Latest Postings
Loading...
Thursday, February 28, 2013

8/2/13 BILA TETANGA TIDURNYA LAPAR....

Pattani bergolak lagi. Darah menyimbah bumi lagi. Kasihan. Itu di Barat. Sedang di Timur, kerabat Sultan Sulu juga sudah mula buat hal lagi. Sabah dia hendak ambil semula. Mungkinkah Najib akan jadi Habibie, kalah terserah Timur Timur? Aduh.  Kalau Amerika hendak berbaik dengan Sultan Sulu, pasti dia sangat setuju Sabah kembali jadi Kesultanan Sulu. Boleh ke? Apa tidaknya? Bukankah sebegitu terjadinya Israel? Amerika juga boleh sokong Siam, mudah saja. Atas alasan menghapuskan penganas. Seluruh media Amerika dan Barat boleh digerakkan bagi membantai dan mengempur Pattani sehingga seolah-olah Al Qaeeda ada di sana. Lepas itu, serang. Jika ini terjadi melimpahlah pelarian di perbatasan Malaysia. Dalam keadaan politik dan ekonomi Malaysia yang hanya sedap telinga mendengar dari kebenaran sebenarnya, hancurlah kita.

(2) Juga apa tidak adanya permainan politik antarabangsa agar kita nantinya jadi terhutang budi kepada sesiapa? Politik dunia demokrasi dan kapitalis sebegitulah permainannya. Sesungguhnya, inilah akibatnya, saat kita kenyang, kita seronok jiran kita kelaparan. Kita tidak begitu peduli akan untung nasib Umat Islam minoriti di sekeliling kita: Pattani, Sulu, Champa, Rohingya, dsb. Semuanya terjadi kerana kita orang Melayu sangat asyik bermain politik katak di bawah tempurung. Kita asyik berpolik untuk diri-diri, kelompok diri-diri, syok sendiri-sendiri, sehingga kita lupa tanggungjawap yang jauh lebih besar, iaitu membela yang teranyianya tertindas biar di mana juga. Saya berkira, kita kurang arif dengan kejadian di mana saat Muhammad SAW membantu memecahkan bungkah batu semasa mengali parit dalam peperangan Khandak (?) lalu terpercik dua kali cahaya; pertama kata baginda, dia nampak Byzanthium dan kedua dia nampak Baghdad. Banyak tafsir mengata, bahawa betapa dua Kerajaan ini iaitu Rom Timur dan Farsi akan tunduk kepada Islam dalam sedikit waktu lagi. Namun, jika kita teliti dengan baik, sesungguhnya pada masa itu, kedua-dua Rom dan Farsi adalah sangat bersikap zalim kepada rakyat taklukan mereka di Syam dan Iraq. Saya yakin, percikan cahaya itu adalah 'wahyu' agar Umat Islam selanjutnya mesti berusaha keras menghapuskan penindasan dan kemiskinan. Umar Al Khataab lewat Khalid Al Waleed menyempurnakan 'wahyu itu saat itu, namun seterusnya bagaimana?

(3) Islam dengan jelas membenci sikap kita bilamana kita lena dalam kekenyangan, sedang jiran tidur kelaparan. Makanya, Abu Bakar As-Siddique and Umar Al Khataab sering meronda di waktu malam untuk menyelidik apakah ada di kalangan rakyatnya yang tidak kecukupan. Begitu juga cicit Umar Al Khataab iaitu Umar Abdul Aziz, yang biar mulanya adalah seorang hartawan seperti moyangnya. Sesungguhnya saat dia meninggal, Empayar pemerintahannya merentang dari sempadan Peranchis di Barat sehingga ke perbatasan China di Timur. Sesungguhnya, di zaman Umar Abdul Aziz, kekayaan dunia Islam sangat melipah ruah, bayangkan cukai dikutip dari Farsi sahaja boleh mencecah sehingga 124 juta dirham. Juga Umar Abdul Aziz berjaya menghapuskan kemiskinan sehingga sukar baginya untuk mendapatkan si miskin untuk diserahkan hasil zakat. Namun hidup Umar Abdul Aziz terlalu sederhana, dia memilih untuk hidup miskin payah sebetulnya dengan belanja sekitar hanya 2 dirham sehari. Sebabnya mudah, agar dia terus ingat akan mereka yang susah, yang payah. Maka kerana itu, dia mampu menghapuskan kemiskinan biarpun tempoh pemerintahannya hanya sangat singkat iaitu 30 bulan. Umar Abdul Aziz, saat wafatnya dia hanya ada meninggalkan 17 dinar, mati dalam kemiskinan, agar rakyat tidak ada yang miskin, kerana rahmat di Syurga baginya tidak ternilai sedang menanti. Natijahnya, inilah sebetulnya pertunjuk dari Allah betapa kemiskinan boleh terhapus, jika sesiapapun menjadi khalifah sanggup miskin dan susah.

