4/2/13 RUMBIA....pilihan yang harus dambil berat (draft).
(2) Orang Melayu sangat hebat kecintaan mereka kepada alam. Cuma banyak kekaguman Melayu itu hanya terlahir lewat falsafah hidup, tidak terus berkembang kepada ilmu sains lainnya. Sebabnya mudah. Bagi orang Melayu, umat Islam amnya, mereka percaya betapa segala sesuatu yang sulit untuk difikir atau didalami, maka jawaban kepada segalanya adalah kerana Allah. Hujah yang sebegitulah yang sering membunuh daya kreativiti Melayu. Sehingga di kalangan kini bangsa Melayu sudah mulai menidakkan kehebatan budaya bangsa mereka sendiri. Ambil contoh tentang betapa banyak pribahasa Melayu yang berlandaskan alam, pasti kita akan sekejap terkesima tentang hebatnya pemikiran Natural Science Melayu: Berjagung-jagung dahulu, sementara padi masak; Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya; Alah bisa tegal biasa; Mencurah air di daun keladi; Diam-diam ubi berisi, diam-diam pengali berkarat; Burung terbang jangan dipipiskan lada; Tiada rotan, akarpun berguna; Pisang tidak akan berbuah dua kali; Pucuk dicinta, ulam mendatang; Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa; dsb. Namun dalam hubungan tulisan ini, ada sebuah pribahasa yang sangat mencabar wibawa Melayu iaitu Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini mengajar Melayu agar bersikap tegar dalam hidup mereka. Sabar dan yakin. Sepertinya juga usul mengenggam bara api, biar sampai padam.
(3) Sebelumnya, biarlah saya bertanya beberapa persoalan dulu. Pertama apa itu sagu? Dari mana asalnya perkataan sagu? Perjalanan panjang saya di Nusantara sedikit masa dulu, saya menemukan istilah-istilah lumpia, sak-sak, sago, rumbia, mulong, dan balau bagi menjelaskan sejenis tumbuhan bernama sagu. Di Selatan Filipina, nama Lumpia di gunakan. Di Pasifik, nama sak-sak adalah sering disebut. Sago, juga disebut sebilangan di Selatan Filipina. Rumbia digunakan di Sumatera, Tanah Melayu dan Segenting Kra. Mulong adalah terkenal di kalangan masyarakat umum Sarawak dan Sambas. Balau, khusus bagi masyarakat Melanau di Mukah-Dalat. Maka sagu adalah sebutan antarabangsa yang di asaskan dari perkataan Inggris atau Belanda, sago. Buat masyarakat umum Sarawak, sagu adalah tempung yang terhasil dari mulong atau balau. Sagu adalah hasil akhir mulong atau balau. Bahasa Melayu baku, lebih suka menggunakan istilah rumbia dari sagu. Cuma, kerana kalangan kini kian buta huruf maka yang mana pohon, yang mana hasil mereka sudah keliru. Rumbia adalah tumbuhan tropika. Ianya adalah sekelompok keluarga palma sama seperti pinang, nipah, kelapa, dsb. Cuma beda rumbia dengan palma-palma lain, melainkan mengkabung, kedua-dua palma ini adalah suber kanji yang baik. Asal cuaca di sesebuah negeri itu adalah tropika, InsyaAllah rumbia boleh tumbuh dan didapati di sana. Ini termasuklah di Amazon, Madagascar, bahkan di Surinam. Di Nusantara,memang banyak tempat ada rumbia. Tiori mengatakan asal rumbia adalah dari kepulauan Maluku sehingga menjadi polimik antara saintis Indonesia dan Papua New Guinea. Hakikatnya, bagaimana pula rumbia boleh berada di Amazon? Allah lebih tahu jawabannya.
(6) Sagu rumbia, sifatnya hampir sama dengan tepung-tepung kanji lainnya, melainkan dari beberapa segi tertentu. Maka kegunaannya hampir-hampir serupa seperti dalam pembuatan kuih-muih, mee, gula terurai atau 'modified starch' dan etahnol atau methanol. Penapaian lanjutan hasil sisa serat sagu boleh menghasilkan pelbagai kegunaan lain seperti makanan haiwan, baja organik dan bahan-bahan pelekat.
0 comments :
Post a Comment