10/3/13 KESEIMBANGAN STRUKTUR SEX PENDUDUK....
Ada beberapa teman menghantar SMS, bertanya apa sebenarnya motif saya menulis rencana Asal Terbangunnya Darul Sotong? Jawabannya perlu dilihat lewat sejarah penulisan sendaloka atau penglipur lara Melayu seperti Musang Berjangut, Pak Pandir, Pak Kadok, Si Lunchai dan Labu-Labunya, Abu Nawas, Si Tenggang, dsb. Saya mengagak, di zaman dulu, ibu bapa kerana tiada peralatan seperti TV, radio, Komputer berinternet dsb, maka mereka perlu membikin satu cara bagaimana untuk mendidik anak-anak mereka secara halus dan berkesan. Saya cuba mengambil iktibar dari itu, juga berlandaskan pengamatan dan kekuathiran saya mengenai genjala ketak seimbangan taburan penduduk Negara berasaskan sex antara bandar dan luar bandar. Harus ada di antara kita yang sentiasa meneliti dan membangkitkan jalan-jalan samar di depan kita. Itu adalah tujuan hakiki saya. Secara ilmiah, berikut saya perturun sedikit fakta-fakta yang harus boleh menguja untuk kita berfikir.
(2) Dari internet, saya tidak dapat mencerakinkan pola pecahan penduduk Negara dari segi sex khusus di kawasan-kawasan bandar utama. Namun pengamatan rambang saya mendapati sepertinya kaum Hawa melebihi kaum Adam di mana-mana kota besar. Berdasarkan Perangkaan 2010, sepertinya tiada apa yang harus dikhuatiri kerana kelihatan Negara ini masih ramai lelaki dari perempuannya pada nisbah 103:100. Namun begitu, saya berkira kehadiran pekerja warga asing mungkin tidak terjerap ke dalam Perangkaan ini. Sebetulnya saya ingin melihat kesan pembangunan semasa terhadap taburan sebenar tenaga kerja kita di kawasan bandar-bandar. Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu, Petaling Jaya, Ipoh, dsb saya menduga pasti bilangan pekerja perempuan akan mengatasi jumlah pekerja lelaki.
(3) Perjalanan saya ke Thailand, Filipina dan Indonesia, mendapati gejala limpahan lelaki kurang berpelajaran di desa-desa sudah menjadi lumrah. Para wanita negara-negara tersebut kini berada di mana-mana khusus di Timur Tengah bahkan di Malaysia dan Singapura. Di Kambodia dan Vietnam, biar banyak para gadisnya sudah ke bandar-bandar, namun masih tetap ada gunanya para tenaga kerja lelaki di desa-desa. Mereka masih berminat untuk terus bertani. Berbeda keadaannya di Indonesia, Thailand dan Filipina. Para lelaki di sana lebih enak ngangur seperti kata orang dulu-dulu enak makan hasil bini. Pergilah ke kawasan-kawasan penempatan di Kota Bandung dan Jakarta. Lihat gelagat anak-anak lelaki berbanding anak-anak gadis mereka. Sama halnya di Kota Bangkok. Apa lagi di Manila. Anak-anak lelaki lebih gemar berpeleseran dari bekerja keras mencari hidup. Kenapa?(4) Di Malaysia, untung nasib penghijrahan anak-anak gadis ke kota-kota seperti belum diambil peduli. Dilihat dari sudut ekonomi, tiada apa yang harus dikhuatiri. Sebabnya, dengan pelepasan tenaga kerja wanita, maka gunatenaga di Negara ini kian menuju optimum. Pasti ini sangat baik buat pertumbuhan ekonomi Negara.Namun penghijrahan para pemuda-pemudi kita ke kota-kota ada bahananya yang tersendiri. Pertamanya lihat pada tingkat jenis pekerjaan mereka khusus bagi mereka yang kurang berbelajaran atau berkemahiran. Rata-rata bergaji sempit. Biarpun kini sudah mencecah RM800-900/bulan, namun tetap sempit. Akibatnya, hidup mereka terhimpit. Paling mencabar adalah dalam memenuhi keperluan kediaman, pengangkutan selesa serta makanan menyihatkan. Seringnya mereka tinggal di rumah-rumah kedai atau menyewa berhimpit-himpit. Atas gejala terhimpit inilah, memaksa sebahagiannya terpaksa mencari jalan keluar yang sangat terdesak dan menyebelkan. Pada mereka, sekadar berhibur, melepas tekanan, namun pasti segalanya menjalar menjadi lain yang sesalnya hanya terjadi saat sudah keterlanjuran. Juga, biar yang berpendidikan tinggi, tetap mereka belum boleh mencapai jenis pekerjaan yang boleh memberikan gaji yang membolehkan mereka melepas dari hidup tetap terhimpit.Sesungguhnya gejala sosial seperti Mat
