6/4/13 KEDAH DAN KELANTAN, NAJIB PERLUKAN FAKTUR M DAN R....
(2) Pada 1970an, Kelantan dan Kedah, kedua-duannya bersama Sarawak dan Sabah tergolong dalam lima negeri termiskin di Negara ini, dan kedudukan itu sangat tidak berubah sehingga kini, sedang Sarawak dan Sabah sudah melangkah di antara lima dan sepuloh negeri terkaya di Malaysia. Kelemahan ketara yang saya lihat dalam cara Kelantan dan Kedah membangun adalah ketergantungan penuh dua Kerajaan Negeri ini kepada dana awam. Dari 1970an sehingga ke 2000an, pemimpin-pemimpin negeri di kedua negeri ini sangat bersifat konsevatif. Di awal 1980an-1990an, saya berkira Mahathir Mohammed punya masalah besar dalam cuba merombak kepemimpinan di Kedah, kerana pengaruh Syed yang sangat bertunjang kuat serta sifat konservatif mereka. Biar Sanusi Junid telah dihantar ke Kedah, namun cara Sanusi yang terlalu dinamik dan progressif menyebabkan sukar uintuk diterima oleh jentera pentadbiran negeri yang sudah berkurun terbiasa dengan cara kerja konservatif dan public oriented. Pertelingkahan Sanusi dan Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah TPM juga menyumbang kepada keterbiaran Kedah. Cuma Faktor M telah merombak Kedah dengan caranya tersendiri. Di Kelantan, bila Mohammad Yacob tumbang dan Nik Aziz mengambilalih kuasa, keadaan Khazanah Negeri yang sememangnya sentiasa kosong terus mengekang pembangunan ekonomi di negeri ini sehingga kini. Apa lagi sifat menghukum UMNO telah menyebabkan Kelantan juga turut terbiar. Sesungguhnya pertelingkahan Musa Hitam-Rezaleigh Hamzah, yang akhirnya menyeret kepada peretingkahan Mahathir-Rezaleigh juga telah lebih menghukum Kelantan.
(3) Di dalam PRU13 ini serta jika Najib ingin terus dapat menjadi PM, dia harus punya karisma tersendiri. Dia harus mulai keluar dari bayangan Razak-Mahathir. Mahathir Mohammed boleh dilihat akan segala nasihatnya, namun Najib mesti memupuk kewibawaan tersendiri kerana, pastinya Mahathir Mohammed tidak akan terus berada bersama kita selamanya. Beliau kini sudah berumur 87 tahun.

(5) Paling menjadi asset besar Najib, jika BN menang besar di dalam PRU13 ini, maka dia memerlukan dana yang sangat besar untuk mengkotakan AkuJanjinya. Untuk itu, dia sangat memerlukan semua yang bijak untuk mengumpul dana ke arah itu. Untuk itu, saya yakin dengan wibawa Ku Li, dia boleh mengerakkan dana swasta untuk mengempur dalam membangunkan ekonomi Kelantan. Itulah kelebihan Ku Li, kekuatan sebenar Rezaleigh Hamzah R Factor dan saya yakin pada usia (76 tahun) sebegitu, dia sudah lebih sadar akan keperluannya untuk menyumbang untuk Melayu dan Islam. Sesungguhnya sangat banyak Melayu Kelantan yang berjaya di Kuala Lumpur, mereka hanya perlukan seorang yang berwibawa untuk memimpin mereka kembali berbakti di Kelantan. Manifesto Ku Li dan BN di Kelantan akan sangat menjadi mudah "Bawok kelek tokey-tokey ore kito untuk berbakti di Negeri kito ini". Najib harus melihat peluang kini sebagai masa keemasan bagi kebangkitan Melayu. Nik Aziz kena memberi laluan demi kemakmuran Islam dan bersamalah Ku li dalam membina Serambi Mekah. Kejujuran Nik Aziz, kebijaksanaan dan pengaruh Ku Li, pasti akan merobah Kelantan, jika itu dapat kita lihat dengan bijaknya. Rakyat Kelantan tidak harus khuatir tentang takut ore luar pakak mari gomo negeri kito kerena itu adalah agak payah dengan sikap jelas Sultan yang tidak condong kepada mengikis Melayu.

(7) Saya melihat, jika Kedah dan Kelantan dapat dikeluarkan dari the Club of Five, Malaysia akan punya kekuatan yang lebih untuk jauh lebih maju. Dua negei ini ibarat mendokong biawak hidup bagi Malaysia. Sebabnya, kedua-dua negeri ini belum pernah menikmati kepimpinan berwibawa. Saya yakin dengan DYMM adalah dari Kedah, juga Mukriz di mana ayahnya Mahathir adalah sangat dihormati di Kedah, Allah sesungguhnya telah memberikan kita peluang paling keemasan untuk memungkinkan Kedah bebas dari Kemiskinan. Jika Kedah dapat bergerak pantas berani ke arah itu, pasti Perlis, Sebarang Prai dan Utara Perak, wilayah apa yang saya sebutkan sebagai Northern Triangle of the Malays' Misery juga akan mendapat limpahan rahmat pembebasan kemiskinan bersama. Saya yakin, Malaysia secara tidak langsung akan dapat merancakkan pembangunan ekonomi bagi umat Islam di Selatan Thai seterusnya.
(8) Pun begitu bagi Kelantan. Jika kemiskinan di Kelantan dapat dihapuskan, ini pasti akan berjangkit ke Utara Trengganu, Utara Pahang dan bahagian Barat Perak akhirnya. Wilayah Eastern Triangle of the Malays' Misery mesti kita padamkan cepat. Pastinya dengan membangunnya Kelantan, wilayah Pattani di Siam akan turut terpengaruh. Timbalan DYMM yang kini dari Kelantan, dan dalam sedikit waktu lagi InsyaAllah akan menjadi DYMM pasti memberikan maksud yang tersendiri tentang kudrat Allah ke atas nasib Melayu Kelantan. Cuma adakah kita telah bijak untuk membaca itu sereta mengambil langkah pantas ke arah itu?
(9) Apa beranikah Najib untuk melihat segalanya menjurus kepada sebenar-benarnya jalan rahmat yang Allah sediakan dalam membina Melayu dan Islam bersama dua anak didik bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Rezaleighn Hamzah (oleh Tun Abdul Razak iaitu bapanya) dan Mukriz (pasti oleh Tun Dr Mahathir Mohammed yang juga bapanya yang telah meletakkan Najib pada ke dudukan sekarang ini). Dalam masa yang sama juga, saya juga ingin melihat Najib melakar lagenda Pemimpin Islam selepas Umar Abdul Aziz, Khalifah Umaiyah, yang dapat menghapuskan kemiskinan meskipun baginda memerintah Empayar Islam hanya dalam lingkungan tiga tahun. Sesungguhnya DYMM dan Timbalan DYMM adalah dua Sultan dari dua Negeri Melayu, namun mereka adalah dari Negeri Melayu yang teramat miskin, pasti ada sebab Allah mengujudkan keadaan sebegitu.Tiba masanya Najib berjuang benar-benar di luar dari batas perkauman UMNO. Jika tidak, apa maksud ungkapan beliau yang berkata: "Saya sudah bosan dengan kepimpinan UMNO yang autokratik".
Kuching, Sarawak
8 April, 2013
0 comments :
Post a Comment