1/3/13 ADA BAKSO DI BALIK MEE......
Anjing, saat tersepit, sangat terkial-kial dengan wajah paling kasihan. Nada suaranya juga sangat menyayukan. Pokoknya, saat anjing dalam musibah, prilakunya, paling menyentuhkan. Maka sebab itu, sering bila ianya tersepit, Melayu dulu-dulu biarpun anjing itu haram untuk disentuh, atau apanya, mereka tetap ingin membantu. Berbekal niat orang berbudi kita merasa; budi baik dibalas baik,dsb maka mungkin sebab itulah Melayu dulu-dulu sangat ingin berbudi, sehingga biar anjing tersepitpun pasti dia akan bantu. Cuma, Melayu seperti selalunya, bila sudah terhantuk baru terngadah baru sadar, betapa melepas anjing tersepit, ada bahananya. Anjing, bila terlepas dari tersepit bukan dia akan menyondol mengucap terima kasih sepertinya kucing, ia malah menerkam mengigit. Akibat dari itulah maka, Melayu dulu-dulu membuat perumpamaan, seperti melepas anjing tersepit(2) Mulanya bila Najib dapat mempertemukan Bangsa Moro dan Kerajaan Pusat Filipina ke meja rundingan dan menandatangani Perjanjian damai, saya amat gembira, bersyukur sangat. Salute kepada Najib. Terbayang kembali beberapa siri lawatan saya ke Mindanoa dan beberapa tempat lain di Selatan Filipina, dan saya merasa amat teruja untuk membantu membawa pelaburan ke sana. Saya sebetulnya telah berhubungan dengan seorang Pegawai di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk mengatur peluang ke sana dalam tempoh terdekat. Namun saya juga mengambil masa untuk melayari internet bagi melihat kesan dari usaha damai Najib tersebut. Ternyata, di kalangan Bangsa Moro, Melayu sebenarnya banyak yang tidak bersetuju dengan Perjanjian tersebut. Ada beberapa kelompok yang mendakwa, betapa kelompok yang menandatangani Perjanjian itu tidak mewakili kelompok terbanyak. Maka timbul dalam kepala saya, Tidakkah Najib telah dipermainkan, samada oleh Moro, Manila dan atau para penasihatnya yang tidak terlaten?. Maka bila, kejadian Sultan Sulu menghantar komandonya datang untuk menduduki Sabah dan tidak sekali-kali akan berundur sehingga tuntutannya tertunai, saya jadi tidak kaget. Sepertinya, kita menolong mereka dari bahana Manila, kita pula dia baham melepas geram. Seperti anjing tersepit lagaknya mereka. SubhannaAllah. Mudah-mudahan tidak semua sebegitu.
(3) Bila kejadian di Lahad Datu meletus jadi pertumpahan darah, kemudian disusuli pula kejadian di Sempurna, jelas Perhitungan Keselamatan Security Appreciation kita sudah silap. Mulanya, kita menganggap ini sebagai persoalan Keselamatan Dalam Negeri, maka mesti ditangani oleh pihak Polis. Komando Polis pula tertipu dengan Bendera Putih, lalu Najib mengatakan itu sebagai sikap Cowardly penceroboh itu. Ledakan bom Atom di Nagasaki dan Hiroishima juga adalah tindakan pengecut. Apa lagi rantaian bom ke atas Kambodia, Vietnam, bahkan di Iraq dan Aghanistan juga adalah sikap pengecut. Di dalam peperangan apapun sikap kita tidak penting, yang penting menang. Dalam ketenteraan, sering terungkap the proven strategy or tactic, is the strategy or tactic that gives us victory. Namun saya berkira, itulah pertunjuk ketidak terlatihnya kita dalam tipu muslihat perang. Saya tidak akan berkata sebegitu, jika anggota polis biasa yang membuat kesilapan sebegitu, tetapi kesilpan membaca Bendera Putih telah dilakukan oleh Polis Komando. Apa maksudnya Komando? Maka dengan menularnya kejadian di Sempurna, barulah sekapal terbang AirAsia tentera kita digerakan ke sana dan barulah kita mula melihat ini sebagai Ancaman Luar Negara. Sekali lagi sayapun bersoal kenapa askar kita terbang dengan Air Asia? Bukan dengan pesawat Pengangkut Tentera. Mungkin kerana Sejarah mulanya Islam itu telah terlalu lama iaitu 1,400 tahun dahulu, maka kitapun terlupa kenapa Muhammad SAW menyalakan unggun api marak menyala membentuk lautan cahaya saat bala tentera Islam sedang berkhemah di luar Makah saat mereka hendak menawan Mekah dulu. Saya berharap pihak Tentera Kita tidak ada yang akan tertumpah darah, kerana jika itu terjadi, kelemahan kita menjadi terlalu nyata. Sesungguhnya, saya berkira, ini adalah pertunjuk jelas betapa jentera Kerajaan kita sudah Dyfunction. Gejala dyfunction inilah yang sebetulnya menyebabkan banyak kemelut sedang melanda masyarakat kita. Sifat profesionalisma, dedikasi, kepedulian yang ada dalam budaya kerja jentera Kerajaan sekarang ini, sudah terlalu lain. Saya berkira, haloba dan pentingkan diri darjat diri sudah mengatasi segalanya. Kita sudah sangat kurang untuk bekerjasama demi kepentingan Ummah dan Negara. Politik Katak Di Bawah tempurung sedang memundurkan kita.
(4) Mudah-mudahan roh anggota polis kita yang gugur di Lahad Datu dan Sempurna mendapat rahmat Allah. Semoga mereka terlepas dari siksaan kubur dan api neraka. Kita harus sadar, jika diikuti profil pribadi mereka, ternyata, mereka adalah dari Kampung-kampung yang miskin dan agak terpencil SubhannaAllah, mereka mati demi Negara dan Agama, apa mungkin kita juga akan mati sebegitu nilai darjatnya? Inilah mungkin barakahnya jadi miskin dan susah. Lebih mudah untuk menjadi hamba Allah. Semoga Allah selepas ini tidak menunujukkan pula keaiban di dalam Angkatan Tentera kita. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Sesungguhnya yang gugur dalam kancah ini bukanlah 19 (?) penceroboh dan 7 (?) anggota polis, sebetulnya 26 nyawa Muslimin sudah hilang sebelum puas berbakti kepada Islam! Sayang. Rugi besar kita.
(5) Sayang seribu kali sayang. Sikap Sultan Sulu ini akhirnya menidakkan Perjanjian yang telah Bangsa Moro-Manila tandatangani. Kiranya belum sampai berapa bulan, dakwat untuk menandatanganinyapun rasanya belum kering, maka Perjanjian itu sudah tercemar. Apakah sebenarnya ada kejujuran atau sebetulnya ada pihak tertentu segaja bermain wayang dalam semua ini? Sesungguhnya, saya khuatir, di mana juga bangsa Melayu, kita sedang diadu domba supaya terus bertelagah dan tidak bangkit bersatu merdeka berdaulat. Apakah akan ada keyakinan pelabur untuk ke sana selepas ini? Akan berkembangkah Ekonomi Umat Melayu? Tidakkah ini, sebetulnya ada bakso di balik mee? Sayang. MasyaAllah.
Kuching, Sarawak
4 March, 2013
0 comments :
Post a Comment