Latest Postings
Loading...
Sunday, November 28, 2010

8/11/10 SAJAK PENDEK BUAT NONA...


kududuk dibangku malam
sedang hujan telah pergi
juga mendung telah lari
biar gelita membungkus aku
dan mentari sebentar lagi kembali
tetap kejora ngak kunjung-pamer
beginikah terusnya aku
menanti, bergilir malam dan siang
kau kejora bikin aku sengsara menduga, di mana?
(bagai kembang di laman rumahku
biar dekat
tetap sembunyi enggan mengharum mewangi)

110KM/Hr Terasi-Kuching
28 Nov., 2010

12 comments :

  1. apakah maksud sajak ini??

    ReplyDelete
  2. i like the flower,so sweet.

    ReplyDelete
  3. Yang dinamakan sajak, pengertian dan atau maksudnya, terpulang kepada yang membaca untuk mentafsirkannya. Seperti juga hakikat kecantikan yang tergantunng kepada siapa yang melihatnya. Sajak adalah bayang-bayang rasa. Hanya yang menjiwainya merasakan apa maksudnya, bairpun mungkin tidak setepatnya!

    ReplyDelete
  4. siapa pun kejora itu pasti nya dia seorg yg sgt bertuah..apa pun sya d sini tetap mendoakan yg terbaik buat anda serta menyokong setiap yg anda buat biar apa pun org kata..kerana sya tahu apa yg anda ingin kn mahu pun utk umum atau peribadi..semoga berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  5. biarlah penulis dgn jiwanya...sudah bahagia barangkali?

    ReplyDelete
  6. hhhmmmm mungkin dia bahagia...

    ReplyDelete
  7. Seroja yang dicari
    kuntum terpilih yang dinanti
    pasti begitu pasti
    seroja itu wangi mengharum di taman hati
    langkah sudah terlalu jauh
    lambaian belum lagi kesampaian
    seroja kau kuntum pujaan
    penantian itu satu penyiksaan
    seroja oh seroja
    mungkin kau sudah hadir di taman
    cuma hati yang belum ketentuan
    rasa yang tidak kemahuan
    seroja akan pasti tiba
    dengan kembang harum di taman
    tanpa perlu dicari
    kerana seroja itu ada di mana mana

    ReplyDelete
  8. saya berbicara tentang kejora, sebuah bintang yang sering terbit cerah di ufuk barat. Bintang adalah lambang banyak perkara. Cita-cita, kejayaan, cinta-asmara, takdir, pedoman-restu, akal-hemah, dsb

    (2) Yang terungkai, seroja, nama sejenis bunga. Bunga adalah lambang madu kasih, cinta asmara. Kerana itu, pasti pendek ruang tujunya.

    (3) Merungkai sajak, jangan ikut-ikutan. Biar fikir merdeka-bebas. Baru ada kelainannya.

    ReplyDelete
  9. betul tu ABC ...yg pasti nya yg jiwang2 n getik2 itu (dlm blog or flickr )bukn AKU ...x kan org dh bg smoke signal pun x phm2 kot... bla jer la..dh org x suka ..GELI LA..

    ReplyDelete
  10. Kalau kita ke Gedung Pakaian, segalanya kelihat indah dan kita inginkan. Namun, atas batas-batas dan pertimbangan tertentu, kita pilih hanya yang benar-benar kita mampu dan mahu!

    (2) Sayang Sarawak sungainya sempit....hendak kutinggal tak sampai hati, hendak kubawak, aku yang mati (perahuku kecil, takut karam disambar buaya)!

    (3) Namun tidak salah berusaha pada batas dan jalannya yang ikhlas. Kerana, usaha ditangan kita, ketentuan biarlah padaNya, tak perlu dipaksa-paksa.....nanti dari dapat nangka, dapat pulak celaka-derita!

    ReplyDelete
  11. perahu ku kecil .. apa pacar nya gedi (gemuk) ..maaf yer pak ..masa seorang pun enggak bisa ..

    ReplyDelete
  12. Sepatah kata sdra....
    "Yang dinamakan sajak, pengertian dan atau maksudnya, terpulang kepada yang membaca untuk mentafsirkannya. Seperti juga hakikat kecantikan yang tergantunng kepada siapa yang melihatnya. Sajak adalah bayang-bayang rasa. Hanya yang menjiwainya merasakan apa maksudnya, bairpun mungkin tidak setepatnya!"

    Yang saya rangkaikan adalah firasat saya tentang apa yang saya amati dan perhalusi, mungkin cuma dilihat dari satu sudut, tapi ada kebenarannya. Kadang-kadang kita terlalu leka dengan tugas dan tanggungjawab sehingga tidak terlihat jawapan kepada persoalan kita sudah ada di depan mata....

    ReplyDelete

Back To Top