16/3/13 PERJALANAN 24 JAM YANG MENGHIRIS PEDIH..... (draft)
Sejak petang Jumaat kelmarin, saya berasa ragu-ragu untuk memecut pulang ke Kampung. Makanya saya mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari rumah saya di pekan, lalu mengambil sedikit masa untuk membersihkan rumah yang sudah hampir-hampir dua bulan tidak saya pedulikan. Kemudian pada pagi Ahad, 23 March, 2013, saya teringat akan jemputan kenduri kahwin dari makcik sepupu sebelah(4) Bila saya perhatikan anak-anak di sini, mereka tidak ubah seperti anak-anak di kampung dulu-dulu. Berkaki ayam. Biarpun pakaian mereka tidaklah compang camping, tetapi masih kurang sempurna. Rambut kusut masai. Banyak yang kulitnya tidak cerah, menandakan masalah pemakanan. Mereka mungkin cukup makan, cuma makan tidak secara sesihatnya. Bermain di sekitar depan tangga rumah. Ada yang menjengah dalam keadaan sayu. Di dalam hati saya bertanya, sejak kapan dan sampai

(5) Akhirnya saya di jamu makan. Antara menjamu selera dan menjamu mata saya terus meliar. Para Ahli Wakil Kerja segak berdandan Melayu hebat. Baju Melayunya, kain sampingnya indah bercorak coret. Songkonya. Rosette tersemat indah di dada. Segak. Bagai Hang Tuah mahu menghadap Paduka Sultan. Sibuk mengatur tetamu duduk dan makan. Paling
(6) Dua jasad sudah bersatu. Tiba masa, banyak lagi akan terus begitu. Cuma, saat indah bersatu, bagaimana perjalanannya yang terlahir dari nikmat itu? Lalu sayapun kemudian memecut pulang ke Kampung. Saat tiba di sana, di restauran saya di sana penuh dengan anak-anak remaja sedang sibuk dengan Laptop masing-masing. Alhamdullilah. Mereka sedang sebok melayari internet untuk mencari peluang ke pengajian tinggi. Saya berasa lega. Setidak-tidaknya, apa yang saya inginkan melihat anak bangsa sudah ada fikir jalan kejayaan biar mereka berada di kampung sedikit terlaksana. Saya mengambil kerusi lalu duduk bersama sebahagian dari mereka. Dapat berapa SPM atau STP. Pelbagai jawaban. Namun banyak yang dapat A dalam Matematik. Di lihat pada Pendidikan Islam, rata-rata dapat hanya C atau D. Kenapa? Ya, andaian. Mereka malas belajar kerana Pendidikan Islam tidak penting. Apa benar sebegitu atau sejak dari dulu sehingga kini, Pendidikan Islam tidak pernah mendekat menjuga cara dan bahan didikannya? Ayam Penyet adalah makanan murahan piggiran jalan di Jakarta atau mana-mana di Indonesia, namun kini diterima baik di "restoran-restoran' di Malaysia. Kenapa? Tidak usah di tanya Fizik, Kimia dan Biologi, sememangnya jawaban D atau E adalah pasti. Bukan sekadar anak-anak bersekolah di kampung, anak-anak Melayu di kota-kota juga sama. Saya belum melihat analisa mendalam tentang SPM dan STP pada tahun ini. Apa mungkin ada yang mahu diselindungkan untuk sementara waktu?
(7) Satu soalan paling kotor buat Muhyiddin Yasin dan para Pendidik Matapelajaran Islam, tahukah, betapa Metamatik, Biologi, Kimia dan Fizik adalah asalnya dari apa yang disebut sebagai Natural Science. Jika kalian baca tentang Muhammad SAW dan para sahabah, kenapa mereka boleh menjadi panglima gagah di Padang Pasir sehingga boleh merantau berdagang apa lagi menantang dan merobohkan Byzantium dan Farsi, bukankah kerana mereka ada kemahiran dalam Natural Science. Begitu juga para pemikir Islam terkemudiannya, mereka adalah pencinta Natural Science sehingga dari situ baru mereka dapat menjelaskan sejelasnya rahsia Al Quran. Muhyidin Yasin, SubhannaAllah, anak-anak Melayu kita kini sedang kandas hebat dalam asas menguatkan diri mereka. Jati diri mereka terbina pada jalan menghancurkan bangsa. Bangsa ini sedang melebur keIlmuan Islam mereka. Jangan lihat pada gaya pakaian. Mereka sebegitu banyak hanya kerana ikutan atau keterpaksaan. Lihat pada hati dan kemahiran sebenar mereka. Atau kalian sebetulnya adalah buta, tuli dan atau bisu tentang keperluan Inti Corak Pendidikan Islam sebebarnya? MasyaAllah.
Kuching, Sartawak
25 March, 2013
0 comments :
Post a Comment