tajuk, Kid Sitting By Staircase; Kids with Electronic Gadgets; Jambu air. Terima kasih kepada mereka yang upload gambar-gambar ini.
terasi, pendam
26 Mei, 2013

0 comments :
Post a Comment