4/4/13 NAJIB HARUS SELAMI HATI TOK MON.....

(2) Tanpa mengenali siapa Tok Mon, biar hanya secuilpun, ada tiga perkara menarik yang ingin saya perkongsikan bersama pembaca mengenai fenomena Tok Mon ini. Pertama, dia InsyaAllah akan berdiri pada PRU13 pada usia 94 tahun, mula dulu pada PRU12 pada usia 89 (?) tahun. Keduanya, InsyaAllah dia akan turut berdiri di Kuala Trengganu, kubu kuat bersama UMNO dan PAS. Ketiganya, dia terus berdiri atas sifat merdeka berdaulat. Buat saya Tok Mon menyertai PRU adalah fenomena. Kerana saya percaya,

(3) Seperti yang saya katakan terdahulu, pemimpin-pemimpin samaada dalam Kerajaan (BN) atau Alternatif (PR) yang ada, semua mereka hanya layak bergelar adik, anak, cucu dan cicit kepadanya jika ditinjau dari segi usia. Kiralah: 2013-94 = 1919. Dia lahir di tahun 1919 suatu angka yang sangat menarik, sama menariknya dengan 3 April, 2013 bagi Najib. Pada tarikh keramat 3 April, 2013 Najib jadi PM, sedang Tok Mon lahir pada 1919 disambut tangan rakus serakah penjajah. Lihat pula 94/25=+-4. Bermaksud, Tok Mon telah melewati empat generasi manusia di Negara ini. Saya yakin dia ada anak, cucu, cicit dan piut. Dia telah melewati lima generasi hidupnya sebetulnya. Dalam WWI, dia adalah anak-anak munggil kecil berlari-lari di Pantai Rantau Abang mungkinnya. Saat Jepun mengamuk, dalam WWII, dia sudah berusia 26 tahun, anak gadis segar bungar bergetah bermadu siap digilai para bujangan, mungkin juga jika tidak tersorok baik, pasti dia menjadi Geisha Melayu buat ratahan Si Bagero Si Pendek Perut Bulat. Saat Negara menjunjung kemerdekaan dia sudah berusia 38 tahun, pastinya telah benar-benar dewasa matang beranak pinak.
(4) Jika kita sanggup menghayati sejarah budaya bangsa dan perkembanagn Islam di Negara ini sejak 1919-2013, pasti banyak perbandingan buruk baik yang dapat kita kaji. Namun buat Tok Mon, dia tidak perlu mengkaji, dia melalui, dia merasa, dia adalah sebahagiann darinya. Dia adalah ibarat Al Quran Buruk. Dia boleh menjadi sumber rujukan. Dia melalui dan menjiwai kekuatan dan kelemahan bangkit rebahnya bangsa dan Islam. Dia merasa dan melihat perbedaannya. Sesungguhnya, sepertinya seorang Tok sepertinya juga Mahathir, kerana ada yang tidak kena, dia turut mahu bersuara. Seperti dakwaannnya, asas untuk dia terus degil mahu berdiri kerana tanggungjawabnya sebagai seorang tua. Dia tidak mahu di Akhirat nanti tertulis sebagai seorang yang bersubahat tentang yang tidak betul. Suatu ungkapan yang banyak boleh memperlekehkan dan pandang ringan bahkan tertawakan. Sesungguhnya, tertawalah, kerana saatnya akan sampai, bila kita sendiri sudah mencapai taraf Tok baru kita sadar apa maksudnya, namun adakah kita akan berani kental tekad seperti Tok Mon untuk memperjuangkannya. Seumur itu, sesiapapun akibat pengalamannya, pasti firasat rasa jiwa halusnya memandunya. Tidak lagi dia berpandu kepada akal dan nafsu semata-mata. Dia merdeka berdaulat menyatakan pendiriannya semahunya.
(5) Apakah rasa hati tua Tok Mon sebenarnya? Tok Mon, semasa usia mudanya melihat bagaimana Negara jadi sundal diratah mamah penjajah. Bagaiman ini terjadi. Pasti dia tahu, sejarahnya adalah kerana Melayu saling berpuak-puak seperinya sekarang ini. Martabat bangsa, maruah Islam menjadi kucar kacir. Dia, jiwa dan maruahnya juga pasti rasanya seperti sundal di