(4) Berikut saya sisipkan petikan dari tulisan mengenai Umar Abdul Aziz, perkisahan oleh isteri baginda. I said to him, 'Ameerul Mu'mineen, was there some matter that troubled you this night?' And he said, 'Yes, I saw how I was occupied while governing the affairs of the community, all its black sheep and its white sheep, and I remembered the stranger, beggared and straying, and the poor and the needy, and the prisoners in captivity, and all like them in the far places of the earth, and I realised that Allah, The Most High would ask me about all of them, and Muhammad (Sallallahu alahi wa asalaam) would testify about them, and I feared that I should find no excuse when I was with Allah, and no defence with Muhammad.' And even when 'Umar was with me in bed, where a man usually find some pleasure with his wife, if he remembered some affair of Allah's (people), he would be upset as a bird that had fallen into the water. Then his weeping would rise until I would throw off the blankets in kindness to him. 'By Allah' he would say, 'How I wish that there was between me and this office the distance of the East from the West!

(5) Perhatikan betapa zuhudnya Umar (kebetulan sebegitulah juga moyangnya) tentang keperihatinannya kepada kesejahteraan Ummah, sehingga MahaRaja Rompun menghormatinya dan tidak berani menantangnya. Sesungguhnya jika Melayu Muslim di Malaysia punya agenda politik yang luas, membela sesiapa sahaja tidak kira di mana saja agar semua Umat dapat hidup aman sejahtera makmur, siapapun akan hormat dan mendokong kita. Inilah apa yang saya katakan sebetulnya kenapa Allah menurunkan Islam kepada Umat Melayu di sebelah rantau ini agar kita punya rasa kebertanggungjawaban yang besar memikul amanah Allah sebagai Khalifah di sebelah sini. Namun, poilitk katak di bawah tempurung kita menjadikan kita, walau sesama Melayu di dalam Negara inipun kita sanggup pulau memulau hanya kerana kita tidak seiringan padangan politiknya. Saya berkira, Najib-Muhyiddin sudah hanyut oleh budaya politik katak di bawah tempurung yang jadi amalan kita sejak merdeka dulu, dan mereka berdua tidak ada keberanian untuk menantang arus. MasyaAllah, akan apa jadinya bangsa Melayu akhirnya? Apakah kita akan jadi bangsa yang terus takut dan ditakut-takuti. Darah Bugis pemberani pada Najib di mana ya? Jika masih tersisa, beraninya untuk apa? Juga darah Jawa peneroka pada Muhyiddin apa sudah terlalu encer sehingga hilang jati perkasanya? Jika masih ada, jika masih mahu memperkasa, memperkasa apa dan untuk apanya?

(6) Sesungguhnya, saya yakin kedua-dua Umar Al Khataab dan Umar Abdul Aziz, menjadi sebegitu zuhud, meninggalkan dunia, biar keduanya adalah hartawan sebelum dijadikan Khalifah, adalah kerana mereka yakin: Martabat mereka jauh lebih mulia dengan menumpu penuh kepada tanggungjawap kekahlifan mereka, berbanding menjadi khalifah dan serabut untuk memperkaya diri atau kuncu-kuncu atau menikmati sepenuhnya nikmat dunia saat sedang berkuasa. Soal saya, kenapa pada hari ini, kekayaan itu jadi terlalu penting untuk menjadi pemimpin yang baik? Kenapa tidak kebaikan dijadikan modal paling mulia dalam kita memikul tugas jadi pemimpin?

nota:

Umar ibn Abdul Aziz is related to Umar ibn al-Khattab because of a famous event during the second Caliph's rule. During one of his frequent journeys to survey the condition of his people, Umar overheard a milkmaid refusing to obey her mother's orders to sell adulterated milk. The girl replied that although Caliph Umar was not looking at them, God was always watching over everyone.

The next day Umar ibn al Khattab sent an officer to purchase milk from the girl and found the milk unadulterated. He then summoned the girl and her mother to his court and told them what he had overheard. As a reward, he offered to marry the girl to his son Asim. She accepted, and from this union was born a girl named Layla who would in due course become the mother of Umar ibn Abdul Aziz.

Kuching, Sarawak
28 Feb., 2013

0 comments :

Post a Comment

Back To Top