(5) Dari sudut pembangunan ekonomi, pembangunan bandar-luar bandar yang tidak seimbang adalah puncanya. Kerana tekanan pembangunan adalah di bandar, maka mulanya Sektor Pembinaan akan mendadak yang mengundang para tenaga kerja lelaki berhijrah. Persekitaran hidup di kawasan Pembinaan selalunya adalah bersifat sementara serta aib. Saat segala sudah siap, maka jenis pekerjaan kian beralih kepada Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan di mana tenaga kerja wanita sangat diutamakan. Pekerja lelaki kemudian harus minggir atau beralih terus ke kawasan lain berubah-ubah. Biar dalam keadaan apapun, tetap kemudahan selesa buat para pekerja tidak akan tersedia baik dan atau terencana baik di dalam proses pembangunan menyeluruhnya. Pendeknya, Commercial and Social Sustainable Development Planning jarang sekali digarap baik. Yang dihambat adalah pertumbuhan, tanpa mengingat pertumbuhan penyakit sosial juga pasti ikut membuntut. Bila pertumbuhan bandar dikejar hebat, sedang pembangunan di luar bandar diabai atau dilewatkan, maka terjadilah penghijrahan penyakit desa ke kota-kota. Rakyat yang tidak berkemahiran dan kurang pelajaran, turut berkiblat ke kota-kota, sedang bila terduga dengan segala himpitan hidup kota mereka jadi hilang punca untuk kembali ke pangkal jalan. Alang kepalang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sesungguhnya gejala-gejala sebegini sudah berlaku lama dulu di Eropah (dan Asia Tengah) di saat kemuncak Revolusi Industri, sehingga tercetus ideologi-ideologi Komunis dan Sosialis bagi mengekang serakah Kapitalis. Kini masalah ini sedang kembali bangkit di Itali, Cyprus (Greece), Sepanyol, Portugis, dan kian menyeberang ke Britain.
(6) Dalam hubungan Negeri Sarawak, saya melihat bahana ini juga kian menghampir. Lihat betapa rancaknya pembangunan bandar di Kuching, Bintulu, Miri, Mukah dan bahkan di Sibu dewasa ini. Dalam tempoh tiga ke lima tahun lagi, segalanya akan menjadi stabil, lalu penstrukturan semula ekonomi Negeri akan berlaku di mana sektor Pembuatan dan Perkhidmatan akan menjadi nadi utama. Cuma, sektor-sektor ini secara umumnya tidak memberikan gaji yang lumayan untuk menampung keperluan-keperluan asas hidup semasa. Apa lagi jika Kerajaan tidak cepat bersedia untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya. Lihat saja apa yang berlaku di Bintulu dari 1980an ke 1990an. Kini di tahun 2010an, juga masih berulang keadaan keresahan rakyat. Paling saya kesal, pembangunan di luar bandar masih bersifat tradisional. Usaha Taib untuk membawa perubahan yang jauh lebih
(8) Sesungguhnya, bila saya menulis tentang sendaloka Asal Terbangunnya Darul Sotong adalah bila saya melihat betapa mereka yang seharusnya bertanggungjawap dalam memikir dan berusaha keras dalam membangunkan Negara (kehidupan rakyat) agar terus makmur dan sejahtera sedang mengalami sindrom kurang telur, tidak berani, tidak tabah, tidak jantan.
Kuching, Sarawak
19 March, 2013
0 comments :
Post a Comment