nota: Semua sisipan gambar dan lakaran di dalam rencana ini adalah hasil capaian dari internet.
Kuching, Sarawak
5 April, 2013
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBersabarlah Tok Mon.,begitulah resamnya kehidupan dunia.Bila usia mencecah tua,kudrat tiada lagi, pandangan jauh mengaburi warna, langkah longlai tidak bermaya,maka idea pun outdated,expired sama sekali.Apa lagi andai hidup ibarat rumput ditepi jalan,sudahlah miskin tidak berharta,sudahlah jatuh ditimpa pula tangga.
Janganlah Tok Mon berkecil dan berjauh hati.Biar tiada orang yang dikasihi,biar jauh mebawa diri,biar luka menyergah jiwa,bulatkan tekad kuatkan semangat,anggaplah coretan ini sebagai penghibur hati.
Biar payah biar lelah,Tok Mon meniti hari demi hari,begitu berat mata melihat,namun berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Andainya tulisan ini dapat dijadikan sebagai penyejuk hati maka kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.Saya akan menulis dan cuba gembirakan hati Tok Mon agar hilang resah melanda jiwa.Ini bukanlah manifesto atau akurjanji sekadar buah fikiran seumpamanya tiada rotan akar pun mungkin berguna.
Sebagai penghargaan,sajak khas untuk Tok Mon hasil karya Bapak A.Samad.Said bertajuk Kita ini Tetamu Senja.
We are Guests of the Evening.
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya,
Kita datang ini kosong tangan kosong dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan,
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang,
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat,
Segera kita insap kita ini punya kiblat,
Segera kita ingat kita ini punya tekad.
When we see men lost and forsaken,
Homeless on the blue sea,on the brown earth,
We should instantly recognize our duty,
We should offer them our deepest sympathy.
We come with a soul and a body,
And return with devotion full of grace.
Sajak diatas adalah himpunan Sajak Melayu Baru.Cetakan 1968, oleh Craftsman Press Ltd Singapura, berusia hampir 60tahun,tiada dalam syllabus sekolah kini mungkin.
Sebenarnya message yang ingin disampaikan melalui bloq sdra Abc,
agar kita semua tahu siapakah penulis tanah air kita.
Lihat penyair dulu,puisi mereka merupakan satu keajaiban intelek,ia dianggap sebahagian dari kehidupan sehingga pepatah menyebut Pujangga dilahirkan,bukan dibentuk.
Penulis tanah air ketika itu bercita-cita tinggi,semangat yang berkobar-kobar.Penentangan,penindasan, hasrat kepada keadilan sosial perdamaian dunia terbayang hasil dari karya seni melalui tokoh tokoh eg.Usman Awang,A.Samad.Said dll.Mungkin nama mereka begitu sepi namun sumbangan didalam bidang kesusasteraan tidak dapat ditukar ganti.
Bagaimanapun,sentuhan saya diatas tidak kepada perjuangan dimedan perang.Ia lebih menjurus kepada kesedaran penulis tanah air yang melahirkan semangat perjuangan melalui hasil karya yang begitu individualistis.Penuh dengan sifat tegas,berani menyuarakan perdamaian,menentang penindasan dengan menggunakan bahasa dan irama yang begitu halus. Ini menggambarkan betapa tingginya nilai khazanah Kesusasteraan Melayu Lama.
Tok Mon,
Semuga hidup diberkati hingga ke akhir usia..,Tq,wassalam.
Saya TIDAK setuju dengan ungkapan "Bila usia mencecah tua,kudrat tiada lagi, pandangan jauh mengaburi warna, langkah longlai tidak bermaya,maka idea pun outdated,expired sama sekali" kerana ianya sangat bertentangan dengan falsafah Melayu yang menyatakan"Diam ubi berisi...; kelapa tua pekat santannya; jauh perjalanan luas pandangan. Menganggap Tok Mon yang sudah sebegitu usianya sebagai outdated atau expired ideanya jelas pengulas tidak menyelami akan kata hati Tok Mon. Dia bukan memperjuangkan nasib dirinya. Dia saya lihat sebagai wadah bagi Allah memperingat betapa dalam kehidupan kini telah banyak yang kita lupakan. Kita lupa antaranya menghormati golongan tua, dan mereka itu ada kemungkinan besarnya adalah saudara mara kita sendiri ie ibu-bapa, nenek-moyang lantaran kekalutan kita dalam mengejar hidup. Itulah message Tok Mon. Apa lagi saat dia melihat gelagat anak-anak muda yang kesasar tidak karuan. TQ ABC
ReplyDelete
ReplyDeleteTerima kasih....diatas teguran itu...